Disember 30, 2015

Komplen Rumah Mahal. Jual Rumah Sendiri Mahal. Apa Cerita?

1. Aku baca artikel  ni beberapa minggu lepas. Menakutkan. Nampak benar harga pasaran rumah nak dimanipulasi oleh sesetengah pihak sampai bila-bila.

2. "Private developers should not be forced to do social responsibility work or be asked to partner the government in doing so, as it would not generate good results, he added.

3. “If the government seriously believes that is a problem, then the problem needs to be tackled by the government, leave the developer to do his job and let the government take care of social welfare,” he said.

4. Takut kan baca ayat-ayat tu? Bila kerajaan cuba tackle isu harga rumah mahal melalui PR1MA, pemaju pulak yang berbunyi.

5. Aku tengok hidden objective PR1MA sebenarnya selain dari memberikan rumah yang harganya boleh kira berpatutan, adalah juga untuk melawan balik harga rumah yang tak munasabah.

6. Jadi pihak-pihak pemaju panas hati. PR1MA benar-benar menggugat periuk nasik diorang sebab pemaju jual direct kepada pembeli dan bukan melalui sistem biasa yang ada. Middle man dah kena potong. Ejen hartanah, realtor semua kena cantas. PR1MA pula, adalah projek perumahan terbesar Malaysia......kau bayangkan, berapa banyak peluang buat duit kalau guna cara penjualan tradisional?

7. Kalau kau fokus hanya kepada cerita negatif pasal PR1MA, teruskanlah hidup dengan cuba-cuba nak beli rumah 18x65 dengan harga RM420 ribu. PR1MA ni pada aku, inisiatif yang bagus. Jangan terpedaya dengan orang yang kata ini tak bagus sebab hanya pemaju perumahan yang marked up harga akan kata PR1MA ni membazir.

8. Sampai bila kau nak biar spekulator terus kawal harga rumah? Kita kena lawan. Kita kena sokong kerajaan dalam bab ni.

9. Walau bagaimanapun, seperti aku katakan semalam, kalau kerajaan aje nak buat inisiatif tapi kau sebagai pemilik rumah tak nak, tak jalan jugak.

10. Nak harga rumah turun sebab kasihankan orang yang tak mampu beli rumah, juallah rumah anda dengan harga yang mampu milik jugak.

11. Ramai yang bersetuju harga rumah tak munasabah. Tapi ramai yang tak bersetuju nak jual rumah sendiri dengan harga yang munasabah.

12. Aku harap rakyat boleh nampak benda-benda camni dan fahamkan betul-betul artikel.Janganlah baca headline dan terus nak hentam kerajaan.

13. Bila nak jual rumah, ingatlah, jangan jadi sebahagian dari punca harga rumah kat Malaysia tak munasabah.

ps - Kalau aku suggest kau jual kat Melayu bila nak jual rumah, nanti ada la yang kata aku racist.

Ejen Prudential BSN Penyayang Anda,
Mantot
018-3611628

Disember 29, 2015

Cerpen : Najib Tidak Layak Memimpin Kerana Rosmah Freehair

Azman menjinjing cawan berisi air sirap. Lalu dia duduk di sebelah rakan baiknya yang sudah lama tak berjumpa.

"So, Man, aku dengar kau dah jadi ahli surau sekarang?" tanya Halim.

Azman hanya senyum. Dia memandang puluhan rakan-rakannya yang dari tadi tidak henti-henti mengimbau kembali memori lama zaman persekolahan mereka dulu.

"Boleh la sikit-sikit Lim," Azman tersenyum melihat cikgu-cikgu beliau yang ramai sudah pun berpencen dan berehat. "Tak sangka aku ramai jugak kawan-kawan kita yang berjaya jadi orang besar kerajaan."

"Hahahaa, tu la bro, aku malas nak cakap banyak, tapi apa kebangangnya diorang ni, boleh sokong Najib? Hello? 2.6 billion bro?" gelak Halim. Ada beberapa orang rakan sama kelas mereka yang berpaling ke belakang.

"Slow sikit bang, sensitif tu," bisik Azman.

"Ah, hanya manusia bodoh aje yang akan percaya apa si Najib tu kata, apa logiknya duit tu derma? Mana logik? Tak ada orang yang sebaik tu nak saja-saja derma duit dekat kita la bro," Halim berhujah.

"Wallahuallam bro," Azman tersenyum.

"Kau ni dah jadi macai la ni kan?" tanya Halim.  Azman mengerutkan dahi.

"Huh? Bila masa pulak?" nafi Azman.

"Aku memang dari dulu lagi tak pernah mau si Najib ni jadi PM. Tah hapa-hapa. Semua benda spoon feed. Bapak punya legasi, anak dapat nama...dah la bini dia satu hal..." rungut Halim.

Azman senyum. "Apa masalah bini dia bro?" tanya beliau.

"....Kau boleh tanya aku? Kau tengok la sendiri, boros, nak menyibuk, suka masuk campur urusan negara, nak glamour, muka dia pun aku tengok tak lalu, tu rambut tu satu hal, duk tayang rambut dia aje, tudung tak reti pakai," Halim menghelakan nafas. Naik darah dia.

"Rilek woi....kau ni pun, kita dah 37 dah ni...kesihatan kena jaga," Azman menenangkan rakannya.

"Malu bang PM duk gebang pasal Islam, tapi bini dia duk tayang rambut. Pada aku, tak layak dia jadi pemimpin kita, kalau keluarga dia sendiri pun dia fail nak jaga. Takkanlah dia tak sedar orang kutuk-kutuk dia pasal isu rambut dia tu?" terang Halim.

Azman hanya tersenyum lagi. Dia tak mampu nak berkata-kata dengan hujah sebaik Halim. "Bro, jap eh. Aku gi jumpa Farid jap kat situ," Azman bangun lalu berjalan ke arah Farid.

Halim melihat Azman seperti berbisik kepada Farid sesuatu. Lalu Azman pergi mengambil hidangan yang telah disediakan pihak hotel. Farid berbisik sesuatu kepada isterinya, lalu dia bangun, melangkah ke arah Halim.

"Lim, Azman kata, kau cakap, aku gagal jaga keluarga aku, sebab isteri aku tak pakai tudung. Betul ke?" tanya Farid.

Halim terdiam.

"Cilakak kau Man..." Halim berbisik kepada dirinya sendiri. Nasib baik telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

"Jap eh Farid..." Berpeluh Halim memikirkan cara nak melarikan diri.

Mesej dari Azman rupanya.

"Kita kena kumpul keberanian untuk tegur kawan-kawan kita dulu sebelum kita tegur pemimpin. Good luck. :D "

Farid berdiri di depannya.

"Err..." Halim gelabah. Matanya liar mencari Azman, si ahli surau.

Disember 23, 2015

Kita Doakanlah Agar Lebih Ramai Gadis Melayu Nak Jadi Model Seluar Dalam Supaya Benda Ni Dapat Perhatian Pihak Berkuasa


Aku cukup malu lah dengan benda camni.

Kita sibuk nak censored media, tapi bila aku gi jalan2 dengan anak aku, aku gi bahagian bra, ada gambar awek yang dah 3/4 bogel terpampang besar-besar. Bila gi bahagian lelaki pulak, ada gambar lelaki dekat kotak spender yang kalau dia buat camtu dalam media, SELURUH NEGARA AKAN MEMPERSOALKAN KREDIBILITI LEMBAGA PENAPISAN FILEM.

Nasib baiklah kalau gambar lelaki, tak ada pulak shopping kompleks yang letak gambar lelaki pakai spendar, besar2. Yang kena print besar-besar ni, perempuan aje. Hehehe...

Sebagai sebuah negara yang majoritinya Islam, aku bertanyalah, kepada pihak berkuasa, kepada pihak Jabatan Agama, kepada Ustaz, kepada kau dan aku, KENAPA benda camni kita boleh pandang sebelah mata?

Pelik kan?

Masyarakat boleh bangun mengkritik artis Melayu yang bergambar pakai bikini dan kemudian tayang kat Instagram, tapi bila dia pegi beli bra, semua marketing dan display yang ada, seolah-olah benda yang normal dan dah jadi keperluan.

Mungkin, kita kena mula letakkan gambar awek Melayu sebagai model2 yang akan dijadikan display2 dekat department pakaian dalam ni. Barulah masyarakat akan bukak mata agaknya. Pakai bra, seluar dalam, tapi pakai tudung.

Baru muslimah.

Walaupun apa yang dipaparkan itu indah, tapi benda2 tu sebenarnya salah.

Cuba kau terangkan pada aku fungsi gambar2 separuh bogel tu diletakkan besar2 dalam shopping kompleks? Untuk marketing? Siapa yang ajar marketing ni?

Setan?
Ahli neraka?

Kalau aku cuba jual Takaful dengan berpakaian hanya boxer, kau rasa berkesan tak?

Disember 12, 2015

Cerpen Fiksyen : Malam Pertama Pakatan Harapan

Wan Azizah duduk di kerusi empuk di Pejabat PKR Kajang. Banyak mata tertumpu kepadanya. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng duduk di sebelah kanan beliau sementara barisan pemimpin Amanah yang diketuai Mat Sabu duduk di sebelah kiri.

"Terima kasih semua kerana dapat hadir dalam tempoh waktu yang singkat," kata Wan Azizah. Pemimpin lain hanya tersenyum. "Jadi mesyuarat kita hari ni adalah untuk membincangkan mengenai siapa yang akan memgang jawatan pemangku Perdana Menteri."

Ramai di antara mereka mula tersenyum lebar.

"Jadi...mengikut perjanjian asal kita, apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan kita akan melantik saudara Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," terang Wan Azizah.

"Setuju!" kata mereka sebulat suara.

"Keputusan itu masih kekal," LIm Kit Siang menambah.

"Jadi kita perlu lantik pemangku kepada Perdana Menteri buat sementara ketika kita menunggu mahkamah membebaskan saudara Anwar Ibrahim," Mat Sabu bersuara.

"Kita nak buat keputusan tu hari ini juga?" tanya Tony Pua.

"Ya, kerana rakyat mahukan solusi pantas," Nurul Izzah bersuara. "Saya calonkan Rafizi Ramli sebagai Perdana Menteri sementara." Kedengaran suara bersetuju dari segelintir penyokong PKR dalam bilik tersebut.

"Saya cadangkan Saifuddin Abdullah," kata satu suara dari belakang. "Dia bekas UMNO dan dia orang yang paling berpengetahuan antara semua."

"Tapi dia masih baru dalam PKR, kami dari Amanah mencadangkan Tuan Haji Salahuddin Ayub sebagai pemangku Perdana Menteri dan saudara Mat Sabu sebagai Timbalannya," kata seorang ahli kuat Amanah.

"Ehem ehem..." Lim Guan Eng berdehem. Di tangannya dia memegang sehelai kertas bertulis 3 nombor, 64 - 31 - 24.

"Kami dari DAP adalah yang memegang kerusi majoriti di sini, jadi rasanya elok kami yang calonkan siapa pemangku kepada jawatan Perdana Menteri," kata Lim Guan Eng.

Mereka semua diam.

Wakil dari Amanah dan PKR sedar, walaupun digabungkan kedua-dua kerusi yang mereka menangi pun belum sama dengan jumlah kerusi yang dimenangi DAP.

"Baru menang pun dah nak berpecah ke?" tanya seorang wakil DAP. "We have waited a long time for this...just agree la. UMNO no more! Good what!"

"Aku dah agak dah benda ni boleh jadi!" bisik seorang pemimpin PKR kepada seorang ahli Amanah.

Wan Azizah hanya merenung wajah wakil DAP yang berkata itu. Kemudian dia memusingkan wajahnya ke arah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang duduk di sebelah kanan beliau.

"Demi kesepakatan kita bersama, siapakah calon yang parti DAP rasakan layak untuk memangku jawatan Perdana Menteri sementara itu?" tanya Wan Azizah.

Semua orang diam menunggu jawapan dari wakil DAP.

Disember 11, 2015

"Ayah Tengah Mesyuarat Jadi Ayah Telefon Ni Untuk Paksa Anak-Anak Ayah Solat"

Aku pergi mana-mana pun aku akan jumpa suami atau isteri yang bersetuju mereka tidak memberikan yang terbaik untuk anak mereka melalui pemberian masa.

Jadi kebanyakannya akan gantikan masa yang mereka tak ada tu dengan hadiah fizikal seperti permainan atau percutian hujung tahun.

Yang ajaibnya, diorang ni tau, itu bukan satu tindakan yang betul, tapi dibetulkan dengan ayat "zaman sekarang, dua-dua mak ayah kena kerja untuk tampung keluarga." Zaman mak duduk rumah dah berlalu sebab kalau mak tak kerja, kemampuan keluarga takkan cukup.

Ramai orang buat assumption ni tanpa pernah mencuba dan akhirnya, pasangan suami isteri ni terperangkap dalam satu jerat 'makan gaji > belanja ngam-ngam > dapat gaji."

Buat la macam mana pun, gaji yang suami isteri ni dapat ngam-ngam.

Pada aku, itu satu benda yang agak tak betul la sebab kita sendiri tau, pada mak ayah, anak nombor satu. Masa untuk anak nombor satu. Kerja? Tak ada kerja pun kau boleh hidup.

Sebab ramai orang Melayu hidup dalam keadaan ngam-ngam. Laki kau naik gajike, wife kau naik gaji, at the end of the day, kau NGAM-NGAM. Betul. Ramai keluarga Melayu menghadapi masalah sama. Aku masa dulu kerja gaji 5 angka pun, alih2 ngam-ngam jugak.

Kelakar kan?

Itulah sebenarnya satu benda yang orang kita tak berani cuba. Kau sedar tak, kalau dalam kepala kau ada tersimpan rasa kena spend masa untuk anak lebih dan itu satu kekecewaan pada kau, aku tanya la, kalau bukan sekarang bila lagi?

Makin besar anak kau, jarak dia mentally dan physically akan makin jauh dengan kau. So bila sebenarnya kau boleh spend masa dengan anak kau?

Bila dia dah besar?

Cuba la ajak anak remaja kau gi shopping dengan kau.
Berapa kerat aje mau.

Kau kerja makan gaji, kau dah tau dah berapa increment yang kau akan dapat tiap-tiap tahun dan persoalannya, adakah akan ada satu moment di mana kau dah tak perlu lagi dah fokus kerja sebagai priority nombor satu kau dari segi masa?

Sehari ada 24 jam.

Tiap2 hari kita spend average 10 jam untuk kerja dan travel pegi kerja. Tinggal 14 jam. Tolak 8 jam untuk tidur.

Tinggal 6 jam. 

Sampai bila kita nak jadi masyarakat yang pengasuh dia spend lagi banyak masa dengan anak kau berbanding kau? Lepas tu tertanya-tanya "apa dia ubat masalah moral di kalangan remaja sekarang ni haa?"

Sampai bila?

Budak-budak makin besar dia akan ada kawan dia. Satu hari nanti bila anak kau lagi percaya kawan dia dari mak ayah sendiri, tak ke kau akan memandang balik masa silam kau dan bertanya-tanya, "kat mana silap aku?"

Gaji besar, tak ada masa untuk keluarga.

Ayah kena ada untuk ajar anak solat waktu umur diorang 7 tahun. Jika tak mahu mereka solat, paksa mereka solat. Mak takkan sampai hati paksa anak solat sebab naluri dia tak keras macam ayah dia.

Macam mana nak paksa anak solat kalau waktu maghrib ayah masih lagi tengah kena hadir mesyuarat?





Disember 08, 2015

Undang-Undang Overwrite Agama Islam!

Hari ini, kau akan nampak satu isu berkaitan dengan seorang nurse hospital swasta yang dibuang kerja kerana dia tak nak pakai baju lengan pendek waktu bekerja, atas alasan membuka aurat.

Bila jadi kes macam ni, susah kan nak tau siapa yang salah dan siapa yang betul.

By law, memang la hospital ada kuasa untuk mintak dia berpakaian sedemikian tapi as a Muslim, kita ada beberapa larangan yang perlu kita patuhi.

Benda ni clash dan aku tak rasa clashing ni akan berakhir sampai kiamat, unless ada sesuatu guideline yang dikeluarkan untuk bantu jaga kepentingan kedua-dua pihak, tapi nampaknya, aku jangkakan yang rugi adalah orang Melayu.

Kau kerja. Kau nak sumber pendapatan.
Masalahnya, kau diwajibkan membuka aurat bila bekerja.
tetapi, kau wajib menutup aurat sebab kau Islam.

Paradoks betul benda tu.

Alih2 respon yang diterima adalah "kalau nak kerja kena la ikut" atau "ada banyak lagi tempat boleh kerja dik." Ikut pandangan dan kepercayaan masing-masing. Orang bukan Islam boleh la keluar statement nak kerja ke tak nak...yang sedih, orang kita pun boleh ikut sama?

Aku, percaya, yang apa Allah pesan akan overwrite segala benda. Mungkin kau lain, wallahuallam.

Dah tiba masanya umat Islam kena hidup dalam sengsara rasanya kalau nak jaga agama ni.

Aku dah tengok kawan aku sendiri tak boleh solat Jumaat sebab kena attend meeting. Dah banyak dah kes wanita Melayu tak boleh pakai tudung waktu bekerja. Tak masuk lagi gaji kena tolak sebab kau kena ambik waktu bekerja untuk solat.

Kita selalu gunakan alasan "melayu malas, melayu culas, melayu suka melilau" untuk kata semua benda tu ok...tapi cuba kau buka kepala kau sikit dan pandang dari sudut, "benarkah itu semua ok?"

Atau kita anggap benda macam tu remeh?

Atau mungkin juga sebenarnya kita takut nak admit yang ekonomi bukan kita pegang, jadi nasib umat Islam terserah dekat orang yang tak memahami kehendak Islam?

Tak faham Islam tak apa. Kalau dia nak belajar, bagus.

Kena dengan orang yang anti Islam, anti Melayu, macam mana?
Nasib kau dekat tangan dia. Kau tak pernah terfikir?

Link ke Berita Astro Awani

Disember 05, 2015

Menyalahkan Tabung Haji Atas Kenaikan Tambang ERL Adalah Taktik Dajjal

1. Kenapa sekarang ni, aku selalu katakan yang kita kena berhati-hati?

2. Contohnya macam kes ERL ni. Nampaknya dah mula satu idea di kalangan kibod warrior pembangkang untuk pastikan YTL tak dipersalahkan dalam isu ni.

3. Hujah mereka mudah. Tabung Haji juga pemegang saham terbesar jadi kenapa Tabung Haji tak bantah? Ini bukti mereka ; pecahan pemegang saham ERL Sdn.Bhd adalah seperti berikut "YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji, SIPP Rail Sdn Bhd and Trisilco Equity Sdn Bhd with 45%, 36%, 10% and 9%"

4. Refer sini : Website ERL 

5. Tapi, kalau kau gunakan Google Cache punya tools, kau akan tau yang maklumat yang dipaparkan dah diubah......

6. Sebab pada asalnya maklumat tersebut bertulis "ERLSB’s shareholders are YTL Corporation Berhad , Lembaga Tabung Haji Bhd and Trisilco Equity Sdn Bhd with 50%, 40% and 10% shareholding respectively. "

7. Bila diubah? Agaknya pada 3hb Disember 2015. Sebab 2hb Disember, dia masih lagi pakai maklumat lama.

8. Kau boleh tengok info pasal cache Google tu dekat bahagian atas website tu. Refer sini ; Link ke Google Cache 

9. Apa possibility memang shareholder ERL Sdn.Bhd berubah selepas kenaikan tambang ni? Itu, yang kita kena cerahkan lagi lah.

10. Tapi bila kibod warrior pembangkang dah mula main kotor nak menyalahkan Tabung Haji dalam bab ni, aku pelik jugak la. Dengan tiba-tiba aje maklumat shareholder bertukar, terus start serang Tabung Haji dengan ayat "kenapa tabung haji tak bangkang keputusan ni?"

11. Lagi mudah buat orang Melayu marah dengan sebuah badan pengurusan haji yang dikepalai oleh orang Melayu ahli UMNO dan dibelakangi kerajaan sebab isunya kat sini, nak buat orang ramai benci apa saja yang ada kaitan dengan kerajaan. Aku tau la. Aku satu geng dengan diorang dulu.

12. Berhati-hatilah. Jangan kena main. Takkanlah hanya sebab kita marah kos tambang ERL naik, kita nak marah Tabung Haji sekali? Pelik bang tengok ada orang kita lagi suka hentam syarikat bermajoriti Islam berbanding yang bukan Islam....

13. Jadi, persoalan yang lagi besar.....kenapa shareholder ERL Sdn Bhd tiba-tiba bertukar selepas kenaikan tambang diluluskan oleh SPAD?

14. Tolong share kalau kau sayang Tabung Haji.
15. Jangan mudah kena main, orang Melayu. Berhati-hatilah.  Kalau kau nak baca kibod warrior pembangkang mana yang start spin nak salahkan Tabung Haji, kau carik la sendiri.

16. Ingatlah, orang yang paling bahaya, adalah orang yang ambik kesempatan untuk faedah dia, bila berlaku kesusahan ke atas orang lain.

Maklumat lanjut
Corporate Profile ERL Sdn.Bhd. Aug 2015

Link bacaan lain