Mei 31, 2010

HAHAHAHAHAHHA!Menteri GAY Letak Jawatan!

HAHAHAHAHAH.
Mangkuk mana buat headline ni?(LINK)

Laws berjanji untuk membayar balik wang tersebut yang dilaporkan berjumlah 40,000 pound (RM185,030)...Menurut akhbar Daily Telegraph, Laws menuntut balik perbelanjaan sehingga 950 pound (RM4,394) sebulan antara 2004 hingga 2007 untuk menyewa bilik di dua kediaman milik pasangannya, James Lundie. 

BUKAN BANYAK PUN...KAT MALAYSIA KES-KES BESAR NI PEJAM SEBELAH MATA.ASAL MEMPERKAYAKAN MELAYU,KITA BIARKAN!HIDUP MELAYU!


Tapi bagaimanapun,dia bertanggungjawab.
Lagi Bagus Dari Menteri2 Heterosexual Malaysia.

Visi Malaysia Baru : Menjelang Wawasan 2019

Malaysia,Sebuah negara yang punya...


Bekas bangunan tertinggi di dunia
Litar F1 yang canggih
Koridor pembangunan merata-rata
Lapangan terbang yang antara terbaik dunia
Pengeluaran kereta sendiri
Pemilik Lotus,sebuah syarikat kereta yang ternama
Bekas pemilik MV Augusta
Angkasawan sendiri yang kacak
Stadium bola sepak yang mampu memuatkan 100 ribu orang
Syarikat pembuat motorsikal sendiri
E-Village yang dirasmikan oleh Jackie Chan
Satellitte sendiri yang memberikan broadcast kepada Asia
Michelle Yeoh
Jimmy Choo
Air Asia,model sistem penerbangan murah yang pertama di dunia
Multimedia Super Corridor
Dua buah Masjid yang sangat mewah di Putrajaya
Petronas
Pavilion,Kuala Lumpur
Pelbagai hotel-hotel bertaraf 5 bintang
Kasino di Asia,tak banyak negara ada kasino ni
Negara yang paling ramai orang ada title berjela-jela
Eyes on Malaysia pinjam orang lain...

Tengok list tu...mesti kita rasa Malaysia ni dah level negara maju sebab kadang-kadang negara maju punya projek pun tak se-grand projek kat Malaysia.Tapi....Singapore baru aje bukak first kasino dia awal tahun hari tu,bulan 2.Selama ni aku ingat kat Singapore ada kasino sebab tu dia maju,kasino kan penting untuk pembangunan negara?Rupanya Malaysia dah lagi advance...Wawasan 2020 tah ke mana.Sekarang ni dah ada wawasan baru..Wawasan 2019 dengan tema,"Malaysia Ke Arah Negara Yang Bankrap."

Kalau dah takde duit,membangun la dengan cara takde duit.

Suruh rakyat berjimat...elaun2 menteri dengan kerabat tu takde ke proposal nak potong?Seorang potong 2 ribu,ada 50 orang dah potong 100 ribu.Setahun  dah 1.2 juta....banyak tu saving.Buat rumah murah untuk rakyat dapat 30 bijik setahun.

Mei 28, 2010

Rahsia Raja Petra Kamaruddin Hidup Mewah di UK Dibongkar

Ismail Sabri Yaahob mempersoalkan siapa sponsor duit kepada Raja Petra Kamaruddin yang membolehkan dia hidup mewah di UK.Adakah dia seorang menteri?Berapa IQ dia?Meh aku cerita sikit mengenai adik aku dan suami dia yakni adik ipar aku yang aku sayangi.

Satu masa dulu,adik aku pernah menetap di UK selama lebih setahun.Tapi adik ipar aku duduk situ dah lama,dekat 6 tahun.Duduk situ,kerja bukannya kerja besar,kerja pun chef kecil-kecilan dekat restoran.Adik aku pulak kerja jadi baby sitter.Gaji,takde la besar,tak sampai pun seribu pound tak silap aku...tapi...


1. Baju kat sana 3 pound.Kat Malaysia baju2 tu hanya dijual di Pavilion,KL.Baju orang kebanyakan di UK,baju orang kaya di Malaysia.

2. Kasut Lacoste kat sana 20 pound.

3. Sewa bilik ada dapur 200 pound.

4. Transportation,takde,naik bas,naik tube,satu hari punya tiket 5 pound unlimited ride.Tak payah tunggu lama,paling lama tunggu bas,5 minit 2 bijik datang.Naik tube tak pernah rasa tak selesa.Ada Oyster kad,senang nak ke mana-mana.

5. Pegi Asda ke Tesco ke,beli barang dapur,satu troli 20 pound.Lepas untuk seminggu.

6. Tak pernah rasa nak beli kereta sebab membazir,orang kaya berlagak aje pakai kereta ke mana-mana.

7. Jalanraya sesuai untuk bawak basikal.Adik ipar aku,main transportation dia,basikal,undang-undang...wajib pakai helmet.

8. Tambang tube nak ke airport...3 pound.

9. DVD ori sekeping 3 pound.Aku beli Ice Age 1 dan 2 boxset 6 pound.

10. Apa-apa barang pun mcm pakaian,tak puas hati dengan produk,boleh pulangkan dalam tempoh 30 hari,takde banyak soal asal simpan resit dan tag tak dicabut.

11. Dan aku malas nak cerita pasal Black Friday dan sale musim panas...

12. Bayangkan anda mampu  beli kereta Mercedes second hand cash...dengan hanya mengeluarkan 500 pound. Sini?Hutang 5 tahun untuk bayar kereta second hand..kereta di UK tidak ada value sangat kerana...pengangkutan awam membuatkan kereta tidak relevan dan penting dalam hidup.Perkhidmatan teksi adalah sesuatu perkhidmatan premium sebab teksi tidak diperlukan sangat.

Bila dia balik Malaysia,

......kerja mesti kena ambik overtime,kalau tak duit tak cukup.Barang makanan sekali pegi beli Rm200.Nak pegi beli barang pun susah sebab public transport susah.Apa yang Ismail Sabri Yaakob pelik macam mana RPK boleh hidup mewah kat UK kalau orang Malaysia yang kerja dia waiter kedai makan dekat Malaysia Hall pun boleh hidup senang kat sana?Adik ipar aku balik sini,sambil hisap rokok dengan aku dia tanya aku,"Apasal hidup kat Malaysia ni susah sangat?"

Lagi la pelik bila menteri tanya apasal ramai orang lebih gemar migrate ke negara lain...Tukang sapu pun boleh hidup senang kat UK.Marah pulak diorang bila rakyat mempersoalkan "Kenapa menteri mampu hidup mewah kat Malaysia,layak ke diorang?"

Mei 27, 2010

Ibu dan Anak Berbangsa Cina Yang Diharapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional

"Mama,mama,kerajaan kita dah luluskan judi!Apa ini?" kata William."What?This is good news!Finally the government of Malaysia is acknowledging our rights!" kata mak William,Auntie Sue.

"Jadi,mama,macam mana?Dah lama dah kita migrate ke Australia ni.Inikah masanya untuk kita pulang?"tanya William."Oh William,imagine all the money that we have saved until now,we can gamble and gamble and gamble.We can be very rich,"kata Auntie Sue.

"Tapi mama,saya rasa tak elok pulak kita habiskan duit kita nanti untuk berjudi ni,"kata William menenangkan emaknya yang sedang terkinja-kinja keriangan.Emaknya membantah,"you have to understand this William,the government is recognizing our people's support finally.They are desperate for us to be back home,to vote for them.We have to go back to Malaysia,gamble and vote for Barisan Nasional.."

"Tapi mama,bukan senang kita nak kumpul duit.." rayu William memikirkan mengenai nasib emaknya yang bekerja sebagai tukang sapu di Melbourne.

"William,this is our time.It's time for us to go back to Malaysia,the government is opening up opportunities for us to become rich now.We can gamble our money and make a better living there,in our old hometown,Kuala Lumpur.."

"Tapi mama,kalau mama kalah masa betting World Cup to macam mana?" tanya William."Dont worry.At least our money wont be going to the gangster or being used for human trafficking.It's gonna be collected by our own people,Vincent Tan.So,whatever happens,we still wins!"kata Auntie Sue.

"Jadi mama,nak betting team mana?" sedih sedikit kerana hatinya risau.

"I got a good feeling this year is gonna be the year for the North Koreans to win it.I am planning to gamble our life savings for it.Life is all about risk and with the legalizing of all type of sports gambling in Malaysia in September,we should feel really secure with our future.Even though we lose our mortgage and savings,it is for a good benefits."

"Jadi,Korea Utara?Pasti mama?" tanya William.

"Sure!I am willing to bet my life on it!" sahut Auntie Sue sambil tersenyum gembira.

The beauty of leaglizing gambling in Malaysia according to the government
1. Making sure money didnt fall to the wrong hands,Vincent Tan hands is fine.
2. Stopping the brain drain from the country
3. Acknowledging the Chinese interest,winning back their support.

Mei 24, 2010

Mempersoalkan Mengenai Nilai Kemanusiaan atau Nilai Undang-Undang,Yang Mana Lebih Penting?

Satu hari,aku nak gi kerja.Masa tu aku bawak motor lagi.Nak lalu tepi tol kena lalu ikut jalan motor la.Sedang aku masuk ke jalan motor tu (biasanya jalan motor masuk2 aje terus ada kona maut) ada motor dari arah depan aku.Maksudnya,dia melawan arus.Seorang pakcik India yang naik motor EX5 dengan helmet kaler merah yang agak lusuh.

Tergezut aku sebentar terus tarik brek cepat2 kalau tak memang bertembung,sebab...sapa expect ada motor datang dari arah depan.Aku macam biasa la,angkat jari hantu dan bagi sedas makian yang aku rasa dia tak paham atau dengar pun,sebab helmet aku full face (bawak kapcai naik fullface baru selamat!).Aku tengok depan lepas pakcik tu lalu,rupa-rupanya patutla dia gelabah patah balik.Ada road block kat depan.

Dalam keadaan begitu;
Apa yang akan anda lakukan?

a. Tahan pakcik tu dan suruh dia lalu jugak road block tu?
b. Lepaskan aje pakcik tu,biar aje langgar peraturan lalu lintas (sah2 takde road tax ke lesen ke,motor curi ke?)

Jika pada fikiran aku,kalau aku tahan aje pakcik tu dan blok jalan dia supaya dia kena lalu jugak road blok tu,manalah tau dia orang susah dan dia memang tak mampu nak bayar saman atau rasuah polis tu.Mungkin gaji dia seciput aje tinggal bulan tu nak sara anak-anak dia..TAPI...kalau aku lepaskan pakcik tu,pakcik tu akan terus bawak lesen tanpa motor dan ini mungkin akan mengakibatkan kecelakaan kepada orang lain.Lama dah aku terfikir benda ni cuma baru sekarang aku rasa nak tulis.

Jika benda itu terjadi kepada anda,apakah  anda ingin mementingkan humanity atau menjadi seorang law-abiding citizen?Nak jawab,kalau boleh,jangan atas pagar.