
Bayangkan,anda sudahpun memiliki sebuah rumah idaman.
Bertahun anda bekerja suami isteri dan mengumpul duit untuk membeli rumah membesarkan keluarga yang makin besar.Selepas bertahun berlalu,anak anda semua sudahpun selamat bekerja dan anda,sedang memasuki zaman emas anda,berharap agar dapat duduk di rumah,berehat dan jika ada rezeki,bermain dengan cucu.
Kemudian,pada satu pagi,anda bangun dan ingin menyiram pokok di halaman rumah anda,anda nampak ada notis di tampal di pokok depan rumah anda.
"Sila kosongkan rumah anda pada tarikh-tarikh berikut,kami nak buat MRT kat atas rumah anda."
Anda Melayu....mana ketuanan Melayu?
Tiap2 kali pilihanraya,anda pangkah BN.
Macam mana orang Melayu nak duduk bandar?
Apa yang anda akan buat?
............
Aku sendiri tak sedar mengenai masalah ni pada mulanya tapi bila isteri aku balik dan bercerita mengenai debate dalam Business FM (BFM) mengenai masalah penduduk Taman Tun Dr.Ismail yang sedang dihalau keluar dari rumah mereka.Kebetulan pulak,kawan isteri aku mengadu dekat dia,rumah dia diarahkan dikosongkan sebab nak pacak tiang MRT.Semua tau sebab ada notis tampal dekat pokok depan rumah.
Kawan isteri aku ni mengadu sebab selama ni dia duduk dalam satu kawasan rizab Melayu yang jiran dia adalah mak dia sendiri.Sekarang ni semua tu akan hilang..sebab projek MRT tu.
Jika anda ada saudara yang tinggal berdekatan dengan Kampung Sungai Sekamat Kajang atau Kampung Sg.Balak Kajang,cuba tanya2 sama ada rumah mereka akan dirobohkan atau tidak.
..........
Dan,aku nak kaitkan hal di atas dengan satu laporan yang aku tengok dalam RTM mengenai keluhan penduduk mengenai taraf kesesakan di Putrajaya tempohari,aku tak ingat bila punya berita.Dalam laporan tu ada lah seorang dua penduduk yang berharap akan ada projek MRT di situ untuk mengurangkan kos.
Jadi aku tanya balik,Putrajaya kononnya adalah sebuah bandar terancang dengan pelan pembangunan yang memikirkan masa depan.Tapi bila ada masalah kesesakan,langkah2 yang diambil selalunya sangat drastik tanpa berfikir panjang.Adakah diorang tak pernah fikir yang Putrajaya akan jam?Kenapa tidak diwujudkan fasiliti untuk membina MRT bawah tanah ke,atas tanah ke,terlebih dahulu sebelum Putrajaya jadi sebegitu rupa sekarang?Jam lagi nanti,bising satu hal..tak selesa lagi satu hal.Takkan ada kontraktor berani longgok batu depan Seri Perdana.Rakyat takde title tak selesa...takpe!
Dan berbalik kepada topik asal,projek MRT dah start tapi nampaknya projek ini juga sebuah lagi projek serkap jarang Kerajaan Barisan Nasional kerana planningnya agak bodoh.Kenapa bodoh?
Selagi projek2 di Malaysia masih lagi memerlukan pengorbanan orang Melayu untuk keluar dan meninggalkan rumah dia,projek2 mega ini hanyalah sebuah projek jangka panjang yang dibuat oleh pemikir yang berfikiran pendek.Menghalau orang keluar dari tanah yang mereka dah duduki berpuluh tahun hanyalah menunjukkan kependekan akal kerajaan BN yang dah memerintah 50 tahun lebih.Jika pembangunan Malaysia dirancang dari zaman 60 an dulu,masalah pengambilan tanah dari penduduk pasti dapat dibasmi.
Jika ini adalah cara Kerajaan Malaysia menyelesaikan masalah dengan mengambil langkah "situ takde ruang,kita cucuk kat sini aje lah" tak mustahil bila kesesakan di Putrajaya bertambah teruk,akan adalah penduduk Putrajaya yang bakal dihalau rumah.Tak mustahil selagi pelan pembangunan Malaysia ni rancangannya main tembak asal mana kena!
Sebarkan berita mengenai arahan mengosongkan rumah yang sedang dialami oleh ramai penduduk Lembah Klang ni sebab kita takkan nampak berita ni dekat media massa.
Ps. - Ada sesuatu yang tak kena mengenai projek MRT ni.Pelan tak siap lagi tapi ada kawasan yang tanah nya dah ditolak.Kata pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia,notis tu sebenarnya nak bagi peluang kepada penduduk untuk berbincang dengan developer dan kerajaan.
Tapi kenapa,ada sesetengah kawasan,projek dah pun dimulakan?
Kisah penduduk Taman Tun diarah keluar