September 23, 2011

Bercukur Pun Sudah Jadi Sesuatu Yang Tidak Affordable

Hari ni..aku pegi carik mata shaver aku sebab stok yang aku pakai dah habis,lagipun mata yang ada lagi terpasang sekarang ni dah agak tumpul. Sakit bila bercukur sebab bila tarik dekat dagu rasa kena sagat. Aku pernah simpan misai sahaja tanpa ada janggut tapi aku rasa kelakar...rasa macam karakter Borat dalam filem Borat.

Sampai aje aku dekat row shaver..aku usha tengok...pergh....RM58 untuk 10 keping. Aku ulang lagi sekali...RM58 untuk 10 keping. Aku dah terbiasa pakai shaver yang agak ganas sket jadi aku tak berapa suka pakai disposable punya shaver. Tangkai dia tak sedap.

Jadi aku pun berdiri la semua shaver yang ada kat situ sambil berfikir,"tahun lepas aku beli 5 keping...baru RM18 (seingat aku). Sekarang 10 keping dah RM58.Satu mata tu dah berharga RM5.80.."

Nak tak nak aku terpaksa tukar opsyen aku beli disposable punya razor yang agak ok.Aku usha harga..." PERGH...RM12 untuk 3 batang. Gampang apa macam ni..." Yang paling murah adalah razor disposable jenama BIC 6 batang...RM6.50 camtu. Selepas pengalaman berdarah dagu kena plaster dengan hansaplast....aku tak nak beli.Ni baru 2011...tahun 2015 nanti macam mana harga dia?Nak pakai shaver macam yang kedai gunting rambut macha aku tak berani.Itu boleh bunuh orang. Murah memang murah..satu blade berapa sen aje..boleh kepak dua.

Besi makin mahal.Tidak ada apa-apa yang akan jadi makin affordable.
Kanada, adalah satu option yang sentiasa aku fikirkan.



September 22, 2011

Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah!


Seteruk mana pun penguasaan Bahasa Inggeris seseorang Melayu, dia sudah tentu akan menyebut UMNO sebagai "AMNO" dan bukan "OOMMNO", menggunakan cara sebutan yang betul dan tepat. Agak payah untuk mereka yang baru belajar berbahasa Inggeris memahami yang huruf U di depan perkataan dalam Bahasa Inggeris sama bunyinya dengan huruf A dalam Bahasa Melayu.

Itu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana ini membuktikan orang Melayu tidak kekok berbicara menggunakan bahasa Inggeris. Apa yang lebih membanggakan lagi adalah semua orang Melayu sekurang-kurangnya tahu satu perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu UMNO.

September 21, 2011

"Ahmad, Awak Bodoh, Jadi,Saya Rasa..Awak Perlu Kekal Bodoh"

Ada dengar atau baca pasal kisah sebuah sekolah kat Sabah yang tahan 3 orang budak sekolah rendah yang agak "lembap" daripada menduduki UPSR,semua semata-mata sebab takut nanti precentage prestasi sekolah merosot?

Semalam dekat radio Bernama 24 (93.9 mhz) ada perbincangan mengenai benda ni.Tajuk perbincangan dia "Wajarkah 3 pelajar tadi di tahan daripada menduduki UPSR semata-mata kerana memastikan prestasi sekolah tidak jatuh?"

Agak bangang tajuk perbincangan dia.Pada aku, tajuk perbincangan tu dah salah tapi nasib baik respon pendengar semua jenis orang yang berfikir.Takde apa lagi yang perlu dibincangkan lagi,benda tu memang tak wajar. Apa yang diorang patut bincangkan adalah "Apa tindakan yang patut diambil kepada sekolah itu yang telah menahan pelajar itu mengambil UPSR dan besar kemungkinan membuatkan masa depan 3 orang itu berisiko besar untuk jadi lebih gelap?"

Mungkin ramai yang tak tahu beberapa fakta menarik mengenai education sekolah rendah di Malaysia ni. Percayakah anda jika aku tulis kat sini,ada budak darjah 6 mengambil UPSR tanpa reti membaca? Ada tuan-tuan dan puan-puan. Ada.

Hanya apabila kes-kes pelajar itu jadi terlalu kronik seperti itulah pelajar-pelajar akan dimasukkan ke kelas pemulihan. Tapi selalunya kelas pemulihan di Malaysia ni takkan hold back budak-budak tu lama,paling lama pun setahun, jadi apa improvement yang dapat diharapkan?Tak banyak...tapi minda manusia tak lagi matured waktu tu kan?

Early education,especially primary schools result shouldn't be a percentage/result based driven untuk mengkaji result dan keberkesanannya. Tapi apabila wujud desakan daripada pihak atasan, khasnya daripada bahagian Jabatan Pelajaran dan lebih buruk lagi daripada Kementerian Pendidikan itu sendiri, itulah yang menyebabkan akan terjadi kes-kes sebegini.

Pernah dengar pasal Menteri Pendidikan tukar sistem pendidikan Malaysia semata-mata nak memastikan diri dia nampak pandai? Keh keh keh.

The higher ups will be looking at result and numbers to see which schools perform best,which headmaster is the most efficient in delivering good statistics dan inilah yang akan mengakibatkan wujudnya pressure kepada pihak guru di sekolah.Membuatkan guru-guru yang selama ini tugasnya mengajar murid membaca kerana hendak muridnya membaca, menjadi guru yang mengajar kerana takut keputusan muridnya teruk.

Sekolah takut murid fail bukan sebab takut muridnya tak reti membaca,tapi takut sekolah dicop sebagai sekolah yang tak bagus.

Jadi, apa consequences nya kalau kes ini tak dapat didedahkan. 3 orang pelajar ini akan terus tertutup sedikit pintu masa depan mereka. Just for the sake of good statistical numbers.

Adakah budak-budak ini boleh dikategorikan sebagai no hoper,useless...seseorang yang bakal menyumbang nothing kepada negara sehinggakan guru-guru mereka sendiri sanggup berbuat begitu? Aku akan terus menanti apa tindakan Kementerian kepada sekolah terbabit. Berdasarkan apa yang aku tau, normally...tindakan yang agak drastik tidak akan diambil,sebab Kementerian kekurangan guru.

Kementerian pasti akan memandang kes ini sebagai kes-kes normal kerana mereka lebih arif, bilangan guru kurang. Apatah lagi guru di Sabah dan Sarawak...jadi you have to use whatever you have. Target Kementerian, 1 guru mengajar 25 murid masih lagi jauh tersasar.Kalau kanak-kanak di situ terpaksa pergi belajar di sebuah sekolah yang cikgu-cikgunya tergamak berbuat demikian...it's better than having no teacher at all to teach there? Kan begitu, orang-orang Kementerian Pendidikan? Statistical driven result.

Stop playing the statistic games. Primary education is a time based practice. Ada budak yang akan excel awal,ada budak yang tak excel masa sekolah rendah tapi akan improve masa secondary education. Apa yang perlu dilakukan hanyalah bagi diorang masa, bagi diorang peluang. Once dah tertutup peluang, apa gunanya kau ajar dia dari darjah 1 sampai darjah 6 semata-mata sebab takut diorang fail.

It's better for them to learn a little than not to learn nothing at all.

Murid yang gagal tak semestinya terhasil daripada guru yang gagal.Tapi bila guru tu sendiri gagal...apa akan jadi pada masa depan budak-budak sekarang ni? The problem is not the student. Diorang datang, nak ambik exam UPSR. The problem is you, the education system.

Don't call yourselves a teacher if you like achieving a good grades more than the student themselves.


September 20, 2011

Filem Itu Sekali Tengok,Gelak-Gelak Sekali Dua Sudah La,

Aku tak tengok lagi filem Hantu Bonceng lagi yang baru keluar dan sedang hangat diperbincangkan sekarang ni.Cuma ada beberapa benda yang aku tak paham mengenai industri filem kita;Kenapa kita obses benar nak buat cerita hantu.Berlambak-lambak cerita hantu.Sama ada cerita hantu takpun cerita cinta.

Dari tahun 80 an sampai sekarang,trend bikin filem tu maintain aje..

Siapa yang tengah top sekarang? Ambik dia berlakon.Kalau dia pelakon,over used kan dia,biar semua filem muka dia.Jadikan dia hero Malaya.Kalau dia penyanyi,tak payah screen test ke apa ke...tanya dia dulu dia nak berlakon ke tak,kalau dia nak, buat skrip. Berlakon ok ke tak,tak kisah...janji time tu dia tengah hangat. Sebab tu Cikgu Shida pakar miming lagu pun dapat tawaran berlakon....

Kah kah kah kah.Bila dia tengah hangat...penonton akan datang. Bila penonton ramai nak tengok artis kegemaran diorang berlakon...yang kaya nanti sapa?

Kalau aku jadi pembuat filem sekalipun aku mesti keliru dengan taste penonton Malaysia khasnya taste Melayu ni...

"Aku buat filem serius..konfem modal  tak balik...memang rugi besar aku...aku jaga la camera angle dinamik macam mana sekalipun...aku jaga la conti filem kaw2 sampai takde langsung flaw..aku pastikan cerita yang aku sampaikan tu loophole kena cover baik-baik dan mesej yang nak disampaikan tu punya la mendalam..risiko untuk aku digelar pengarah gagal tu agak besar kalau tak diterima penonton.."

Ataupun..

"Aku carik siapa hero yang paling hot,aku beli Mangga tengok ada tak heroin aku berkenan..buat skrip lebih kurang,cerita cinta ke,cerita hantu ke..konfem lepas habis showing aku pakai BMW.Peduli hapa review kondem aku...penonton suka maa.."

Bila kali terakhir anda menonton sebuah filem Melayu yang akan anda bincangkan tema dan mesejnya?Bila kali terakhir anda keluar pawagam setelah menonton filem Melayu dan dalam kepala otak anda berfikir mengenai filem yang baru anda tonton?

Se-best filem "KL Gangster" sekalipun filem itu masih boleh dikategorikan sebagai filem yang sangat ringan walaupun filem itu masih cuba menyampaikan mesej melalui jalan ceritanya.

Terlalu banyak filem kita boleh dikategorikan sebagai "filem pakai buang dan lupakan" ni. Tengok sekali dah...susah nak jumpa filem Melayu yang kau nak tengok 2-3 kali untuk fahamkan kembali apa yang pencerita cuba sampaikan.

Topik perbincangan kita hari ini;

1. Kenapa orang Melayu suka menonton filem "pakai buang dan lupakan"

2. Ke mana perginya penonton yang menonton filem "Hantu Bonceng" ni yang mampu memberikan kutipan 8 juta (sehingga setakat ni) bila ada pengarah filem cuba buat filem yang lebih serius?

3. sejak bila industri filem kita stuck dekat "cinta dan hantu"?

4. Wujudkah pengaruh atau campur tangan pihak lain, yang cuba memperbodohkan masyarakat kita dengan filem yang kurang cerdik?

September 15, 2011

Film Review : Remember Me

Rasa untuk menonton sebuah filem yang dari awal lagi diberikan komen-komen negatif dari media hanya kerana pelakonnya adalah watak utama sesuatu filem yang boleh dikategorikan cheesy dan memualkan adalah sesuatu yang agak sukar kerana minda sudah tetap,filem ini suck kerana pelakon itu suck.

Begitulah juga yang terjadi pada aku pada mulanya aku menonton filem "Remember Me" lakonan Robert Pattinson.Robert Pattinson dalam sebuah filem drama keluarga? Agak payah dan skeptikal aku pada mulanya untuk menerima pelakon watak Edward Cullen dalam Twilight dan Cedric Diggory dalam Harry Potter melakonkan watak manusia normal.

Begitulah juga rasanya bila aku nak menonton filem lakonan Zac Efron seperti "17 Again" atau "Charlie St Cloud." Macam mana harapan anda kepada sesebuah filem kalau kumpulan Senario berlakon dalam sebuah drama berat?

Aku agak terkejut dengan Robert Pattinson. This guy can really act. Agak menarik untuk melihat bagaimana dia mahu lari dari cliche filem Twilight untuk menjadikan dirinya seorang aktor yang diangkat lebih serius oleh media.

Macam tu lah aku rasa bila mula menonton filem Remember Me ini.

Filem Remember Me ini mengisahkan mengenai sepasang kekasih,Tyler (Robert Pattinson) dan Ally (Emillie De Ravin,salah seorang daripada 3 awek hot daripada siri klasik Roswell) yang bertemu selepas masing-masing dalam hidup mereka mengenali tragedi buruk dalam usia muda.Tyler kehilangan abangnya akibat bunuh diri dan Ally kehilangan ibunya dalam kes rompak dan bunuh yang berlaku di depan matanya.

Ada elemen filem "She's All That" apabila perkenalan mereka bermula kerana suatu dare betting tetapi pada aku itu sajalah unsur-unsur filem ini yang agak ganjil.

Apa yang cuba dipertontonkan dalam filem ini adalah lebih kepada nilai-nilai kekeluargaan di mana Tyler cuba untuk memperbaiki hubungan keluarganya yang telah berpecah belah selepas ibu bapanya bercerai dan adiknya,Caroline merasakan bapa kandungnya,Charles lakonan Pierce Brosnan (James Bond) seolah-olah melupakan keluarganya kerana terlalu menumpukan diri pada kerja.

Ally pula cuba untuk hidup dalam satu dunia yang dikongkong teruk oleh bapanya selepas bapanya jadi skeptikal dengan dunia luar akibat daripada kehilangan isteri dalam insiden bunuh di stesyen keretapi bawah tanah.

Ada beberapa adegan  standard untuk drama cinta yang cuba ditonjolkan tetapi secara dasarnya filem Remember Me ini adalah filem drama keluarga yang mempunyai mesej yang agak kuat dan menonjolkan kehidupan sebuah keluarga Amerika yang selalu kita lihat pada filem-filem drama yang lain.

Tragedi boleh berlaku bila-bila masa tanpa kita sedari.Walau bagaimanapun kita cuba mengelakkan diri dari kejadian buruk, akan terjadi sesuatu yang di luar jangkauan kita.Satu-satunya benda yang kita mampu teruskan adalah hidup sebaik yang mungkin tanpa ada rasa takut. Aku rasa itu mesej filem ni.

Highly recommended jika anda suka dark drama mengenai kekeluargaan dan Robert Pattinson.

Yang terrakhir, jika anda ingin menonton filem ini, tontonlah tanpa membaca apa-apa ulasan atau perbincangan mengenainya. Tontonlah dari mula dan perhatikan tanda-tanda yang wujud dalam filem ini dan pasti, bila penamatnya muncul, Remember Me akan menjadi sebuah filem yang akan duduk di dalam kepala anda sampai bila-bila.

ps - please..jangan spoilkan filem ini untuk mereka yang belum menontonnya.