November 17, 2009

Standoff Pasangan Yang Menegangkan Suasana


Aku tak nak tulis pasal kahwin aje.
Aku nak menulis balik macam dulu2.Porno.Kutuk orang.Politik.Tapi dalam kepala aku penuh dengan hal-hal kawin.Setiap hari,ada aje benda pasal kawin yang aku kena buat.Jadi,sorilah kalau ada yang terasa loya dengan perubahan tulisan aku yang semakin hari semakin sayur...

Semalam,aku pegi Pejabat Agama.

Ada satu pasangan suami isteri tengah apply perceraian.WTF!Fikir aku dalam pejabat agama itu.Jadi si perempuan ni duduk la kat belakang,si suami ni isi la borang dekat kaunter sambil ditunjuk ajar oleh staff kat situ.Muda lagi pasangan ni,30 an rasanya.Aku tak sure datang kaunseling ke datang lafaz cerai,staff tu suruh masuk ke dalam.Lelaki tu pun bangun,panggil bini dia suruh ikut.

Bini dia peluk tubuh dan pandang tempat lain.

Berlakulah stand-off paksa memaksa dalam Pejabat Agama selama seminit.Laki suruh bini bangun,bini buat tak tau (dengan muka sedih gila)Semua orang dalam tu pun tengok aje la gelagat diorang dua orang.
Nasib baik orang tak ramai.Aku tengok lepas tu aku senyum aje la dengan staff kat situ.

Tah lah,kesian aku tengok kakak tu.
Bila hati dah tak ada,habis macam sampah dilayannya.

November 15, 2009

Ceramah Pagi : Hubungan Suami dan Isteri


Aku rasa adat kita membentuk bagaimana berkembangnya hubungan suami isteri itu.Isteri dipanggil dengan gelaran "orang rumah","suri rumah" atau "tukang masak."

Kalau kita lihat pun,banyak petua2 orang tua yang membuatkan kaum perempuan dilabelkan sebagai "mereka yang bekerja di dapur" dan "tukang masak masakan kegemaran suami."

Jadi,meh sini aku bagitau korang satu benda penting yang aku belajar daripada kursus kahwin hari tu.

Dalam hubungan suami isteri mengikut Islam,tugas-tugas memasak,mengemas rumah,cuci kipas,cat dinding,basuk berak anak,mem-vacuum rumah dan sebagainya..

....adalah tugas si Suami.Suami bertanggungjawab memastikan semua benda tu dan fungsi suami adalah "BEKERJA" untuk rumah tangga itu.

Tugas isteri?

Tugas isteri hanyalah taat dan patuh kepada suami serta mencantikkan diri untuk suami (untuk suami dan bukan untuk orang awam,pakai perfume habis satu ofis bau.).Jika seseorang isteri itu enggan memasak atas arahan suaminya,isterinya tidak bersalah kerana itu tugas suami.Isteri ada hak membantu suaminya membuat kerja2 itu jika suaminya memerlukan pertolongan.

Tengok drama,siapa masak?Siapa sapu sampah?Siapa mandikan anak?
Perempuan kan?Itu semua sebab adat kita.Ikut agama lain bang.Nak ikut mana?

Kaum lelaki semua,bersedialah untuk belajar memasak dan memakai apron di rumah.Mental aku lepas tau benda tu terus terganggu sekejap.Habis luruh segala pemahaman lama aku pasal tugas suami isteri ni.

Ada lah seketika tu aku wish aku ada vagina.
Dan baru lah aku sedar,suami yang menggelarkan isteri mereka orang rumah adalah suami yang tak menunaikan tanggungjawab diorang,sebab lelaki sepatutnya "orang rumah" sesebuah keluarga.

November 13, 2009

Ceramah Pagi : Pakcik Itu Memaki Hamun Dalam Masjid


Satu masa dulu,aku cukup tak suka orang alim yang merasakan diri dia sentiasa betul sebab dia alim.Contohnya,mana-mana budak Universiti yang join tabligh dan ketuk pintu ke pintu bilik hostel nak berceramah.Kalau nak ajak ke surau aku takde hal.Ni nak berceramah.
Tapi lepas aku abis belaja aku lupa benda2 tu sebab sekeliling aku dah kurang orang2 ekstremis camni.

Jangan salah paham.Aku cuma tak paham kenapa bila golongan ni kuat beribadah,diorang memandang slack dekat golongan2 kebanyakan macam aku.Kenapa mesti wujud perasaan bangga bila kuat amalkan ajaran agama?Takleh ke kau low profile aje...

Lama kelamaan aku lupa benda tu lepas aku keluar universiti.Sebab takde lagi orang yang paksa aku dengar ceramah dia.Kalau aku nak dengar ceramah aku pegi dengar kat masjid,radio ke,TV ke.Sehinggalah hari tu,aku menjumpai satu pakcik yang sama spesisnya dengan orang2 alim yang aku tak suka tu.

Ini adalah satu cerita benar dan benar belaka.Jangan kagum pulak aku pegi masjid.Aku pegi masjid malam tu pun ada sebab.Aku sangat jarang pegi masjid.Mungkin ada sebabnya cerita ni terjadi masa aku pegi masjid hari tu.

Aku pegi masjid dan bila aku sampai tengah ceramah lepas maghrib.Jadi aku semayang la maghrib dulu dan kemudian duduk layan ceramah pasal "Salam."Masuk la waktu Isyak...bilal masjid tu pun bangun la.Bilal masjid tu berumur la jugak,40 an rasanya umur dia.

"Allah hu akbar Allah hu akbar!"

Tiba-tiba sorang pakcik berserban yang berdiri depan aku ni duk maki bilal tu."Assyadu..assyadu...sebut pun tak betul!"

Jadi,sepanjang azan Isyak tu,Pakcik berserban tadi ni duk mengutuk aje la azan bilal masjid.Ayat2 dia yang aku dengar (sebab dia kutuk kuat2 siap cakap kat orang lain nak mintak pandangan) :

1. "Apa ni sebut pun tak betul!"
2. "Lain kali pegi mengaji dulu!"
3. "Hapa punya sebutan la."
4. "Mendayu2 je lebih"
5. "Bagi sebutan tu betul dulu baru boleh jadi bilal"

Sepanjang azan tu,itu aje lah pakcik tu buat,membantai bilal tu.Agak terkejut jugak la aku.Sampai nak jawab azan tu pun aku dah takleh konsentret.Aku rasa budak2 kecik pun tau apa nak buat masa azan,tapi ini pakcik berserban siap berjubah lagi.Dengan muka masamnya dia jawab azan tu pun macam terpaksa.

Aku bukan pakar agama.Cuma aku nak aje pegi jumpa pakcik tu dan cakap kat dia,"Pakcik,kalau pakcik azan sedap dan ikut tajwid,pakcik aje la yang pegi azan dan gantikan bilal masjid ni."

Macam mana la orang tak cop Islam tu ekstrem?
Kenapa bila kuat amal agama mesti jadi camtu (agaknya pakcik tu kuat amalkan la kot?)Tak salah rasanya jika makin kuat amalan seseorang tu,makin lembut perwatakan dia kan?

Tapi,dalam kepala otak aku,aku still merasakan Pakcik tu maki-maki tu bukan sebab tajwid.Masjid tu masjid orang PAS.Ini semua sebab politik.Bila pegangan politik dan agama dah takleh nak dibezakan,orang Melayu akan terus lah berada pada takuk lama.

November 11, 2009