Julai 11, 2011

Pasca Bersih : Melayu Pemalas Yang Lemau,Hindu Keling dan Cina Kurang Ajar


Adakah sangat menakjubkan apabila apa yang sangat-sangat cuba dianjurkan oleh kerajaan Najib ditunjukkan dalam suatu perhimpunan yang menentang kerajaan,apabila
Melayu,India dan Cina masing-masing jaga satu sama lain masa berhimpun "haram."

Pelik tak...

Satu-satunya parti dalam BN yang betul2 bangun menentang Bersih adalah UMNO.
Mungkin UMNO tak dapat nak diselamatkan lagi.
Next election....go for the alternatives.
Pastikan mereka tahu
Kita tak mahu lagi kerajaan Barisan Nasional.

Thanks sbb ramai respon.
post pasal bersih selesai hari ni.

Julai 10, 2011

Bersih 3.0 Bila?

Festival muzik rock terbesar di Malaysia, GiG TV9 akan menggegarkan kaca televisyen anda pada hari Ahad, 10 Julai, 8.30 malam secara langsung di stesen televisyen nombor 2 negara, TV9 (Saluran 119). GiG TV9 membawa ke pentas, barisan kumpulan muzik rock tempatan terbaik iaitu Wings, Hujan, Bunkface dan 6ixth Sense serta idola remaja Aizat, khusus untuk tontonan malam minggu anda. Siaran langsung konsert ini juga boleh diikuti melalui www.tv9.com.my/gig dan menerusi radio stesen Hot fm.

Karnival ini akan diadakan pada 9 Julai (Sabtu) dan 10 Julai (Ahad) bertempat di I-City Shah Alam bermula pada 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Selain daripada konsert rock pada hari Ahad, GiG TV9 akan terus meraikan muzik dengan sebuah lagi konsert rock pada hari Sabtu, 9 Julai bertempat di Pentas Utama I-City Shah Alam bermula 9.00 malam dengan persembahan daripada Pesawat, Azlan & the Typewriter, Projek Pistol, The Azenders, Awanband, Drama Band dan Awi Rafael. Konsert ini akan dirakamkan untuk siaran akan datang.

GiG TV9 bukan sekadar hiburan tetapi turut memainkan peranan dalam merintis bakat remaja melalui pencarian bakat Battle of the Indie Bands yang menawarkan RM 8,000.00 kepada kumpulan yang bergelar juara. Selain itu bengkel muzik Kita Punya Gig Workshop yang akan dikelolakan oleh nama-nama besar di dalam industri muzik akan diadakan untuk berkongsi informasi dan pengalaman kepada generasi baru. GiG TV9 juga memberi peluang kepada remaja dan belia untuk mengekspresikan diri mereka melalui aktiviti-aktiviti yang menjadi trend masa kini seperti demonstrasi basikal fixie, pertandingan Hero Gitar, Karaoke Rockstar, artis Grafiti serta memberikan platform kepada usahawan remaja untuk berniaga melalui Indie Flea Market.

Tiada kenderaan untuk ke sana? Jangan risau kerana TV9 dengan kerjasama Rapid KL akan menyediakan pengangkutan pergi balik secara percuma dari stesen Komuter Shah Alam dan lokasi GiG TV9 bermula jam 3.00 petang hingga 11.00 malam.

................

Orang nak pegi tuntut pilihanraya yang bersih..dia tutup jalan,dia tutup LRT,dia tutup highway...remaja nak pegi konsert dia sanggup sediakan perkhidmatan bas percuma untuk angkut penonton gi tengok konsert.Bodoh punya kerajaan.

Malu aku dengan kepala hotak pemerintah kita ni.
Malu.Memang diorang suka rakyat bodoh takde pendirian.

Julai 09, 2011

Pasca Bersih


Berita TV3 semalam..
Soalan wartawan,apa yang perlu dilakukan kepada penyokong2 Bersih yang menyertai perhimpunan haram itu?

Jawapan "orang ramai,"

1. Kalau mereka pekerja kerajaan....buang mereka


2. Kalau mereka pelajar IPTA,tahan biasiswa mereka atau buang universiti


3. Lucutkan kewarganegaraan mereka!

Nampak tak?
Sistem education kita mmg fail.

Kerajaan kita tak belajar lagi nampaknya.
Masih lagi cuba menipu dengan berita2 yang busuk dalam media mereka.
Masih lagi tak belajar kesilapan mereka.
Masih lagi mengulang benda sama yang jadi masa Bersih 1.0 dulu.
Dan satu hari nanti..
Bila 1Malaysia betul2 bergabung..
Kerajaan olok-olok 1Malaysia ni akan tumbang.

....



Terima kasih Tuhan kerana memberikan kami wartawan orang putih.



Julai 08, 2011

BERSIH 06 : Aku Peduli Hapa Kau Tak Ada Boyfriend,Cinta Kau Beralih Arah atau Kau Dilamar Datuk?Get Lost Please.

Tahun ni aku dah 30.Aku dah janji dengan diri aku,start umur aku 30 tahun...aku nak tulis dengan lebih serius.Takde lagi main2 benda porn (aku dah delete semua koleksi porno aku lepas aku kahwin.Hilang semua hasil usaha aku carik porno Melayu dulu2..dulu susah betol nak dapat porno Melayu.Ada WebMelayuBoleh..ada Sabul...

Aku rasa tujuan aku sebenarnya mula menulis ni pun sebab porno Melayu..Satu hari bila aku tersedar pada tahun 2005....aku carik porn Melayu bukan sebab nak tgk dan enjoy...tapi sebab nak yau macam mana level keterukan masyarakat kita.Sebab tu kalau kau tengok balik entry aku mula2 penuh dgn porno Melayu...

Aku tak sangka orang Melayu buat benda2 dalam video porno macam tu.

Aku dah janji nak jadi ahli PAS tahun ni....tapi bila bukak borang kat atas sekali ada tanya "Mesti patuh dan akur dengan apa saja keputusan kepimpinan.." aku jadi malas.Sebab kalau PAS buat keputusan yang aku tak suka macam mana?Mesti media BN akan datang carik aku dan kata ada ahli PAS keluar parti..woohoo!

Jadi,untuk hari ini..Mari kita menyelongkari masa silam aku....
Aku,adalah seorang penyokong BN tegar satu masa dulu.

Pengalaman first aku dengan benda2 politik adalah waktu reformasi.Aku ingat lagi aku keluar dengan member2 aku jalan kat KL malam2...waktu tu ramai orang duk berkumpul...tapi pada aku diorang semua tu bodoh,gi balik rumah tidur lagi bagus.Kemudiannya kitorang ada dinner..Isa Samad belanja....masa tu dia MB,habis makan,dia kata bila dah berjaya nanti,"undi kerajaan,masuk kerajaan..kita perlukan orang2 macam awak semua." That is politics,converting minds from the young age.

Waktu aku muda memang aku tak ambik port langsung pasal politik sebab pada aku,aku bangga dengan Mahathir.Dia orang Kedah macam aku dan aku bangga dengan apa yang dia dah sumbang dekat Malaysia.Tapi,teman bergaduh aku setiap hari pasal politik tidak lain dan tidak bukan...mak aku.Dia sangat tak suka Mahathir.

Mak aku cikgu.Bila satu hari,dia kata kawan dia kena transfer pegi tempat lain sebab kawan dia kena kantoi jadi ahli PAS senyap-senyap,jawapan aku mudah aje masa tu,"Padan muka dia,kerja cikgu tapi ada hati nak sokong PAS." Jadi mak aku debate dengan aku balik.Aku bangkang balik apa cakap dia....pada aku tindakan kena transfer tu betul.Pekerja government kena sokong government sebab dia pekerja gomen.

Dan banyak la isu yang selalu aku dengan mak aku berdebate sampaikan kadang2 mak aku give up dia kata aku keras kepala tak nak berfikir."Tak semua benda government buat tu baik!" kata mak aku. Tapi pada aku,kerajaan BN is everything. Waktu tu rumah aku dah internet walaupun lembap 56KBPS je jadi mak aku selalu suruh aku baca website-website reformasi tapi pada aku, semua website tu sampah.

Sampai kan ada satu pengkomen dalam forum,dia tulis "saya budak MCKK,saya kenal Anwar Ibrahim..dulu nickname dia Angie,sebab dia ...ehm ehem" pun aku boleh percaya mati2.

Jadi,oleh kerana aku tak tahan nak gaduh dengan mak aku sampai ada satu masa dah sampai tahap tengking2, aku pun cuba-cuba la bukak website Reformasi.Aku cuba baca balik buku Syed Hussein Al-Attas yang berlambak kat rumah aku (satu2nya sumber politik sebelum ada internet dulu).Tapi kesedaran tu tak pernah datang....sehinggalah tahun 2002 camtu.Waktu tu umur aku 21 tahun.

Waktu tu,hidup aku agak casual.Aku masih belajar dan aku tak berapa peduli pasal agama.Member perempuan peluk aku,panjat2 aku,aku biarkan aje sebab member,bukan aku ada rasa apa-apa pun.Sedap ada la.Member aku mengandung sebab main dengan boifren dia,aku salahkan member aku.Aku hidup dalam dunia yang agak sosial.Duduk serumah dengan perempuan?Semua aku dah nampak tapi syukur....aku tak pernah buat.Kau nak tau apa rasanya bila bangun pagi kau keluar bilik tengok member serumah pakat tidur dengan awek masing-masing?Macam cilaka

Tapi sebab member...aku tak nak tegur.Polis ada la datang tegur sekali sekala tapi...sex,drugs and rock n roll la...

Aku rasa kesedaran aku nak berfikir balik mengenai perjuangan ni adalah apabila aku tengok member aku ramai yang hanyut.Masalah dia ada 3 aje..perempuan,arak dan dadah.Dua benda yang aku selalu kondem KAW-KAW (kecuali dadah sebab aku suka layan orang yang baru hisap ganja)...my point is....arah pembangunan Malaysia tak berapa menitik beratkan nilai moral.Dan entahlah macam mana sampai satu masa,aku benci orang Melayu.Ramai yang hipokrit.

Boleh kata kesedaran aku datang daripada environment aku yang macam tu...dan aku juga dipengaruhi oleh seorang member baik aku,seorang budak Cina yang mak dia sakit dan tak larat nak buat kerja tetapi digagahkan jugak buat kerja untuk support family.Bapak dia dah takde.Aku ingat lagi,aku berborak dengan dia...dia kecewa sebab tak dapat masuk IPTA...jadi dia cerita kat aku...mak dia kata,"kalau tak dapat masuk IPTA it's okay.IPTS here no quality,I'll send you overseas." Dia tak nak,dia kata masuk aje la IPTS mana2,save duit...tapi mak dia berkeras tak percaya IPTS Malaysia ni. Jadi...mak dia..yang sakit,yang dah tua ni,habiskan saving dia sebanyak RM200 ribu lebih...hantar member aku ni gi oversea.Mak dia langsung takde duit lepas tu tapi berbaloi..dia grad US sekarang ni dia jadi pendidik lepas bosan kerja engineering.

Adakah orang Melayu mampu buat benda camtu dekat anak dia?Mana ada.Orang Melayu akan ambik jalan yang disediakan oleh government,kemudahan dah ada.Tak perlu susah payah.Kecuali orang yang ada kroni la...itu,lain cerita dia.Mak member aku tu nobody.Rumah kecik aje kat Setapak.Tapi dia mampu hantar member aku gi oversea tanpa memerlukan sesen pun bantuan kerajaan atau mana2 scholarship.Sangat impressive.

Dari situ aku sedar...the system in Malaysia it's actually not working for the Malay's as we felt we are the beneficiary..but actually,we are not.Macam orang putih selalu cakap..kau bagi ikan dekat seseorang dia makan sehari,kau bagi pancing dekat dia..dia makan setiap hari.

Orang Melayu dibesarkan dengan dibagi makan ikan setiap hari.

Apa yang aku harapkan,is that anda generasi muda,takkan ulang kesilapan aku yang aku pernah buat.Aku tak pernah berani tegur member2 aku dulu bila diorang berpeluk dengan awek masing2 masa tidur.Anda,generasi muda..akan depat kesedaran untuk berdikari lebih awal.Sebab once kau dah berdikari,minda kau akan lebih cepat matang.Bila minda kau dah matured,kau nampak benda tak betul kau akan suarakan pendapat kau...sebab kau tau benda betul,benda salah.Sebab tu orang Cina akan terus mendahului orang Melayu..because their race development are more matured than us Malay's.

Gangster Orang Cina fikir nak buat duit jual DVD,samseng orang Melayu fikir macam mana nak pau budak2 sekolah untuk dapatkan duit.Aku selalu tulis peumpamaan ni sebab they are the lowest of the low in a society.Asal dapat ikan setiap hari cukup bagi pukimak Melayu macam ni....

It's good to know here that our young mind are open to a political thinking.Good to know that.

Jadi,bila kau dah kahwin..kau dah ada anak...ajar anak pasal agama,ajar anak kau macam mana nak berfikir.Macam mana nak pilih yang baik dan tolak yang buruk.Bila kau dah ajar anak kau fikir macam tu,Insya Allah dia akan sayang agama dia sebab agama adalah benda baik dan dia akan tau apa yang betul dan apa yang salah.Tapi pastikan anak kau tau benda wajib terlebih dahulu.Paksa dia accept benda yang wajib sebab a must is a must.Takde alasan lain

Look around us.Look at what our Malays society has become.Kenapa orang yang betul takut nak tegur orang yang salah?Kenapa orang baik takut nak lawan orang jahat?Kenapa kita takut nak tegur kalau kita nampak budak sekolah berpeluk dekat shopping kompleks?

Sebab that is where our Malaysia is going dan aku rasa sebab tu orang Melayu jadi bahan ketawa.We are the majority,kita panggil diri kita orang Islam, kita marah bila Islam kena kutuk,kita bangun tentang orang lain yang tentang agama kita...tapi budak Melayu peluk2 kat shopping mall kita tak larang sebab kita takut.

Kita melatah pasal orang Cina yang mintak kesamarataan....tapi kita tak pernah justify dekat orang Cina tu layak ke tidak orang Melayu dapat keistimewaan tu?They have the right to argue,kan? They are also Malaysian citizens..
Back to basics please.Melayu majoriti tapi gagal menghasilkan generasi yang baik,yang pandai berfikir dan yang tak bergantung dengan orang lain.Kita hidup dalam satu sistem yang menguntungkan sambil melalaikan kita tapi whether we deserve or not living inside that system...itu terpulang kepada kita.

So,mulakan dari hari ini.Pastikan anak anda nanti tak perlu pinjam PTPTN.Tak payah join pun SSPN tu.Merapu aje semua tu.Sebab apa?

Sebab orang Cina boleh buat.Kita Melayu juga sepatutnya boleh buat.PTPTN is another system yang memberikan kemudahan untuk orang Melayu yang tak mampu.Aku pun mangsa dia,sure ramai yang jadi mangsa dia.Cuma sama ada anda nak atau tidak keluar daripada sistem tu...itu terpulanglah kepada berapa lama anda suka nak duduk dalam sistem yang dah diguna pakai di Malaysia sekarang ni.PTPTN is just one example kemudahan yang disedikan.

Once kau ambik kemudahan yang disediakan,bagaimana dengan hati kau? Gembira dapat bantuan untuk sambung belajar?All these benefits one day will bite us back as we will create a laidback society yang tau kita tak usaha pun,kita akan ada jalan nak sambung belajar.Aplikasikan teori tu dekat mana2 benefit yang orang Melayu sedang dapat...the conclusion will always be the same.

One day,kesannya akan datang balik gigit bontot kita.

Ajar anak-anak anda berfikir macam mak aku cuba buat kat aku satu masa dulu waktu aku tak berfikir. Bila difikir balik apa yang aku lalui sebelum aku mampu berfikir sendiri,kelakar rasanya.

Aku,tersedar lepas umur aku 21 tahun.Percepatkan kesedaran ni di kalangan anak orang Melayu.

Kau cuba bayangkan kalau kau boleh berdebate mengenai right or wrong,politics dan kehidupan dengan seorang budak Melayu tingkatan 1 atau 2,dan kau tewas lalu perlu admit dia betul.Itu adalah sesuatu yang perlu digalakkan dalam masyarakat kita dan tak perlu rasa malu.Sebab benda ni pernah jadi kat aku.Dan budak tu aku ajar dia tuisyen.Seorang budak Cina perempuan tingkatan 2...Tapi bila aku mengajar satu kelas budak Melayu semuanya yang dah berumur 19 tahun,the first thing that they want to discuss is Akademi Fantasia atau Naruto.

Sebab tu aku tak suka direction perjuangan UMNO bagi orang Melayu.If betul2 nak perjuang Melayu....haramkan Mangga dan Pancaindera dulu...itu adalah virus orang Melayu yang paling laknat sekali sekarang ni...menghasilkan society yang sukakan hiburan dan gosip.Dan taktik itulah yang digunapakai oleh UMNO untuk mengekalkan kuasanya.Melemahkan orang Melayu yang tak reti nak berfikir sendiri.Aku tak suka sistem ni.Who the fuck care what the artist is feeling,doing,who's dating who and whether she's menstruating regularly or not? Dumb people.UMNO suka pak turut.

Bersih haram...tapi majalah Mangga tak haram2 lagi.Dah berapa lama virus ni meresap dalam masyarakat kita?

Kalau orang Cina ada yang berani mintak kerajaan haramkan majalah Mangga,aku akan sokong dia.Masalahnya nanti,akan ada la orang Melayu yang bangun dan kata "dia Cina,apasal dia nak sibuk hal majalah untuk orang Melayu?Suka hati la orang Melayu nak baca majalah apa!"

Itu society Melayu Islam kita sekarang.
We are blind because of races making our ideology become corrupted.
Tak nampak benda betul benda salah.

Julai 07, 2011

BERSIH 05 : Melayu Dalam Teori Evolusi

Aku ingat,bila keluar ajakan kepada orang ramai untuk sertai perhimpunan Bersih dan keluar tuntutan perhimpunan Bersih dekat public,majoriti akan bersetuju tanpa memikirkan mengenai politik.Tapi rupanya majoriti masih ramai yang tak setuju dengan Bersih.

Cuba kita tengok apa alasan diorang yang tak setuju ya;

1.Ambiga itu perempuan jalang yang cuba lawan agama Islam dan dia juga terlibat dengan kes Lina Joy.Dia juga penyokong satu forum yang ingin membincangkan kebebasan beragama yang dianjurkan satu masa dulu.

2.Ambiga itu HINDU KELING PARIA

3.Ambiga tu sebenarnya nak memperjuangkan agama dia

4.Ambiga celaka!

Kau cuba bukak Google,kau search...AMBIGA CELAKA atau AMBIGA KELING atau AMBIGA KAFIR..berlambak result yang akan keluar.Semua dari geng penyokong kerajaan.Tapi,apa kaitannya dengan dia Hindu ke,dia mamak ke dia sembah Dewa ke dengan tuntutan Bersih? Adakah kau mempersoalkan kredibiliti dia semata-mata sebab dia Hindu?

Dan yang paling aku kelakar sebenarnya....bila ramai orang Melayu yang ikut sama dia punya perhimpunan,orang Melayu tu akan dikecam sebagai "pengikut perempuan Keling" atau "Melayu pengecut yang membiarkan orang Hindu pimpin diorang."Ni lah masalahnya orang Melayu....bodoh tak bertempat....kata pejuang bangsa dan agama tapi dipanggilnya orang Hindu lain keling,paria,haram jadah.Bodoh.

Sebab isunya bukan mengenai agama atau bangsa atau apa saja yang berkaitan dengan personality....kalaulah Bersih dipimpin oleh seorang lelaki Cina yang kaki minum arak dan kaki spa dan dah mmg terbukti dia kaki spa....still aku akan sokong Bersih.Bukan sebab pemimpinnya yang aku sokong.

Tapi sebab tuntutan dia tu pada aku benda betul yang tak salah dari segi agama.Bila masa Hishamuddin kita ni jadi Mufti declare benda haram?Adakah BERSIH satu perhimpunan yang masa berhimpun akan diadakan orgy dan foam party untuk yang terlibat?Adakah setiap peserta BERSIH diberikan senaskhah majalan Mangga dan Playboy sebagai door gift?

SPR sepatutnya sebuah agensi yang menyebelahi rakyat dan bukan mana-mana side of the government.Rakyat is King masa pilihanraya dan SPR adalah dayang yang berkhidmat.

Adakah kau takde terfikir yang ada orang Melayu yang pandai nak berfikir guna otak sendiri?Takkan la sebab aku dan orang Melayu yang sokong Bersih ni tak sehaluan dengan kau,orang UMNO,aku dicop sebagai "jual bangsa,jual agama dan jual negara?"

Apa hidden agenda Bersih yang digembar-gemburkan tu?Cuba jelaskan dekat aku apa hidden agenda Bersih supaya benda tu tak jadi hidden daripada pandangan masyarakat...Kalau lah hidden agenda Bersih adalah untuk memastikan BN kalah pilihanraya....aku tak rasa benda tu hidden. Aku sendiri selalu tulis "kita mesti tukar kerajaan.."

Dan kepada sesiapa yang masih meragui kenapa PAS bergabung dengan DAP.....ingat satu benda..people's change.DAP juga berubah..bukan setakat PAS aje yang berubah.

Kalau dulu Karpal Singh nak berborak dengan Nik Aziz pun dia tak hingin...tapi lihat sekarang ni macam mana?Kalau dulu takde orang Cina yang berani sebut pasal ayat Quran dan berani kaitkan diri dia dengan Khalifah Islam,sekarang ni dah ada.

Kenapa?Sebab kepentingan politik..itu memang semua orang tau.Tapi....perubahan tu bukannya datang dengan sendiri tanpa ada Kuasa Maha Besar yang benarkan perubahan tu berlaku.Kalau kau beragama Islam kau akan percaya 2 benda;

a. Setiap benda yang berlaku adalah atas ketentuan Tuhan dan ada sebab kenapa Tuhan jadikan makhluk  atau benda tu berubah

b. Bersangka baik dan terima perubahan yang berlaku kerana mungkin ada hikmah disebalik perubahan tu.

dan yang paling orang Melayu Islam selalu lupa..orang Cina,orang India pun makhluk Allah,kan?

Jadi...aku rasa "kesedaran" dan "penerimaan"  DAP terhadap orang Islam dan agama Islam adalah sesuatu yang baik,sebab...kalau DAP nak bergabung,lagi bagus dia bergabung dengan MCA kan?Sama la jugak alasan anda PAS kalau nak bergabung,lagi baik bergabung dengan UMNO.Sama bangsa sama agama.

Kenapa DAP pilih PAS yang dia dah tau dari dulu sampai sekarang agama adalah tunjang perjuangan dia?Evolusi.....DAP  dan PAS is evolving.

Selagi UMNO memerintah selagi tu masalah segregation kaum kat Malaysia ni akan berterusan.Nak halau orang Cina ke mana?Nak suruh orang India balik India?Orang Cina dengan India kena bersyukur dengan UMNO sebab bagi kewarganegaraan dan boleh menetap di Malaysia?

Kalau dah bagi kewarganegaraan....treat them as citizens..mana ada Islam benarkan kau tutup peluang anak orang Cina masuk U semata-mata sebab kau nak pastikan anak orang Melayu masuk U walaupun dia tak layak sebenarnya.Lihat...best student sekolah mesti budak Cina..best student dekat U mesti orang Cina....Mesti ada silapnya kenapa orang Cina minoriti ini mampu tewaskan beribu budak Melayu yang lain.....

Orang Melayu sekarang dah selesa.Mereka tak takut dengan cabaran.Sebab kita dah tau,alah,belajar lebih kurang pun dapat gak masuk U.Belajar cincai2 pun lepas grad apply kerja dengan Gomen..mesti diorang ambik punyala walaupun SPM aku gred 2...

Apparently,this is not working for the Malay.Kau ingat pemimpin UMNO tak nampak?Dia tau dan dia sedar....tapi...senangkan kawal 100 orang yang ikut aje daripada cuba kawal seorang yang asyik mempersoalkan tindakan kerajaan?

Melayu diperbodohkan tetapi mereka rasa mereka pandai..sebab yang pimpin Malaysia orang Melayu.Pergh..gah pemimpin Melayu berucap!Melayu hebat!Sebab tu kita masih lagi nak pangkah BN kalau time pilihanraya dapat hamper,kampung dapat projek segera tiba-tiba...majoriti orang Melayu hanya pandang apa yang dia akan dapat waktu tu dan dia tak nampak apa yang anak cucu dia akan dapat nanti2.

Kau boleh bagi aku seribu satu keburukan mengenai DAP.Aku boleh bagi kau seribu satu keburukan mengenai UMNO.Bezanya,keburukan UMNO...kau boleh nampak bukti depan mata kau.

Evolve lah Melayu.Tinggalkan lah politik2 busuk yang hentam personality seseorang bila takde idea nak lawan hujah macam mana.Wardina pun kau nak attack siap letak balik gambar Wardina terkangkang dalam majalah Mangga...."NI LAH MELAYU PENYOKONG PAKATAN!SEKSI TAK HINGAT!TERKANGKANG SANA-SINI!KONON-KONON INSAF LA TU!" semata2 sebab dia nampak condong ke Pakatan. Salah ke benda yang dia buat?

Pada kau salah lah kot..sebab kau bodoh punya malaon.
Kau tak sedar ke majalah Mangga tu siapa yang punya?

Siapa perosak Melayu sekarang?
Yang aku sure bukan DAP yang punya.