Disember 30, 2014

Kalaulah Kurt Cobain Melayu, Mesti Dia Tak Dapat Ubah Muzik Satu Dunia

Aku ada seorang kenalan.

Kerja dia dari dia muda sampai lah tahun lepas, adalah keluar masuk pusat serenti. Letaklah dia lama mana pun dalam Pusat Serenti, dia akan carik jugak barang dan ada dua tiga kali, entah macam mana dia boleh terlepas dari pusat serenti.

Polis datang rumah ni, tangkap dia bawak balik.

Keluarga dia, dari belah mak ayah sendiri, hinggalah ke makcik pakcik atuk nenek, boleh kata 99% memang assume dia lost cause. Ye la, aku pun. Sebab dah dari dulu sampai sekarang perangai dia sama. Ada anak bini pun sama.

Aku tak tau apa yang berlaku dalam pusat serenti tapi yang jelas, pusat serenti tak membantu kawan aku ni pulih. Malahandia makin bertambah teruk adalah. Siap nak terajang mak dia sendiri.

Lost cause.
Dia ni dah jatuh ke tahap yang tak mahu lagi dah masyarakat bantu.

Cuma sebab aku kenal dia dari kecik hinggalah dia besar, dari awal lagi dah orang2 sekeliling dia dah tampal cop kat kepala dia. Dari kecik zaman sekolah menengah orang dah kata "dia ni akan jadi orang tak guna sebab dia penagih."

Ya, memang kadang2 aku tengok dia pun aku rasa nak penerajang. Ada anak, ada bini tapi pukul 11 pagi dah high tak sedar apa benda. Society yang dia hidup pun rasanya mempengaruhi dia sebab orang2 sekeliling dia pun sama aje....susah dia nak lari dari cengkaman dadah ni kalau kawan2 dia pun sama. Aku nak tegur pun kadang2 takut sebab dia ada tendency untuk jadi violence tiba-tiba.

Oleh kerana mak dia sendiri dah give up dengan dia, jadi sekarang ni, tak ada orang tau dia kat mana. Dia hilang.

Aku selalu terfikir, kalaulah Kurt Donald Cobain dilahirkan di Malaysia dan berbangsa Melayu, mesti orang dah kata dia tu lost cause. Kaki heroin. Tak ada future. Dan Kurt Donald Cobain akan hilang, mungkin mati bawah jambatan mana-mana dihanyutkan oleh arus sungai.

Tapi nasib baik Kurt Cobain bukan Melayu.

Kenapa treatment kita kepada penagih ni agak tak berapa bertamadun? Aku ambik Kurt Cobain sebagai contoh sebab dia penagih, dia talented dan dia memang seorang pure artist. Dia bukannya sekadar seorang rock star yang bunuh diri, dia jugak seorang pelukis.

Mungkin kau tak tau kot pasal tu?
Skill water color dia boleh tahan gak.

Macam mana masyarakat Melayu nak ubah mentaliti treatment kita ke atas penagih dadah ni? Sebab manalah tau, dalam ramai mat2 dadah yang teruk ni, ada sebenarnya Kurt Cobain versi Melayu? Tapi sayang dia takkan boleh penuhi talent dia hanya sebab dah tak ada lagi orang yang pandang dia ada nilai.

Satu budaya Melayu yang aku rasa paling cepat kita kena ubah cepat2; Budaya sepak orang yang dah jatuh supaya dia langsung tak boleh bangkit lagi.

Sebab tu la kot, pusat serenti ni tak berfungsi untuk kawan aku ni.
Harap dia tak bunuh diri dah la. Last aku dengar dia dah dekat Kalimantan.




Disember 26, 2014

Aku Memang Pandang Slack Orang Melayu Yang Minum Arak

1. Kenapa sekarang ni makin ramai non Muslim yang cuba mengajar orang Melayu macam mana nak jadi moderate?

2. "Come on Malays! Step up! Come join us!" mungkin camtu kot diorang pandang orang Melayu ni.

3. Dalam bab politik....DAP sekarang ni menyeru kepada parti PKR dan sebahagian dari PAS supaya tidak menyokong hudud. Kah kah kah.

4. Dalam bab cuaca sosio masyarakat kita pulak, sekarang ini dah hangat diperkatakan ada satu kumpulan Melayu yang sedang cuba diangkat oleh akhbar The Star sebagai the so called "good Moderate Malays"....

5. Atau dalam bahasa pasarnya, orang2 Melayu yang pemilik akhbar The Star nak wujud lagi ramai dekat Malaysia ni.

6. Orang2 yang dilabelkan sebagai moderate ni adalah "tokoh-tokoh" yang dianggap sebagai Melayu2 yang mempunyai pemikiran yang moden, progresif dan yang paling penting....moderate....

7. Kau nampak aku buat buat ada quote dekat perkataan "tokoh-tokoh" tu kerana pada aku lah...no offense....

8. The so called moderate Malays yang sedang dijaja oleh akhbar The Star ni...adalah tokoh-tokoh moderatenya tah hapa-hapa belaka.

9. Kau nak tau siapa kau boleh carik sendiri siapa.....

10. Jangan konfiuskan dengan geng 25 orang tokoh Melayu yang ingin perubahan pada kerajaan ya? Benda ni lain. Ini "tokoh-tokoh" Melayu yang dipilih oleh The Star sebagai simbol Melayu Moderate.

11. Apa itu moderation sebenarnya?

12. Frasa tu seolah-olah dijaja dengan begitu mudah dan dilabelkan kepada tah sapa-sapa tah.

13. Padahal, moderation tu sebenarnya adalah satu amalan. Kau nak makan, makan, jangan makan sikit sangat sampai masih lapar. Jangan makan terlebih sangat...makan cukup2. Itu la dia moderation kan?

14. Jadi, jika ingin mentakrifkan seseorang itu seseorang yang moderate, dia adalah orang mengamalkan semua benda secara bersederhana....dalam hidup dan juga bab agama.

15. Aku ingatkan memang Islam ajar kau jadi moderate, kan? Kau cuba fikir betol2, semua benda pasal Islam, adalah mengajar kau amal benda tak lebih dan tak kurang. Tidur? Mesti cukup, jangan lebih. Isteri? Ada satu cukup, jangan lebih empat. Harta? Cari sekadar yang mampu jangan sampai lupa akhirat.

16. Tapi moderation nampaknya dah digunakan oleh pihak2 tertentu untuk senangkan diorang takrifkan siapa ekstremist. Masalahnya...dalam semua kes ekstremist, ada dua jenis ekstrmist. Dalam Islam...ada hardcore suicide bomber yang berani mati sebab percaya Allah nak dia bunuh diri dan di satu side lain, ada liberalist.

17. The liberals. Orang2 yang kata diri diorang percaya dengan Allah tapi amalan hari2 nya haram tak nampak dia percaya dengan Allah. Mulut minum arak, tapi bila cakap pasal agama...puihhh...laju.

18. MASALAHNYA! MASALAHNYA!

19. Orang2 liberal ini tak nak mengaku yang diri mereka sebenarnya adalah ekstremist!

20. Dan masalah paling besar.....

21. Dunia sekarang suka memandang orang liberal ini sebagai orang moderate.

22. Padahal mereka bukan orang moderate pun.

23. Aku tak rasa aku moderate sangat. Aku agak ekstremist pandangan aku pasal agama ni....sebab banyak benda aku tak tau jadi aku bergantung dengan pengajaran orang aje.

24. Tapi jika ditanyakan kepada aku, setuju atau tidak hudud, aku jawab setuju. Setuju atau tidak wanita Melayu dalam papan iklan wajib tutup aurat, aku jawab setuju. Setuju atau tidak panggung wayang diasingkan jika datang bukan mahram, aku jawab setuju.

25. Dan bila aku jawab aku setuju dengan semua kenyataan di atas, percayalah, aku akan digelar seorang ekstremist.

26. Tapi jika ditanyakan kepada "tokoh2" Islam Melayu Moderate ni....aku dah boleh agak jawapan diorang...

27. No to hudud...no to force this and that...no to polygamy....no to Islamic country.

28. Itu ke jawapan seorang moderate?

29. Berjagalah kawan2.

30. Ini pesanan aku kepada korang semua. Memang ada hidden forces yang cuba nak neutralizekan Islam di negara kita dan push orang2 liberals ni sebagai "moderate" supaya kita, orang Melayu, jadi sama aje macam orang lain, yang tak pakai lagi agama sebagai amalan tapi hanya gunakan agama sebagai satu kepercayaan.

31. Aku harap kau paham ayat last aku tu dalam point no.30 aku.

32. Kita orang Islam. Kita tak boleh cukup sekadar percaya kita Islam.

33. Kita kena hidup cara Islam.

34. Kau pernah jumpa satu grup budak Melayu tangan pegang arak tapi nila berjumpa masih lagi bagi salam?

35. Aku pernah. Kau nak kutuk aku sebab aku pandang slack benda tu? Silakan. Aku memang pandang rendah Melayu yang minum arak ni. Lemah. Poyo. Takde akal.

36. Orang2 macam tu lah yang mereka2 ni nak. "Moderate" Muslim Malays kononnya.

37. Jangan bagi orang non Muslim kawal macam mana kau prektis Islam ye? Tak kiralah diorang nak label kau ekstremist ke, zionist ke....

38. Janji dengan aku ye.

Disember 18, 2014

Rara Ni Politician atau Selebriti Sebenarnya?


Rara ni...
politician atau selebriti sebenarnya?


Oh, politician rupanya.

Mungkin dia kena mula mintak orang panggil dia dengan nama betul dia.
Dan pastikan nama dia ditulis dengan font yang serius untuk mencerminkan
ketokohan politik dia. Bukan macam seperti gambar pertama tu.

Artis murahan aje yang bagi nama dia ditulis sedemikian rupa.
Ini pandangan aku la.

Branding tu sangat penting dalam politik ni dik.
Takkanlah nak jadi "special guest" aje sampai ke tua?

Nurul Izzah boleh dipandang politician serius walaupun dia hot.
Cuma branding tu kena pastikan betol la.


Disember 17, 2014

Apa Sebenarnya Masalah Orang Melayu dan Cara Pengiklanan Diorang Ni?




Aku tak tau apa masalah orang Melayu yang agamanya Islam ni.
Orang2 dulu, hal2 bilik tidur tu la yang diorang sedaya upaya sembunyikan.
Mak bapak bergaduh pun, anak-anak tak tau.

Tapi sekarang, ada masalah beraksi dalam bilik tidur?
Buat iklan. Ajak laki bini cerita kat semua orang.

Apa sebenarnya masalah orang Melayu ni?
Kita ada sakit mental ke?

Masyarakat kita ni sakit ke?


Disember 16, 2014

Freezing, Taikongsheng dan Kemampuan Masyarakat Malaysia Yang Mengecil

1. Oleh kerana aku duduk agak dekat dengan KL jadi keliling aku banyak pasaraya.

2. Boleh nampak dengan jelas dan sangat terang....bidang perniagaan sangat tak rancak.

3. Kedai-kedai dekat pasaraya banyak yang tak bersewa dan banyak jugak bisnes yang lingkup membuatkan kedai bertukar tangan.

4. Kalau kau perasan, selalunya kedai2 yang bisnesnya terpaksa ditutup ni akan diganti oleh satu jenis kedai yang sedang tumbuh seperti cendawan lepas hujan sekarang ni.

5. Kedai menjual pakaian Frozen dan kartun2 lain yang dihasilkan secara haram.

6. Kau pergi la mana2, mesti ada aje orang jual baju budak2 ni. Selalunya design dia kita dah tau tak original. Aku pun beli jugak kalau ada yang ok design dia untuk anak aku.

7. Harga mesti standard Rm25.

8. Selain dari baju Frozen, dia mesti ada jual baju Upin Ipin, Boboiboy, Avengers, Iron Man dan bermacam lagilah.

9. Kebelakangan ni makin ramai pulak yang tambah barang jualan Transformers mainan yang nampak macam cantik jugak...harga Rm30.

10. Tapi nama dia bukan Transformers....tapi TAIKONGSHENG.

11. Jika kedai2 menjual barangan tiruan ni wujud dekat pasaraya2 biasa ni, aku boleh paham kenapa...sebab permintaan tu ada.

12. Tapi bila aku jalan2 dekat Alamanda nampak kedai menjual pakaian tiruan ni wujud kat situ....

13. Aku pun bertanya kepada diri sendiri.....apa yang KDNK buat? Bukankah itu plagiarism yang sangat luas jumlahnya?

14. Mungkin gomen terpaksa biarkan sebab pengusaha baju Frozen tiruan ni dapat memenuhi permintaan pakaian kanak2 yang murah yang banyak dikalangan orang kita....

15. Tapi bukankah mencuri itu still mencuri? Rokok seludup, DVD dan sebagainya mahu pula dipantau.

16. Aku anggap aje la gomen kita biar sebab diorang sangka baik benda ni.

17. Atau mungkin gomen sendiri tahu betapa teruknya ekonomi kita sehinggakan mereka terpaksa biarkan penjualan barangan palsu ni secara berleluasa kerana sedar...kuasa membeli orang ramai makin kecil.

18. Mungkin?

19. Laku tak pakaian tu? Kalau kau jumpa budak perempuan pakai baju Frozen...90% aku berani cakap baju tu tiruan.

20. Nampak budak perempuan main anak patung Elsa? Itu bukan dari kartun Frozen...tetapi dari kartun bernama Freezing.

21. Untuk negara yang maju, barang2 tiruan adalah barang yang dijual sebagai benda novelty.

22. Tapi di negara kita di mana peniaga terpaksa meletakkan harga tinggi untuk sustain bisnes dan pembeli terpaksa carik jalan untuk turunkan kos sara hidup, nampaknya satu2 nya cara untuk counter benda ni adalah by breaking the law.

23. Masyarakat kita bergantung dengan pembuat pakaian tanpa lesen untuk terus mampu membeli pakaian untuk anak masing-masing.

24. Dan kedai2 ni tumbuh macam cendawan dekat mana2 aku pegi.

25. Itu jelas menunjukkan, permintaan ada.....

26. ....Dan tidak ada kawalan dikenakan ke atas mereka-mereka ini. Kalau aku jual DVD pirate Windows sekarang ni dah boleh ke sebagai side income aku?

27. Boleh ke itu diambil sebagai indikator kesihatan ekonomi masyarakat kita?

28. Entahlah.

29. Tapi aku rasa majoriti orang sedang merasakan the hard pinch of the economic regression sekarang.

30. Walaupun pendapatan isi rumah kita sekarang RM5900. Hehehe.