Januari 12, 2010

Sayembara Pantun : "Melayu dan Letupan Bom"



Aku hari ni balik rumah,
Security guard borak meriah
Apa dia cakap aku tak petah
Orang luar yang jaga rumah

Aku ingat nak pegi makan
Singgah kedai makanan Melayu
Apasal lauk nampak tak sakan?
KONONNYA kedai makanan Melayu

Berapa ringgit semua ni kak?
6 ringgit semuanya bah!
Gadis muda berpangkat kakak,
Nak tersasul tersebut rupiah.

Jalan-jalan kat kawasan pembinaan,
Mana tau jumpa harta tertanam,
Dulu ni tempat kerja si Leman,
Sekarang ni penuh orang Vietnam

Gadis Melayu inginkan kawan,
Jadikan boifren tempat berteman,
Penat mencari orang tempatan,
Bangladesh jugak macam Shah Rukh Khan

Habis mana lelaki Melayu?
Apa mereka buat di siang hari?
Bawah jambatan mata pun kuyu
Dapat dadah sengih berseri

Perempuan pulak senang nak jumpa
Silalah ke Dataran Merdeka
Naik motor punyalah gembira
Punggung nampak satu Malaysia

Orang Cina jual DVD,
Orang India tercabut sendi,
Orang Melayu apa peduli,
Lapar?Pegi pau kat Pasar Seni

Oi kerajaan ku sayang,
Bangunan tinggi pandai kau pacak,
Lampu Putrajaya bertiang-tiang
Tapi Melayu jugak yang haprak

Agama aje Islam,
Perangai macam haram.
Sanggup tak tidur malam,
Kau bom buat apa jahanam?

Januari 09, 2010

Lawak Perdana Menteri KIta Hari Ini Supaya 1Malaysia Bergelak Ketawa

Kadar baru tol lebih memuaskan



SUBANG 8 Jan. - Kerajaan melalui agensi berkaitan kini dalam peringkat akhir melakukan kajian menstrukturkan semula pakej baru kadar tol lebuh raya yang munasabah dengan kualiti perkhidmatan.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar baru itu akan mengambil kira mutu perkhidmatan sama ada ia memuaskan hati orang ramai atau sebaliknya, termasuk memastikan kurang kesesakan dan tahap kualiti yang tinggi.

Dalam pada itu, Najib berharap, PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambah bilangan lorong Beliau membayangkan kos penambahan lorong-lorong baru itu mungkin boleh dikongsi antara syarikat pemegang konsesi dan kerajaan untuk manfaat pengguna.

"(Dengan penambahan lorong baru itu), kalau kadar tol dinaikkan sedikit, orang tidak akan marah sebab perjalanan akan menjadi bertambah lancar dan tiada kesesakan," katanya.

Menurut Najib, syarikat dan badan kerajaan lain yang banyak berhubung dengan orang ramai juga harus mencontohi PLUS yang meletakkan standard tinggi terhadap kemudahan termasuk menyediakan tandas yang bersih.(link asal)


Kata negara Islam,orang Islam,kan kebersihan tu sebahagian daripada iman.Tandas bersih bukan stended mangkuk,tandas bersih tu wajib,keperluan. Orang tak marah?Hahahahahaahahaha.Aku balik Kedah kena tol dekat seratus dengan tempoh perjalanan 12 jam setiap kali aku balik raya,naik motor cepat sket...8 jam.Adakah pemimpin kita ni deluded sebenarnya?Adakah mereka syok sendiri menganggap ekonomi orang Malaysia ni sama hebat dengan Eropah?Dengan orang Arab?

Kau umumkan benda ni masa waktu pelancaran "Ibu Pejabat Baru Management PLUS" mangkuk.Tak ke itu menunjukkan betapa fuckup nya Malaysia ni?

Trend-Trend Dekad Yang Lepas di Malaysia

Sedar-sedar dah 9 hari dalam tahun baru 2010.Laju betol masa berjalan.Kalau tengok-tengok balik,tahun 2000 aku masih lagi seorang student yang struggle.Sekejap betol rasanya.Apa perubahan yang berlaku dekat sekeliling aku?Macam-macam.Tapi aku suka tengok perubahan trend.

1. Perkembangan Internet

Awal tahun 2000 dulu,internet waktu tu masih lagi ditakuk 56kbps.Nak connect internet pun kena dail dulu dan waktu tu internet dikira ikut berapa lama kita pakai.

2. Semakin Mudah Mendapatkan Porno

Industri porno terus lumpuh akibat daripada perkembangan internet,puncanya daripada kemunculan website-website porno streaming yang berlambak-lambak.Dulu nak tengok porno punyalah susah,sekarang ni tulis aje "www.*******.com" dah boleh tengok porno berjam-jam lamanya.Patutlah budak2 sekarang jauh lebih advance.


3. Orang Gila Gadget

Trend yang dimulakan oleh handphone.Kini diteruskan dengan apa-apa saja produk yang bermula dengan huruf "i" didepan.Mungkin kerana consumer sangat mudah dicucuk hidung dan ditarik merata-rata,wujud persaingan antara orang ramai untuk membeli gadget2 terbaru agar tidak merasa ketinggalan.Aku agak menyampah dengan trend ni sebab aku tak suka ditanya "kau tak berminat ke nak beli iphone?" Bet dengan aku,mula-mula memang la seronok pakai iphone tu tapi lama-lama kegunaan dia ada  2 aje; telefon dengan sms.Ada beribu2 phone lain yang harganya tak sampai Rm200 yang boleh buat benda tu.

4. Realiti TV

Demam realiti TV masih belum tamat di Malaysia.Kita masih ada "Sehati Berdansa" (di mana kita keluar duit untuk melihat artis kesayangan menari) Akademi Fantasia (kita mengeluarkan duit untuk memastikan seorang pelajar menang) dan Raja Lawak (kita keluar duit untuk seksa diri sendiri,satu2nya rancangan di mana aku layan sebab pengacara dia aje).Di luar sana masih lagi hangat dengan realiti TV.Hulk Hogan pun ada realiti TV.Yang aku tak faham sampai sekarang,siapa Kim Kardashian dan kenapa dia pun perlu ada realiti TV?

5. Lambakan Filem-Filem Seram

Aku tak sure bila start trend keluarnya filem2 seram dekat Malaysia ni tapi TERLALU BANYAK filem seram sampaikan aku rasa macam masuk "Rumah Hantu" kat fun fair bila nak pegi tengok wayang.

6. Frasa 1Malaysia

Adakah Najib mengharapkan "1Malaysia" akan menjadi satu catchphrase?Bukak radio dengar "Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia." Sekarang ni ada "Klinik Kerajaan 1Malaysia." Benda ni takkan berkesan jika pihak pemerintah pun tidak ber"satu Malaysia." Berapa lama lagi frasa "1Malaysia" ni akan bertahan?Budak-budak kecik boleh la terikut.Orang besar tak main dah frasa2 meaningless ni.Aku nak dengar "Harga gula turun" atau "Gaji Rm800 boleh hidup senang,tak susah di Malaysia." Dan kita boleh tengok banyak pak turut kaki ampu lain yang ikut sama dengan meletakkan angka "1" di apa benda sekalipun.Ada sapa2 nak beli "1Pod" ?

7. Facebook/Twitter

Semua orang ada FB.Najib pun ada Facebook.Anwar Ibrahim pun ada.Tak sure pulak aku Najib add Anwar sebagai member ke tidak.Dan Twitter.Aku tak pernah ikut benda ni sangat tapi kalau update twitter anda ada tertulis "Aku tengah lunch,nothing interesting to write :( " sedarlah,TAKDE ORANG NAK TAU PASAL BENDA TU.

8. Penjagaan Kesihatan

Ada satu masa,aku pegi mana2 shopping kompleks,ada booth rendam kaki dalam air lepas tu keluar macam-macam dari kaki.Lepas tu ada wujud pulak kolam ada ikan,rendam kaki dalam tu,ikan gigit2 kaki.Penuh aje orang nak mencuba.

9. Gadis-Gadis Melayu Semakin Berani




DAMN!Aku selalu hantar kereta aku basuh dan kereta aku dibasuh oleh seorang lelaki yang lurah juburnya kelihatan apabila dia mencangkung nak berus tayar.

Ada sesiapa nak tambah lagi?

Januari 07, 2010

Borak-Borak Bergaduh - Proton Suck atau Aku Yang Suck?


Suatu petang di Cyberjaya...

"Ko ni,apasal suka sangat kutuk Proton?"kata Jimmy (bukan nama sebenar)."Dah terang2 pengusaha lain buat kereta ambik kos lagi murah dan lagi elok,nak buat macam mana.."jawab aku tersipu-sipu.

"Tapi kau tak bangga ke Malaysia ada kereta sendiri?" kata dia lagi.

"Bangga memang bangga tapi aku rasa kalau kereta lain sama harga macam kereta Proton,barulah orang nampak kualiti Proton tu macam mana sebenarnya,takdelah wujud rakyat Malaysia yang bengap kata kereta Proton murah," jawab aku dengan cool.

"Stended aa negara lain ada cukai.Kau tau kan negara lain kereta murah tapi cukai pendapatan tinggi," kata Jimmy lagi."Tapi negara tu takde la merata-rata ada tol." jawab aku."Harga gula pun takde la dinaikkan dengan alasan separa bangang.."

"Tu lah kau,reti komplen,komplen.Kutuk aje tau. Bangga la sket kita ni negara pengeluar kereta!Bukan semua negara mampu buat kereta!" sambung Jimmy sedikit mengherdik."Kita kena sabar la sementara Proton nak membesar,kau tengok la Toyota,Honda,berapa lama diorang nak sampai level tu...kalau kau komplen aje tau,sampai bila diorang nak maju.Bagi la support.Jangan la reti nak komplen aje."

"Ye lah.Lepas ni aku akan support Proton sepenuh hati mengikut saranan Mahathir Mohammad,"jawab aku.

Sampailah makanan yang diorder.Aku order nasi goreng biasa,Jimmy order nasi goreng cina dengan telur dadar.Kitorang pun mula la makan sambil mata aku melilau mencari gadis cantik untuk direnung ketika makan.

"Bang,bang," Jimmy memanggil brader kedai air."Apsal bang?" tanya brader itu dengan sopan.

"Air saya tak cukup manis.Tambah gula boleh bang," jelas Jimmy kepada brader tu.Brader tu pun ambik balik air Jimmy dan tambahkan gula sket.

"Aaaahhhh.Macam ni la baru sedap,"kata Jimmy dengan muka puas hati gila memandangkan cuaca waktu tu agak panas."Cayalah bang." Brader tu pun sengih2 lepas Jimmy puas hati dengan air teh o ais dia.

Aku pun sengih aje la.

Januari 05, 2010

Warkah Pengubat Luka Untuk Gadis-Gadis Single Berumur 18-28 Tahun Supaya Mereka Boleh Move On

Sila gantikan ................ dengan nama timang-timangan anda.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sayangku ................,

Apa khabar?Sihat tak?Dah makan?Bagaimana dengan kehidupan awak,................?Abang di sini sihat belaka mengharungi kehdiupan baru bergelar seorang yang sudah berumah tangga.Agak janggal rasanya pada mulanya tapi Alhamdulillah,segala-galanya lancar.

Sebelum abang meneruskan warkah yang abang karang khas untuk ................ ini wajarlah jika abang menjelaskan dahulu apa yang terjadi agar tidak berlaku salah faham.Abang sudahpun selamat melangsungkan perkahwinan abang pada 18hb Disember 2009 bersamaan tarikh menyambut Awal Muharram.

Tujuan abang menulis warkah ini adalah untuk meredakan kekecewaan dihati ................,ini kerana abang merasakan ................ berhak mengetahui kenapa abang memilih perempuan lain dan bukan ................ Pertama kali abang ingin memohon maaf jika semua ini terjadi secara mengejut dan membuatkan ................ terkejut seperti terkena kejutan elektrik.

Abang menghargai cinta ................ tapi apakan daya jodoh kita tiada.Seperti kata orang2 tua,sudah sampai serunya jadi abang mengambil keputusan untuk bernikah.Bukan niat abang untuk meninggalkan ................ begitu sahaja tetapi abang tidak sanggup lagi untuk berseorangan.Sudah terlalu lama abang menunggu ................ masuk meminang tapi sayang ................ terlalu sibuk dengan *clubbing/belajar/kerja (potong yang mana tidak berkenaan) sehingga membuatkan abang merasa kesunyian.Abang sudah tidak mampu menunggu ................ lagi jadi untuk kali kedua abang memohon maaf kerana tidak memilih ................ sebagai permaisuri hidup abang.

Ini bukan salah ................,ini semua salah abang.Abang yang tak sesuai dan tak memahami ................

Masih ingatkah lagi memori ketika kita bersama?Simpanlah semua memori indah kita kerana itu semua adalah detik-detik manis yang abang harap ................ tidak lupakan.Abang masih ingat bagaimana manisnya senyuman ................ ketika kita bahagia dahulu dan semua memori itu abang akan simpan sampai lah abang tiada.

Mungkin alasan yang abang berikan tidak cukup untuk menjelaskan segala-galanya kepada ................tetapi ingatlah,dalam hati abang,masih ada ..................

................,lupakan abang.Ramai lagi lelaki lain yang lebih baik daripada abang.Abang boleh rekemen seorang dua jika ................ mahu.Pasti hati ................ retak seribu apabila mendengar berita abang sudah berkahwin tetapi ingatlah ................, kumbang bukan seekor.Walaupun satu masa dulu abang adalah kumbang yang senantiasa bersarang di hati ................ tapi kini abang sudahpun menjumpai bunga yang mampu membuatkan abang tidak mahu lagi terbang ke sana ke mari.Ada banyak lagi kumbang yang jauh lebih baik dan hensem berbanding abang jadi abang doakan agar ................ dapat menjadi pilihan hati seorang kumbang lain.

Lupakan abang.Move on.Jangan terlalu kecewa kerana jodoh kita tak kesampaian.


Ingatlah, ................ pernah menjadi sebahagian daripada hidup abang.Abang tidak mungkin dapat melupakan ................ walaupun abang sudahpun beristeri.Kenang abang dalam doamu walaupun jodoh kita tidak ada.. 

Maafkan abang kerana melukakanmu.


Pecah kaca pecah talam,
Sudah baca minta faham

Ikhlas,
Mantot