Mei 09, 2014

Otak Lembap, Muzik Simpan Sendiri dan Kasih Ibu

Aku mula menyedari otak aku semakin lama semakin lembap lepas aku kena promote jadi "small time manager" ni. Bidang tugas aku sekarang ni dah kena buat kerja2 management yang selama ni berjaya aku avoid tapi sebab dah terpaksa, aku turutkan aje la.

Aku betul2 benci benda ni. Walaupun aku suka buat paperwork pasal syllabus benda baru tapi bila masuk kena buat paperwork "management" aku selalu cuba elakkan. Apatah lagi bila kau terpaksa staff bawah kau "Yo bro, you suck." Kau bayangkan lah kau terpaksa cakap camtu dekat orang yang dah ada Master, aku sure keyakinan dia mesti terganggu.

Sebab kalau keyakinan dia terganggu, itu bagus sebenarnya. Masalah sebenarnya adalah apabila ramai orang2 yang ada Master ni bajet sebab dia ada Master, probability dia untuk suck adalah 0%.

Kepala otak aku memang penuh dengan benda2 camtu...sehingga mengakibatkan kesihatan mentaliti aku agak terganggu. Ada sesetengah kerja bila kau dah habis, otak kau akan switch off dan kau boleh let go semua benda...tapi bila kau dalam education, kalau otak kau boleh switch off lepas habis office hour, kau tak buat benda tu betul2 sebenarnya.

Apatah lagi bila culture education di negara kita ni makin lama makin mementingkan budaya spoonfeeding. Lagilah penat bai! Kau nak tau kenapa budaya spoonfeeding makin menular?

Sebab makin ramai student yang fikir, jika dia bayar yuran, dia sebenarnya bayar untuk diberikan knowledge tu, especially student2 IPTS. Bukan semua la tapi makin lama makin ramai yang assume, buat apa dia bayar jika dia kena carik knowledge tu sendiri.

In one way, benda tu ada betulnya, tapi......at the end of the day, pelajar yang bakal dihasilkan oleh sistem tersebut adalah pelajar-pelajar template yang acuannya sama. Yang berbeza hanya lah dia minat atau tidak dengan apa yang dia belajar.

Aku ada buat satu exam hari tu yang jelas menunjukkan result berikut ;

a. Aku tak suka dimanage
b. Aku tak suke nak manage

Semenjak aku buat benda ni dari bulan 8 sampai la sekarang, aku perasan otak aku jadi terlalu letih dan tak mampu nak fikir benda2 lain lepas balik. Once otak hanya memikirkan masalah orang lain (managing) aku perasan banyak betol benda aku tinggalkan.

Main game? Last sekali aku main game bulan 12 hari tu.
Jamming? Aku pun dah tak ingat bila last aku jamming.

Semenjak 3 minggu lepas, aku dah start balik pegang gitar aku. Aku mula revise balik semua material yang aku dah kumpul selama ni dan bila aku buat benda tu, barulah aku rasa bernyawa balik. Tiap2 aku peluk gitar aku, aku akan teringat mak aku.

Mak aku cukup anti aku main muzik start form 2 dulu. Siap rampas membership card Black Widow Studio PJ aku dulu. Aku cukup tak paham kenapa pada waktu tu. Aku tak nampak apa salahnya tapi aku paham kenapa mak aku bertindak demikian. Memang betul imej budak2 yang main muzik waktu tu agak huha-huha. Aku pegi jamming pun memang kerap jumpa dengan makhluk2 yang kelihatan agak mengerikan. Nampak tak senonoh.

Tapi bila duduk dan borak dengan dia, yang berambut panjang, yang kononnya metal makan telur kambing ni, normal aje sebenarnya.

Aku agak terkilan sebenarnya sebab kadang2 bila tengok balik, aku merasakan masyarakat Malaysia pandang rendah seseorang yang nak buat arts ni. Kita seolah2 tak nak anak2 kita buat sesuatu gunakan imaginasi dia. Ramai nak anak dia jadi engineer, jadi doktor, jadi manager...ramai nak anak2 dia jadi seseorang yang buat benda yang sahih, yang tampak.

Mak aku jurusan ekonomi. Bapak aku banking.
Tiba2 aku waktu tingkatan 2....nak main muzik. Hahaha.

Even kat sekolah aku sendiri, batch aku, geng2 yang serius main muzik ada dua. Band aku, Margerinehead (gila original nama) yang hanya mempunyai satu lagu original dan lagi satu band member aku yang 5 kali ganda lagi gempak dari kitorang. Yang masih lagi kekal buat seni sampai sekarang, aku rasa aku, itupun sebab aku buat kerja2 seni digital, sorang lagi Pegawai PTD yang masih lagi main gig dan seorang lagi dah jadi pelakon separa terkenal. Aku rasa ada lagi dua orang, Manager BSN dan seorang programmer yang hati tu masih lagi menaruh harapan jamming balik macam zaman muda2.

Yang lain2 semua benda yang sahih dan dah tak berapa mementingkan imaginasi.

Pada orang kita, budaya barat tu buruk. Kita tak nak anak2 kita terdedah dengan budaya barat. Kita tak nak anak2 kita jadikan ikon2 muzik dan filem barat sebagai idola diorang. Tetapi pada masa yang sama, bila anak2 kita nak mula belajar2 benda2 pasal seni ni, kita cantas minat diorang kerana kita nak dia jadi engineer, doktor atau manager.

Macam mana kita nak create idola local sebagai alternatif kalau camtu? Akhirnya, yang jadi ikon, orang luar lah. Atau ikon2 suam2 kuku yang kita boleh nampak dalam TV kita sekarang. Kita perlu ubah benda tu.

Aku perlukan maintain buat sesuatu yang menggunakan minda sebab aku takut gila otak aku stagnant. Dan aku sedar otak aku agak stagnant kebelakangan ni. Tapi beberapa minggu lepas, bila mak aku kata kat aku yang lagu aku sedap...aku jadi bersemangat. Punyalah lama aku tunggu encouragement dia. Bila dah ada anak dua baru dapat! Hahaha. Terus aku start projek baru aku. Target aku bulan 7 siap. Aku nak try take time dan tak rushing2 kali ni.

11 Mei adalah hari ibu. Selamat hari ibu kepada semua ibu. Tidak ada apa2 benda lain yang lebih penting dalam hidup seseorang melainkan seseorang itu hidup dengan tau yang mak dia iktiraf apa yang dia cuba lakukan hari2. Itu, adalah green light kepada kebahagiaan.

Mei 08, 2014

Setiap Keluarga Perlukan Powerbank

"Tu lah ayah. Alia pesan beli powerbank tak nak belikan.." rintih Alia, sambil memandang ibunya yang duduk di depannya.

Faizal diam sahaja. Rahimah pun sama. Kedua-dua anak mereka sedang duduk di atas sofa melunjurkan kaki. Alia hanya merenung siling dan kipas yang padam. Ahmad pula sedaya upaya membaca buku dalam cahaya samar2 yang diterangi lilin.

"Mad, baca apa tu?" tanya Rahimah.

"Buku Upin Ipin mak.." jawab Ahmad dengan pelat budak 3 tahun yang baru nak bercakap fasih.

"Tu bukan yang dah lama ke?" Faizal berminat kerana dia teringat kembali detik dia dan Ahmad membeli majalah tersebut. "

"Haa.." jawab Ahmad.

"Ayah ayah, nanti ayah belikan Alia powerbank ye. Kawan-kawan Alia semua dah ada powerbank. Pegi sekolah pun boleh cas smartphone, bukan mahal pun bah," pinta Alia.

Rahimah memandang Faizal sambil menggeleng kepala sedikit. Faizal paham benar kelakuan isterinya. Dia tak setuju Faizal memanjakan benar anaknya. Tapi anak perempuan punya kesan dengan ayah, bukan semua ibu faham.

Faizal duduk di sebelah Ahmad. "Ni siapa?" tanya Faizal sambil jarinya menekan wajah karakter Upin. "Upiiinn!" jawab Ahmad.

"Ni?" tanya Faizal lagi.

"Jarjit!" jawab Ahmad. Faizal senyum. Rahimah bangun lalu duduk di sebelah Alia.

" Hari sukan Alia minggu depan kan?" tanya Rahimah. Alia menggeleng. "Bulan depan la umi."

"Oh, umi ingat minggu depan. Kasut sukan kita tak beli lagi kan bang?" tanya Rahimah kepada Faizal.

"Belum lagi. Saya rancang hujung minggu hujung bulan ni," jawab Faizal.

"Awak ingat ye tarikh hari sukan dia? Saya dah terlupa!" kata Rahimah. Faizal hanya senyum. Semua benda ada direkodkan dalam smartphone beliau. Dari sekecil-kecil benda hinggalah tarikh cuti-cuti awam negara. Tapi pada ketika itu, dia tak ada tempat rujukan. Baterinya dah habis dipakai.

"Ayah ingat minggu ni kita gi beli Pesta Buku Antarabangsa, nak?" tanya Faizal.

"Tak payah lah. Rimaslah saya orang ramai. Nak browse buku pun tak selesa," jawab Rahimah. Alia kecewa melihat reaksi ibunya. Dia berharap benar dapat ke sana untuk membeli novel remaja terbaru tulisan penulis kegemarannya, Mawar Impian.

"Ada Upin Ipin tak mak?" tanya Ahmad tiba-tiba.

"Tak tau la. Ada kot. Jom la kita gi tengok?" tanya Faizal kepada Rahimah. Rahimah mengangguk mengiyakan sahaja. Dah terbayang emosi sesak dengan manusia dalam kepalanya.

Cahaya lilin bergoyang apabila ditiup angin. Hembusan malam sekurang-kurangnya menyejukkan sedikit suasana malam yang sedikit hangat selepas hampir 5 jam duduk dalam kegelapan apabila malam berlabuh.

Rahimah memandang suaminya yang duduk sambil memangku anaknya yang sedikit terbuai lena. Faizal senyum. Alia pula duduk sambil menayndarkan badan pada Rahimah. Dah lama mereka tidak berpeluang duduk sebegitu bersama-sama.

Lampu menyala terang. Kipas mula meningkatkan kelajuan. Televisyen kembali menyalakan lampu stand-by.

"Yes! Dah ada elektrik!" Bingkas Alia bangun. Alia laju menapak ke biliknya sambil tangan menjinjing smartphone yang padam.

Faizal memandang isterinya," Mah, charger mana?"

Rahimah menjuihkan bibir. "Saya dah cucuk fon saya dulu awal-awal, hihi..." Faizal menarik wajah mencuka. Dia bingkas bangun mencari pengecas simpanan.

Ahmad terus nyenyak di sofa sambil memegang komik Upin-Upin di dada.

Mei 07, 2014

Ya Allah, Please Died Me Tonight (Hashtag)


Ya Allah, sila bukakan pintu hati dia ni untuk memahami
"died" hanya digunakan bila sesuatu itu sudah tidak bernyawa lagi.

Lastly, please, tolonglah hentikan trend penggunaan hashtag kepada semua benda!


Mei 05, 2014

Pondan Pengeluar Partikel Busuk

Satu masa dulu, aku sama saja macam mereka.

Hembusan asap laju keluar dari mulut. Memenuhi suasana menyamankan minda, membebankan jiwa mereka. Tetapi sedikit sebanyak apabila aku sedar orang-orang keliling aku mahu makan tapi wajahnya sedikit mencuka, aku sedar asap hembusan aku ini rupanya sangat sarat mengganggu jiwa.

Jadi sedikit sebanyak aku nekad, jika aku mendambakan asap-asap itu, akan aku lari jauh dari orang ramai. Biarkan duit yang ku bakar itu aku hidu seorang diri.

Kemudian bila aku dah berdua, sang isteri mula berbicara yang ciuman yang aku rasakan hangat sebenarnya hangit. Bibir ku hitam kelam. Nafas ku yang aku rasakan mampu membangkitkan gelora rupanya hanya berbau bencana. Tapi itu belum cukup untuk membuat aku tinggalkan ketagihan itu.

Sehinggalah bila aku peluk zuriat aku dan ada lelaki di sebelah aku dengan selamba menghembuskan asap durjana kepada zuriat aku yang nak aku jaga, supaya dia sihat sentiasa.

Oh what the shit. Bagaimana aku tak nak anak aku jadi hamba asap jika aku masih lagi kaki pembakar asap? Bapak dan datuk dan nenek segala hipokrit semua bapa yang marah anaknya membakar diri tetapi diri sendiri jarinya tidak pernah lekang dengan gabus basah yang berair hujungnya.

Jadi pada satu hari, pada 18 haribulan September 2012 aku nekad aku berhenti. Memang menggigil jiwa. Memang merana nyawa. Memang semua yang buruk aku dengar mengenai berhenti merokok benar-benar belaka. Seminggu dua, tengok muka isteri, rasa seperti mahu diterajang setiap masa. Tapi lama-lama, barulah dunia ni nyata. Asap sudah tiada dari sistem jiwa barulah sedar busuknya mereka.

Busuk! Kepada hamba-hamba asap, anda busuk. Anda boleh pakai deodoran pelbagai deria tapi tidak ada ayat lain yang lebih layak untuk menyatakan yang satu masa dulu aku busuk, kini aku sedar kenapa ramai yang tak selesa.

Hamba-hamba asap yang kaya raya ini memang manusia durjana.

Merosakkan suasana. Menyahsedapkan deria. Membangkitkan derita makan. Kadang-kadang ada yang memangku anak sambil merosakkan deria orang lain. Dia tidak kisah. Bukan dia peduli. Yang penting dia mahu mengisi ketagihan hati, jadi yang salah adalah orang yang berada disekelilingnya yang tak nak cuba mengerti kelemahan diri.

Bukan dia. Hamba asap tidak pernah bersalah. Yang salah adalah mereka yang marah. Satu masa dulu aku sama macam mereka. Oh bila teringat balik, betapa buruknya angkara.

Tapi bangsa Malaysia dah terbiasa. Boleh berasap tak kira masa. Cuba kau bakar sampah depan rumah dia, tengok dia meraung tak, kalau kena gaya. Cuba kau kentut tepi mereka, kau tengok la muka dia masam macam mana. Hamba asap adalah orang paling annoying dalam dunia. Mereka sangka mereka unggul padahal lebih elok bercakap dengan cangkul.

Jangan sesekali diberitakan kebenaran, yang diri mereka sebenarnya pondan.

Ikhlas dari,
Bekas pondan yang berhenti mengejut menjadi pondan walaupun semua orang kata benda tu mustahil. 

Mei 02, 2014

Kerajaan Akan Perkenalkan Dasar Hujung Minggu Pejabat Mesti Tutup Bila Matahari Terbit Dari Barat

Membaca surat khabar hari ini, ada dinyatakan kerajaan akan mengambil langkah menggubal dan menambah baik akta dan undang2 berkaitan hak pekerja.

Oleh kerana kita tahu kerajaan kita adalah sebuah kerajaan yang bekerja cara "at the moment", jadi lebih selamat kalau aku assume ini semua hanyalah hot air propaganda kerajaan. Nak tau beberapa contoh lain? Tunggu hari guru nanti dan tengok berapa banyak janji2 kerajaan akan tabur kepada guru-guru untuk sedapkan hati guru-guru. Perlu diingatkan, ini semua aku reka sendiri dan aku tak rujuk mana2 buku pun jadi tak perlu kau bukak buku dan carik frasa "management using the system of at the moment concept."

Dalam bidang pengurusan pun sama. Banyak majikan dan pengurus yang lebih mengutamakan at the moment concept ni. Kalau kau nak kenal orang2 camni dalam hirarki pejabat kau, dia ni adalah orang yang ada pangkat yang akan buat apa saja keputusan yang sesuai untuk pada masa itu, tanpa memikirkan masa depan nanti. Dia plan untuk hari ni dan petang tu.

Banyak manager2 yang aku dah lalui yang lebih mengamalkan konsep ni dalam mentadbir sebab, aku tak tau lah kenapa, orang2 yang dilantik akan lebih mementingkan periuk nasik sendiri dan kedudukan sendiri terlebih dahulu. Tidak ramai orang yang nak buat sesuatu untuk long term gain, semuanya kejar short term gain.

Ramai yang takut mati dulu kot sebelum rasa benefit?
Entah lah.

Di Malaysia, benda yang paling merencatkan development negara kita sebenarnya adalah cara kita bekerja, Kita bekerja menggunakan Chinaman System. It's all about now and it's all about me. Kalau kau tak percaya benda tu kau cuba kerja dalam 4-5 tahun, kemudian kau tengok balik dah kat mana kau sekarang. Apa perubahan yang berlaku pada kau? Adakah kau dah improve? Improve tu bukan bermaksud dari segi gaji tapi dari segi human capabilities.

Kita, kerja untuk capital. Kebanyakan kita bekerja, target kita adalah gaji. Gaji, gaji, gaji, gaji. Skill development kita terencat. Tapi kita tau benda ni. Kita sedar. Kita bukan bodoh benar sampai tak sedar benda tu. Cuma, kita tak tau macam mana nak kembangkan lagi diri kita. Sebab kebanyakan antara kita, ditekan oleh the Chinaman System.

Pagi petang siang malam untuk kerja. Hari Rabu, wife aku pegi talk guru-guru, penceramah kata guru-guru sepatutnya pentingkan kepentingan tugas guru dulu sebelum kepentingan peribadi. Bullshit gila kau nak apply The Chinaman System kepada sistem pendidikan kita.

Bagaimana nak mengenal pasti sama ada kau adalah sebahagian daripada sistem Chinaman ini? Hidup kau untuk kerja, sehinggakan pada bila-bila masa pun jika kau diarahkan bertugas, kau akur, tanpa ada apa2 imbuhan tambahan. Paling senang, kau takut dengan  majikan kau jika kau tak dapat bekerja pada waktu yang kau tak sepatutnya bekerja.

Itu, adalah masalah mental yang dibawa oleh The Chinaman System.

Dari dulu, aku dah kata, masalah paling besar mengenai kualiti hidup di Malaysia adalah bila kerajaan membenarkan syarikat2 meletakkan frasa "Syarikat boleh meminta anda bekerja pada mana2 waktu yang diperlukan tanpa syarikat perlu membayar apa2 imbuhan melainkan atas budi bicara syarikat."

Ramai yang tak setuju dengan frasa tu tapi sebab nak kerja, ramai yang sign. Cek kontrak kau! Mesti ada.

Bila kerajaan dah benarkan syarikat2 ni letakkan syarat2 macam tu dalam kontrak, yang mangsanya nanti, adalah pekerja. Tengok lah betapa berat sebelahnya bargaining power pekerja dengan majikan, ramai pekerja yang kena tindas, takut nak mengadu sebab takut kehilangan kerja.

Dan di sinilah failure terbesar kerajaan Malaysia sekarang ni. Jika kita nak menuju menjadi negara maju, ada beberapa benda yang perlu diubah dan perlu diperkenalkan.

1. Pengenalan dasar tutup pejabat selepas 6 petang compulsory
2. Pengenalan dasar triple pay jika perlu bekerja overtime meliputi SEMUA LEVEL
3. Pengenalan dasar hari minggu adalah hari untuk keluarga atau skill enhancing time COMPULSORY
4. Pengenalan dasar severance package untuk semua khasnya pekerja swasta
5. Pengenalan dasar gaji minimum mengikut jam
6. Perubahan kepada akta untuk menghalang syarikat mengenakan syarat2 yang tidak munasabah dalam kontrak pekerja dan majikan

Nak jadi negara maju...kita kena let go The Chinaman System ni. Tapi yang menghairankan aku bila aku selalu menghadapi situasi camni;

"Seorang pekerja punyalah berapi nak mengubah apa saja yang dia rasakan tak betul dalam sistem management pejabat dia dengan bermacam idea dan dia juga sedar pelbagai improvement yang boleh dilaksanakan. Tapi bila dia telahpun dipromote ke atas, dia akhirnya jadi macam orang2 yang dia duk kutuk selama ni dan jadi tukang angguk dan tukang geleng."

Pelik bang. Apasal la benda tu terjadi kat majoriti orang2 yang dapat pegang kuasa? Takut? Dah kena pegang telur? Tau yang meredah lautan api akan membuat kulit terbakar? Tak ramai yang berani nak redah lautan api kot?

Itulah dia mangsa2 The Chinaman System, satu sistem yang sangat efektif untuk memastikan yang pekerja, terus patuh bekerja.