Februari 17, 2008

Pictures Of The Day : Aku Melayu,Melayu Moden


Mungkin inilah yang ingin direalisasi oleh Islam Hadhari.
Seorang Melayu yang masih Melayu luarannya tapi suka bersuka ria.

Mesti dia pangkah BN sebab kalau pangkah PAS judi semua kena tutup.
Sori brader,kalau bini lu bace ni dan dia mengamuk,padan muka lu kena baling ngan sudu.Bini suruh beli susu anak lu beli benda lain.Minum susu bini laju je.

Februari 15, 2008

Karya Fantasi :2 Hari Selepas Pembubaran Parlimen Malaysia Di Alam Ghaib

Suasana Gua Ghaib agak mewah,disinari dengan lampu-lampu chandelier yang diimport khas dari Malaysia.Hantu Galah sedang menggunakan laptopnya yang dihadiahkan Abdullah Badawi selepas kejayaan membantu Abdullah Badawi dalam pilihan raya lalu.

Dia pun membuka akaun emailnya hantugalah@gov.com.my dan tertera "1 Email Baru Diterima"Tekun dia membaca kandungan emial tersebut sambil diperhatikan oleh pembantu setianya ataupun Personal Assistant-nya,Hantu Susu yang mempunyai body berukuran 36-24-38

"Hai pengikut ku semua,dengar sini,aku nak buat pengumuman!"kata Hantu Galah

"Ya boss!Apa announcement nya?"tanya Toyol penuh minat.

"Begini,tadi,kawan karib ku e-mail,"kata Hantu Galah.

"Siapa kawan karib boss itu?"laung sekumpulan Langsuir yang sedang rancak bermain gitar tong.

Sambung Galah,"Abdullah Badawi,Perdana Menteri Malaysia.Dia kata,pilihanraya dah dekat."

"Lambat betul inform,aku tak sempat nak ready la boss,"kata ketua kepada Langsuir

"Hoi!Kau kena paham,kita kan pakai Streamyx,jadi normal la e-mail sampai lambat 2 hari,sabar je la,at least ada gak kompeni yang nak bawak masuk internet ke sini"herdik Galah.

"Okeh!!Aku nak semua golongan kita bersedia!Sekarang aku nak bahagikan kawasan."laung Hantu Galah lagi.

Lalu pembantu si Galah,Hantu Susu pun mengeluarkan sehelai scroll yang telah dicop dengan logo Kerajaan Islam Hadhari dan ditandatangani oleh Khairy Jamaludin.Hantu Susu sedikit pelik kenapa bukan Abdullah Badawi yang menandatangani scroll tersebut tapi dia diamkan saja takut nanti bermacam pulak persoalan timbul.

"Okeh,suku sakat Hantu Stokin dengan Penanggal,korang take care bahagian Utara.Korang punya matlamat,Kedah ngan Perlis kita kasi sapu.Untuk bahagian Pantai Timur pulak,aku akan hantar heavyweight-heavyweight aku,Hantu Bungkus dengan konco-konco dan juga Si Pelesit.Kali ni,aku nak korang rasuk peti undi tu betul-betul,Abdullah Badawi ingin menang itu Kelantan balik.Sebagai bonus,korang boleh pergi rumah Nik Aziz dan lepak kat rumah tu,aku bagi kebenaran khas.Hahahah!"

"Belah Selatan lak,aku rase takde masalah.Toyol ngan Pocong boleh cover.Kat situ,Abdullah Badawi nak sapu bersih licin sampai takde apa-apa lagi"

"Sabah ngan Sarawak,aku kena hantar yang bole terbang jadi sapa nak volunteer?"

Adalah beberapa Hantu yang angkat tangan.Antaranya ialah Tuju-Tuju,Hantu Raya dan Rafidah Aziz.

"Hah,Hantu Raya,kau jaga belah sana!"

"Okeh boss,kawasan last.Bahagian Tengah ni,"bisik Hantu Susu.

Si Galah lalu termenung sejenak.Humm,dengusnya.Dahinya berkerut berfikir.Otaknya sudah sarat dengan bermacam-macam masalah yang harus difikirkan.

"Sekejap lagi tertidur la tu,"bisik-bisik kedengaran di kalangan Hantu-Hantu tersebut.Dua saat kemudian Hantu Galah terlelap lena,siap mengalir sedikit air liur dari tepi bibirnya lalu jatuh 40 kaki dari atas menitis lantai.

"Perangai sama macam member baik dia,meeting ke ape ke mesti tertidur,buat aku rugi lagi,"kata Pocong sambil menghulurkan wang RM10 kepada Hantu Paku kerana kalah betting sama ada Hantu Galah akan tertidur ke tidak.

"Baiklah,aku sambung,"kata Hantu Susu melantik diri sendiri sebagai Pengerusi Majlis.

"Untuk bahagian tengah,kita tak payah hantar wakil,sebab wakil kita memang dah ramai kat sana.Semua boleh kata dah senang lenang goyang kaki kat ofis sebelah Masjid Putrajaya tu.Harap diorang hati-hati jangan sampai terpijak lantai Masjid tu,"Hantu Susu bercakap dengan nada meyakinkan seperti seorang Wakil Rakyat menjelang pilihan raya

"Pasal elaun ke overtime ke jangan risau,itu semua Kerajaan Malaysia akan tanggung,"tambah Bendahari Kewangan,Cik Pon.

"Tuan Pengerusi,bagaimana pulak dengan kawasan Rembau nanti?"tanya Harimau Jadian.

"Apsal kau concern dengan Rembau pulak?"tanya Hantu Susu.

"Itu kampung saya dulu,"kata Harimau Jadian sambil teringat kembali memori lama di Rembau.

"Rembau kau jangan risau,Abdullah Badawi sendiri mungkin akan hantar Hantu dia sendiri ke sana"bagitau Hantu Susu.

"Hantu apa boss?"tanya semua.

"Hantu Punya Orang"kata Hantu Susu disusuli dengan riak wajah kagum semua hantu kerana sedar "Hantu Punya Orang" adalah spesis yang paling licik dan hebat memperdaya.

"Ready semua.Pilihan raya kali ni kita kasi tolong habis-habisan!Kita Lawan!"jerit Hantu Susu

"Kita Lawan Bila Kita Confirm Menang,"sahut semua,mengakibatkan dinding gua bergegar kuat membuatkan Hantu Galah yang terlena terjaga.Dia membuka mata yang sedikit merah dan merenung suku sakatnya yang kaget memandangnya.

"Dah habis ke meeting?Semua boleh balik ye,"kata Hantu Galah sambil menguap.

Februari 14, 2008

Panduan Memilih Pemimpin Oleh Ustaz Haron Din


KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) -"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya ketika hubungi Harakah.

Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

"Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang," katanya ketika dihubungi Harakah.

Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya

Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang," katanya

Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran," katanya.


Diambil dari Harakah Daily

Februari 13, 2008

Barisan Nasional's Trump Card

I don't debate well.
Because when I debate with somebody,I become too emotional.Nearing anger mostly.
I dont like to be corrected if the things corrected are the things I believed in
and I believed that Malaysian are cowards.


Cowards because we asked for change.
But we don't want to change.
We ask for a new government.A better one.
But when it comes to voting times,we are scared.Scared to shift our "race" allegiance.

"Pak Lah's governement sucks but I am a Malay,I don't want Chinese to get the vote.I must vote for a BN representative because he's Malay."

"My name is Ah Meng.I don't want PAS to rule because I don't want an Islamic country.Eventhough
I hate the UMNO guys,I want the Chinese to be in safe hands,I'll vote for MCA"

"Hi,I am Ramamurthy.I must vote Samy Vellu because if I dont vote for him,there will be no more Indian Minister in the Cabinet"

This is our MAIN PROBLEM.We wanting,begging,praying for change.We went to see DSAI speech,join the Bersih rally,HINDRAF rally.But when it is time to cast our vote,we ourselves cast doubt about having other races to be our leader.

This is BN's trump card now.They have been nurturing these feelings for 50 years succesfully and this will be their ultimate weapon on the upcoming election.We do know that BN main component covered all races and that's their advantages.Play it right and the Opposition won't even have any answer for that.

What will be interesting is to see what the opposition will come out to rectify their own inner problem,Unity.

Unity between the different agenda of the Opposition.

Anwar Ibrahim in his blogs have calm down the question about status of the pact of allegiance between PAS,PKR and DAP saying that all is well.I do hope it's well and I really hope it's not just a smokescreen to cover up any great divide.

To go against the current Government,the Opposition should mimic the way the coalition of Barisan Nasional and play them on their own way.We,the majority citizen will surely be glad if the Opposition could form up and be under one flags that have many different branches but still have the same
ethos.

If that does happens,doubts and dilemma during voting day can be squashed.
For a better living.

Surat Cinta - Kenangan Bersama Nurul Izzah


Ke hadapan Nurul Izzah Anwar,

Seingat aku,
satu ketika dulu,di Food Court UNITEN,
pernah lah aku makan dengan member2 aku.

Tiba2 nampak seorang gadis yang agak tinggi (utk wanita Melayu) tengah bawak tray duduk terus sebelah meja aku.

"Eh,tu mcm Nurul Izzah,"fikir aku.

Waktu tu,memang tengah hangat kes perbicaraan abah dia,Datuk Seri Anwar Ibrahim pasal kes "Homoseksual" dengan lelaki2 yang tak logik pilihannya nak dijadikan gay (Gay mana la nak si Munawar tu?Logik la sket)

Aku terfikir gak,bagus gak kalo aku pegi depan die dan tanye "Betul ke bapak awak gay?" tapi memikirkan takut kena pelempang aku batalkan la niat aku tu.Lagipu masa tu semua mamat2 kat Uniten tengah kecoh pasal El Regina Tajudin (Gimnas negara Sukan Komanwel) dengan kereta Citroen - nye.

Mungkin aku sorang je mase tu minat kat Nurul Izzah ni walaupun die pangkat Kakak pada aku.Sebab aku memang penakut nak cakap dengan perempuan jadi aku pun pendamkan je la niat aku nak borak2 dengan Nurul Izzah.

Bila terbaca pasal Nurul Izzah nak bertanding pilihan raya nanti (Insya Allah) aku terasa mcm kecik betul.Siapa lah aku ni,hanya seorang lelaki yang lemah dan hanya mampu meraung2 dalam blog sendiri dan dia..huh..nak bertanding pilihan raya.

Itu je lah kenangan aku bersama Nurul Izzah.
Good luck kalau bertanding.Baik kau jadi Perdana Menteri termuda.Jangan bagi kat Khairy Beruk.

Dari peminat mu,
Mantot

(Bersama ini aku letakkan sedikit gambar Nurul Izzah yang aku ambik kat internet.Takpe kan pinjam gambar dia?)

Ni hah link blog die "Zeitgest - Semangat Zaman"