Mac 02, 2010

Winter Olympic Special : Gadis-Gadis Kesejukan Tetapi Hangat

Sukan ini namanya "Curling".Aku tak pernah tau sukan macam ni wujud.Saja aje la aku layan Winter Olympic ni,sebab terbukak dan tertengok.


Sorang tolak batu besar tu kemudian kena ada dua orang follow sambil gosok2 lantai untuk kontrol speed kat mana batu tu akan berhenti.


Ramainya player-player hot main sukan  "curling" ni.Aku tengok kat TV biasanya yang dah berumur aje yang main sukan2 ala-ala macam ni,macam bowling padang.


Lama la jugak aku layan curling ni.Tak paham pun apa yang diorang cuba buat. Nampak macam main guli.


Cute gila atlit USA kat atas ni.

Dia ni figure skater.
Dan dia ni pulak snowboarder.
Cool!

Gambar bonus sebagai menyokong Gagasan 1Malaysia
Zandra Aziela,player bowling negara.Air cond kuat macam mana pun,dia tetap maintain,
tak perlu baju tebal2.

Februari 26, 2010

Resipi Orang Bujang : Nasi Goreng Kegawatan Ekonomi

Bahan-bahan Yang Diperlukan

1. Nasi putih 
2. Dua ulas bawang merah atau sebiji bawang besar
3. Segenggam ikan bilis kecil
4. Setengah sudu teh garam
5. Sebiji telur ayam
6. Minyak masak

Cara Penyediaan

1. Potong bawang sambil panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis ikan bilis sehingga rangup
3. Ketepikan sebentar ikan bilis,tumis bawang sehingga naik aromanya
4. Bila bawang sudah masak,masukkan nasi putih,kacau.Pastikan nasi itu tidak berketul-ketul
5. Pecahkan telur ke dalam nasi bila nasi sudah digaul rata,kemudian gaul nasi dengan telur tadi sehingga telur masak
6. Masukkan garam,kacau sehingga sebati.Cuba rasa jika garam tidak mencukupi,tambahkan sedikit demi sedikit

 Variasi Resipi : 
1. Boleh gunakan kicap manis jika anda suka rasa nasi goreng yang manis.
2. Potong kecil2 atau kisar cili padi 4 biji jika anda suka pedas.
3. Telur boleh digoreng atau dimasukkan dalam nasik tetapi pada pandangan aku,bila pecah telur dalam nasik,rasa nasi goreng tu akan jadi lebih sedap.
4. Potong sawi dan masukkan selepas ditumis bawang untuk menambahkan sayuran ke dalam nasi goreng

Kos penyediaan :
Sangat murah,tak lebih Rm1.50 jika anda masak nasik sendiri

Februari 25, 2010

Falsafah Cinta 18SX - "Sayang,Abang Ingin Membeli Lingerie Untukmu.."

Ada member aku tanya aku...."apa benda paling best lepas kau kahwin?"Secara naluri semulajadinya,aku sebagai seorang lelaki akan kata :

1. "Aku bukan teruna lagi!"
2. Ada teman
3. Boleh pegang tangan jalan2
4. Tidak takut untuk berdua-duaan di tempat-tempat gelap
5. Boleh keluar masuk hotel tanpa perlu rasa bimbang

...dan macam-macam lagi benda yang best (untuk orang baru kahwin ni kebanyakannya melibatkan nafsu lah kan,hehehe)

Tapi...
Semua benda tu tak se-best satu benda yang baru sekarang aku praktikkan.Ia tidak melibatkan penanggalan baju,ia tidak melibatkan tidur bersama,ia langsung tidak melibatkan nafsu serakah yang dahaga.

Apa yang paling best pada aku lepas aku kahwin?........Salam tangan isteri dan cium kepala dia lepas solat jemaah dengan dia.

SERIUS SHIT itu adalah satu moment yang aku rasa SANGAT SANGAT SANGAT BAHAGIA.Aku tak tau la korang rasa benda yang sama ke tak.Moment tu mampu membuatkan aku yang "tak berapa rajin solat" BERSEMANGAT nak solat.Waktu tu,perasaan marah dekat kerajaan,hangin dengan majikan,bengang dengan sesiapa pun hilang.Seolah-olah ditarik masuk ke dalam satu ruangan yang sangat mendamaikan hati dan jiwa.Aku mula paham apsal member2 aku yang dah kawin suruh aku kawin.

Dan aku berharap jangan lah pulak selepas ni wujud trend "Boyfren mengimami Gelfren" semata-mata nak mencuba dan merasai apa yang aku bagitau ni.Berzina tu memang la best kan...tapi hati tak tenteram buat apa?KAHWIN BANG!Setakat memuaskan nafsu tapi tak rasa kasih sayang,takde point dalam kehidupan.

Selama ni aku hanya fikir nikmat kahwin tu akan datang bila kita tak berpakaian dan kepenatan.
Aku tak pernah sangka kebahagiaan tu lebih hebat datang bila isteri aku bertelekung.

Februari 23, 2010

Menghias Kereta Dengan Sticker-Sticker Yang Memartabatkan Budaya Bangsa

Hari tu aku tengah pusing-pusing KL aku jalan belakang satu Perodua Kenari.Nampak gaya tuan punya kereta tu jenis suka make up kereta sebab banyak sticker kat kereta.Tapi ada satu sticker yang paling menarik mata aku memandang.Sticker tu la yang paling besar antara semua sticker kat kereta tu,ditampal dekat atas cermin belakang.Sticker tu lebih kurang camni la grafik dia...


"Eh,sungguh cool sekali sticker itu!Mesti mamat ni kaki drift.." kata aku.Aku punye kereta hanya ada Kentucky CEO utk drive thru sebab aku suka ayam (sticker melambangkan tuan punya)

Aku pun saja aje la lajukan kereta sket nak tengok driver dia.Bila aku dah ada kat tepi Kenari tu aku tengok driver nya adalah seorang lelaki yang agak kacak wajahnya.Daripada gaya dia driver dia seolah-olah sedar dan tahu,dia cool.Apatah lagi dengan ekzos yang agak bingit kemudian sport rim dan sticker2 brand spare part aftermarket kereta yang lain.Kereta itu melambangkan kegagahan driver nya dan gaya pemanduan dia pula menggambarkan betapa hebatnya dia.Sebab terlalu macho sangat brader tu bawak,aku nak aje bukak tingkap dan jerit..

"BANG!GAYA DAH ADA,HENSEM DAH HENSEM!STICKER BUKAN MAIN PUNYA BESAR...CAMNE BOLEH  TAMPAL TERBALIK BANG"


Tulisan sebenar Daihatsu" dalam bahasa Jepun.
Yang penting cool.Sebab beli Daihatsu Kenari.

Jadi,untuk sesiapa lagi yang nak jadi cool,aku suggest design2 sticker macam kat bawah ni.Ambik,pegi kedai suruh diorang buatkan sticker dia.Insya Allah cool.




Design yang kat bawah ni yang most wanted sekarang ni.


Orait.Mula-mulalah hiaskan kereta anda dengan sticker2.Walaupun salah pasang,terbalik ke,anda tak paham pun apa yang dia tulis,itu semua TAKPE!

Yang penting lawa.

Februari 17, 2010

Kenapa Aku Tak Percaya Dengan Manusia Yang Diliwat Anwar Ibrahim?


Ada seorang pembaca tanya,"Kalau nanti Saiful Bukhari sah telah diliwat oleh Anwar Ibrahim oleh mahkamah,macam mana kau nak mintak maaf nanti kat dia?Dah la kau try tekel tunang dia dulu?"

Aku akan jawab,kenapa aku nak mintak maaf kat dia?Pembunuh pun boleh lepas kalau mahkamah kata dia tak salah.

First sekali,pernah kah anda jumpa gadis yang kena rogol yang berani benar mengaku dia kena rogol dekat public?Panggil wartawan ramai2 kemudian buat press conference,SAYA KENA ROGOL TADI DENGAN KETUA KAMPUNG SAYA!SUMPAH DEMI ALLAH!WABILLAHI!

Nombor dua,jika aku kena liwat dengan sesiapa pun tak kira lah Osama Laden ke Najib Razak ke Razak Mohaideen ke,aku akan diam.Sebab aku malu bang.Kena liwat sekali dah cukup malu.Banyak kali maknanya aku suka la kot,kan?

Nombor tiga,bukak blog Saiful.Tengok tulisan-tulisan dia.Dia seolah-olah bangga dia diliwat.Pernah satu masa dulu kes Ketua Menteri Melaka romen dengan budak perempuan bawah umur,ada budak tu pegi announce "Saya beromen dengan dia suka sama suka?" Dan penggunaan ayat2 yang menunjukkan dia tu warak,KAMON LA PHONY!

Nombor empat,tengok kes Ketua Menteri Melaka itu,baca pasal kes Jamaluddin Jarjis kaki raba.Apa bezanya kes-kes diorang tu dengan kes Anwar?Kenapa perhatian kerajaan ditumpukan hanya kepada mereka yang tidak patuh kerajaan?Apa jadi kes Ketua Menteri Melaka itu?Lim Guan Eng pulak yang  kena masuk ISA.

Yang paling penting,nombor lima...

Hanya orang yang takde akal aje yang membenarkan diri dia jadi alat permainan politik.Jika Saiful benar-benar diliwat oleh Anwar,kenapa dia juga perlu menghentam Kerajaan Pembangkang?Apa kaitannya pandangan Anwar dengan isu nama Allah dia nak post kat blog dia?Kenapa isu peguam Chin Peng yang kini jadi peguam Anwar dibesarkan oleh dirinya sendiri?Kau kena liwat,kes kau jadi isu,kau duduk diam-diam rawat luka kat lubang jubur.Jangan bising.Kau on trial.Jangan cuba persuade orang untuk sokong kerajaan.JANGAN JADI TUKANG PANCING UNDI KERAJAAN!

Dan yang paling kelakar,
Saiful Bukhari adalah satu-satunya mangsa liwat yang mempelawa orang ramai untuk menjadi "Fan" dia melalui Facebook.Jika anda mangsa liwat yang berfikiran normal,populariti adalah satu benda yang anda akan cuba elakkan.

Kenapa aku tak peduli pasal perasaan Saiful Bukhari?Sebab dia

"Seorang lelaki yang lebih gagah dari aku tetapi menjadi mangsa liwat yang pergi berjumpa Perdana Menteri kerana ingin memohon biasiswa tetapi kantoi dalam pelajarannya walaupun dia orang penting  Majlis Perwakilan Pelajar,kemudian cuba mempopularkan diri dia melalui media massa dan media internet.Perompak pun tutup muka bila wartawan nak ambik gambar!Kemudiannya cuba memancing hati rakyat supaya menyokong kerajaan hanya kerana dia diliwat oleh Anwar Ibrahim!"

WHAT THE HELL? 



12 tahun dulu punya cerita.