Julai 06, 2011

BERSIH 04 : Mentaliti Inilah Yang Membuatkan Orang Melayu Jadi Bahan Kelakar


Adakah orang Melayu memang pak turut seperti apa yang dicadangkan dalam akhbar Sinar Harian ni?Sori gambar tak jelas,aku tangkap pakai kamera fon.
Sokong siapa saja asalkan dia BN?Come on..

Ini politik orang dulu2.Politik lama zaman dulu.

Kita takkan berubah kalau pemimpin kita berfikiran macam ni dan
kita ikut membuta tuli.Macam mana nak sokong BN
kalau otak Timbalan Ketua UMNO macam ni?

Politik sempit.

Julai 05, 2011

BERSIH 03 : Tuntutan Aku Kepada Suruhanjaya Pilihanraya Sebab Aku Sebenarnya Tak Suka Nak Pergi Main Kejar-Kejar Dengan FRU

1. Walaupun Malaysia hampir memasuki era "negara maju" kenapa penggunaan dakwat kekal pada jari masih lagi belum dilaksanakan?Penyokong Patriot atau sesiapa saja yang tak setuju dgn tuntutan BERSIH, sila jelaskan kesan buruk penggunaan dakwat.

2. Mengapa undang-undang lompat parti masih lagi tidak digubal untuk memelihara pilihan rakyat untuk mengelakkan terjadinya kes-kes lompat parti? Jika SPR adil,usulkan benda ni di Parlimen.Jadikan calon yang ingin melompat parti mewajibkan calon bertanding semula untuk mendapatkan mandat pilihanraya.

3. SPR boleh mencadangkan supaya kerajaan membenarkan penubuhan stesyen televisyen dan radio yang menyampaikan perjuangan pembangkang tidak kira apa parti untuk menyuarakan pendapat mereka.

4. Kenapa SPR tidak mempersoalkan tekanan yang diberikan terhadap penjawat awam yang ditekan untuk mengundi pihak kerajaan BN?Penjawat awam yang bertugas dengan kerajaan mempunyai hak untuk memilih sesiapa saja yang mereka mahukan walaupun mereka bekerja di Putrajaya sekalipun.

5. Kenapa kita perlu didaftarkan sebagai pemilih?Adakah tidak cukup data yang ada pada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan individu layak mengundi atau meninggal?Jika wujud perkongsian data antara JPN dan SPR,proses pendaftaran pengundi ini tidaklah perlu dilakukan.IC kita adalah smart kad..ada cip elektronik lagi tu woo.Umur 18 kena buat IC baru,kan?21 tahun dah layak mengundi...daftarkanla secara automatik.Nak kena pinda perlembagaan?Usulkan la kepada Parlimen.SPR ada kuasa kan?SPR nak yang terbaik untuk rakyat?Usulkan.

6. Apa kriteria sebenarnya yang membolehkan Pengerusi SPR ni dipilih? Kalau tengok semua Pengerusi SPR adalah mereka2 yang "lama dalam perkhidmatan awam." Jadi,mindset tu takleh nak diubah.Adalah sangat susah untuk berlaku adil kalau seseorang itu sudahpun membesar dalam sistem yang dia sendiri rasa berkesan kepada diri dia.

7. Tidak ada benda lain yang menjelaskan SPR adalah agensi kerajaan selain daripada website SPR yang memang bertemplatekan website kerajaan.

8. Apa beza Suruhanjaya Pilihanraya kita dengan orang luar? Di Amerika,mereka tidak ada seorang pengerusi..mereka ada 6 commisioner yang berpangkat paling tinggi dalam Suruhanjaya diorang dan dalam 6 orang tu...hanya 3 orang boleh datang daripada parti politik yang sama.6 orang berlainan parti ni lah yang akan tentukan macam mana pilihanraya berlangsung.

9. Di Britain pula,mereka dengan selamba memaparkan data-data kewangan tiap2 parti,dari mana mereka dapat wang belanja,ke mana wang itu akan dibelanjakan dan sebagainya.Website SPR kita?SAKIT MATA BEB TENGOK!TOLONG LA TUKAR DESIGNER YANG SENONOH SKET!Dan data2 dalam tu berterabur..langsung tak professional.

Dan yang paling penting,UK Electoral Committee tidak dilantik oleh Kerajaan memerintah,tetapi dilantik oleh Parlimen.Bila Parlimen lantik maksudnya,suara wakil pembangkang pun diambil kira waktu perlantikan.

10 . Dan lastly...TOLONG..TOLONG....TOLONG....Updatekan logo SPR tu.Kita dah 2011.Logo tu boleh la pakai tahun 1970 dulu.Orang nak mengundi pun boleh muntah tengok logo.Selagi logo tu tak ditukar,selagi tu la orang2 muda akan merasakan pergi mengundi adalah sesuatu yang tidak cool.

UPDATE!
SIla semak ni cepat.Satu orang,ada pegang 2 nombor IC baru,tapi satu nombor IC lama.Cepat semak sebelum diorang buang!Selangor!Selangor!Dia boleh mengundi 2 kali kat 2 tempat berasingan.


SPR! SILA JAWAB!Daftar pemilih itu telah disahkan!

Julai 04, 2011

BERSIH 02 : Menghidupkan Kembali Erti Demokrasi

Kerajaan yang paling baik adalah kerajaan yang takut dirinya jatuh.Dan kerajaan kita sekarang sudahpun memerintah 50 tahun lebih.Sehinggakan diorang tak ada rasa takut nak jatuh...sistem semua dia pegang,menteri dilantik pun kadang2 bangang....Jadi apabila wujud satu golongan orang yang menderhakai kerajaan.Ingin menukar kerajaan sedia ada dengan kerajaan baru.Orang itu digelar penderhaka,pengkhianat.Ini adalah respon normal kerajaan yang merasakan memerintah itu hak mereka

Perasaan berhak memerintah Malaysia datang daripada tempoh mandat yang terlalu lama.Sehinggakan rakyat sendiri apabila besar merasakan,Kerajaan mestilah Kerajaan sedia ada.Dan tidak patut ada lagi kerajaan lain yang perlu wujud
Menggantikan kerajaan sedia ada

Ini adalah benda yang paling perlu diperbetulkan
Orang Melayu semua,there's no harm in changing the government.

Apa yang akan datang daripada pertukaran kerajaan.
Adalah kembalinya kuasa kepada rakyat.

Maksud aku....Kalau kerajaan sekarang mampu digantikan oleh kita,Kerajaan yang naik juga akan tahu dan sedar,Mereka juga boleh digantikan.kuasa sudah kembali semula kepada rakyat dan apabila wujud rasa takut kerajaan ,mengetahui yang rakyat Malaysia tidak akan settle down selagi mereka tidak berbuat sebaik mungkin,Itulah yang diharapkan.

Kerajaan yang takut dan hormat dengan rakyatnya
Kerajaan yang akur mereka bukan Tuan rakyat
Tetapi rakyat adalah Tuan mereka
Dan mereka yang berkhidmat...Kepada rakyat
Dan patuh dengan Tuhan punya amanat

Dan kalau anda semua takut
DAP naik nanti sama
PAS naik nanti sama
PKR naik nanti sama

Kita boleh beritahu mereka,"Lepas ni jangan harap kami nak pilih anda".Tukar la balik ke BN.Takde rugi apa-apa la. Kita rakyat biasa maa! Bukannya kaki kaut tender yang ramai kat luar sana. Dapat tender pun sebab orang UMNO pak sedara dia

Kita perlu kerajaan yang takut,Yang tunduk dengan rakyat

Bukan kerajaan yang tak kira pandangan kita. Bila nak buat loji di Gebeng. Bila nak naikkan Menara 100 tingkat.Bila nak arahkan orang ditangkap......Haram mereka tak peduli

Tapi bila bab namakan kucing,dia mintak pulak pandangan rakyat.Gaji 50 ribu sebulan.Tapi bila rakyat minta akta gaji minimum..dia kata nak bincang dulu,tunggu tahun depan.Cuba ada yang usulkan akta minimum kan gaji menteri.Pergh..mesti habis bersidang habis dalam sehari.Kami sebulat suara menolak usul ini!

KAH KAH KAH KAH PTUIH!

Ketakutan hilang kuasa,
Itu adalah penawar paling mujarab penyakit Malaysia
Mengajar erti berkhidmat
Tanpa kira masa
Asalkan dapat bangunkan negara

Tapi nak buat macam mana.SPR tak adil dalam pilihanraya.Patutnya SPR lah bos besarnyaTapi apakan daya SPR habis dibaham singa.

Aku ulang lagi...
Kerajaan Barisan Nasional tidak semestinya menjadi Kerajaan Malaysia.Kalau Pakatan naik bentuk Kerajaan baru dan ulang balik benda sama...kita join balik pembangkang masa tu.Dan teruskan lah proses ni sehinggalah satu masa nanti...kerajaan yang ada tak kiralah apa parti sekalipun kerajaan rakyat yang mendahulukan rakyat..dalam perbuatan.Bukan setakat dalam slogan....hehehe

Tapi kita kena sabar.
Dan langkah pertama sekarang ni adalah dengan membersihkan pilihanraya,supaya kuasa kembali ke tangan kita.Untuk memilih.Aku tak kira kau pangkah BN ke PR ke,tapi pilihanraya kita memang tak fair.Membersihkan ni adalah proses pertama ke arah demokrasi yang betul.

ps - esok aku akan terangkan kenapa SPR tak adil dalam pilihanraya kalau ada sesiapa yang tertanya2

Julai 02, 2011

BERSIH 01 : Memahami 2 Peranan Pemimpin dan Membuat Sedikit Perbandingan

Dalam agama kita,untuk menjadi seseorang pemimpin tu bukan mudah.Zaman Nabi dulu pun,tak ramai yang berani nak jadi pemimpin tapi zaman sekarang ramai benar yang berebut nak jadi pemimpin.Sebab apa?Sebab ni...


Benda ni dah disahkan oleh Nazri Aziz bila ada soalan dalam Parlimen.Memang betul nilai tu.

Satu FAKTA - Gaji Perdana Menteri Britain setahun totalnya termasuk allowance Parlimen adalah GBP198,661...maknanya dalam sebulan gaji PM Britain adalah GBP16,555.Kalau kita cuba kira gaji PM kita ...darabkanlah total gaji+allowance PM tu dengan 12..dapatlah annual salary PM Malaysia..bandingkan!

RM667,800...PM Britain perlu kerja 4 tahun lebih untuk dapat apa yang PM Malaysia dapat dalam setahun.JANGAN CONVERT KE POUND!Bandingkan nilai dia 1:1....

Dan...di Britain hanya ada dua jenis gaji untuk Menteri,Gaji pokok dan gaji members of Parliament.Segala perbelanjaan lain dia kena buat claim sendiri.Dan apa yang specialnya pasal claim diorang?

Segala resit dan claim perbelanjaan yang dituntut oleh menteri akan disenaraikan dan sesiapa saja boleh tengok online.Ini adalah benda2 yang wajib kita mintak kerajaan laksanakan kat Malaysia.

Aku ingat lagi aku pegi satu talk dengan seorang bekas menteri sekarang ni (masa tu dia menteri lagi la) yang aku malas nak sebutkan kat sini.Talk tu tujuan dia sebenarnya nak bagi berbincang pasal masa depan negara tapi terkeluar pulak pasal "kenapa ramai orang Malaysia yang migrate ke luar negara.." bila ada satu mamat tanya apa yang kerajaan cuba buat pasal benda tu.

Mula-mula sekali jawapan dia,"memang rugi kita kehilangan tenaga professional kat luar sana yang sepatutnya bekhidmat dalam negara..." OK..bagus la jawapan tu.Tapi lepas tu dia sambung,"....tapi sepatutnya rakyat sendiri kena ada semangat patriotisme yang tinggi dalam diri untuk berkorban demi negara."

"Mungkin dulu2 pemimpin Malaysia ni berbaloi untuk dijadikan tokoh..tapi sekarang ni..isk" aku fikir lagi dalam hati.

Lepas tu,dia tambah lagi,"Rakyat tak sepatutnya merasa tamak dengan ganjaran yang ditawarkan di luar sana sehingga merugikan negara.." Orait...tahan sket lagi...dia sambung.."Rakyat sepatutnya sedar yang mereka terpaksa berkorban dan tidak hanya mencari ganjaran kewangan di luar negara.Negara perlukan khidmat mereka jadi rakyat perlu tanam dalam diri rasa sayang negara dan bersedia untuk menolak tawaran gaji yang lumayan di luar negara dan kembali berkhidmat di Malaysia dengan sebab membantu perkembangan negara.."

Bullshit,fikir aku.Orang yang sepatutnya mula2 berkorban adalah dia,bukan rakyat,sebab dia volunteer diri dia nak jadi pemimpin.Tidak adil jika diminta rakyat yang berkorban sedangkan menteri ditaja sepenuhnya kehidupan mereka.POTONG GAJI MENTERI DULU SEBELUM SURUH RAKYAT BERKORBAN....

Jadi,pada aku,pedulikan pasal khutbah Jumaat yang kata perhimpunan Bersih itu haram.Jika rakyat merasakan pemimpin sekarang adalah golongan tidak boleh pakai,mereka sepatutnya diberikan peluang untuk menukar pemimpin mereka.Tapi..masalahnya,sistem pilihanraya kita ni...bila dimintak pakai dakwat,mereka kata takleh.Apa yang nak ditakutkan sangat kalau sistem pilhanraya kita betul2 adil?

Takut Melayu hilang kuasa?Melayu mesti berkuasa di Malaysia?Orang PAS tu bangsa apa?Mesti ada sebabnya kenapa rakyat Kelantan suka dengan PAS walaupun diorang takde air bersih (kononnya),diorang takde pembangunan moden gila babi dan diorang dipandang jelek oleh sesetengah golongan.Aku sangat berminat nak tau macam mana rasanya PAS perintah Malaysia dan aku rasa PAS takkan biarkan agama Islam dipermainkan kalau ada pihak yang cuba memperlekehkan Islam bila Pakatan memerintah.Melayu dipermainkan aku tak kisah sangat.....Tuhan bagi kita bangsa sebab dia nak kita senang kenal rupa,Tuhan bagi kita agama supaya kita semua jadi satu.

Dan...dari sebab tu,sebelum kau decide kau nak sokong kuning ke merah ke transparent ke,ketahuilah dulu bagaimana nak menilai pemimpin yang baik.Dalam agama,ada 2 aje tugas pemimpin ni.(sori..aku tak ingat apa translation Arab dia)

1. Pelayan

Dia lah hamba kepada rakyatnya.Apa yang rakyat mintak dia usaha tunaikan. Kalau ada orang miskin dalam negeri dia,dia akan kerja lebih kuat untuk pastikan orang tu keluar dari kemiskinan.Dia hormat dengan majikan dia..yakni rakyat.Kau suka macha kedai mamak maki kau balik bila kau komplen milo ais kau tak sedap? Pemimpin yang baik takkan ugut orang bawah dia.Pemimpin yang baik takkan wujudkan "syarikat kereta dia" dan "paksa" rakyat beli kereta dia.Wawasan dah ada...tapi bila rakyat disuruh berkorban..tu dah salah tu.Umar Al-Khattab sendiri dah kata...kalau orang bawah dia ada masalah,dia sendiri akan selesaikan.
Kita? Kita dapat masalah sebab "wawasan" pemimpin kita.

2. Pemandu

Bayangkan,kau naik teksi..tapi driver tu bawak suka hati bapak dia.Lampu merah dia langgar,double lane dia potong...suka naik teksi macam tu?Pemandu yang baik adalah pemandu yang sentiasa memikirkan keselamatan orang yang dia bawak.Aplikasikan benda ni pada pemimpin...pemimpin yang baik akan dorong kau ke arah jalan yang baik dan bantu kau dengan cara yang bersih,sesuai dengan apa yang agama mintak.Menaikkkan ekonomi negara dengan mendirikan kilang radioaktif adalah sangat bahalol kerana membawa kepada kecelakaan rakyat.Semua sebab apa?Sila rujuk gambar di atas.

Pemimpin kita sekarang sudah takde idea.Bila ada aje masalah ekonomi timbul,penyelesaian dia adalah "buat pinjaman." Pinjam situ pinjam sini,kesannya bukan diorang rasa.Yang rasa kesannya?Yang kena berkorban?Yang kena ubah cara hidup?

Kita.Semuanya berbalik kepada kita.

Jadi ingat,peranan pemimpin bukanlah sekadar pergi jenguk sekejap bila ada tragedi.Peranan pemimpin bukanlah cukup dengan "aku nak Malaysia ada kereta dan aku tak kisah rakyat kena tax sebab benda tu dapat tingkat ekonomi" dan peranan pemimpin bukanlah sekadar makan karipap dan hirup teh setiap kali habis meeting.Kalau pemimpin tu siap kena escort dengan polis sebab nak pastikan dia tak sangkut traffic jam dan dia boleh tengok aje orang ramai sangkut.....sedarlah,itu bukan ciri pemimpin yang baik.

Pemimpin yang paling baik dalam Islam adalah pemimpin yang sanggup berkorban diri dia,masa dia dan nyawa dia untuk rakyat dia dan paling penting........dia adalah orang yang paling rendah diri dalam negara dia.Ni paling penting sebab power corrupts people.

Dah habis baca? Please baca link ni. Aku harap korang baca dan form pandangan korang.Kemudian bagi komen anda kat bawah ni.Sapa2 yang tak paham,boleh tanya.Bandingkan balik fakta yang ada dalam gambar tu,fakta yang aku tulis kat atas tu dengan artikel yang ada dalam link BBC tu....

Nampak tak kita dan menteri kita kat mana?Nampak tak kenapa diorang takut benar kalau kuasa diorang kita tarik balik?

Kau nak tau apa benda paling sedih?

Orang putih run negara diorang lagi jujur dan ikhlas berbanding orang Melayu Islam Malaysia run Malaysia.,,dan diorang ni dibayar dengan taxpayer's money yang sebanyak tu.Apa hasilnya kita bayar PM kita banyak tu dan balik2 solution dia adalah "bagi kat adik aku,bagi kat bini aku."PIlihanraya lepas ni adalah peluang terakhir untuk Malaysia stop rotting,ubah sistem yang diimplement oleh Mahathir yang zalim dan bebaskan balik ekonomi orang2 macam kita.

This has to stop.


Julai 01, 2011

Awkward Agama : Sayangla Tuhan Cipta Neraka Kalau Nanti Takde Pulak Yang Menghuninya

Q : Adakah anda tahu berzina itu haram?

A : Saya tahu zina itu haram tetapi saya terpaksa melanggan pelacur kerana isteri saya tidak dapat memuaskan nafsu saya.Lagipun nafsu seks saya ni terlalu kuat.Itu yang membuatkan saya terpaksa melanggan pelacur,jikalau tidak saya akan mula merogol kerna libido terlalu tinggi.

Q : Adakah anda tahu berjudi itu haram?

A : Tau..tapi saya dah addicted.Sehari saya tak berjudi rasa tak sah hidup saya.Tangan ni gatal aje nak betting apa-apa sampaikan ada sekali saya tak dapat nak berjudi,saya boleh betting dengan kawan-kawan saya hari tu hujan ke tak.Saya dah addicted sebab tu saya berjudi.

Q : Adakah anda tahu arak itu haram?

A : Saya sedar arak itu haram tetapi saya sudah terbiasa minum-minum lepas kena entertain client.Dulu saya tak sentuh pun tapi disebabkan pengaruh kerja dan suasana yang membuatkan saya kena join meeting dalam disko sambil minum arak untuk dapat projek for the company,saya kena lakukan.FTW!

Q : Adakah anda tahu disko itu haram?

A : Saya tahu tetapi pada saya ini adalah satu bentuk stress management yang paling berkesan untuk saya.Saya tak mampu nak duduk di rumah macam orang ramai..layan TV ke,semua tu tak meningkatkan positive energy saya.Dancing di disco adalah cara saya untuk clear up kepala saya.Lagipun di disko saya dapat ramai kenalan baru.

Q : Adakah anda tahu Akademi Fantasia itu haram?

A : Eh,ye ke haram?Mana ada haram.Setakat budak2 nyanyi2 duduk serumah menari bersama,berlatih bersama..apa yang haramnya?Diorang bukannya buat maksiat pun dalam tu.Semua sekadar belajar menyanyi.

Q : Adakah anda sedar tutup aurat itu wajib?

A : Ya,saya sedar tutup aurat itu wajib tapi saya rasa saya masih lagi tak mendapat hidayah dari Allah SWT.Lagipun kalau saya berubah tiba-tiba,esok pakai tudung,mesti ramai yang akan pelik saya tiba-tiba berubah.Orang Melayu biasala mulut jahat,mesti ada yang reka cerita saya kena tangkap basah ke lepas tu insaf...Lagipun,saya kerja dengan exec-exec yang korporat2,ofis ada unofficial dress code yang saya kena follow. Insya Allah sampai satu masa nanti saya buat la benda yang wajib saya buat.

..................


Cuba la..tanya la dekat member kau yang minum arak,kaki pelacur,kaki togak,yang seksi nak mampus..."Apasal kau buat benda tu?" Dengarkan alasan mereka dan kemudian....bagitau kepada mereka,kenapa dia takleh buat macam tu.Sure dia akan tanya balik,"apa pasal pulak aku takleh buat macam tu?"

.....Kenapa dia nak mintak kau justify jugak? Tak sekolah pun kita automatically tau arak tu haram.Tak payah gi belajar Mesir pun kita tau layan pelacur haram.

Entah...kita makin pandai kot?Pandai negotiate dan bertolak ansur dengan Tuhan.

Benda yang paling susah sekarang adalah kau cuba justifykan jangan buat benda haram kepada orang Islam yang buat benda haram dan dia sedar benda tu haram.Kau suruh la Ustaz mana2 pun,keluarla hadis apa sekalipun..there's no point.Takde orang akan berubah selagi dia tak push diri dia sendiri nak berubah.Power2 Rasulullah SAW sekalipun,dia still gagal bawak pakcik dia masuk Islam,kan?Ilmu Nabi dengan kita ni macam luas cakerawala dan sebutir pasir bezanya...

Jadi,jangan jadikan alasan tak cukup ilmu untuk tegur benda salah yang kau nampak.Kau ada ilmu kecik mana pun,kalau kau tau dan yakin benda tu salah,ambik tindakan.Nak tunggu alim ulama tegur,sampai bila?

Tapi persoalan paling penting sekarang...berapa orang daripada kita nampak member2 buat benda haram dan berapa orang sebenarnya yang berani tegur? Kalau ada yang takut nak tegur tu sebab apa?Sebab takut kena cop tak cool, tak sporting,tak happening?Takut hilang member?

Keh keh keh.
Dunia oh dunia...
Gila...kita memang betul2 umat akhir zaman.

(Entry ini adalah respon kepada respon korang pasal entry semalam.Aku ingat nak tulis pasal BERSIH.Tapi takpela,besok la kot.Gambar sekadar hiasan :)