Ogos 16, 2011

Cerpen 10 : Rumah di Atas Bukit Bahagian Akhir

"Mak,ada lelaki datang.." kata Munirah sambil memandang ke bawah tangga."Dah boleh turun ke?"

"Sekejap.." sahut seseorang.Joe hanya berdiri memandang sekeliling sambil tangannya terus memegang erat tangan Munirah.Munirah senyum memandang Johan yang berkelakuan seperti orang dungu.

"Turunlah anakku.." sahut suara wanita itu selepas beberapa ketika.Joe dan Munirah melangkah ke bawah berpimpin tangan seolah-olah pasangan kekasih.

"Mak,saya suka dia ni,nama dia Johan..." kata Munirah sambil tersenyum manja menjeling Joe.Joe seolah-olah terpukau hanya mampu tersengih dan mengangguk. Mak kepada Munirah itu melangkah ke depan. Cahaya lampu yang kuning itu membuatkan suasana jadi sedikit kelam.Joe melihat mak kepada Munirah itu agak kecil orangnya.Makcik itu menghampiri Joe,lalu memandangnya ke atas dan ke bawah.

"Kau kenapa nak?Kenapa kau nak jaga Munirah?" tanya makcik itu.Munirah menggenggam erat tangan Joe.Sejuk rasa tangan Joe apabila dia dipegang begitu.Dengan tidak disedari terpacul keluar jawapan dari mulut Joe,"Ya makcik..saya sanggup jaga Munirah sehingga ke hujung nyawa saya.."

Makcik itu tersenyum lebar."Hahahaha..pandai kau Munirah.Pandai!Mari,kita duduk makan dulu..." Makcik itu mengajak Joe naik ke atas semula ke ruang tamu.

"Kau duduk di situ..." kata makcik itu mengarahkan Joe supaya duduk di meja makan. Pinggan,garfu dan sudu sudah tersedia diletakkan kemas dan cantik.Tapi cuma untuk Joe."Makcik dah makan...Munirah pun dah makan.." jawab Makcik itu apabila melihat Joe kehairanan.

Munirah mencedok nasi lalu diletakkan ke dalam pinggan Joe lalu disendukkan dua ketul ayam kari."Makan bang.." Joe terus menyuapkan nasi berlauk ayam kari itu ke dalam mulut.

...............

Rahman memandang dari luar.Dia nampak Joe sedang duduk di meja berhabuk itu sambil memegang sudu dan garfu yang sudah berkarat itu.Dia nampak Joe memasukkan sudu itu ke dalam mulutnya lalu dikunyah-kunyah karat dan debu yang sudah bertapuk entah berapa lama.

Dia juga nampak perempuan tua tadi yang menghalaunya keluar, duduk di depan Joe.

"Joe!Joe!Kau buat apa tu!" tingkap itu diketuk perlahan-lahan untuk membangunkan Joe dari lamunan.Perempuan tua itu memandang ke tingkap. Rahman pantas tunduk untuk mengelakkan diri dilihat. Rahman menjeling semula.Joe terus diam..sekali sekala dia tersenyum dan mengangguk. Ada juga beberapa ketika Joe bercakap sendirian.

"Gila hapa Joe ni..." kata Rahman,lalu dia melangkah meninggalkan rumah itu menuju ke motorsikalnya yang diletakkan di kaki bukit tersebut.

...........

Makcik dan Munirah memandang tepat ke arah Joe.Munirah tidak habis-habis memandang tepat ke arah mata Joe.Joe hanya mampu tersenyum.Tak pernah lagi seumur hidupnya ada gadis secantik ini duduk sebegini rapat dengannya.Dapat dirasa bau harum tubuh Munirah menerawang di udara.

"Kau betul Munirah?Betul kau pilih dia?" tanya Makcik.Munirah mula berang."Aku dah kata,aku suka dia!AKU SUKA DIA!KENAPA KAU NAK TANYA BANYAK KALI LAGI?"

Makcik itu tunduk."Munirah...kau anak aku.Memang salah aku buat kau jadi macam ni..kau tak payah la seksa lelaki ni nak..biarlah mak aje yang jaga kau..."

"KAU TU BETINA SIAL!SIAL!KAU LAHIRKAN AKU!KAU BUANG AKU!KAU BIAR AKU MATI!SEKARANG KAU NAK JAGA AKU!BERAMBUS KAU!AKU NAK DIA!AKU SUKA DIA!" pekik Munirah.

Makcik itu tunduk memandang lantai.Dia mencabut sebentuk cincin dari jarinya lalu diletakkan di atas meja.

"Johan..pakaila cincin tu.Itu hadiah Munirah untuk Johan.." Munirah yang baru sebentar tadi terpekik-pekik tiba-tiba bertukar lembut.Johan memandang cincin itu lalu tangannya mencapai cincin terus diletakkan dijari.

"Kau setuju jaga Munirah?" tanya makcik itu kepada Johan."...err....errr..." Johan sedikit gagap apabila ditanyakan soalan itu.Munirah menggenggam tangan Johan dengan kuat dan Johan dengan wajah tiada perasaan menjawab.."Ya,saya setuju.."

"Minta maaf dik..makcik dah sorok diri makcik dan semangat Munirah ni 43 tahun..kau la orang pertama yang ketuk rumah buruk makcik ni dan kena tegur dengan Munirah,maafkan makcik," kata makcik itu.

"BERAMBUS PEREMPUAN TUA!BERAMBUS!" Jerit Munirah.Makcik itu dengan perlahan bangun dan membawa dirinya keluar.Munirah tersenyum riang.

"Johan....jom kita main batu seremban..." pinta Munirah keanak-anakan.

..........

Rahman terjaga dari tidurnya.Dia dengar bunyi ramai orang kampung sedang bising.Dikuakkan tingap terbuka dan matanya terbeliak besar apabila melihat rumah di atas bukit itu sedang marak dijilat api. Dia menjeling jam di dinding. Tepat jam 4:35 pagi.

"Ya Allah!Joe!" Rahman berlari keluar rumah."Cepat Man..rumah tu terbakar!Orang kampung semua tengah tolong!" jerit salah seorang penduduk kampung. Dia bingkas bangun mencapai kunci motor lalu dihidupkan motor terus dipacu ke arah rumah di atas bukit.Sampai saja di sana dilihat orang ramai sudah mula berkumpul dan cuba memadamkan api.Dia nampak Makcik Rosnah,ibu Joe.

"Makcik..makcik..Johan ada balik rumah semalam?" tanya Rahman.Makcik Rosnah memandang Rahman kehairanan."Bukan dia tidur rumah kau ke Man?Dia mana balik semalam." beritahu Makcik Rosnah,mula risau.

Rahman diam. Dia hilang punca. Mana pergi kawannya,Johan?


Ogos 15, 2011

Cerpen 09 : Rumah di Atas Bukit Bhgn 03

Tangga itu berbunyi sedikit apabila Rahman memijaknya.Mungkin kayu yang digunakan sudah semakin reput,fikir Rahman.Agak jauh juga jarak tangga itu kerana Rahman boleh merasakan sedikit kepenatan menuruni tangga tersebut.

Perlahan-lahan Rahman mula mendekati penghujung tangga itu.Ada cahaya suram di hujungnya.Kedengaran bunyi orang sedang bekerja seolah-olah bunyi di dapur.Kling klang kling klang,bunyi besi bertemu dengan besi. Rahman dengan berhati-hati menyelinap ke tepi dinding lalu menghulurkan kepalanya untuk melihat ke arah mana bunyi itu datang.

Dilihatnya ada seorang perempuan sedang memotong sesuatu menggunakan pisau.Dalam cahaya yang samar-samar itu, Rahman dapat melihat wanita berambut panjang itu memakai baju blouse berwarna biru muda yang agak lusuh dan kotor warnanya.Wanita itu tekun memotong sesuatu di tepi sinki. Rambutnya kemas disanggulkan di belakang.

Rahman jadi fobia.Tak ingin lagi hatinya meneruskan penyiasatan itu kerana dah terbukti ada orang yang duduk di rumah itu.Tidak ada lagi misteri.Dia hanya mahu pulang. Senyap-senyap dia kembali memanjat tangga yang baru saja dituruninya sebentar tadi.

Ekkkk.....

Salah satu tangga itu berbunyi kuat apabila dipijak Rahman. Serentak dengan itu, bunyi perempuan itu bekerja terhenti.Rahman panik.

Pantas Rahman memanjat tangga itu selaju mungkin.Rahman menoleh ke belakang. Dia nampak wanita itu sedang berdiri di hujung tangga tersebut memandang tepat ke arahnya.

"Kau mahu apa lagi? Kau mahu apa lagi?" bisik wanita itu perlahan tapi jelas didengari Rahman.Serentak dengan itu Rahman tidak lagi menoleh ke belakang.Kakinya laju digerakkan.Dia hanya mahu cabut dari situ.

"Kau mahu apa?" tanya wanita itu sambil kakinya melangkah setapak memanjat anak tangga.

Menggelabah Rahman melangkah pantas dan apabila sampai ke ruang tamu itu matanya ligat mencari tingkap yang digunakan untuk masuk pada awal tadi.Rahman sudah tidak peduli sakit atau cedera,dia terus menerbangkan badannya ke luar.

.............................


Joe rasa bersalah kerana membiarkan kawannya berseorangan.

Dia melangkah kembali ke depan pintu rumah itu."Try aje lah ketuk,mana tau memang ada orang duduk.." fikir Joe.Pintu depan itu diketuk.Cahaya suram daripada mentol itu berbuai-buai apabila mentol ditiup angin. Joe menunggu seketika mana tau Rahman yang akan membukanya.Tombol pintu dipusing dari dalam. Seorang wanita muda membuka pintu. Joe jadi terpesona."Mak aih,cantiknya...," dalam hati Joe berfikir.

"Cik...cik...ada tak orang datang sini tadi? Dia kawan saya...tapi saya tak tau pulak dia kat mana.Kunci motor ada kat dia...saya nak balik pun tak boleh ni.." tanya Joe, benar-benar jujur,entah kenapa.Terpersona betul Joe.

"Oho..abang tu kawan Cik abang?Dia ada ni kat dalam..." kata gadis itu."Masuklah..."

Joe melangkah ke dalam.Pintu ditutup dengan perlahan."Sekejap ya,saya nak bukak lampu, karang terlanggar perhiasan-perhiasan ni..mak saya suka kumpul perhiasan antik.." sambung gadis itu.

"Oh ya..saya Munirah.." gadis itu memperkenalkan dirinya.

"Saya Johan.." Joe segan-segan.

Munirah memandang tepat ke arah mata Joe. Munirah kemudian melangkah mencari suis lampu.Apabila dipetiknya suis lampu dan cahaya menerangi ruang tamu itu,Joe memandang sekeliling."Eh,tadi masa aku masuk mana ada perhiasan-perhiasan mewah ni...bukan macam dah lama kena tinggal ke rumah ni tadi?" fikir Joe mula bergoncang hatinya.Hendak ditanya takut pula sebab tuan rumah ada di depan mata.

Munirah memandang ke belakang."Kenapa Johan?Lapar ya?Jom kita pegi makan malam dulu...."Munirah menghulurkan tangannya ingin memimpin Joe.

Joe menghulurkan tangannya,seolah-olah kanak-kanak kecil dipanggil ibunya. "Mari kita makan dulu ya?Kejap lagi kawan awak akan makan sekali dengan kita.." pujuk Munirah,manja.

Joe melangkah perlahan menuruni tangga.

Ogos 12, 2011

Cerpen 08 : Rumah Di Atas Bukit Bhgn 2

Joe dan Rahman berpusing di keliling rumah itu mencari jalan masuk. Rumah setingkat itu benar-benar memberikan perasaan yang sunyi dan sedikit menyeramkan kepada mereka berdua.

"Susah sangat kita ketuk aje la!" bisik Rahman. Joe memandang rakannya dengan muka pelik,"kalau ikut aku,jom kita balik aje la!"

"Ni ada tingkap terbukak...jom," Rahman berdiri di depan sebuah tingkap yang sedikit terbuka.Tangan dihulur untuk cuba di tarik tingkap itu.Tingkap itu terbuka dengan agak mudah lalu Rahman memanjat masuk ke dalam rumah itu.

"Come on bro..." Rahman menghulurkan tangan ingin membantu Joe masuk bersama.Joe memandang ke kiri dan ke kanan,memeriksa sama ada orang lain akan sedar kehadiran mereka di situ mencerobohi rumah tersebut.Bila sudah di rasakannya selamat,dia pantas memanjat tingkap tersebut.

Rumah itu kosong sebahagiannya.Apa yang ada hanyalah beberapa almari lama yang sudah berusia tanpa ada apa isi pun di dalamnya.Perabotnya hanyalah sebuah meja makan yang agak besar saiznya yang boleh memuatkan 6 orang. Di atas meja itu tersusun cantik pinggan makan,sudu dan garfu di salah satu tempat di meja makan itu.

"Pinggan ni macam tiap-tiap hari di pakai aje?Bersih lagi ni...tak berhabuk langsung,Pelik..." Rahman memulakan pemerhatiannya.

"Tapi tempat lain semua berhabuk tebal...ada orang makan kat sini hari-hari...dah la..jom,kita dah tau ada orang tinggal sini.Puas hati?Jom balik," Joe menuju ke pintu depan untuk keluar.Barulah dia perasan,pintu depan rumah itu sudah dipaku dengan kayu dari belah dalam,masuk tidak boleh,keluar pun tidak boleh. Di sebelah kanan pintu itu ada suis lampu lama warna hitam. Rahman melihat suis itu dengan teliti,bila diamatinya suis itu juga masih bersih dan tidak diselaputi habuk.

"Memang ada orang on kan suis ni setiap hari.." Rahman memaklumkan perkara itu pada Joe."Dah cukup?Jom balik..." bisik Joe.

"Ok...jom..." Mereka pun kembali kepada tingkap yang digunakan apabila mereka masuk tadi. Rahman memandang keluar memeriksa,"orait...line clear..." Joe pantas menghulurkan kakinya lalu dia meloloskan dirinya ke atas tanah.Lapang rasa dirinya. "Man..jom..cepat.."

Rahman baru saja hendak melangkah keluar apabila dia terdengar bunyi pintu terbuka perlahan. Cepat-cepat dia menyorok di balik salah satu almari yang ada di situ.

Joe kebingungan,"Man,kau pergi mana tu?" Beberapa minit Joe berdiri di luar tingkap itu, dia memutuskan untuk menjenguk ke dalam rumah itu. Dia tidak nampak apa-apa sangat kerana suasana nya yang agak gelap."Rahman..aku tunggu kau dekat tempat kita lepak tadi..aku tak nak masuk lagi.Kau nak panggil aku pengecut..kau panggil la. Aku tak nak kena tangkap polis..." bisik Joe perlahan lalu melangkahkan kakinya meninggalkan perkarangan rumah itu.

..........................

"Cilakak kau Joe.Kau tinggalkan aku seorang kat sini terperangkap..." fikir Rahman apabila dia mendengar pesanan Joe tadi tatkala sedang menyorok di tepi almari. Dia tidak berani keluar lagi kerana takut tuan rumahnya tadi masih lagi ada di situ.Selepas dia mendengar pintu dibuka tadi,dia hanya mendengar ada seseorang melangkah dengan perlahan menuju ke bahagian dapur di belakang rumah itu dan kemudiannya kembali semula ke depan dan menghilangkan diri entah ke mana.

Rahman menjenguk.Suasan sudah sunyi semula.Tiada siapa lagi di sana dan tiada lagi bunyi manusia melangkah.Senyap-senyap dia melangkah ke tingkap.

Dia memandang ke arah dapur rumah tersebut.Barulah dia perasan ada satu tangga lain yang sedikit tersorok yang menghala ke bawah tanah rumah itu.Dia memberanikan diri melangkah menghampiri tangga tersebut.Pintunya sedikit terbuka dan ada sinaran lampu yang agak malap menyala dari situ.

Entah kenapa,Rahman dengan senyap melangkah menuruni tangga tersebut.


Ogos 11, 2011

Cerpen 07 : Rumah Di Atas Bukit Bhgn 1

Joe memandang rumah di atas bukit itu."Kau rasa ada ke orang tinggal dalam rumah tu?" Rahman melihat ke jam tangan yang dipakainya.

"Ada..kau tunggu kejap lagi.Sekarang dah 7:25,tepat jam 7:30 nanti,lampu depan tu mesti terbukak.." jawab Rahman mengharapkan kawannya bersabar.Mereka menunggu seketika.Hari makin gelap membuatkan suasana pada senja itu semakin sunyi.

"Aku rasa tak sedap hati..." tegur Joe. "Come on Joe,kau kata kau nak cuba-cuba jadi penyiasat misteri..." tawa Rahman.Joe hanya mampu tersengih.Menyesal rasanya bila dia cakap besar yang dia tak takut dengan benda-benda misteri.

"Kau tunggu kejap lagi...nanti tepat 7:30 kau tengok aa,lampu depan tu akan menyala dan dia akan terus berkelip-kelip sampai la tepat pukul 12 malam...aku perasan benda ni dari dulu lagi..." Rahman memulakan bicara.

"Kau dah usha lama ke rumah ni?" Joe menyoal.

Rahman menoleh kepada Joe,"dah lama..aku perasan dah 3 tahun..senang aku nak tengok.Rumah ni memang nampak dari tingkap bilik aku..apa yang aku perasan...tiap-tiap...."

Penerangan Rahman dipintas.Joe buntang mata melihat mentol depan rumah itu yang berwarna kuning sudah menyala."Tepat 7:30 sharp!" Rahman menjeling jam tangannya dan kemudian terus merenung rumah itu.

"Kita dah duduk sini dari pukul 4:30 petang.Kau sendiri nampak langsir tak pernah terbukak..takde orang keluar...dari tadi kita tunggu takde langsung apa-apa jadi.Tapi kau tengok..lampu menyala.Tiap-tiap hari macam ni.." bisik Rahman.

"Man..gua nak balik.Aku tak nak kena tuduh ceroboh rumah orang.." Joe mula gelabah."Yo,yo,yo!Apa cerita ni bang...teman la aku,aku dah kaji rumah ni lama..jom la selesaikan misteri rumah tu" pujuk Rahman.

"Kau tak payah risau...takde orang..." Rahman pandang Joe untuk meyakinkan kawannya."Habis,siapa yang on kan lampu tu?" tanya Joe.

"Itu la misteri yang kita kena siasat ni!Kata Rahman.

Mereka melangkah kaki memanjat jalan bertanah yang menuju mke rumah itu.Suasana tiba-tiba jadi sangat sunyi.Lampu kuning itu terus menyala seolah-olah memanggil mereka berdua.Kaki mereka mula melangkah.

Ogos 10, 2011

Cerpen 06 : Antara Handsome dan Cantik

Ina membelek-belek wajahnya di depan cermin.

"Aduh...blackhead lagi.Baru aje aku gi treatment minggu lepas...sekejap aje dah naik blackhead balik.." Ina fikir dalam hati.Dia pun melangkah ke belakang sikit lalu memerhatikan badannya di cermin. Ina adalah seorang yang sangat risau mengenai penampilan dirinya, bukan sekadar dari segi kebersihan tetapi juga dari segi bentuk badan.

Keyakinannya pada diri Ina hanya akan datang apabila dia rasa dirinya menawan.

"Kenapa lah Tuhan tak jadikan manusia ni perfect figure aje setiap masa?" Ina memusingkan badannya di cermin."Aku kena pegi gym setiap minggu semata-mata nak maintain badan aku..."

Dia memalingkan badannya ke sisi."Aduuh....macam mana pulak perut aku boleh terbesar sikit ni? Isk..." Pantas Ina baring lalu melakukan seat up sebanyak 20 kali.

"Huff..huff...hufff.....19....huff....20......" Ina lalu duduk sambil melunjurkan kakinya ke depan.Barulah dia perasan, kulit kakinya kering. "Adus...." Pantas Ina bangun menyambar losyen pelembap kulit dan dilumurkan rata-rata ke tapak kaki nya.

Ina tidak tentu hala.

Hari itu dia ada date dengan Daniel, jejaka hangat gilaan ramai siswi dan sesetengah siswa universiti.Bukan senang nak ada peluang sebegini datang jatuh ke riba. Dia mengambil telefon lalu menyemak semula mesej dalam telefonnya.

"Meet me at the Uni food court @ 8pm this Saturday :P "

Wajah smiley pada akhir ayat itu setiap kali dibaca mampu membuatkan Ina tersengih sendirian.Mujurlah roommatenya pulang bercuti pada hujung minggu itu,kalau tak, mesti dialah mangsa sengihan Ina yang tak henti-henti tersenyum. Mesej diterima hari Khamis...maknanya sudah hampir 2 hari Ina tersengih sendirian.

Pintu bilik Ina diketuk.Ina bangun membuka pintu. "Ina...kau ada seterika tak? Aku punya iron tah kenapa tak menyala..." Diana tercegat di depan pintu biliknya. "Eh...kau ni apasal tersengih sorang-sorang ni?" Diana tersedar Ina tersengih lebar.

Ina pantas menukar raut wajahnya menjadi selamba."Hehehe...aku ada date kejap lagi..." Bagaimanapun, Ina kembali sengih bila mengingatkan smiley dalam mesej itu.

"Dengan sapa?Mamat yang kau minat dari dulu tu ke?" tanya Diana kembali.

"Sapa? Zack? Mamat poyo nama Zakaria mengaku nama Zack tu? Tak kuasa aku nak layan mamat tu.." Ina bangun mencapai seterikanya lalu dihulurkan pada Diana. "Ada la...aku rasa tak elok la kalau aku bagitau sekarang...tapi nanti bila dah serius...aku bagitau kau, Ana. Doakan aku tau...."

"Insya Allah. Thanks pasal seterika ni..nanti aku bagi balik," Diana pun pulang ke biliknya.

Ina pun bingkas bersedia untuk mandi lalu ke bilik mandi yang dikongsi bersama penghuni hostel yang lain.Habis satu badan disabunnya dengan sabun mandian. Giginya digosok sebersih-bersihnya.Dia mahu pastikan dirinya menarik hari itu.Selesai mandi,dia pulang ke bilik.Satu almari dipunggahnya.Semua baju yang dirasakannya cantik digayakan di depan cermin.Akhirnya Ina memilih untuk memakai baju blouse bunga merah dengan tudung ungu dan seluar jeans Ladylike warna hitam.

Make up?Gincu dikenakan.Eye shadow pun sudah disapu pada mata.Ina pun mengambil botol perfume CK hadiah pemberian bekas teman lelakinya lalu disembur pada tubuh.

Bila selesai bersiap,dia kembali memandang cermin memeriksa tubuhnya, mencari cacat cela pada dirinya.

..................

Daniel terjaga dari tidurnya."Oh shit...pukul berapa dah ni bro?" tanya Daniel pada Fariz. "7:35 dah ni...apsal bang?" Fariz menduga Daniel.

"Aku ada date dengan minah yang sama kelas dengan kita tu..." jawab Daniel.

"Minah mana ni?" Fariz tertanya-tanya.

"Alaa...minah yang kau kata jalan terkepit-kepit control ayu tu.Yang kau kata hot tapi perfume sembur tak hingat punya banyak tu!" Daniel sedaya-upaya menerangkan.

Fariz bertanya,"Salina?"

"Ye la tu kot...aku panggil dia Ina aje..." Daniel menjawab.

"Gi lah mandi! Karang lambat," tempik Fariz. Daniel pun bangun mengambil berus gigi.Dia pantas melangkah ke bilik air.Sekelip  mata tiba-tiba sahaja dia dah berada kembali ke dalam bilik.

"Cepatnya lu mandi bro?" tegur Fariz. "Takyah la mandi..gosok gigi,sembur sket2 dah la.." Daniel membuka almari baju lalu menyembur pewangi badan dan menyarungkan sehelai t-shirt.

"Wish me luck bro!" pinta Daniel pada Fariz, sambil mengenyitkan mata lalu menutup pintu biliknya.Fariz hanya tersenyum memandang Daniel lalu sambung membaca di internet.