Ogos 08, 2014

Group Nudist Party Penang Suka Berbogel Bukan Sebab Dia Cina Tapi Sebab Memang Diorang Buruk Akhlak

1. Beberapa hari ini bila aku struggle nak buat kerja, aku layan video Aaron Aziz menari bollwood masa dia still berlakon di Singapore.

2. Kelakar jugak la dan dapat menghiburkan hati video tu.

3. Apa yang jelas dari video tu adalah, semua orang bermula dari somewhere.

4. Isu Gaza dan Palestine nampak sudah mula mengarut2 dan meracau isunya di negara kita. Dah ada pulak orang yang sebarkan "kita semua tolong jangan boikot McDonald sebab McD ni majoriti bumiputera punya dan ini semua taktik orang Cina nak jatuhkan ekonomi orang Melayu."

5. Ditambah lagi dengan isu parti bogel Penang. Dah tengok video tu? Menyesal kan tengok sebab terlalu banyak belalai kecil yang dipaparkan.

6. Aku sure akan ada orang putar isu ni sebagai contoh "ini orang Singapore kurang hajar datang Malaysia buat sial, Cina babi!!"

7. Singapore, bila bercerita aje pasal Singapore mudah benar rakyat kita sensitif. Samalah juga kalau orang Singapore cerita pasal Malaysia.

8. Cina, Melayu, Cina, Melayu....orang Melayu standard akan jadikan Singapore sebagai contoh "jika Cina memerintah, itulah dia yang akan terjadi kepada orang Melayu."

9. Macam Aaron Aziz. "Tengok la, dia dekat Singapore, dapat watak cap ayam aje. Datang Malaysia, ambik kau, terus jadi hero. Itulah untungnya Melayu dekat Malaysia ni.."

10. Tipikal Melayu pasti akan berfikir sedemikian rupa.

11. Memandang Singapore dengan satu pandangan negatif yang dia sendiri tak tau apa puncanya.

12. Apa salahnya kalau kau pandang negatif dekat TANAH AIR SENDIRI dan tanya, "apa yang tak kenanya dengan pelakon2 kat Malaysia ni sehinggakan orang luar datang Malaysia terus jadi hero tapi orang tempatan sendiri tak ramai pun yang mempunyai karisma sedemikian?"

13. Agaknya tak ramai yang sanggup nak pandang negatif kepada diri sendiri. Self criticizing pada orang kita memang jarang berlaku.

14. Sebab itu, eksport Singapura paling femes ke Malaysia adalah Aaron Aziz dan eksport kita pada diorang yang paling femes adalah air bersih.

15. Ramai selalu sound aku dalam ni,"hey bro, lu salahkan orang lain, lu tunjuk satu jari, 4 jari lagi tunjuk dekat diri sendiri la bro!"

16. Kenapa tak aplikasikan benda tu kepada diri sendiri bila bercerita mengenai kaum Cina Malaysia, orang Cina Singapore dan apa saja isu racist yang kita selalu assume kita di pihak yang betul, sebab kita Melayu?

17. Jika ada orang Cina yang racist, tak apa. Yang penting, kita jangan racist.

18. Dah takdir Aaron Aziz berjaya di Malaysia, yang kau nak jadikan dia sebagai contoh "Singapore diskriminasi orang Melayu dan hanya di Malaysia orang Melayu akan sukses" kenapa?

19. Dia berjaya, sebab pada aku la, dia unik berbanding artis2 Malaysia yang lain. Jika aku wanita, aku akan cair melihat dia. Soal tutup periuk nasik orang lain (artis tempatan) tak perlu timbul pun sebab aku tak ada dengar pun orang kita cakap Yuna pegi US lalu tutup periuk nasik penyanyi2 lain.

20. Agak gay ayat aku di atas tapi ayat itu perlu diterjemahkan sedemikian rupa. Mesti Zed Zaidi nak tumbuk aku kalau dia jumpa aku.

21. Cina Singapore berbogel dekat Penang bukan sebab dia Cina, bukan sebab dia orang Singapore dan bukan sebab dia nak cemarkan Malaysia.

22. Diorang berbogel sebab diorang manusia tak senonoh dan dalam semua bangsa ada orang macam tu.

23. Cuma benda tu jadi besar sebab diorang Cina kan? Lagilah pulak berlaku kat Penang kan?

24. Orang putih buat shooting reality tv bogel? Haram tak keluar apa dekat media kita. Dekat Perak pulak tu shootingnya.

25. Jadi, jika kau nak berbogel dekat Malaysia, tolong make it official. Kalau dah dapat approval dari pihak berkuasa, siapa la kitorang ni bangkang pulak kan? Berbogel lah kau macam baru dilahirkan ke dunia puas2 asalkan Malaysia dapat promotion sebagai tourist destination.



Bacaan Lanjut
Tiga Siri Televisyen Akhir Zaman

Ogos 07, 2014

Pekerja McDonalds Sepatutnya Kenalah Berhenti Kerja dan Carik Rezeki Halal Lain di Disko dan Pub

1. Aku baru dapat adik ipar. Adik ipar aku adalah bakal guru yang tengah tunggu nak dapat posting.

2. Diorang dah menikah dalam sebulan dua lepas.

3. Sewaktu melangsungkan pertunangannya, beliau sedang mengajar di sebuah sekolah rendah untuk latihan praktikal.

4. Sehari selepas beliau bertunang, untuk memberitahu kawan2 yang dia dah engage..dia pun menukar statusnya kepada 'engaged!' di Facebook.

5. Salah seorang pelajar sekolah di mana dia praktikal dengan gagahnya memberi respon "PUKIMAK!" mungkin kerana terlalu frust.

6. Atau..............mungkin kerana dia rindukan mak dia? Dia ingin kembali kepada rumah pertama dia hari itu?

7. Jadi, apa pengajarannya di sini?

8. Kalau kau berazam nak jadi cikgu, kau kena ingat, zaman sekarang dah berubah.

9. Aku dulu waktu darjah 2 pun jatuh cinta dengan Cikgu aku, Cikgu Noraini masa aku sekolah SRK St.Gabriel Kampung Pandan.

10. Tapi bila aku dengar dia nak kahwin, aku pasrah camtu aje la. Standard la budak2 jatuh cinta dengan cikgu.

11. Budak zaman sekarang? Jangan terkejut la kalau ada budak2 sekolah hebat Photoshop edit gambar lucah letak kepala cikgu dan ugut cikgu dia supaya putuskan pertunangan, kalau tak gambar tu disebarkan. Letak sebelah guru besar ke, hahaha.

12. Kita bakal menghampiri tahap tu.

13. Dan kita takkan mampu nak buat apa-apa selagi kita duk sibuk ajak orang boikot McD tapi otak bebal sangat sampai anggap semua pekerja McD makan daging orang Palestine. Tah mana pegi kemampuan berfikir orang Malaysia (Melayu) ni?

14. Welcome to the family, Cikgu. Tolong ajar budak2 Melayu bersaing dengan budak2 Cina secara telus.


Ogos 06, 2014

Palang Besi Atas Kerusi Adalah Mekanisme Anti Maksiat Menentang Golongan Muda-Mudi Yang Horny


Di US baru2 ni kawat berduri telah dipasang pada kaki lima bangunan
untuk mengelakkan golongan tidak berumah tidur di kaki lima. Ramai orang disana yang
secara volunteer membuka sendiri lantai berduri yang dipasang di kaki lima.


Di Malaysia, palang besi berwarna hijau telah dipasang di atas kerusi awam. Tujuannya?
Datuk Bandar kita sendiri menjawab,  golongan homeless banyak luka2 dibadan
sehingga menimbulkan rasa kurang senang pada orang ramai.


Adakah golongan homeless bukan golongan orang ramai atau orang awam?
Aku pasti jika ini dilakukan pihak zionist ke atas orang Palestine pasti kita akan menyinga dan mengatakan zionist ini kejam.


Tapi takpelah. Aku cuba bersangka baik.
Mungkin palang itu dipasang untuk mengelakkan golongan couple
yang sedang dating duduk terlalu rapat.


Agak pelik untuk sebuah negara yang pernah menjadi tempat tinggal pelarian Bosnia
dan kini rumah kepada pelarian Rohingya mengalami perubahan
mentaliti yang sangat drastik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ogos 05, 2014

Adakah Salah Kalau Aku Mempersoalkan Fadhilat Solat Sunat Tarawikh Yang Melampau Hebatnya?

Assalamualaikum,
Nama saya Irmanyadi b.Idris.

Diharapkan agar surat ini tidak mengganggu pihak JAKIM dan dapatlah pihak JAKIM dapat meluangkan sedikit masa untuk menghuraikan apa yang bermain-main di kepala saya sepanjang Ramadhan dulu.

Pada hari terkahir sebelum masuknya Ramadhan, ketika berbincang mengenai rajin atau tidak saya hendak bersolat tarawikh, isteri saya mengatakan sesuatu yang saya tak sangka. Dia kata ada khilaf dalam pemahaman umat Islam mengenai fadhilat solat tarawikh yang diamalkan oleh kita, umat Islam. Beliau memberitahu ada beliau terbaca yang itu semua tidak sahih dan tidak ada nas atau hujah yang menyokong "jika kita solat tarawikh malam pertama, kita seolah-olah dilahirkan semula dan disucikan dari dosa."

Jujurnya, saya selalu memikirkan perkara tersebut kerana mengikut pemahaman saya yang amatlah cetek ini, hanya satu sahaja penghapus dosa kita kepada Allah SWT iaitu taubat, itupun bersyarat selagi tidak dilakukan mana-mana dosa besar.

Ganjaran yang diberikan hanya kerana kita solat tarawikh malam pertama, seolah2 jauh lebih besar, lebih mudah dan lebih senang berbanding kita memenuhi tuntutan taubat. Mungkin kerana itulah masyarakat kita berlumba-lumba mengejar solat tarawikh malam pertama kemudiannya perlahan2 mula malas hendak bertarawikh...

Ini mungkin kerana ramai yang mengejar butang reset dosa setiap bulan Ramadhan ini.
Betulkah wujud butang reset ini? Itu yang saya ragukan.

Saya cuba mencari hujah di internet sekurang2 nya untuk sedikit memahami kenapa fadhilat Ramadhan ini sebenarnya "palsu" tetapi apa yang saya jumpa hanyalah kenyataan fatwa dari Majlis Agama Brunei yang menyatakan memang benar fadhilat Ramadhan ini sebenarnya tidak sahih statusnya, tetapi masyarakat kita terus berlumba mengejar butang reset dosa level dilahirkan semula ini.

Kemudian, kebetulan pula, pada malam raya, saya keluar minum dengan seorang kawan yang baru sahaja selesai belajar agama dan beliau menyebut benda yang sama dan hujahnya kerana fahdilat ini disebut dalam hadis yang tidak sahih statusnya. Cuma isu ini takut untuk dihebohkan kerana takut masyarakat kita tersinggung atau terpana mendengarnya.

Jadi, untuk mengikut apa yang agama ajar, sebutlah yang betul walaupun pahit bunyinya, saya ingin meminta pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan mengenai sahih atau tidak fadhilat Ramadhan kerana setiap kali saya ke surau atau masjid, ada poster yang dicetak oleh Majlis Agama negeri yang memaparkan betapa hebatnya fadhilat bertarawikh semasa Ramadhan dan saya takut, kita sedang mengikut sesuatu kefahaman yang tidak tahu mana hujung pangkalnya.

Persoalan dalam hati saya amat mudah; Solat tarawikh ini solat sunat. Sedangkan yang wajib pun tidak memberikan ganjaran sedemikian rupa, kenapa solat sunat memberikan fadhilat yang jauh lebih besar berbanding solat wajib?

Adakah ada kekeliruan pada pihak saya atau mungkin memang selama ini masyarakat kita memang dah jauh terkeliru? Bukan saya seorang yang anggap solat sunat tarawikh malam pertama adalah seperti kelahiran semula, kerana ini adalah kefahaman saya dan rakan2 saya dari zaman sekolah lagi. Jika kita cuba cari di internet dengan kata carian "Fadhilat Solat Tarawikh" apa yang kita boleh jumpa adalah fadhilat2 yang sudah kita ketahui.

Mohon pihak JAKIM huraikan isu ini agar kita dapat perjelaskan apa yang tidak jelas. Saya sudah cuba mencari di portal JAKIM tetapi tidak menemui maklumat yang saya cari-cari.

Terima kasih.

Irmanyadi b.Idris
Seorang bapa yang penyayang

ps - surat ini telah dihantar kepada pihak JAKIM dan aku akan tunggu maklum balas diorang


Ogos 04, 2014

Film Review : Guardians of The Galaxy

Guardians of The Galaxy (GOTG) agak asing pada aku kerana aku tak pernah tahu pun kewujudan komik tu.

Mungkin ada ramai diluar sana yang akan mengaku "Ya, aku adalah comic nerd dan aku cool kerana aku dah tau pasal komik2 rare ni sebelum kau" tapi aku ingin berterus terang di sini, aku langsung tak pernah tahu pasal komik ni, jadi kalau kau nak kata aku tak paham dan tak mengerti backstory dia, aku tak peduli langsung pun.

Pada aku filem ni tak best langsung. Tah hapa-hapa dan buang masa aje tengok.

Filem ini mengisahkan mengenai sekumpulan penjenayah yang terpaksa bersatu menentang ancaman anasir yang ingin menakluki dunia (tipikal storyline barat...) hero mesti orang putih dan awek yang berbangsa lain pun boleh jatuh hati dengan orang putih sebab dia orang putih.

Dengan watak tambahan seorang (sebatang pokok?) yang bernama Groot, rakun kecil yang mulutnya tak henti2 bercakap bernama Rocket dan typical muscular character yang dilakonkan oleh ahli gusti....ini dengan jelas menunjukkan semuanya..tipikal, tipikal, tipikal.

Tipikal Marvel punya storyline. Aku tak berapa suka Marvel yang baru dan femes ni kerana aku lagi prefer Marvel keluarkan filem2 berstatus sederhana seperti sebelum ini. Aku cuba senaraikan semua filem Marvel yang aku rasakan jauh lebih baik berbanding filem2 Marvel era 2011 ke atas ni;

1. Daredevil

Pada aku, ni lah filem terbaik Marvel setakat ni dengan lakonan mantap Ben Affleck sebagai seorang buta yang mempunyai sixth sense.

2. Punisher 1 and 2

Dah tengok filem Punisher? Kau kena tengok. Kau bayangkan filem Marvel2 yang baru2 ni, kau buang semua komedi dia dan kau jadikan ia filem serius yang berat dan moody, itu filem Punisher.

3. Catwoman

Ye ye, Catwoman adalah karakter DC, tapi pada aku, Catwoman adalah filem yang jauh lebih baik berbanding dengan Guardian of the Galaxy.

Seolah2 ada berlaku perubahan mentaliti pada semua filem Marvel selepas Iron Man yang cuba mewujudkan sebuah filem komedi slapstik yang ringan, tiada mesej dan tidak ada intinya. GOTG seolah2 dikarang agar menjamu penonton dengan cliche dan selepas itu cliche dan selepas itu ditambah lagi dengan cliche supaya penonton jadi dungu.

Dan itulah yang bakal berlaku pada penonton di Malaysia ni yang setiap hari kebelakangan ini berkobar2 ajak orang save Gaza, save Palestine, boikot barangan Israel dan pelbagai mesej kemanusiaan yang lain lagi, tapi bila kena tang dia, dia hanya buat apa yang dia rasa dapat buat. Dia suruh orang boikot tapi kerana tarikan nak menonton filem Guardian of The Galaxy ni terlalu kuat, dia tewas.

Padahal semalam baru aje dia share brochure produk berkaitan Israel yang perlu diboikot dan dengan jelas dan terang dalam brochure yang dia share tu ada logo Disney. Tapi orang2 Melayu macam ni dia pretend dia tak nampak logo Disney tu sebab pada dia "apa salahnya, aku sorang aje..orang Melayu lain mesti tolong boikotkan untuk aku..."

Dungu. Tapi itu baru satu level dungu.

Ada yang lebih teruk lagi. Macam mana orangnya tu?

"Orang2 yang berkobar ajak orang boikot kemudian dia suruh kau beli barangan lain kalau kau dah ada barangan yang berkaitan Israel ni. " dengan ayat "Ish apa ni kau pakai telefon Nokia ni! Israel ni! Gi la beli telefon lain!" kata dia sambil muncung-muncung bibir menjuih nak menunjukkan dia lah pemboikot paling hebat.

Ni lah dungu nombor dua. Kalau kau dah beli, kau bukannya boleh "un-beli." Yang kau suruh orang pegi beli baru barang2 tu kenapa makcik oi? Kalau kau dah ada barang elok, kau pegi buang, kau membazir. Apa yang kau patut buat adalah gesa orang supaya jangan beli lagi lepas ni.  Kita dah jadi funder kepada banyak syarikat berkaitan Israel melalui medium hiburan kita tanpa kita sedari. Aku tak boleh ajak kau "Woi jom ambik balik duit kita masa kita gi tengok filem Avengers hari tu woi!"

Tak mati pun kalau kau tak gi tengok Guardians of The Galaxy dekat wayang.  Tak mati pun kita kalau kita tak tengok filem Avengers 2 nanti dekat wayang.

Yang mati, tu ha, orang Palestine. Takkanlah hanya bila Palestine diserang baru kita nak boikot tapi bila Palestine tak diserang, kita pulak ramai2 berebut jadi funder kepada diorang. Manalah tau, memang macam itu cycle dia? Mungkin kita la funder Zionist selama ni dan pada masa yang sama, kita kutuk diorang? The perfect crime?

"Stop attack >  buat movie > bagi orang enjoy > kutip billion duit > bagi Israel > kembali attack > fund habis > Stop attack...."

Repeat sequence.

Kalaulah dunia ni tak mendambakan apa yang Hollywood cuba jual hari2, kau rasa macam mana dunia kita sekarang?

ps - aku main2 je pasal filem Daredevil dan Catwoman tu best. SUCK GILA filem tu...dan aku tak tengok pun lagi filem ni.