Oktober 04, 2011

"Hantu Bonceng " Sebagai Satu Medium Mengajar Perempuan Untuk Jadi Bimbo

Ignorekan sebentar pasal kes mengucap dan mengaku Muhammad itu syaitan dalam filem Hantu Bonceng. Itu mungkin sesuatu yang agak obvious dan memang mudah dijadikan kontroversi. Aku baru aje menonton filem tu semalam sambil menungggu ayam goreng siap di masak dan nasik habis ditanak. Menonton kat mana? Kat Youtube.

Ada banyak lagi benda dalam filem itu yang sebenarnya jelas memperbodohkan orang Melayu..tapi orang Melayu macam biasa..hanya akan naik angin kepada sesuatu yang sangat obvious tapi mereka tak nampak benda2 lain yang kurang jelas dan nyata.

1. Ada scene Zizan dengan Kunyit insaf sambil nangis-nangis depan Imam Masjid sebab menyesal dengan perbuatan diorang. Scene tu dah la bodoh..tapi apa yang lebih bodoh? Dah insaf kaw2 lepas tu apa yang Zizan buat? Pegi dating pegang-pegang tangan awek. Insaf apa kejubor kau itu insaf?

2. Watak "Perempuan Gemuk Anak Tok Imam" itu adalah watak yang paling teruk sekali memperbodohkan orang Melayu. Ada waktu dia bertudung. Ada waktu dia tak bertudung. Paling kelakar? Ada satu scene, Perempuan Gemuk Anak Tok Imam ini mengaku "Saya kuat pegangan agama" tapi waktu itu..rambut terdedah dengan baju ketat menampakkan tubuh yang "super sexy."

3. Zizan selepas "Mendapat hidayah" mulut dengan pantas mengucapkan Syukur,Alhamdulillah,Ya Allah..tapi the first thing yang dia buat bila dia nak tolong adik kepada "Hantu Bonceng" adalah ajak gadis itu duduk sekali dengan dia.What the fudge?

4. Itu belum dikira lagi mesej-mesej halus yang cuba mempermainkan imej orang Tabligh atau sunnah Nabi yang cuba di"perlawakkan" oleh Kunyit.

5. Dan lastly...Aku tau kat luar sana ramai perempuan Melayu murahan. Tapi dalam filem ni...semua empat watak perempuan,tak kiralah Hantu Bonceng,adik Hantu Bonceng,awek Zizan dan gelfren kepada abang awek Zizan adalah dijadikan sama ada "cheap slut", "dumb slut" atau "cheap dumb slut."

Cheap Slut = awek abang awek Zizan yang mengandung sebab terlanjur

Dumb Slut = Hantu Bonceng sebab nak naik motor dengan mat rempit lepas baru sampai dari kampung

Cheap Dumb Slut = Awek Zizan sebab offer diri tinggal bersama serumah dan adik Hantu Bonceng sebab ...memang karakter tu agak ridiculous developmentnya.Come on...takde sebab langsung dia nak buat kakak dia macam tu.


...............

Bodoh punya filem. Memperbodohkan masyarakat.

Filem-filem macam ni lah filem bodoh yang melahirkan masyarakat yang bodoh. Kerajaan kita banned filem Fantasia (Aziz M.Osman), Schindler's List (Steven Spielberg) Passion of The Christ (Mel Gibson),alasannya..merosakkan akidah.....tapi...filem ni boleh lepas? Come on.

Siapa yang paling bodoh sebenarnya? Orang besar Lembaga Penapisan Filem. Selagi badan kerajaan membenarkan filem-filem bodoh membodohkan orang Melayu...selagi tu la filem-filem bodoh macam ni akan terus manjadikan orang Melayu bodoh. Lembaga Penapisan Filem mempunyai tanggungjawab untuk menentukan filem mana yang sesuai untuk ditayangkan. Jika mereka merasakan masyarakat Malaysia tidak sesuai untuk menonton filem "Zoolander" kerana menghina pemimpin Malaysia kenapa pula filem ini yang terang2 menghina agama dilepaskan?

Takkanlah kerana filem ini sebuah produk local filem ini wajib ditayangkan?

Satu-satunya orang yang pandai dalam filem ni? ...... David Teo.
RM8.52 juta setakat ni. Aku rasa 3 juta tak lari kot dia punya share.

........................

Satu trivia menarik...pengarah filem Hantu Bonceng....Ahmad Idham sudah pun mengarah lebih 20 filem (23 tak silap aku) . Steven Spielberg pula dari dulu sehingga sekarang baru sahaja mengarah 36 buah filem. Dengan rate yang sedia ada...Ahmad Idham mungkin akan menghasilkan lebih banyak filem berbanding Steven Spielberg. Menakutkan bukan?

Itu baru dalam industri kecil di Malaysia. Cuba bayangkan jika Ahmad Idham ke Hollywood..berapa filem dia boleh buat dalam setahun?

September 30, 2011

Awkward Agama : Datuk Mat Mencari Ilmu Pendinding Untuk Menangkis Musuh Politik

Datuk Mat memandang pembantunya, Abu, "kau pasti ke tok bomoh tu duduk tempat macam ni?Ni kampung ceruk mana kau bawak aku ni Bu?"

Abu memandang ke belakang sambil terus memandu,"jangan risau Datuk..ni tok bomoh baik punya.Gerenti dia dapat penuhi apa saja yang Datuk mintak!" Datuk Mat terus menatap ke luar. Hatinya gundah,resah.

Kereta Mercedes Datuk Mat berhenti di sebuah rumah pondok yang agak kecil. "Bu,kau ni..biar betul?" tanya Datuk Mat sambil matanya merenung pondok kecil beratap zink itu. "Jangan risau bos!" kata Abu sambil melangkah mendekati pondok tersebut.

"Assalamualaikum Tok!" panggil Abu sambil mengetuk pintu pondok. "Waalaikumsalam..masuk,masuk..pintu tak berkunci.." jawab suara dari dalam. Abu membuka pintu sambil dituruti Datuk Mat.

Datuk Mat masuk lalu memandang sekeliling.Pondok itu kecil sahaja..di dalamnya ada satu bilik kecil. Di ruang tamu yang tidaklah sebesar mana, seorang lelaki yang jauh lebih tua berbanding dirinya duduk sambil menghisap rokok daun. Lelaki tua itu lalu bangun dengan agak sedikit susah payah menghulurkan tangannya bersalam.

" Kau ni...Datuk Ahmad Ramli bin Ahmad Hamdan kan?" tanya Atuk itu dengan selamba. "Ya,saya..Insya Allah tak lama lagi dapat Tan Sri pulak.." jawab Datuk Mat dengan bangga.

"Aku tau tujuan kau ke sini..." jawab Atuk itu terus. "Dah..duduklah dulu...duduk situ ya.." kata Atuk itu sambil menunjukkan satu ruang di ruang tamu. Datuk Mat  bersila kemas sambil menghadap Atuk. "Nama saya Harun...tapi orang sini panggil saya Tok Yon..." jelas Tok Yon sambil menggulung rokok daun lagi sebatang.

"Kau mau menang pilihanraya kali ni kan?" tanya Tok Yon. Datuk Mat kaget sebentar. "Iya..memang itu lah hajat saya datang ke sini ni..."

Tok Yon diam sambil merenung Datuk Mat. "Kau ada banyak hajat....memang beruntung kau datang jumpa aku.."

"Kalau boleh Tok Yon...saya nak belajar ilmu pendinding...sebab sekarang ni makin ramai musuh yang nak jatuhkan saya..." beritahu Datuk Mat.

"Ha ha ha ha....aku tau..." Tok Yon gelak besar lalu kembali merenung Datuk Mat. Datuk Mat rasa kurang selesa dengan kelakuan Tok Yon.

"Kau..kau semayang tak?" tanya Tok Yon. "Bila kali terakhir kau semayang?" Datuk Mat terkedu,malu hendak menjawab."Dah lama kan? " tanya Tok Yon bertali arus. Datuk Mat angguk,malu.

"Pasal pendinding kau tu,kau balik dulu,kau semayang 14 hari tanpa tertinggal...dah gi balik...." kata Tok Yon lalu bangun menuju ke dapur. Datuk Mat terpinga-pinga. Abu hanya sengih memandang bosnya. Datuk Mat pun bangun menghulurkan salam sambil tangannya menghulurkan RM300 kepada Tok Yon.

.............................


Datuk Mat menekan interkom meminta pembantunya memanggil Abu ke dalam ofis. Abu melangkah pantas. "Abu..sekarang ni jugak aku nak kau drive aku balik pegi rumah Tok Yon hari tu...ni dah 16 hari aku semayang lengkap..takde apa2 pun..I think he's full of bullshit."

"Ok bos..." Mereka pun kembali menempuh perjalanan yang pernah mereka lalui lebih 2 minggu sebelum ini.Sampai saja di sana Datuk Mat merempuh pintu lalu masuk. Tok Yon macam biasa sedang menyedut rokok daun.

"Tok Yon! Apa ni? Dah 2 minggu saya semayang penuh, takde pun saya dapat apa-apa petanda!" kata Datuk Mat sedikit marah.

"Kau ni...kau kena sabar la sikit....aku ketuk kang kepala kau masuk rumah aku tak bagi salam.." kata Tok Yon selamba. "Maaf Tok.." Datuk Mat mengendurkan sedikit nada suaranya.

"Kau dah semayang penuh tak?" tanya Tok Yon sambil matanya merenung tepat pada mata Datuk Mat. "Dah..." jawab Datuk Mat. "Lepas semayang kau berdoa tak? " tanya Tok Yon lagi.Datuk Mat menjawab, "tak."

"Kau pegi balik..kau semayang lagi 2 minggu..lepas semayang kau jangan miss berdoa.." jawab Tok Yon. Mereka pun pulang semula ke Putrajaya.

..............................

Abu hanya diam mendengar leteran Datu Mat dalam kereta sambil memandu. Tidak mahu dia menyampuk dan hanya apabila ditanyakan soalan barulah dia bersuara. Datuk Mat betul-betul meradang hari itu. Mulutnya tak habis memaki Tok Yon yang dikatanya penipu besar.

"Ini lah orang Melayu...ramai benar nak jadi bomoh dukun,tah mana punya ilmu dia belajar aku tak pasti...yang aku tau, ni bomoh yang kau recommend ni penipu besar.." Abu diam lagi,sedikit gelabah. Enjin kereta dimatikan.

"Suruh doa..suruh semayang..last-last habuk apa pun takdak!" herdik Datuk Mat.

Mereka berdua melangkah keluar dan mengetuk pintu pondok. Tidak berjawab. Kedengaran suara orang di bahagian tepi pondok.Datuk Mat dan Abu menjenguk ke tepi dan mereka nampak Tok Yon sedang mencangkung memberi ayamnya makan sambil berbual dengan ayam-ayamnya.

"Assalamualaikum Tok Yon.." sahut Abu. "Waalaikumsalam.." jawab Tok Yon. Tok Yon senyum merenung Datuk Mat yang segak berbaju kemeja-t polo dan berseluar slack.

"Pakcik....tak baik pakcik menipu saya macam ni pakcik..." kata Datuk Mat. Tok Yon senyap saja sambil terus memandang ayamnya.

"Saya dah buat apa yang semua pakcik mintak saya. Saya dah semayang, saya dah doa...bila pakcik nak ajar ilmu pendinding tu dekat saya?" herdik Datuk Mat. "Pilihanraya dah dekat. Orang-orang bawahan saya makin ramai yang dah lari...sana sini saya kena serang.."

Tok Yon hanya diam memandang ayam jantan kesayangannya.  "Pakcik...kalau pakcik tak dapat nak turunkan ilmu pendinding tu dekat saya cakap saja terus terang..."marah Datuk Mat.

Tok Yon sengih. Memang betul kata seperti kata anak buahnya, Abu...Datuk Mat bukan setakat seorang yang angkuh, dia juga seorang yang sangat bebal orangnya. Percubaan mereka berdua untuk menjadikan Datuk Mat seseorang manusia yang lebih baik adalah eksperimen yang gagal.

"Aku rasa kau kena mandi bunga la.." kata Tok Yon. Abu senyap-senyap menggelengkan kepalanya,memberikan isyarat kepada pakciknya. Cukuplah sekadar mencuba apa yang termampu dia dan pakciknya lakukan.

September 29, 2011

Gaji RM1500 Untuk Anda Kerja Sebagai Apa Saja Di Selangor

Skim gaji minima RM1,500 yang bakal diperkenalkan kerajaan negeri Selangor pada 2012 mendapat restu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Timbalan Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, ketelusan sesebuah kerajaan dapat diukur melalui penetapan gaji minima seperti ini yang diiktiraf kesatuan itu sebagai langkah proaktif kerajaan negeri bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat. ”Kami merasakan itu adalah pemangkin bagi kerajaan persekutuan dan amnya kerajaan negeri (Selangor) sendiri kerana ketelusan yang dilaksanakan berlaku kerana (percambahan) ekonomi,” kata beliau dalam wawancara Fokus Berita bersama Tv Selangor.

Abdul Halim berpendirian perlaksanaan gaji minima harus dititikberatkan mana-mana pemerintah dan diselaraskan secepat mungkin untuk penambahbaikan status masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan. (Link)

.............

Gaji minima Rm1500.Ok ke? At least satu permulaan dah.Nak tunggu UMNO...kita kena tunggu orang-orang macam ni bersara dulu.

Sebelum ni aku rasa gaji minima kita RM700.Macam mana diorang implementkan? Entah. Tunggu la 2012. Tengok macam mana, sama ada sektor swasta nak ikut sekali ke tidak atau hanya tertakluk kepada sektor awam.

Kadang-kadang,kalau kau dengar gaji orang yang kerja, seolah-olah tak berbaloi. Aku jumpa staff gomen,umur dah 40 an..gred baru 17. Aku rasa 17 total gaji masuk elaun ada la dalam RM1300 camtu.Aku ada kenal seseorang..gaji dia Rm400 tapi dia kerja kawasan kampung la,dalam ladang.Gila..tak balik modal pegi balik kerja. Tak kisah la duduk kampung ke angkasa ke..RM400 kau beli barangan anak  2 orang sebulan dah habis.

Aku sendiri pernah interview dengan satu syarikat animasi bertaraf "MSC Status Company" (this is the biggest bullshit in the world) yang nak bagi aku gaji RM850. Alasan dia? Staff dia ramai...

Kalau kat Selangor dah dilaksanakan gaji minima ni..apa kata selepas ni kerajaan Selangor laksanakan peraturan overtime itu optional pada pekerja dan overtime WAJIB dibayar,takde alasan2 langsung.

Apa-apa pun, kebajikan pekerja haruslah dititikberatkan di Malaysia. Dalam bab pekerja vs majikan..selalunya pekerja selalu mengharungi arus deras yang takkan mampu dia redah. Yang mampu tolong pekerja? Akta pekerja yang protect rights pekerja...dan memastikan pekerja kerja dan dibayar.

Berapa orang pernah kerja secara free kat sini? Dulu aku tiap2 hari kerja free. Masa aku kerja "MSC Status Company" la....bullshit.

Kembalikan middle class people.Dan kembalikan hak bekerja orang local yang dah diambik orang luar. RM1500 untuk jadi tukang sapu di Selangor adalah satu prospek kerjaya yang agak menarik.

Wujudkan senario itu.

September 28, 2011

Gua Sudah Pasang Cable Baik,Asal Gua Dapat Habuan,Gua Gembira dan Senang Hati

Semenjak dua menjak ni aku jarang ada rumah,aku selalu ulang alik ke kampung isteri aku,tengok anak. Jadi kadang-kadang bila duduk lepak-lepak dengar orang-orang kampung dan saudara mara mara diorang bercerita agak kelakar. Selalunya topik takkan lari dari politik.

Macam kampung aku, dulu memang tak ngam. Semayang Jumaat pun lain-lain Masjid,lain-lain Imam..Salah satu benda yang aku paling tak suka dengan orang PAS adalah benda ni. Taksub benar dengan kepartian sampai solat kat Masjid yang Imam dia Kerajaan BN lantik pun dia kata tak sah.

Tapi ni cerita dulu la..sekarang ni dah lain pulak cerita dia lepas PAS pulak perintah Kedah. Aku tak tau pulak macam mana sekarang ni sebab last sekali aku balik Kedah adalah bulan 3 aritu,ada kenduri sket.

Kampung isteri aku pulak adalah kawasan kubu kuat Barisan Nasional tapi aku tak bolehlah nak kutuk lebih-lebih sebab ADUN situ pakcik member aku. Tapi macam biasa,semangat kepartian tu akan still wujud sehinggakan masa solat sunat Hari Raya hari tu pun...sebelum solat sempat wakil rakyat situ bagi sepatah dua ucapan ingatkan penduduk situ..pangkah BN.

Takpelah...dengar aje la.

Politik kampung ni sebenarnya agak kelakar. Selalunya pertelingkahan tu jadi sebab berebut jawatan Imam,berebut nak jadi JKKK Kampung.Tapi hari tu aku dengar satu kes yang aku rasa kerapkali terjadi di kalangan orang Melayu.

Ada seorang pakcik...seorang penyokong tegar Wakil Rakyat situ yang teringin nak pegi haji tahun ni. Dia punyala kepingin sangat nak pegi haji sehinggakan dia sanggup pegi jumpa Ketua Pemuda UMNO situ mintak recommendation.

Masalahnya....Pakcik tu dah pegi haji 3 kali sebelum tu jadi tak logik la dia dapat pegi tahun ni.

Jadi pakcik ni pun merayu-rayu...mintak tolong ketua pemuda UMNO kawasan tu bawak Pakcik tu pegi jumpa ADUN tempat tu sebab dia nak pegi jugak,tak kira apa cara sekalipun. Ketua Pemuda UMNO itupun bawak la pakcik tu jumpa dengan ADUN dan mintak sokongan beliau.

Tup tup tup...pakcik tu pun dapat la pegi haji untuk kali ke empat,kemungkinan besar membuatkan satu nama yang selama ni dalam waiting list akan dicicirkan oleh Tabung Haji semata-mata sebab Pakcik ni mendapat recommendation daripada ADUN kawasan tersebut.

Ketuanan Melayu bukan sekadar berlaku antara Melayu dan bangsa lain...ketuanan itu juga sebenarnya berlaku sesama Melayu sendiri.

Aku cukup anti orang macam tu.Selalu membuatkan aku tertanya...adakah kita perlu kenal "somebody" untuk membuatkan hidup kita berjalan lancar?

September 27, 2011

Najib, Adakah Tuhan Itu Science Fiction?

Ada baca Sinar Harian hari Ahad hari tu? PM Kesayangan ramai admit... "Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti."

Kah Kah Kah Kah Kok Kok Kok Kok!Apa benda lu merepek ni. KAH KAH KAH!

Adakah "undang-undang Tuhan" ini hanya sesuai dilaksanakan di dalam;

a. Filem fantasi
b. Karya fiksyen
c. Imaginasi nakal

Undang-undang British yang kita sedang pakai sekarang ni atau undang-undang Tuhan?Pergh..tough choice....mana satu nak pilih.

Minggu lepas...aku borak dengan seorang minah Iran.Dia kata dia suka duduk Malaysia ni. Sebab kat Iran dia takleh nak pakai seksi-seksi. Aku akui..waktu dia berborak dengan aku...dia pakai singlet dan seluar jeans ketat.

Sambung dia...(aku translatekan) "tapi nasib baik saya orang Iran. Kalau saya orang Arab Saudi lagi teruk. Perempuan tak boleh drive kereta. Perempuan takleh ambik lesen memandu. Paling saya tak suka,balik sana panas tapi terpaksa pakai purdah.."

Aku tak tau macam mana perbualan aku tu boleh masuk pasal undang-undang negara dia.Mula-mula sekali aku tanya dia pasal tulisan dia sebab aku perasan dekat buku nota dia, dia tulis pakai huruf yang aku tak kenal. Bukan Jawi..tapi Parsi...dari situ terus bersambung-sambung sampai lah dia komplen pasal undang2 negara Arab yang dikatakan agak menekan kaum wanita.

Dalam fikiran aku,pergh..kau datang Malaysia pakai camni...

Kemudian,bila aku baca paper Sinar Harian pasal statement Najib yang kata undang-undang Islam itu tidak berpaksikan realiti...aku pun melakukan proses connect the dot.

Frasa A : Wanita Iran datang Malaysia tayang cleavage kerana tidak boleh berbuat begitu di negara sendiri

Frasa B : Najib berkata undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana tidak berpaksikan realiti

Kesimpulan yang aku dapat ; Najib suka cleavage kerana cleavage adalah suatu anggota badan yang sepatutnya diterjemahkan ke dalam bentuk realiti dan bukan sekadar dalam fantasi. (Link)

ps - Sejak bila Tuhan itu fantasi?