Februari 08, 2011

No Pork! No Pork! Tak Ada Babi Maa!

Sekarang ni sekeliling anda pasti banyak orang meniaga kedai makan.Kedai tomyam? Boring.Kedai mamak? Uwekk. Kedai melayu? Malam mesti tak bukak.

Malam-malam,aku agak susah nak dapat makan jadi aku jarang makan malam-malam.BOSAN GILA KEDAI TOMYAM....Orang melayu takde banyak choice kalau nak makan malam-malam.Sama ada makan kedai mamak takpun kedai tomyam.Satu ketika dulu dengan tiba-tiba wujud pulak trend kedai kopi style lama macam Keluang Station,Old Town,Hailam Kopitiam dan sebagainya.

Tapi apabila pengusaha-pengusaha ni nampak yang market makanan ni sebenarnya jauh lebih besar daripada sekadar kopi dan roti ni sebab majoriti penduduk Malaysia orang Melayu,wujud pula kedai-kedai yang aku kelaskan sebagai hibrid seperti Pappa Rich dan sebagainya.

Berkerumunlah orang Melayu ke situ setiap masa dan sepanjang yang aku tengok dekat Bandar Tun Hussein Onn dan Cyberjaya,makan di Pappa Rich cawangan berdekatan diorang.Orang yang datang tak pernah putus,kalau aku lalu situ pukul 10:00 malam pun mesti ada orang lagi.Hari tu aku lalu siap ada yang bawak nenek terbongkok-bongkok datang makan kat situ.

Aiseh...diorang ni tak pernah cek ke yang kedai makan tu takde sijil halal?

Bila lalu kedai-kedai camtu,membuatkan aku teringat balik satu hari bila aku lalu depan kedai nasi ayam hailam kat Cyberjaya.Aku lalu situ survey apa nak makan dan ada tukang greet kat depan pintu masuk kedai. "Abang,abang,chicken rice,no pork,no pork!" bagitau dia sambil depan dia ada chalkboard besar bertulis dengan kapur merah "NO PORK!"Aku tanya dia,"halal ke ni?"Dia jawab,"halal,no pork bang!" dalam loghat Indonesia nya.Keh keh keh!Ye lah kau halal...kau ingat no pork itu adalah satu tarikan untuk aku gi makan situ?

Sama ada masyarakat Cina kurang peka atau tak ada orang nak tolong tunjuk ajar apa itu halal haram,aku tak pasti.Yang aku tau...orang Melayu sendiri tak berapa peduli pasal halal haram.Sebab kita tau kita takkan makan dekat kedai bernama Restoran Talipon atau Itik Gantung jual atas lori tapi bila benda yang sama dijual dekat kedai yang mewah,bersih dan cantik,kita akan sapu,sebab kedai tu nampak kelas,pekerja dia orang Indonesia dan Bangladesh.Tak pernah ke anda kaji sket,kedai yang anda makan tu halal atau tidak?Mamak atau India?No Pork Tapi Halal?Yes Pork dan juga halal?

Selagi orang Melayu sendiri duk berkunjung ke kedai-kedai yang tak peduli pelaksanaan sijil halal JAKIM,takkan berjaya lah pelaksanaan dia.Buat apa diorang nak apply?Ramai aje orang Melayu datang makan. Melayu adalah bangsa paling tak kisah pasal semua benda.Takde perasaan particular langsung.

Sekali-sekala sebelum gi makan tu,bukak la internet.Ada iphone,ada blackberry,blueberry tu buat apa?Browse la sekejap.Beberapa minit tu lah yang akan mengelakkan keturunan anda daripada jadi bebal dan bengong.Tapi ramai tak buat kot,sebab tu budak Melayu sekarang makin melingkup.

Februari 04, 2011

Fakta atau Auta?Adakah Pakar Matematik Jauh Lebih Pandai Berbanding Menteri Kewangan Malaysia?Mungkin...

Klik untuk besarkan artikel supaya sesuai utk dibaca.

Entahlah.Tapi baca la.Ilmu.
Mana tau apa yang dia kata memang boleh terjadi?Kita jugak yang untung.
Tak suka harga minyak turun?
Gi join bangsa UMNO

Februari 03, 2011

Nenek Anita Ingin Juga Kelihatan Seksi

Anita mengelap rambutnya dengan tuala.Bersih rasa dirinya selepas mandi.Diambil hair dryer lalu dikeringkan rambutnya yang basah itu."Apa style rambut hari ini ya?Apa yang Azam suka?" fikir Anita.3 jam lagi,dia sudah berjanji untuk keluar dengan Azam,kekasih hatinya yang telah dikenali 3 bulan.Janjinya,Azam akan datang menjemput dia di rumah.

Walaupun baru 3 bulan,Anita sudah dapat merasakan Azam adalah "dia," lelaki yang bakal memberikan dia kebahagiaan dan mana tau,terus ke jinjang pelamin.Anita lalu menyarungkan seluar jeans ketat berjenama Levi's dan memakai baju baby t-shirt bertulis GEORGOEUS di dadanya."Moga Azam terbukak pintu hatinya!Aku memang hot!" sambil menyental bibirnya dengan lipstick merah pekat.

"Tin tin!Tin tin!" kedengaran bunyi hon motor Azam di depan pagar rumah."Nasib baik sempat siap," fikir Anita.Anita pantas keluar dari pintu biliknya.Neneknya ada di ruang tamu sedang menonton channel propaganda Kerajaan."Nek,nek,Anita keluar sekejap ya?" bagitau Anita.

"Kau keluar dengan budak lelaki tu lagi ke?Naik la bas,bahaya naik motor tu,"bagitau nenek dia."Alah nenek ni,Azam kan juara cub prix Seberang Prai.Insya Allah selamat.." sambil menyarungkan kasut."Aaaa.." neneknya terkedu.Anita terus keluar pintu dengan girangnya."Hai Abang!" bisik Anita manja."Hai Anita!Cantik la awak hari ni!" kata Azam sambil meneguk air liur."Seksi!"

Anita mencubit peha Azam membuatkan Azam mengaduh galak.Neneknya hanya memerhatikan dari belakang langsir tingkah laku cucunya itu sambil berisitighfar.

..............

Anita sedang tertidur nyenyak di biliknya.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk."Ita,Ita!Nenek ni.Bukak pintu sekejap!" Anita mengesat mata dan bingkas bangun membuka pintu."Apa dia nek?"tanya Anita."Ita,hari tu Nenek nampak kau pakai seluar jeans yang kaler coklat tu..." tanya neneknya.

"Ak aah,apsal nek?" Anita tergamam."Nek nak pinjam," pinta neneknya dengan pantas masuk ke bilik Anita.Neneknya terus membuka almari baju Anita."Nenek pinjam baju ni boleh tak?" tanya neneknya lagi.Anita tergamam."Apa buang tabiat ke neneknya nak pinjam baju-baju aku?" fikirnya.Neneknya yang masih berkemban itu terus mengambil seluar jeans coklat dan sehelai baju t-shirt bertulis SEXY di dada.

"Nek pinjam ni.Ada date dengan pakcik yang jual ikan kat pasar tu," terang neneknya sambil berlalu ke biliknya.Anita tergamam sebentar.Kelu,dia hanya mampu mengangguk lalu bangun ke meja makan melihat apa yang ada bawah tudung.Beberapa tika kemudian keluarlah neneknya,bertudung tetapi memakai t-shirt ketat dan seluar jeans kepunyaannya.Nampak neneknya kelihatan ranggi dan bergaya.

"Pin pin!Pin pin!" Hon motor berbunyi.Anita bangun dan menjenguk dari tepi langsir.Di depan pagar rumah,ada sebuah Honda C70 ditunggangi seorang lelaki yang kelihatan agak berumur."Nek,siapa tu nek?" tanya Anita."Alah kau ni,dia tu kan yang tauke kita selalu beli ikan kat pasar tu.Tu lah kau,nenek ajak ke pasar kau tak nak ikut.Belajar-belajar la ke pasar sket,"tegur neneknya."Dah la,nenek gerak dulu...kang menunggu pulak dia.Kau kunci pintu,nek ada bawak kunci ni."

Neneknya membuka pintu lalu keluar meninggalkan bauan perfume yang Anita kenali."Bila masa pulak nenek masuk bilik aku pinjam perfume aku?" fikir Anita tergamam.Diselaknya langsir dan dapat dilihat neneknya dengan bergaya membonceng di belakang motor itu sambil tangannya memeluk erat pinggang pakcik tauke ikan tu."Ya Allah!Apa nenek aku ni?" lalu dia hanya mampu duduk di atas sofa begitu saja.

Sedar tak sedar,Anita terlelap dan dia hanya terjaga apabil pintu rumahnya dibuka.Ibunya pulang dari pejabat."Mak mak,nenek buang tabiat mak," kata Anita."Eh eh,apsal pulak ni Ita?" tanya ibunya."Nenek pinjam baju Ita yang seksi-seksi,lepas tu dia keluar dating dengan pakcik pasar tu.Siap pakai perfume Ita lagi,yang paling kelakar,boleh nenek peluk pakcik tu masa naik motor?" terang Ita.Ibunya diam sahaja,mungkin terkejut.

"Nenek dah nyanyuk ke mak?Kenapa nenek jadi camtu mak?Tak senonoh la nenek buat perangai macam tu.Karang orang sebelah,jiran-jiran kita tengok apa la kata diorang?Dah la nenek tu dah berumur,lagi la tak elok!"Ada sedikit marah dalam nada Anita.

"Tau pun tak elok!Yang kau buat tiap-tiap hari takpe pulak!Tak fikir pulak kau apa jiran kata bila kau sendiri buat?" Terkejut Anita apabila neneknya tiba-tiba muncul dari dapur.

"Err....err......" Anita terkedu. "Tapi Ita muda lagi...nek.." kata Anita.

"Baguslah tu,jadi lah macam semua orang...bila muda kumpul dosa,bila dah tua baru terfikir nak taubat!" nasihat neneknya menjentik telinganya,pedih."Yang cantik,yang elok,yang muda tu la kena jaga,barula nanti-nanti dia kekal cantik,kekal bersih..." Panas telinga Anita.

"Tapi..tapi...buruk la nenek pakai camtu..Ita ok la..." sayup-sayup Anita mempertahankan dirinya lalu berjalan masuk ke biliknya.

"Tau pun buruk," kata neneknya sambil menekan remote Astro untuk menonton wrestling.
"Come on The Rock!" jerit neneknya sambil ditemani anaknya yang kepenatan.

Februari 02, 2011

Penyakit Syok Sendiri Bila Dah Lama Berkuasa



22 tahun memerintah dan pakcik itu masih belum mahu duduk diam-diam sebab dia masih terasa sebab jambatan bengkoknya tak siap-siap dan sekarang,dia mahu pulak berbicara mengenai agama dengan membantai Nik Aziz.Keh keh keh!

Apa hukum tangkap orang atas dasar keselamatan kuasa Kerajaan?
Apa hukum fitnah orang baik-baik?
Apa hukum bunuh orang Islam lain?

Sapa sini berketurunan penduduk Kampung Memali?

Februari 01, 2011

Kalau Ikut Kata Blogger Pro-Kerajaan,Semua Rakyat Malaysia Bengap Sebab Fail SPM

Pada mulanya aku kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan yang sekarang ini sedang mengkaji sistem untuk melesen dan mengawal bahan penulisan dan penerbitan dalam internet.Ye lah,satu-satunya tempat di mana anda boleh tidak bersetuju dengan apa-apa langkah kerajaan adalah dalam internet.Dalam TV,dalam radio,jika ada wartawan interview mengenai pandangan orang ramai pasal kerajaan,semuanya menyokong sahaja.

Tapi,kalau setakat lesen atau akta kawalan saja tidak cukup.

Apa yang paling diperlukan dalam mengawal kualiti penulisan adalah memastikan blog-blog ditulis oleh individu-individu yang sekurang-kurangnya mempunyai sedikit akal dalam penulisannya.Banyak faedahnya apabila rakyat mula mengambil berat mengenai politik negara dan berbincang mengenai nya,tapi semuanya mestilah berasas dan mempunyai fakta.

Apabila demam pilihanraya semakin dekat,akan muncullah banyak artikel dan penulisan yang membincangkan mengenai calon,parti dan masa depan negara.Ada yang baik dan ada yang tak baik.Kebanyakannya,macam haram...Contohnya seperti artikel yang dipaparkan oleh sebuah blog yang juga telah dijadikan satu berita penting Utusan Malaysia mengenai perihal MC suami calon PAS Tenang.WTF?Itu pun nak dijadikan isu?

Tapi apa yang kelakar dan menunjukkan kebanyakan penulis Pro Kerajaan ini kurang menggunakan otak adalah mengenai satu artikel mengenai sijil SPM Nurmala Sudirman yang dikeluarkan oleh sebuah blog Pro Kerajaan yang agak popular dan agak top.

Dalam blog tu,ada dipaparkan salinan sijil SPM calon PAS itu yang "konon-kononnya" kantoi SPM sebab ada tulis SAP dekat bawah sijil dia.Cuba tengok sijil SPM anda,lihat ada tak tertulis SAP di bawahnya?Ada.Blog ini kemudiannya bantai gelak kerana menganggap calon PAS tu dapat pangkat SAP dan kantoi SPM tapi dapat jadi cikgu.

What the hell punya level pemikiran hoi bangsa UMNO?Takkan la kau takde sijil SPS sendiri nak cek fakta?Tak ambik SPM ke bang?

Apa yang lebih menyedihkan?Ramai jugak yang membantai Cikgu Mala dengan mengatakan "Calon PAS kantoi SPM!WAKAKAKAKA!" Dah jelas-jelas fitnah...dah jelas penulis tu mangkuk....dan dia adalah antara penulis Pro Kerajaan yang paling rapat dengan Kerajaan...nak spin kata post tu sebab nak tunjuk dia fail English? Kau cuba bagitau berapa orang Menteri kita yang English dia satu?

So,berbalik kepada topik asal aku tadi...kalau nak buat lesen blog,aku mintak kerajaan tolong pastikan buat ujian IQ untuk penulis-penulis blog ni sebelum bagi diorang lesen.Ni lah masalahnya bila Kerajaan buat kempen pakej Streamyx sekali dapat laptop hari tu sebab kempen tu telah membolehkan monyet juga melanggan internet.

Sayangnya,penulis itu juga selalu suruh orang lain bertaubat.
Bagus.Memang UMNO suka dan sayang dengan orang macam ni, Melayu harapan.Hehehe.Ironi..ironi.

Kalau nak implement lesen,implement la.
Lagi baik kritik kerajaan,ada jugak faedahnya.Tapi kalau kerajaan buat sekadar nak kontrol blog yang kritik kerajaan tapi biar blog-blog sampah macam tu boleh lepas,silap besar aku nak apply.