Jun 08, 2011

Jika Kerajaan Betul-Betul Prihatin - Pelbagai Jenis Logo Halal

Bila kau beli barang kat pasaraya,peduli tak anda dengan ada tak logo halal kat situ?

Kalau kau tinjau-tinjau produk yang ada kat pasaraya kita,ada bermacam jenis logo halal yang ada.Ada yang dari Thailand,ada yang dari Singapore,dari Australia pun ada dan bermacam-macam lagi jenis logo halal yang ada selain daripada logo halal JAKIM.Ada logo halal oversea yang diiktiraf,jangan lupa...

Aku jadi pelik pasal logo halal ni lepas aku semak pasal restoran Papparich ni hari tu sebab dekat rumah aku ada bukak sebijik.Bila aku semak balik pasal Papparich punya sijil halal (time tu la) Papparich takde sijil halal daripada JAKIM tapi dia ada sijil daripada syarikat swasta.

"Pada masa yang sama, beliau berkata, ibu pejabat PappaRich kini dalam proses mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jakim bagi kesemua cawangannya di seluruh negara.Sebelum ini kami menggunakan sijil halal daripada agensi swasta, South East Asia (SEA) tetapi kini kami cuba mendapatkan kelulusan daripada pihak Jakim pula," katanya." (Utusan,26/7/2010)

Berita tu 2010....cuba cek dekat website JAKIM,ada ke tidak sekarang ni?

Aku memberikan contoh pasal Papparich bukan sebab nak kutuk tapi sebab aku pelik kenapa kita takde satu standard halal yang perlu dipatuhi.Ada yang pakai sijil luar,ada tah dari mana datang sijil dia,kebanyakannya datang daripada syarikat swasta.Sampai kadang-kadang tak sure dan kalau kau usha betul2,banyak pihak ambik kesempatan main cop aje sijil halal sendiri...Itu belum masuk lagi logo halal yang takde tulis HALAL pun tapi tulis "SUCI BERSIH."

Aku ada baca pasal betapa seksa nak tunggu dapat sijil halal JAKIM ni sehingga membuatkan manufacturer malas dan tak peduli.Ye lah,produk dah nak keluar tapi sijil halal tak ada,rugi la diorang.Mungkin sebab itu jugak banyak syarikat swasta diwujudkan untuk cover proses pensijilan halal ni.Aku tak tau sebab aku tak pernah mohon benda ni jadi mungkin ada orang lain boleh explain benda ni better.


Sijil Halal syarikat swasta punya kerja.
Restoran yang ada arak,automatically takkan dapat sijil halal JAKIM
tapi sijil halal swasta boleh lulus.

Apa yang membuatkan aku bertambah pelik adalah bila Papparich ni boleh menganjurkan Halal Seminar bersama dengan Halal Development Corporation.....tapi dia sendiri takde sijil halal JAKIM.Macam mana tu?

Ada berapa jenis pensijilan halal yang disahkan kat Malaysia ni sebenarnya selain daripada JAKIM?Adakah implementation logo halal kita sekarang ni sekadar melepaskan batuk di tangga sebab tu banyak pulak syarikat swasta yang berlumba nak keluarkan sijil halal diorang sendiri? Kenapa sijil halal pun nak diswastakan? Ini bukan benda main-main.Janganlah nak kata bila swasta service dia lagi bagus dan sebagainya...bila dah diswastakan ni,untung target nombor satu....layak dapat halal atau tidak nombor dua.

Adakah logo halal sudah jadi satu peluang bisnes besar di Malaysia kerana kelemahan penguatkuasaan?Entahlah.Apa yang menyedihkan adalah kalau kewujudan sijil halal syarikat swasta ni mendapat izin kerajaan Malaysia kerana nampak peluang nak bagi "orang Melayu" berniaga,untung besar dan didalangi oleh mereka2 yang berkepentingan dalam Kerajaan sendiri,seolah-olah membelakangkan kuasa yang diberikan kepada JAKIM.Sijil JAKIM ni seolah-olah pengusaha pandang sebelah mata aje....kod dan standard dah diwujudkan ikut negeri oleh JAKIM tapi penguatkuasaan nya tak berapa strict.

Untuk pengetahuan semua,Majlis Islam Selangor dah mengharamkan logo halal syarikat swasta...negeri lain aku tak sure.Di Selangor,hanya sijil dan logo JAKIM boleh digunakan.Dan bawah ni aku letak sekali logo halal luar negara yang diterima oleh JAKIM.




Dan dah alang-alang bercakap pasal halal ni,aku nak tanya sket....Kita peduli pasal makanan halal,kita peduli pasal ubat gigi halal....tapi kenapa sijil halal tak dijadikan requirement untuk barang-barang solek dan alat kecantikan?Mana lah tau anda pernah tersapu lemak babi ke kat kaki sebab nak kulit kaki yang licin?

Jika kerajaan betul-betul prihatin,
sila selesaikan kemelut ini dahulu sebelum sibuk nak pertahankan Putrajaya.

Jun 07, 2011

Hadi Awang Intai PM,Kata Nazri Aziz


"Ayang,semenjak beberapa ni,Ajib rasa macam ada orang selalu tengok kita la...
Ajib rasa tak secure la..."

Macam lah kau sendiri takde niat nak jadi PM?
Bukan ke semua dalam Kabinet suka intai PM?
Muhyiddin tak suka intai PM ke?

dan porno halal hari ini...
Simbol Perjuangan Bangsa




Jun 04, 2011

Seburuk-Buruk Trailer Filem Ini,Jauh Lebih Cantik Daripada Video Klip Prema Yin


Jarak antara sebuah telemovie dan sebuah filem di Malaysia sangatlah nipis sehinggakan kadang-kadang bila kita tonton filem di wayang,seolah-olah kita menonton Cerekarama di TV3. Kepada editor trailer ni,at least bubuh la effort sikit.Animation teks yang last jadi title film tu memang tak boleh blah langsung.

Lainlah kalau produser kau memang nak benda camtu.

Kalau itu sebabnya trailer ini super maha buruk sebegini,aku mohon maaf kepada editor dia.Selalunya,bila apa yang kita ada tu dah buruk,modified macam mana pun still buruk jugak.

Jun 03, 2011

Awkward Agama : Adakah Anda Perempuan Busuk?

Aku tak berapa gemar dengan pergerakan hak wanita.

Aku tak nak tipu...aku menyampah. Bukannya sebab lelaki takde pergerakan yang menjaga hak lelaki tapi sebab kebanyakan pergerakan wanita ni tujuan dia menjadikan wanita lebih liberal.Lebih open.Aku,sangat konservatif.Aku tak suka perempuan yang too liberal.Aku gelar perempuan macam ni perempuan busuk.

Ada hujah perempuan2 golongan ni...masyarakat memandang rendah kalau perempuan buat apa yang lelaki buat.Lelaki boleh ada perempuan simpanan dan bila lelaki buat,masyarakat kata "biasalah,lelaki."Tapi bila perempuan buat,perempuan tu dipandang serong sehabis mungkin dan kemudiannya digelar,perempuan jahat,jalang,bitch.Masalahnya,masyarakat kita dah anggap kalau lelaki main kayu tiga..itu adalah satu benda yang expected.Itu adalah perjuangan diorang...pada aku,kalau perjuangan kau adalah untuk membuatkan masyarakat tak memandang rendah perempuan yang nak berperangai macam lelaki sundal....baik kau tak payah berjuang.

Ada banyak lagi hujah2 diorang yang berbunyi liberal gila tapi aku cukup tak suka bila perempuan yang cuba fight hak dia compare keburukan lelaki dan jadikan itu satu isu yang "menghalalkan" perjuangan liberal dia.Aku jugak malas nak sentuh pasal sesetengah golongan perempuan Islam yang memperjuangkan "hak perempuan untuk pakai seksi." Golongan camtu,aku harap dia dapat suami yang paksa dia pakai tudung...sebab suami dia ada hak buat camtu.(itupun sebab aku dah tulis pasal ni banyak kali)

Tapi bila aku baca Berita Harian hari tu,keluar satu artikel pasal komen Dr.Mashitah mengenai "menjadikan penceraian sebagai satu opsyen yang positif untuk wanita" aku jadi kaget sekejap.Dah sampai level macam ni ke masyarakat kita?Seorang "pakar agama" mengajak masyarakat supaya menjadikan penceraian satu benda yang positif untuk golongan wanita.

First sekali,fakta......setiap 15 minit satu pasangan bercerai di Malaysia.Apa yang Dr.Mashitah bangkitkan adalah dia mengajak kaum wanita yang tertekan dengan masalah rumahtangga supaya menjadikan penceraian satu proses yang mampu diambil oleh isteri.Hehehe..kelakar pulak ayat tu tapi based on the article,it does really sounds like that. Give divorce a chance if you are unhappy with your married life.

Aku rasa mesti ada sebabnya kenapa Allah jadikan penceraian itu kuasa di tangan suami.Mungkin suami kurang emosional dan berfikiran lebih praktikal jika menghadapi masalah rumah tangga dan statement Dr.Mashitah itu bakal menggalakkan lebih ramai perempuan berani push diri mereka supaya sanggup meminta cerai daripada suami masing-masing.Adakah itu jalan penyelesaian kes penceraian yang semakin meningkat?Aku tak faham apa tujuan dia kerana dari dasarnya,dia concern mengenai kes penceraian tetapi pada masa yang sama,dia juga menggalakkan perempuan minta diceraikan jika dah tak tahan dengan suami.

Terlalu banyak kesan buruk akan timbul jika seorang tokoh agama yang terkenal dah mula tanam dalam pemikiran wanita lain,mintak cerai,kahwin kalau tak gembira pun buat apa?Kalau suami dia tak mahu ceraikan....macam mana?Apa nasib anak-anak?Apa nasib keluarga?Apa nasib suami kalau isteri yang tidak happy mula keluar dengan orang lain semata-mata nak paksa suami ceraikan dia?

Dan berbaliklah semula kita pada golongan yang memperjuangkan woman's right.Adakah anda sebagai wanita rasa didiskriminasi?Adakah hidup anda rasa tertekan?

Aku tak rasa perempuan yang baik akan ditekan.Kau tak pakai dedah-dedah,masyarakat takkan pandang serong dekat kau.Tapi macam mana golongan-golongan macam ni nak memperjuangkan hak wanita kalau qualification dalam diri kau sendiri tak ada?Kau gelarkan persatuan kau Sisters of Islam tapi presiden kau tudung pun tak pakai?Apa benda yang kau nak perjuangkan sebenarnya atas nama Islam?Hak perempuan tak nak pakai tudung?Kata memperjuangkan "dignity" berpandukan Islam....gila hina perjuangan kau pada aku....

Dan lama kelamaan propaganda ini akan makin mendalam menyerap dalam masyarakat kita...sedar tak sedar woman's right ni datangnya daripada barat dan akan makin ramai lah yang bangun,kononnya memperjuangkan hak wanita tapi apa yang mereka tidak sedari adalah semakin lama mereka memperjuangkan hak wanita,semakin hilanglah nilai agama dalam diri diorang....kerana,nilai agama mengajar semua orang,bukan setakat perempuan malah lelaki juga untuk jadi konservatif,bukan liberal.Liberalisasi akan membuatkan seseorang itu accept dan open untuk semua benda. Agama langsung tidak membenarkan benda-benda macam itu sebab agama itu datang sekali dengan peraturan yang perlu kita patuhi.

Bagilah beberapa tahun lagi,akan makin ramailah perempuan yang berani buat apa yang aku ceritakan macam kat sini dekat khalayak ramai.Makin ramai yang berani mintak cerai,yang makin open mengenai sexuality,makin open mengenai "aku pakai push up bra hari ini",perempuan boleh jadi Imam dan macam-macam lagilah yang kononnya menunjukkan "perempuan makin kuat."Semua atas dasar "kekuatan wanita" atau seperti seperti nyanyian kumpulan Elite,"TAMPARAN WANITA."

Pada aku,kuat atau tidak perempuan tu bukannya datangnya dari perjuangan dia,kuatnya dia tu datang daripada dalaman dia sendiri.Orang lain bukak tayang dada,kau tak buat,kau kuat.Member kau semua tak pakai tudung,tapi kau pakai.Itu menunjukkan kau kuat walaupun lama kelamaan kau dah tak ada member yang ajak kau keluar sebab kau tak vogue.

Kuat bukannya macam seorang minah tak habis sekolah yang bodoh mengaku bangga dia tak virgin lagi dengan blog bertepek gambar mamat2 spastik yang nampak macam peminat Justin Bieber.Macam mana cerai tak banyak kat Malaysia kalau makin ramai budak sekolah dah tak virgin?Kau ingat dengan announce macam tu kau hebat?Siapa nak kahwin dengan kau lepas ni?Satu Malaysia dah tengok gambar kau dan tau kau siapa.

Itu bukan kuat.Itu bodoh.Tapi orang putih dah ajar kita "BE ASHAMED IF YOU ARE A VIRGIN!YOU ARE A LOSER IF YOU ARE A VIRGIN! YOU ARE UGLY IF NO ONE WANTS TO FUCK YOU!"

Masyarakat kita ikut....sebab tu minah tu jadi camtu...dia bangga dia sundal.Lalu dia percaya dia lawa sebab ada orang dah kongkek dia.

Dan kesimpulannya; ya,aku setuju,undang-undang Islam mungkin kelihatan tidak adil kepada golongan wanita tapi ada sebabnya kenapa undang-undang dan hukum Allah dijadikan sebegitu.Pada mata kasar,terlalu banyak kuasa diberikan pada lelaki.Perempuan tak boleh jadi imam,tak boleh jadi khalifah,tak boleh lafaz cerai,kena pakai pakaian yang menutup badan,tak boleh berlawa-lawa di khalayak ramai dan macam-macam lagi.Semua tu untuk protect anda.Kalau sesiapa jumpa Dr.Mashitah,pesan kat dia,aku rasa dia kena kurangkan sket make up tu sebab bila aku tengok dia aku rasa dia hot.

Give it a few years,jika keadaan ini masih berterusan,aku sure alimony akan jadi satu requirement sebelum pasangan baru berkahwin.

Jun 02, 2011

7 Sebab Kenapa Aku Menulis Blog Ini

Makin lama,makin ramai pulak yang menulis dekat internet ni.Ada yang tulis diari,ada yang tulis pasal aktiviti kehidupan harian...mcm aku,aku tulis benda2 random....selalunya aku menulis dengan emosi. Tapi kenapa aku rajin benar menulis kat sini?Hari ini,aku akan membongkar rahsia kenapa aku menulis kat sini.

1. Aku gila publisiti

Ya,aku dahagakan perasaan diminati orang.

2. Aku nak kumpul ramai follower

Setiap kali bilangan follower aku bertambah seorang,aku akan ketawa berdekah-dekah kerana suka hati yang keterlaluan.

3. Aku nak naikkan PageRank aku

Aku tak tau pun apa benda gunanya PageRank tu,tapi aku nak naikkan jugak PageRank.

4. Aku nak suruh yang aku follow,follow me back.

Ni aktiviti aku paling suka.Blogwalking dan suruh orang follow aku.Satu hari aku blogwalking ke 200 blog lain.Bila ada yang follow aku back..aku akan buat apa yang aku tulis dekat nombor 2.Kadang-kadang aku blogwalking,aku bukan baca sangat pun blog tu...aku singgah,tinggalkan mesej dekat shoutbox dia...suruh follow aku.

5. Aku nak orang klik iklan aku supaya income aku masyuk.

Come on.Share the joy.Klikla iklan aku sebab bila aku blogwalking aku akan klik semua iklan yang aku nampak.Jadi bila aku dah klik iklan kau,adalah sangat tidak fair kau tidak klik iklan aku balik.

6. Aku suka bertukar-tukar link

Ya,shoutbox di sebelah itu adalah untuk anda mempromosikan blog anda.Memang itulah tujuan aku letak shoutbox tu. Gunakanlah sebaik mungkin.

7. Aku nak gadis-gadis tergila-gila kan aku

Setakat ni,in real life aku dah jumpa 3 orang pembaca blog aku yang perempuan.Tiga-tiga hot.Tu baru 3.Aku tak cukup dengan 3.Aku nak ramai lagi.Aku nak rasa diserbu peminat.Aku nak rasa macam mana Jehan Miskin rasa bila peminat perempuan dia terjumpa dia.Jadi sekarang ni aku dalam proses pegi gym dan bagi aku masa sebulan dua,bila header aku kat atas tu bertukar jadi gambar aku dekat gym tengah workout,aku sure.....impian aku akan tercapai untuk jadi setanding dengan Jehan Miskin.

Itulah sebabnya aku menulis kat sini.
Kutuk Najib ke kerajaan ke,tu semua bukan objektif utama aku.