Februari 27, 2013

Kenapa Kita Tiada Kuasa Pilih Perdana Menteri?

Mengikut tradisi, setakat ni, Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat akan melantik Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tradisinya begitulah, siapa Presiden UMNO, dialah Perdana Menteri. Aku rasa kita, kena ubah benda tu, sebab itu tradisi Barisan Nasional, bukan tradisi kita.

Kita, ada kuasa pilih kerajaan..tapi...kita tak ada kuasa pilih siapa Perdana Menteri kita.

Siapa bakal jadi Perdana Menteri? Selama ni, Perdana Menteri kita dipilih berdasarkan siapa yang sekumpulan manusia yang gemar berbaju merah, menghunus keris dan bersongkok tinggi pilih. Perdana Menteri kita dipilih oleh orang-orang itu, bukan kita. Kriteria pemilihan Perdana Menteri adalah dilakukan berdasarkan kebolehan pemimpin "geng baju merah" ni berpolitik.

Padahal, sepatutnya Perdana Menteri perlulah dipilih berdasarkan kebolehan dia memacu dan memimpin negara.

Kenapa politik dijadikan asas ukuran memilih Perdana Menteri? Kenapa bukan orang lain dalam UMNO yang jadi Perdana Menteri? Aku sure ramai lagi orang bijak pandai yang lebih layak jadi Perdana Menteri ada dalam UMNO....tapi pengaruh politik jugak la yang dijadikan pengukur.

Walaubagaimanapun, jika kita hendak diberikan suara untuk memilih Perdana Menteri, satu lagi pilihanraya perlu dilakukan selepas Pilihanraya Umum, hanya sekadar untuk memilih Perdana Menteri. Ini akan mewujudkan perselisihan dalam kabinet sendiri (sebab kita orang Malaysia, hasad dengki itu normal) dan ini juga akan memerlukan kos yang sangat besar.

Aku ingin menyeru kepada Suruhanjaya Pilihanraya.

Sehari selepas pembubaran Kabinet, wujudkan peraturan agar mana2 parti politik yang bertanding wajib menamakan calon siapa yang akan jadi Perdana Menteri dan siapa yang akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Sekurang2 nya golongan pengundi sudah tahu awal-awal siapa bakal jadi pemimpin nombor satu dan dua negara. Ini bakal membantu pengundi membuat pemilihan parti mana yang mahu dipangkah.

Sistem demokrasi kita ni dah ok. Tapi suara rakyat tu sepatutnya pergi jauh lebih besar. Setakat ni, undi kita hanya mampu tetapkan parti mana bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat.  Kita pilih pemimpin setempat dan pemimpin negeri. Daripada situ dijumlahkan semua,.undi kita dihitung dan parti yang dapat bentuk kerajaan dilantik Tapi....berapa percent yang setuju Najib naik jadi Perdana Menteri?

Aku tak suka Perdana Menteri aku dipilih berdasarkan pengaruh politik dalam parti semata-mata. Dia bukan setakat akan jadi Perdana Menteri kepada ahli2 parti yang menyokong dia, dia jugak akan jadi pemimpin kepada negara kita.

Wajibkan parti bertanding menamakan calon bayangan siapa jadi Perdana Menteri dan Timbalannya. Dari situ biar rakyat nilai, siapa yang lebih berkaliber. Baik kepala, baiklah pemerintahannya.

Tapi ni cadangan aku aje la. Kalau kau ada cadangan lain, sila bersuara.

Gambar hiasan : Wajah tukang pilih Perdana Menteri Malaysia

Februari 26, 2013

Jika Aku Seorang Pencacai Bab 01

Desas-desus yang mengatakan Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri,Menteri Kewangan dan Menteri Wanita berkuatkuasa semalam, yang tersebar di ruang maya dan blog-blog pembangkang telahpun disahkan tidak benar oleh tuan punya badan sendiri.

"Saya tidak meletak jawatan, saya hanya ambil cuti untuk dua hari, mendalami hati dan perasaan rakyat,"ujar beliau memulakan bicara.

"Saya lakukan ini kerana saya ingin membuktikan kepada seluruh rakyat, saya bukannya golongan cakap tidak serupa bikin," kata Datuk Seri Najib ketika ditemui di Restoran Hassan, Sri Petaling semalam.

Ketika ditemui wartawan semalam, Datuk Seri Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah didapati sedang bekerja sebagai pembancuh air dan pelayan dengan gaji RM30 sehari.

"Tempoh waktu kerja kami bermula daripada jam 7 pagi sehingga ke 7 malam. Insya Allah esok kami akan tukar syif bekerja waktu pukul 7 petang ke 7 pagi pula," kata Datin Seri Rosmah sambil menghidangkan 3 cawan teh tarik kepada kami.

"Saya buat begini kerana saya dah tak tahan masyarakat mengutuk mengeji saya bila saya kata, anda semua boleh hidup setahun dengan wang BR1M," keluh Datuk Seri Najib. "Apa lagi yang anda semua mahu kerajaan lakukan? Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak yang akan berkata pemimpin Barisan Nasional tidak faham rasa susah rakyat kerana saya lakukan ini untuk anda semua."

Dilaporkan Datuk Seri Najib juga berhasrat mengajak anak mereka,Ashman bekerja di situ sebagai pelayan tetapi Ashman dilaporkan tidak diambil bekerja kerana gagal dalam temuduga.

"Kenapa gagal? Saya tidak tahu, dia majikan saya, jadi saya hanya mengikut perintah," terang Datuk Seri Najib sambil menjeling kepada tuan punya restoran yang berasal dari India.

............

"Ini adalah satu perubahan yang sangat sukar pada saya," ulas Datin Seri Rosmah. "Selama ini, saya tidak mengerti bagaimana perasaannya hidup sebagai orang biasa."

"Saya terpaksa meninggalkan segala bentuk kesenangan saya. Lihat bagaimana saya simpan duit saya?" Datin Seri Rosmah lalu menunjukkan kepada wartawan kami satu uncang lusuh yang digunakan untuk mengikat beberapa keping duit syiling dan 3 helai not RM10.

"Ini adalah pengorbanan yang kami perlu lakukan sebagai pemimpin. Hari ini adalah hari yang sangat sukar kerana kebanyakan keluarga yang datang membawa anak kecil dan lantai perlu dibersihkan setiap kali mereka habis makan dan minum," Datuk Seri Najib memandang Datin Seri Rosmah.

"Kesian saya tengok awak mop lantai tadi, yang..." jelas beliau, sayu mengenangkan nasib isterinya.

"Jika hari ini sudah berat seperti ini, esok bagaimana pula? Bagaimana orang ramai mahu terus mampu hidup jika tiada bantaun BR1M? Harapnya, dengan munculnya Program Permata, kita harap ini dapat membantu keluarga miskin supaya dapat keluar daripada kepompong kemiskinan," jelas Datin Seri Rosmah.

"Saya betul..betul..terkilan la...selepas hampir setengah hari saya kerja di sini, saya betul-betul dapat memahami susah payah orang ramai..ini adalah sesuatu yang saya janji saya akan ubah jika Barisan Nasional kekal memerintah..." Datuk Seri Najib mengerutkan dahinya menandakan rasa gusar yang amat sangat.

"Sebab itu la kalau Barisan Nasional kekal memerintah, bantuan BR1M naik jadi satu ribu ringgit. Penderitaan rakyat, biarlah Barisan Nasional yang tanggung," Datin Seri Rosmah memberikan kata semangat.

............

Perbualan kami bersama mereka berdua terpaksa diberhentikan lebih awal kerana ketibaan pelanggan yang ramai secara berkumpulan. Sebelum meninggalkan mereka berdua, wartawan kami sempat menoleh ke belakang dan melihat ketekunan Datuk Seri Najib Tun Razak membancuh air tidak henti-henti dan Datin Seri Rosmah terus gigih mengambil dan menghantar pesanan.

Jika semua pemimpin di dunia berfikir seperti mereka, merendah diri dan tidak kisah mendekatkan diri bergelumang dengan masyarakat, sudah tentulah dunia ini akan jadi lebih baik.

Diharapkan agar suara-suara sumbang yang menghina tindakan Perdana Menteri mengambil cuti dua hari dan bekerja sebagai pelayan di Restoran Mamak ini hanya sekadar sebuah gimik pilihanraya, agar dapat menerima hakikat, pemimpin Barisan Nasional adalah pemimpin berjiwa rakyat, bukan seperti sesetengah pemimpin pembangkang yang hanya tahu mengkritik tapi tidak berusaha mendalami.

Februari 25, 2013

Orang Ramai Boleh Hantar Notis Resign Kerana BN Ada! Super BN!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.

...............

Untuk pengetahuan korang,walaupun aku sokong pertukaran kerajaan, kadang2 ada jugak wujud sangsi tu.

Selama ni, aku still sangsi, boleh ke kita,orang Islam yang bangsanya Melayu memilih pemimpin agama lain untuk diangkat naik emnjadi pemimpin kita. Apatah lagi bila kat negara kita, di mana ada orang Islam yang bangsanya Melayu duduk di kawasan yang majoritinya Cina dan wakil rakyatnya Buddha atau Kristian.

Bagaimana dengan orang2 macam tu? Berdosa ke diorang kalau diorang pilih pemimpin bukan Islam?

Jawapannya adalah boleh.

Tidak pernah wujud syarat pemimpin mesti Islam, asalkan dia bukan bahaya kepada Islam. Asal dia menegakkan nilai Islam walaupun dia bukan Islam sudah cukup untuk dia layak diangkat jadi pemimpin kita. Pemimpin bukan Islam yang jaga nilai Islam adalah lebih layak dipilih berbanding pemimpin Islam yang tolak nilai Islam.

Ingat benda ni masa mengundi. Kemudian, sesi ketawa untuk hari ini.

Perdana menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka. Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Sila ketawa dan lepas ni, sila berhenti kerja.
Selagi BN memerintah, kita tidak perlu bekerja kerana BN mampu menyara kita sekeluarga.


Februari 22, 2013

Awkward Agama : Corakkan Keluarga Ikut Ketua Keluarga

Hidup aku sekarang ni ada kelam kabut sikit sebab aku tengah restructuring balik apa yang perlu financially sebab memikirkan nanti2 beban financial akan bertambah (kitorang beli rumah) Susah gila nak dapat rumah yang affordable ni..padahal bukannya affordable tapi sebab rumah dah jadi mahal sangat harganya...300 ribu ke bawah dah jadi affordable.

Gila kan? 300 ribu ke bawah berapa bayar bulan? RM1200 ke atas!

Orang selalu kata, kenapa nak kena risau2 hidup ni, just enjoy dan jangan fikirkan masalah2 yang ada, bila bangun pagi a new day, kan senang camtu? Aku rasa siapa yang cakap camtu mungkin dia takde anak atau dia terlalu kaya sehingga duit dia mampu beranak pinak. Aku orang working class...majoriti orang kita working class.

Sebagai seorang lelaki yang aku rasa ok la hidup, tak susah dan takde la senang sangat, nak melupakan masalah atau cabaran adalah sesuatu kemewahan yang aku tak mampu nak buat. Sebab once kau dah jadi bapak, kau bangun aje tidur kau kena fikir susu anak kau ada tak, pampers anak kau cukup ke tak, makanan anak kau ada tak bahan2 dia, selesa ke tak family kau hidup.

Semua benda tu ada orang kata share la, kongsi dengan isteri, padahal, benda camtu takleh nak share. Beban tu, sebenarnya suami yang kena tanggung. Isteri tak sepatutnya susah hati pasal benda camtu. Isteri, macam2 benda nak kena fikir. Tuhan cipta isteri boleh mengandung supaya dia tak perlu fikir masalah pasal  welfare family dia. Provider bukan isteri.

Orang kita, bila dah kahwin automatically assume lepas kahwin, beban menanggung keluarga dapat dikongsi bersama. Suami bayar itu, isteri bayar ini. Salah bang benda tu. Sepatutnya suami yang bayar semua benda dan isteri sepatutnya tak tanggung beban2 macam tu. Tapi ada suami yang gunakan kesempatan isteri dia kerja dan assume isteri pun perlu tanggung some part of the financial responsibility. Benda tu dah jadi kebiasaan sebab ramai orang kata "zaman sekarang kena buat camtu, kalau tak macam mana nak survive?"

Kalau kita cek balik apa yang agama suruh kita buat, benda tu jadi tak selari. Isteri tak sepatutnya kerja untuk sapot keluarga. Isteri sepatutnya kerja supaya dia mampu beli apa-apa yang dia suka.

Walaupun begitu, dalam satu sudut lain, ada jugak isteri yang ambik kesempatan dalam benda ni, khasnya isteri yang jenisnya meminta-minta....walaupun dia tahu suaminya sebenarnya hanya mampu 5, tapi dia mintak 10. Tak ada balance dalam benda ni sehingga membuatkan suami perlu mintak isteri sapot sama-sama.

Sebab tu, kalau kita tengok balik, semua statistik pasal pendapatan isi rumah, gaji isteri akan dimasukkan sekali. Dah jadi norma. Padahal gaji isteri tu tak boleh lah dikira sebagai pendapatan keluarga...melainkan, dia bagi. Sebab tu bukan tanggungjawab dia.

Cara paling mudah adalah, tengok gaji laki atau suami, tengok macam mana boleh hidup dengan nilai tu. Kalau isteri nak sumbang, sumbang. Tapi base value dia, kena ambik berapa suami boleh provide. Kalau suami mampu bayar Rm1500 sebab dia kerja kilang, pakai motor dan makan pun Rm3 sehari...takkan la kau sebagai isteri nak hidup macam orang mewah semata-mata sebab gaji kau double dia punya gaji, kan?

Kerana apa?

Sebab pada mulanya, memang la suami akan rasa lega isteri nak membantu. Tapi lama kelamaan bila "ketakutan untuk jadi provider" tu hilang dalam diri suami sebab dia tau, isteri ada....yang tu lah boleh jadi bergaduh tu. Especially kalau kes suami bergaji lagi kecik daripada isteri. Isteri akan ada ego dia (takyah tipu) dan suami akan jadi lemau dan malas. Kalau dia jenis lain, dia jadi malu pulak.

Bila dia jadi malu dengan diri sendiri, dia akan lupa yang dia ketua keluarga dan isteri akan take over tanggungjawab tu sikit-sikit. Dari kecik2 hal macam tu, akan muncullah kes suami kena arah dengan isteri dan suami hanya mengangguk atau dalam sesetengah kejadian yang aku pernah saksikan..isteri berani marah suami depan orang ramai.

Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang sangat valuekan berapa nilai pendapatan sehinggakan dalam bab siapa jadi ketua keluarga pun, ada yang gunakan berapa gaji yang dia dapat jadi berapa kuasa yang dia ada.

Point aku, isteri, boleh jadi kedekut dengan gaji dia.

Suami perlu paham benda tu. Suami kena pemurah dengan gaji dia sebab dia kerja untuk keluarga. Itu satu konsep yang agak susah nak dimplementkan dalam dunia sekarang ini yang benchmarknya adalah pendapatan isi rumah yang memerlukan ibu dan bapa kerja.

Aku baru potong Astro. Aku kira-kira...bayar RM90 sebulan. Bukak pun masa bola aje. Kalau takde live, aku carik stream kat internet. Kalau aku boleh tengok stream kat internet, kenapa aku perlu langgan Astro? Setahun berapa aku dah save tu? RM1080. Untuk sesetengah orang, itu gaji dia sebulan....aku buat bayar Astro semata-mata. Belum masuk caj terlambat bayar kena potong, ada reconnection fee.

Gila rasanya kalau difikirkan secara siuman.

Bagaimana kita boleh jadi masyarakat yang gemar berbelanja walhal sebenarnya kita tak mampu? Pelik kan? BR1M kita ambik sebab layak tapi pakej Mustika Astro ada dekat rumah...padahal kalau kau layak ambik BR1M, Astro adalah satu bentuk kemewahan yang expensive untuk kau.

Februari 21, 2013

Pelacur Kreativiti

Kadang-kadang bila aku betul2 sengkek dekat ofis, aku tak makan. Kalau dah lapar sangat dan terminal bas Cyberjaya dah nak tutup petang2, aku akan gi MMU dan makan kat situ. Seronok jugak bila jalan2 kat situ tengok tempat yang satu masa dulu aku kena saman sebab isap rokok, tempat aku dating, lampu yang aku sepak bila mengamuk dengan awek (skrg bini) dan bermacam-macam lagilah.

Tapi kadang2 bila berada di kalangan budak2 MMU ni, aku jadi paranoid. Bukan sebab benda yang buruk pun tapi sebab satu benda yang aku ambik sebagai memalukan diri sendiri.

Semua budak MMU, mana2 yang ambik Kreatif Multimedia, dalam tahun kedua diorang, kena produce satu video klip. Aku tak terlibat dengan pembikinan dia time tu tapi.....aku disuruh oleh member aku untuk jadi pelakon utama. Aku assume sebab aku hensem.

Jadi, bila aku tengok balik video klip tu lepas dah siap, mak aih,  malu bai. Kau pernah tengok satu drama Melayu yang produksi dia ala-ala tak cukup bajet dan lokasi shooting dia asal ok dan director dia buat asal boleh, asal siap, asal ada drama? Itulah dia rupa video klip yang aku lakonkan tu.

Sampai sekarang, kalau aku gi MMU, aku jadi takut kalau2 ada budak2 student situ yang pernah tertengok video klip tu dan dapat cam aku kalau2 lecturer diorang pakai video klip aku sebagai contoh video klip yang jangan dibuat sebab huduh..."Eh,itu brader yang berlakon sedih sebab wife dia mati dalam video klip tu kan?" Makan pun kadang2 rasa tak tenang, haha.

Tapi, sebenarnya, aku tak ada la menyesal pasal kena berlakon dalam video klip tu. Satu2 nya benda yang aku betul2 menyesal sampai sekarang dan sampai bila-bila pasal video klip tu...adalah sebab....aku kena pegang tangan pempuan dalam tu. Buat pertama kalinya, dalam sejarah hidup aku...time tu, atas dasar seni kreatif dan produksi punya etika....aku pegang tangan pempuan lain.

Siap mintak maaf dengan boifren dia, yakni, kawan aku sendiri.
Kawan baik.

Jadi, aku nak pesan satu benda dekat mana2 student yang belajar multimedia, yang kena buat video klip, short story dan sebagainya....kalau boleh, cuba elakkan masukkan scene yang suruh pelakon2 kau buat camtu. Zaman muda, memang kita tak fikir sangat, tapi kalau dah tua, kalau suami pempuan tu tengok nanti2, macam mana. Kalau anak aku tengok nanti macam mana. Nasib baik masa tu aku masih tak ada awek, kalau tak letih jugak nak menjawab...takkan nak menjawab "ini semua atas dasar seni lah!"

Cubalah belajar jauhkan diri daripada benda2 camni. Nak buat video klip, buatlah, tapi kalau nak kena berpegangan tangan, berpeluk-peluk dan sebagainya...takyah la buat. Baik kau tangkap gambar  lalat hurung sampah dari pelbagai perskpektif , letak mana2 lagu K-Pop dan hantar sebagai final project.

Kita belajar pelbagai benda masa sekolah. Kita belajar pasal hukum hakam tapi berdasarkan pandangan aku, kesedaran pasal boleh tak boleh, baik buruk dan dosa pahala ni selalunya sampai lambat sket.

Zaman aku study, aku dan orang keliling aku tak berapa ada kesedaran ni. Tapi itu cerita lain kali la. Cuma apa yang aku nak pesan dengan korang, rugi besar kalau kau sedar pasal dosa pahala ni lambat2. Lagi elok dan lagi baik sebenarnya kau tersedar awal, masa sekolah menengah.Tapi aku dengan kawan2 aku sedar agak lambat.

Sebab selagi kau lambat sedar atau ada yang tak sedar, selagi tu kau akan buat benda2 yang kau akan regret kemudian hari. Aku takde la malu sangat kalau ada budak datang kat aku "Eh, abang ni mamat yang berlakon video klip isteri dia mati sebab abang minum arak dan balik rumah lambat kan, yang menyesal tengah2 hutan tu kan? Apasal abang dah gemuk sekarang?"

Tapi...kalau ada anak2 aku ke,cucu cicit aku ke yang tengok video klip tu....macam mana nak explain kenapa aku melacurkan diri hanya semata2 kerana permintaan kreativiti?