Ogos 06, 2010

Bahagian 3 - Kerja?Kau Jual Skill atau Masa Kau?

Aku cukup tak suka satu law pekerja kat Malaysia ni yang menyatakan;

"Jika seorang pekerja bergaji lebih RM1500,dia tidak layak dapat overtime claim."

Banyak syarikat-syarikat di Malaysia ni mempergunakan undang-undang ni untuk mengerah habis-habisan pekerja dengan alasan kena kejar deadline,pekerja perlu stay kat ofis sebab takut2 ada job masuk dan sebagainya.RM1500..bukannya eksekutif sangat pun nilai gaji tu kalau itu yang dikira sebagai "Gaji Eksekutif."

Ramai jugak rungutan-rungutan yang aku dengar daripada pekerja-pekerja government yang bergred 41 apabila diorang tak boleh claim tapi staff gred 27 boleh claim,jadi perbezaan total gaji+elaun tak banyak beza...dan biasanya pekerja bergred 41 ni pun kena buat overtime jugak,tapi overtime tak berbayar (ada sesetengah Kementerian aje yang bayar jugak overtime claim untuk gred gaji 41 ke atas tapi tak semua)

Lagilah teruk bila kita nak bercerita pasal syarikat swasta.Jadi,kalau benda2 camni,aku akan ikut back to basic.Aku ambik pengalaman aku lah ya.

Satu masa dulu aku kerja satu company,gaji aku RM2000.Tapi stat keje pukul 9,biasanya balik pukul 11 malam.Maknanya aku dah kerja 14 jam.Jadi,nak senang,kita ambik average aku kerja 12 jam sehari,5 hari seminggu.

Pengiraan dia;
RM2000/22 hari = RM90.90 sehari.
RM90/12 jam = RM7.50 sejam.

RM7.50 sejam dan itu tak termasuk lagi dengan aku kena kerja weekend dan lain-lain.Paling teruk satu masa tu,aku hanya cuti hari Ahad saja dalam sebulan.Jadi dalam sebulan aku dah kerja 26 hari.

RM2000/26 hari = RM76 sehari
RM76/12 jam = RM6.33 sejam

Selagi undang-undang kat Malaysia ni tak mengambil kira nasib pekerja dengan lebih serius,kualiti hidup orang-orang Malaysia akan makin parah.Biasanya syarikat-syarikat akan mengambil kesempatan dengan menulis dalam kontrak;"Jika anda diperlukan untuk bekerja di dalam tempoh luar waktu kerja,anda diperlukan datang untuk bekerja tanpa overtime claim."

Kerajaan haram tak membantu langsung nak improve situation ni.Nak buat camna?Benda dah sign kan?Biasanya waktu tu aku bekerja dalam sekitar 60 jam lebih seminggu.Undang-undang ada tapi undang-undang banyak betul loophole nya.Jadi pekerja2 senang benar dibuli kerana ramai majikan tahu,diorang ni nak bekerja.What's the point ada undang-undang "gaji Rm1500 tak dapat overtime" kalau banyak company tak boleh pun ikut law satu hari tempoh bekerja adalah 8 jam,seminggu 40 jam?

Mau spend masa dengan keluarga dan bergaji kurang?Atau mau spend masa di ofis tapi bergaji besar sket?Pilih!Cuba kira balik berapa sebenarnya anda dibayar.Mungkin gaji anda bunyinya besar tapi..sebenarnya kecik.

Masa atau duit?Ramai sangat orang sekarang pilih duit sebab tu kualiti hidup kita walaupun berharta tapi sebenarnya agak rosak dari segi kekuatan institusi berkeluarga.So,berapa value anda untuk bekerja sejam di tempat kerja anda?

Ogos 04, 2010

Murid Yang Keliru Diajar Oleh Cikgu Ber- IQ Enam Belas


Pihak bomba padam api,
Gunakan air.
Cikgu syok sendiri,
Otak kat batang pelir.



Perasaan Insecurity Menjadikan Aku Pemalu Tapi Pervert

Katy Perry
Zooey Deschanel


Kadang-kadang bila tengok cermin,mesti kau ada terfikir,"muka aku ni macam sapa?"

Seronok jugak terfikir nak tengok diri sendiri ni rupa macam mana daripada pandangan orang lain.Sama jugak macam aku selalu terfikir,"Besar sangat ke aku ni pada pandangan orang lain?Apasal orang lain pandang aku penuh dengan unsur2 ketakutan?Adakah aku menggerunkan?"

Sure korang pun ada rasa insecurity macam tu.

Ogos 03, 2010

KAU PANGGIL AKU PAKCIK!?

Lepas berkahwin,perhentian RnR dah jadi rumah ke empat aku.Isteri aku suka betul berenti situ.Lagilah aku tak paham bila dia suka betul kopi ais Dunkin Donut yang pada aku takde la sesedap mana.Dah la RM4.20 satu...aku yang kedekut ni selalulah membantah kalau dia nak beli tapi sebab isteri aku nak jugak,biarlah.Lagipun selalunya dia belikan aku satu.Heheheh

Jadi hari tu,aku gi la surau kat situ nak semayang on the way nak ke KL.Sampai aje kat koridor menghala ke surau ada la budak pempuan dua orang mintak derma."Pakcik,pakcik,derma untuk anak-anak yatim,"pinta diorang."Sekejap ye anak-anak,pakcik semayang kejap.." kata aku sambil dalam hati memikirkan "adakah aku seorang pakcik sekarang ni?"

Aku pun setel urusan dan jalan la balik ke arah budak dua orang tadi."Dari mana ni?"tanya aku."Kitorang dari Madrasah kat Kedah,"jawab budak tu."Kedah kat mana?" Budak tu terkaku kejap.Lepas tu dia diam."Takpelah.Pakcik sedekah aje lah.Kalendar tu simpan,"kata aku.

Jadi aku dan isteri aku pun meneruskan perjalanan ke Perak.Selesai urusan kat Perak pantas kembali balik ke Negeri Sembilan.Lalu highway lagi,berenti RnR lagi.Gi semayang zohor,jumpa dengan dua orang budak lain mintak derma untuk madrasah sambil pegang kalendar dan penanda buku yang sama dengan budak2 yang aku jumpa awal pagi tu."Pakcik,pakcik,derma untuk anak-anak yatim.." Sahlah..aku dah level pakcik.Takpe,takpe.

"Adik ni madrasah kat mana?Camne boleh ada kat sini?"tanya aku.

"Kitorang dari Madrasah kat Port Dickson,"jawab budak tu ikhlas nampaknya."Ohoho,Port Dickson ye?Takpelah,pakcik dah bagi kat diorang yang jaga belah sana tu sambil aku tunjuk RnR Seremban menghala ke KL."

"Tapi apa salahnya pakcik bagi jugak derma kat kami.." dia buat muka kesian.
Lu panggil gua pakcik lu nak buat muka kesian dengan gua...

"Dik,dik,nak tanya sikit,apasal budak2 yang mintak derma kat belah sana kata Madrasah ni kat Kedah,adik pulak kat Port Dickson?" tanya aku.

"Oh...saya orang Kedah pakcik!"
Tiba-tiba pulak dia jadi orang Kedah.

PS - Aku tau nak berderma ni kena ikhlas,macam orang Melayu selalu kata bagi aje la asal niat kita betul...tapi,sebab aku orang Kedah dan kat Kedah memang banyak kes-kes tipu "derma pembinaan madrasah" ni...aku akan terus skeptikal.Apatah lagi bila nak bina Madrasah kat Kedah tapi mintak derma kat Seremban.Berapa kos nak pegi balik tu?Lepas la kot beberapa bijik batu bata dan sekampit simen.Langsung tak financially viable.

Aku tak tau budak tu menipu ke tidak cuma aku tau diorang menipu,bila diorang panggil aku pakcik.Sebab kalau diorang panggil aku abang,mesti isteri aku jeles.Bagus budak-budak ni.Pandai hormat orang tua.

Ogos 02, 2010

Korea Utara Adalah Satu Negara Yang Sangat Fascinating Untuk Ditelaah


Selepas tewas ketiga-tiga perlawanan mereka pada WorldCup 2010 baru-baru ni,pemain-pemain2 Korea Utara telah diterbangkan kembali ke negara mereka.Kemudiannya.....mereka telah dihukum kerana memalukan negara mereka,oleh kerajaan dan rakyat.Apakah hukuman itu?

Setiap pemain dalam pasukan itu diminta berdiri di atas sebuah pentas yang didirikan dihadapan 400 orang penduduk Korea Utara yang terdiri daripada atlit dan menteri.Kemudiannya,selama 6 jam,mereka akan dikritik dan dihentam sehabis-habisnya oleh 400 orang tadi.Kutuk dan cakaplah apa saja yang diorang nak selama 6 jam.Kemudiannya..selepas habis sesi 6 jam itu...

Pemain-pemain Korea Utara pula diberikan masa untuk mengutuk dan mengkritik jurulatih mereka sesuka hati mereka.Kemudiannya..bagaimana dengan jurulatih itu pula?

Dia akan dihantar ke mana-mana tapak pembinaan untuk bekerja.Sama ada untuk seumur hidup atau tidak,tak pasti. Jika mengikut tradisi Korea Utara,bolehlah dikatakan,hukuman yang dikenakan itu agak ringan.

Itu adalah hukuman yang dikenakan kepada pasukan yang layak masuk World Cup.

Bagaimana pula hukuman yang sepatutnya diberikan kepada pasukan yang tak dapat pun layak World Cup,dengan Myanmar pun biasanya kantoi,gaji besar,training facilities banyak,stadium besar,makan minum cukup dan biasanya berbinikan artis?Selalunya,pujian2 dihamburkan untuk pasukan itu.

"Ini adalah kebangkitan era kegemilangan pasukan bolasepak Malaysia!" kata Hasbullah Awang selepas setiap kali team Malaysia menang mana-mana game.