Jun 14, 2011

18SX - Fundamental Kahwin Pun Penuh Dosa,Macam Mana Nak Tarik Isteri Masuk Syurga?

Bagaimana kita nak bahagia kalau ikatan perkahwinan kita sejak mula lagi dipenuhi dengan benda2 yang sesat dan salah?Kat bawah ni aku senaraikan benda2 yang aku nampak (dan ada yang aku dah terbuat) yang jelas salah dari segi permintaan agama.

1. Bab balas membalas hantaran

Lelaki bagi 3,perempuan kena bagi 5.Lelaki bagi 7,perempuan kena bagi 9...perempuan mesti bagi lebih.Apa benda tu?Mana datangnya kepercayaan sesat dan karut ni?Kalau nak bagi hadiah,bagi,kalau mampu bagi banyak,bagi..tak mampu jangan paksa.Jangan sampai satu pihak terpaksa buat loan bank semata-mata nak penuhi syarat sesat camni.Ikut kepercayaan bodoh orang Melayu..nombor genap memberikan nasib yang tidak elok,sebab tu pakai nombor ganjil...bodooooo...jangan ikut.Kalau mampu 4,bagi empat.Kalau mampu bagi 28,bagi 28.

2. Duit hantaran

Makin tinggi pendidikan anak gadis,makin mahal lah hantaran yang perlu dibayar.Ini selalunya golongan mak2 lah yang kisah benar,tak nak malu dengan orang kampung.Siap banding-banding lagi..tak nak kalah dengan jiran.Yang bapaknya selalu tak kisah..tapi mak dialah yang selalu menang argument tu.Benda ni hadiah aje....kalau bakal pengantin lelaki kata "saya tak nak bagi la sebab takde pun dalam rukun nikah.." camne? Nak tuduh dia kurang ajar tak boleh...........dia betul.

3. Sebelum kahwin dah membazir

Di sini lah selalunya yang paling obvious.Selalunya yang terbeban,mak bapak atau bakal suami.Anak perempuan mintak kenduri dia grand-grand,nak kena ada itu ini,nak kena jadi macam puteri raja.Kalau mak bapak dia jenis orang susah,selalunya parents akan guna duit hantaran untuk buat kenduri. Kalau duit tak cukup,beban dah jatuh dekat bakal suami.Semua sebab nak pastikan majlis tu gilang gemilang.Bakal suami pun terpaksa la bekerja keras siang-siang dan jual burger malam-malam...kerja macam orang gila setahun dua....hasilnya pakai untuk sehari,dua hari...lepas kahwin,rumah sewa...peti ais pun tak ada.

4. Bersanding

Dan berbanggalah sang suami mempamerkan isterinya yang sudah jadi hak miliknya kepada semua tetamu,lihatlah isteriku,lihatlah dia,cantikkan dia?Dia milik aku kini,kecantikannya bukan hanya untuk aku seorang...gembiranya aku kerana dapat berkongsi kecantikan isteri ku bersama kalian semua.

5. Merenjis dan bertepung tawar

Ini budaya agama Hindu.... jangan sesekali buat.Menghampiri syirik benda ni sebab tujuan asal dia adalah sebuah cleansing ceremony untuk orang Hindu.

6. Berinai di lengan

Nak pakai inai..pakai..tapi hanya boleh dihujung jari.Itu aje boleh ikut agama.Yang kau pegi buat corak-corak kerawang,corak daun,corak batik sampai dekat lengan tu apa pasal?Berdosa tu sebab anda cuba menyerupai budaya agama Hindu lagi sekali.Keperluan agama dia,biar dia buat..kita jangan amalkan.

7. Karaoke

Majlis kahwin mana tak sah kalau takde karaoke.Yang lagi best,DJ panggil pengantin suruh nyanyi...tambah lagi kesalahan kat situ.Aku ada tulis respon komen..."Perempuan baca Al-Quran dekat Tilawah suara merdu lunak2 pun haram ni lagi la nak menyanyi.."

8. Cukur kening

Kalau gadis2 yang selama ni tak pernah cukur kening,ni lah masanya dia kena decide...nak jadi lagi lawa dan tambah dosa atau nak maintain macam biasa dan tak nak dosa.Kebanyakannya anggap ni lah masanya dia nak wajah dia jadi perfect,jadi merelakanlah kening dicukur oleh tukang make up pondan.Disentuh lelaki tak kiralah dia pondan ke tidak..tu dah jadi satu lagi benda salah.

9. Baju ketat dan berkain jarang

Baju kahwin nampak macam dah tutup aurat..tapi tengok betul2 eh,ketat..nampak cutting badan.Tengok lama2 sket lagi...aiseh..nampak lengan...padahal sebelum tu tak pernah pun pakai baju yang nampak lengan.Kahwin punya pasal...takdehal...sehari aje....bukan selalu...esok tutup la balik lengan.Trend punya pasal...kalau kau pegi kedai,tanya ada tak baju2 yang longgar,tak ikut shape..jawapan dia mudah,"Eh!Tak lawa la baju camtu dik! Kahwin ni kena cantik2!" Cerita benar.....aku dah kena.....Baju longgar = Tak cantik...Melayu punya otak...

10. Perhiasan lelaki

Kalau tengok baju songket,mesti ada rantai2 dan tah hapa2 benda lagi tah yang kena pakai.Apa relevannya keris,rantai dan tengkolok dengan majlis perkawinan ikut upacara Islam?
Apa pasal bila kahwin lelaki kena pakai rantai?

11. Budaya photographer

Aku dah tulis pasal budaya pre-wedding dulu.Kali ni,aku hanya nak sebut sikit aje...aku jarang jumpa photographer perempuan,kecuali seorang dua yang famous.Jadi bila aku belek2 sample album wedding yang member aku buat (aku ramai kawan yang buat benda ni) mesti ada shot tengah make up.Tengah tak pakai tudung.Bila aku tanya member aku,"macam mana groom dia bagi kau masuk ambik gambar bride tengah make up?" Member aku kata pengantin lelaki selamba aje bagi permission.Aku yang tengok album tu dah kongsi salah,photographer tu dah kongsi..yang tanggung beratnya,suami tadi la.Dia bagi...itupun kalau dah nikah.Kalau tak nikah lagi?Abah kau lah tanggung.

12.  Budaya proposal

Aku tengok sekarang makin ramai orang Melayu yang dok terikut-ikut style orang putih buat proposal dekat gelfren.Kalau jadi depan aku masa aku tengah makan,aku baling dengan gelas kalau kau Melayu.Kita mana ada proposal2 ni...kau nak kahwin..gi tanya bapak dia.Bapak dia kata ok,baru kau tanya dia,"Will U marry me?"

13. Upacara membatalkan air semayang

Apakah relevannya?Tunjuk dekat public supaya orang ramai tengok "oohh...tengok la tengok,aku nak sentuh tangan isteri aku first time ni..tengok tengok la.." ....itupun kalau first time pegang la.....kalau dah biasa pegang2...."ooh..tengok la..tengok la...aku takde rasa apa2 pun pegang tangan wife aku ni sebab sebelum ni dah biasa pegang...kagum la....snap la gambar kitorang tengah berlakon suci ni..."

..............

Masyarakat kita sekarang,adat dengan adab tu dah bercampur gaul,sampai tak tau apa beza dia,mana satu kena ikut,mana satu kena tinggal.Kadang-kadang oleh kerana restrictions adat Melayu yang karut dan tahyul tu la yang menyusahkan pasangan Islam ni nak kahwin.Daripada simple,jadi complicated,daripada sangat affordable...jadi sesuatu yang membebankan pasangan sehingga ke hari tua.

Semua pasangan yang dah berkahwin pasti nak tak nak ada jugak terpikul beban kesalahan ikut senarai di atas,sama ada dari segi material atau dari segi spiritual.

Macam mana kita tak bercerai berai kalau sejak dari mula kita kahwin,kita dah mulakan dengan buat bermacam jenis benda yang go against agama?Sebelum kita terlambat...apa kata kita cuba tinggalkan benda2 karut marut ni dan buat apa yang perlu dan wajib sahaja.

Bagus anak perempuan bersuami cepat
Daripada dok berdating merata tempat.
Karang ada budak lelaki rembat,
Baru gelabah seluar anak jadi sendat

Sambutlah menantu sekadar mampu,
Agar bahagia ke anak cucu,
Macam mana laki kau tak jadi kutu?
Beribu habis dapatnya hantu

Yang laki pulak terikut setan
Belum kahwin dah bengong setandan
Selalu sangat layan 3GP Melayu
Bakal mertua dipanggil "daddyku!"

Kita ada peluang nak membetulkan kesilapan mak bapak,datuk nenek kita.
Gunakanlah peluang tu sebaiknya.
Aku tau apa yang aku tulis ni ada orang yang tak peduli
langsung sebab ada istilah orang putih

"Whatever the bride wants,she gets it.."

....tapi kita bukan orang putih.

Orang putih banyak duit.Gaji $2500 kereta $12,000.
Orang kita gaji RM2500,kereta RM48,000.


Jun 12, 2011

Jika Kerajaan Betul-Betul Prihatin - Undang-Undang Seks Yang Seksi


Aku hanya nak tanya satu benda.

Undang-undang negara kita termaktub once kau dah lepas 18 tahun,kalau kau melakukan seks suka sama suka antara lelaki dan perempuan Melayubukan mahram,kau tidak boleh didakwa.(asalkan kau tidak ditangkap)

Tapi,kenapa kita tak buang aje had umur 18 tahun tu dan jadikan aje undang2 "kalau seorang lelaki dan perempuan Melayu yang bukan mahram melakukan seks suka sama suka mereka boleh didakwa?

Mana lagi baik?

Tak ada kot salahnya kalau undang2 tu dikaji khas untuk orang Melayu.Jadikanlah mana-mana orang Melayu yang berzina ni tak kiralah atas persetujuan masing-masing boleh didenda dan dipenjarakan.Kata nak memperjuangkan Melayu?Terangkanlah kat parlimen,undang2 ni tak merangkumi orang Cina dan India tapi kalau mak bapak dia setuju nak ikut hukuman ni,masukkanlah diorang sekali dengan orang Melayu lain.


Come on Ibrahim Ali!
Bentangkan usul ni kat Parlimen.

Respon terbaik setakat ni mengenai soalan aku;

Anon berkata....
mcm mana kalau lepas betulkan benda ni , ramai yang nak keluar islam ?
punca : tak boleh berzina .

mungkin dia orang fikir jugak in case jadi mslh2 mcm ni . jadi bagi kebebasan bila dah 18 tahun biar dia fikir sndiri . fikir lah menyeluruh . jangan tahu ckp pertahankan hukum islam je tapi isu org keluar masuk islam taknak ambil tahu .

pendapat peribadi saya je .


Thanks Anon!
You make my day!

Jun 11, 2011

18SX - "Habis! Mantot Sexist Kutuk Perempuan Lagi! Jom Attack Dia Balik Gurlz!" Part 2

Pada suatu masa dulu,ada seorang lelaki berkenalan dengan seorang gadis.Gadis itu pula senyap2 memang secret admirer lelaki itu.Maklumlah kacak,pemain ragbi universiti.Yang specialnya...solat tak pernah tinggal.Gadis itu pula adalah antara gadis yang paling hot dekat kampus.Bukan setakat pelajar lelaki Melayu yang tergilakan dia,pelajar2 dari Afrika pun tergilakan dia.

Nak dipendekkan cerita,berbelas email diutus,berjuta2 line dialog dalam Yahoo Messenger,akhirnya mereka berdua pun bercinta.Kawan-kawan gadis tumpang gembira,dapat jejaka pujaan semua.Kawan-kawan lelaki habis jeles semua!Masakan tak,kawan dapat gadis idaman semua!Serasi sepadan.

"Awaklah yang saya tunggu selama ni.Dah 19 tahun saya hidup,awaklah orangnya," kata si gadis.

"Hati saya pernah dikecewakan dua kali sebelum ini,tapi berkat dengan izin Allah saya bersyukur kerana dikurniakan pertemuan dengan awak,awaklah orangnya yang bakal jadi isteri saya..." kata si lelaki,romantis.

Lalu pada satu hari,ketika hendak melintas jalan,lelaki itupun bertanya,"I pimpin tangan awak lintas jalan boleh tak?" Gadis itupun yakin dia The One membenarkan.Sejak detik itu,setiap kali melintas jalan,mereka berpimpin tangan.Kemudian pada satu hari,sedang menonton wayang,lelaki itu menggenggam tangan gadis itu erat2.Gadis itu tersenyum.Sejak itu,setiap kali tengok wayang,mereka menggenggam tangan masing-masing.

Kemudian pada satu hari,gadis itu tidak sempat berteduh ketika hujan.Habis basah bajunya.Datanglah si lelaki tadi,kasihan melihat gelfrennya menggeletar dipeluk bahu gadis itu.Lepas tu,ke mana saja mereka,bila ada saja peluang,bahu gadis itu dipeluk.Kemudian,pada satu hari,sedang mereka menonton wayang...

Tangan digenggam erat.Bahu sudah dipeluk.Kepala pula disandar ke bahu.Mata merenung masing-masing.Dua bibir pun bertemu.Indahnya cinta...Buat pertama kalinya kedua-dua mereka merasakan kehangatan bibir bertemu bibir di dalam wayang itu.Wayang gelap itu jadi saksi cinta mereka.Pulang ke rumah,melalui telefon,ayat-ayat cinta dilafazkan.Lelaki itu berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari duit hantaran.

Beberapa bulan kemudiannya,sang lelaki menelefon gadis."Sayang,duit saya dah cukup.Saya buat loan bank.Kita dah boleh kahwin!"Gadis itu melonjak kegembiraan membayangkan hatinya yang seolah-olah dilambung ombak cinta.Sejak hari itu,sibuklah mereka berdua mempersiapkan barang hantaran.Urusan pertunangan sudah diselesaikan,kedua-dua belah keluarga gembira bakal dapat menantu baru.

"Bukankah dari dulu saya katakan pada awak,you are my One and only?" puji gadis kepada tunangnya."Awak pun The One saya," kata lelaki membalas manja.

Hari kenduri tiba.Meriah acara sehari.Megah bersanding di atas pelamin.Kedua-duanya berdebar menunggu malam pertama."Nasib baik awak tak period hari ni.." kata lelaki yang sudah digelar suami."Nasib baik awak tak kena basuh kuali..." kata gadis yang bergelar isteri."Kamu my The One!" tawa suami menjeling breast halal isteri...

Beberapa tahun kemudiannya....

Anak sudah ada tiga.Duit rumah tak berapa ada.Rumah bersepah macam paya.Si gadis yang sudah jadi ibu muka menyinga.Si lelaki yang sudah ada anak tiga masam mencuka."Dulu sebelum kawin punyalah rajin semayang,rajin berdoa,mintak makbulkan kita,sekarang ni apa cerita?"

"Hey,awak,dulu bukan main make up,kalah anak raja,sekarang ni rambut macam singa,dua kali tengok macam beruang panda pun ada!"

"Kenapa abang buat saya macam ni?Tak kesian kat saya ke?"

"Awak ni...masak pun tak reti.Masak air pun boleh kering!"

"Mana pegi The One saya,yang janji nak jaga saya?Yang janji nak bagi saya rumah?Yang janji nak sehidup semati?Yang janji nak jaga saya walaupun saya sakit dan dah jadi nenek?"

"Arghh..mana pulak hilang The One saya?Mana dia saya punya masak sedap hari-hari?Mana pegi janji nak jaga hati suami?Mana pegi gadis yang janji saya akan dapat nikmati seminggu dua kali?"

"Abang,jangan buat saya macam ni!" Gadis yang sudah jadi isteri merana...diam saja memandang lantai.Anak bertiga ikut diam merenung kasihan ibu.

"....sudahlah..awak memang tak boleh pakai.Kalau ikut hati lagi elok cerai!"

"ABANG!!" Gadis yang sudah jadi isteri diam.Dalam hatinya pedih.Tapi dia tahan.Dia ada anak-anak.Anak-anaknya perlukan bapa.................Dan benda itu berlarutan beberapa belas tahun.Si gadis yang sudah jadi isteri itu menderita senyap2.Si lelaki yang sudah jadi suami itu benar2 sudah lupa keluarga.

Dan satu masa dulu si gadis itu The One untuk lelaki itu.Lelaki itu pula The One untuk gadis itu.Perfect.Cantik.Sempurna.Mana silapnya?Nampak tak silapnya..........?

Bagaimana anda,gadis-gadis boleh impikan seorang lelaki yang akan

a. jaga anda sehingga anda tua
b. provide untuk keluarga anda
c. beri didikan kepada anak-anak
d. beri kasih sayang kepada anda
e. beri nafkah kepada anda

....kalau sejak dari mula bercinta lagi dia sebenarnya tak mampu jaga diri dia daripada anda?Orang macam tu yang anda harap jaga anda sampai ke tua dengan bahagia?Macam Kementerian Kesihatan selalu cakap..prevention is better than cure.Perempuan diberikan hak untuk memilih.Tuhan bagi perempuan instinct yang jauh lagi peka pasal manusia.Tapi selalunya perempuan mudah buta dengan cinta.

Pilihlah si dia yang jaga anda daripada saat mula-mula anda berkenalan dengan dia.Kepada yang belum mula bercinta,ingat...ini adalah kriteria paling penting dalam memilih bakal suami supaya anda tak jadi pejuang hak wanita di kemudian hari....

Fikirkan.
Seorang lelaki yang berani ambik sesuatu yang bukan hak dia...mampukah masa depan dia akan jaga hak anda bila anda bergantung dengan dia?

ps - kalau ada sesiapa yang tak faham...aku malas nak explain.pandai-pandai lah sendiri.Ni hint dia.Gambar tu aku tangkap sendiri masa duduk dekat depan kolam KLCC.Aku tak sure ke mana hilangnya tangan laki tu...suami isteri takkan buat macam tu kat public.

Jun 10, 2011

Awkward Agama : Gelang,Rantai dan Siapa Allah?

Masjid Putrajaya pada petang itu kelihatan agak penuh,dipenuhi dengan pelancong yang datang melawat.Kelihatan seorang lelaki Cina sedang berdiri di depan masjid itu sambil mundar-mandir berpusing-pusing.Ahmad baru selesai menunaikan solat Asar keluar berjalan ke arah keretanya.Dia ditegur lelaki Cina itu.

"Abang,saya mau tanya sket buleh ka?" tanya apek itu."Ya,nak tanya apa?"Ahmad menjawab."Lu olang Melayu kan...apa pasat semua perempuan Melayu kena pakai itu tudung ka?Wa tengok pakai itu banyak panas,tadak selesa woo!" Ahmad kaget sebentar."Apasal kau tanya camtu?"

"Tadak apa,wa cuma mau tanya...mau tau saja," jawab apek itu."Dalam Islam pempuan kena tutup badan,jadi itu pasal kena pakai..."

"Ohoo...saya tanya lagi aa..itu Muhammad...apa pasai lu olang manyak respek sama dia?" tanya lagi apek itu."Dia Nabi orang Islam,Rasul..dia pembawa agama Islam," jawab Ahmad."Oh,ya ya ya,saya ada dengar itu Lasul,Lasul...itu Jejak Lasul,iklan selalu keluar tv....selalu orang Melayu ada sebut." Apek itu mengangguk2 kepala.

Amin melangkah mendekati mereka berdua,"Apsal Mad?"

"Dia ni nak tanya-tanya," jawab Ahmad. Apek itu memandang Amin lalu menghulurkan tangan bersalam."Kawan u ka?Saya mau tanya sikit lagi kalau u boleh tolong sama saya,boleh?" tanya apek itu lagi.Amin dan Ahmad mengangguk kepala.

"Itu kan,saya ada selalu dengar orang Melayu panggil orang Cina kapir,kapir..itu apa meaning dia?Apa pasal bila Melayu sebut itu kapir,bunyi macam orang Melayu tadak suka sama orang Cina woo..." Amin dan Ahmad terkedu,tak tau nak jawab apa."Err,kafir tu gelaran yang digunakan untuk orang bukan Islam.."

"Saya tau itu kapir,tapi apa pasal bila Melayu sebut itu word aa,bunyi dia ada bunyi racist?Saya mau tanya apa pasal..." tanya apek tu sungguh-sungguh.Amin mendekatkan dirinya dengan Ahmad,"Mad,dia ni dah macam nak carik gaduh aje ni..." Ahmad memandang Amin,menyruh dia cool down."Chill bro,chill.."

"Itu nama saja,ada orang kadang2 dia extreme atau melebih-lebih...sebab tu u dengar macam racist.Itu orang u tak payah peduli la.." jawab Ahmad tenang. Apek itu angguk2 tanda setuju. "Saya mau tanya lagi,apa pasal orang Melayu mau makan halal punya benda?Pasal apa itu halal orang Cina pun kena ikut jugak?" tanya apek itu.

"Hoi,dah kaum kau kontrol ekonomi kena la ikut,kau tak nak ikut tak payah la buat bisnes kat sini!" herdik Amin hilang sabar.

"Betul,betul...tapi saya ada pelik juga apa pasal orang Melayu mau halal punya food tapi tak banyak maa orang Melayu yang bukak bisnes food product..." apek itu menggelabah sedikit.Amin naik berang."Kau nak kata orang Melayu malas la ni!Kurang hajar punya Cina!"

"Sabar Min..sabar," Ahmad cuba menenangkan Amin.
Apek itu berundur ke belakang sedikit kerana gentar agaknya.

"Sori abang,sori...last..wa janji ini last soalan......Siapa Allah?Apa pasal lu sembah dia?.............macam orang Cina ada semayang sama Buddha,olang putih semayang sama itu Jesus tapi lu punya Tuhan tak ada nampak...siapa itu Allah?"

Amin tak dapat mengawal diri..dilayangkan penumbuknya tepat ke muka apek itu.Tergolek apek itu di atas tanah memegang pipi."KURANG HAJAR!Kau dengan kawan-kawan kau,kaum kau,balik China lagi bagus!" jerit Amin.Pekikan yang kuat itu menarik perhatian orang ramai.Pegawai Masjid di situ terus menerpa mereka.

"Encik Chong,kenapa ni Encik?Encik ok?" tanya pegawai itu kepada Encik Chong yang masih lagi duduk di atas tanah memegang pipi sambil mengesat bibir yang luka."Aiyoo,u pigi banyak lama woo...cari seluar ka buat seluar?" tanya Encik Chong kepada Pegawai Masjid itu.

"Saya lama sebab mau cari seluar saiz u banyak susah.Visitor ramai..U mau masuk masjid mesti tutup lutut..u pakai seluar pendek mana boleh masuk..dah lah,jom masuk masjid.Pakai kain ni...nanti saya tengok kalau ada first aid kit" kata nya sambil menghulur sehelai kain pelikat berlipat rapi.

"Tak payah la..tadi wa manyak excited mau tanya pasal itu Melayu punya agama tapi sekarang wa tak mau la.." kata Encik Chong menghulurkan kembali kain yang diberikan.

"Tapi Mr,Chong..." sayu suara Pegawai Masjid itu."Tak payah! No need for this nonsense..." kata Encik Chong berlalu pergi ke arah kereta Mercedesnya.

Pegawai Masjid itu merenung Ahmad dan Amin tajam..."Apa yang jadi ni?" Ahmad dan Amin diam...Sejenak kemudian,baru Amin buka mulut..."Dia mempersoalkan Islam! "

"Memang la dia mempersoalkan Islam,dah dia tak tau hapa2 pasal Islam.Hang ni buat malu Melayu aje la..yang hang pii tumbuk dia pasaipa?" kata Pegawai Masjid sambil berjalan.Beberapa langkah kemudian,dia berpaling kepada Amin."Bukak rantai kat leher tu.Tak elok lelaki pakai rantai ni,gelang tu pun sama....kalah orang pompuan!" katanya tegas.

Merah muka Amin.Bertambahlah lagi merahnya bila kata-kata itu didengari oleh sekumpulan gadis yang sedang leka mengambil gambar masing-masing menggunakan DSLR dengan gaya mulut muncung macam ikan tembakul, sambil ada seorang dua yang menjeling tersenyum memandang Amin.

Ahmad berlagak pura2 tidak kenal Amin.Laju dia berjalan menuju ke keretanya.
Gelang perak yang dipakainya senyap2 dimasukkan dalam poket. "Nasib baik dia tak perasan.." fikir Ahmad dalam hati.....

Jun 09, 2011

18SX - "Mantot Celaka!Tak Habis-Habis Nak Rendahkan Kaum Wanita!" Part 1


Isteri-isteri yang tak suka kuasa rumahtangga terletak di tangan suami adalah isteri yang tidak menjalankan tanggungjawab dia sebenarnya;yakni menjaga hati suami. Isteri-isteri yang menghalalkan perbuatan mereka menentang suami dengan alasan suami mereka tidak layak memerintah keluarga kerana ada kekurangan pada si suami adalah isteri yang kurang sopan.

Dan cuba lihat sekeliling anda,berapa ramai wanita yang sudah bersuami tapi berlagak dengan berkata "aku boleh hidup takde laki..." hanya kerana suami ada kelemahan dia?Ramai kan?Berapa kali anda terjumpa sekumpulan isteri duduk makan tengahari beramai-ramai dan menceritakan keburukan suami mereka antara satu sama lain?

Jangan jadi perempuan macam tu.