Mac 31, 2015
Tahap Manakah Kesedaran Kau Mengenai Benda-Benda Seperti Pendidikan Sivik?
1. Lihat gambar di atas betul-betul.
2. Apa yang jelas kelihatan, sampah kelihatan dibuang.
3. Memang pelik sebenarnya kesedaran sivik rakyat Malaysia ni.
4. Mana ada papan tanda "Dilarang Membuang Sampah" di situlah akan dibuang sampah.
5. Orang Malaysia selalu bising mengenai kualiti hidup yang mereka harapkan tak dipenuhi.
6. Yang disalahkan, pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana sahaja pihak yang boleh dipersalahkan.
7. Yang tak salah? Dia.
8. Apa lagi kau nampak dalam gambar tu?
9. Sampah memang terang-terang dibuang merata depan papan tanda. Apa lagi?
10. Tempat letak kereta dah jadi tempat letak sampah.
11. Sampah diikat dengan tidak kemas dan sudahpun terburai isinya. Tunggu anjing datang sepahkan aje.
12. Yang akan kemas adalah pekerja pendatang asing. Apa lagi?
13. Papan tanda Majlis Perbandaran ditampal dengan sticker along. Apa lagi?
14. Ada pili bomba kat situ. Jika berlaku kebakaran, pihak bomba kena buang sampah dulu sebelum dapat memadamkan api. Nak lagi teruk, pili bomba habis ditutup sampah.
15. Ada lagi tak? Apa lagi kesalahan yang berlaku?
16. Kau nampak belah kanan tu ada bangunan kecik.
17. Tu tempat pengumpulan sampah.
18. Aku ambil gambar ni dekat satu area belah2 Kinrara.
19. Kalau macam ni lah perangai nak jadi negara maju....tak payahlah jadi negara maju.
20. Pemahaman pasal civic minded society pun fail ada hati nak jadi rakyat negara maju.
21. Eloklah kita kekal sebagai negara membangun yang punya fasiliti moden tapi rakyatnya mentaliti tahap cipan.
22. Nasib baik ada pekerja asing di Malaysia. Kita duk pandang rendah depa tapi tah depa yang duk tengok kita semacam sebab pelik kenapa orang Malaysia tak mencapai expectation diorang.
Section
Cerita Rakyat Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
salah kot. berdasar pengalaman aku, tempat tu dulu ada tong samplah besar. orang dah biasa buang situ. tp tiba2 dah alih tempat lain. kita rasa tak convenience. so terus buang kat situ walaupun ada pasang papan tanda lepas tu.
Org mlaysia mmg suka buang smpah. Asalkan bukan dlm kawasan rmh sndiri, dia bantai buang. Klu tgh drive, cmpak keluar tgkap. Bab2 kebersihan tandas pun sama. The point is, malaysian sucks in hygiene. Walaupun bukan semua tpi kbanyakan mmg mcm tu. Aku sgt frust sbb benda basic gila ni pun xleh fikir.So jgn nak perasan nk jadi negara maju.
Huh, mmg panas hati tgk gambar ni sbb teringat memori lama. Aku dok kat apartment di selayang, dan unfortunately tempat parking kereta aku betul2 sebelah rumah kecik tempat buang smpah.
Tiap2 hari aku dpt dosa free sbb mulut aku menyumpah seranah orang yg asik buang sampah kat tempat letak kereta aku, dan tak faham/reti/peka dengan hak aku sbg tuan empunya parking spot.
Pernah beberapa kali aku tggu dalam kereta nk tgk sape yg sungguh tak pandai nk buang smpah dlm tong. Yg sgt menyedihkan, dr sekecik2 budak sampai lah orang tua, tak kira bangsa - semua main campak je smpah tu, and terang2 diorg campak kat tepi tempat sampah/ atas jalan and bukan dalam rumah tu (kalau tak masuk tong at least boleh sabar lagi) - semua ni jadi depan mata aku. bila aku kuar kete and sounds, ada plak diorg pandang aku buat muka tak puas hati seolah2 aku yg salah. mmg frust kot..
Ok, just share cerita benar. sekian
lepas tu nanti ada orang up kat facebook, marah marah pengurusan tempat berkelah, sungai, air terjun yang kenakan charge kalau nak bbq or picnic kat kawasan tu..
abis sape nak kutip pempes anak kau, buang sisa sisa tulang ayam kau, clearkan sisa sisa arang kau? sape?
Ape nak dihairankan. Bayi yg br lahir bertali pusat dgn uri pun org kite main campak tepi tong sampah aje, inikan sampah sarap pulak..
If you wanna CoC advantage for your clan go to http://clanshelper.com/ - you receive free C-o-C gems instantly! I just tried that with all my clan! (yKllohLu4H)
Malaysia kena ada papan tanda dan penunjuk arah membuang sampah. Setengah tempat macam kawasan kampung memang takde kemudahan tempat buang sampah. Jadi ke longkang, parit dan sungai la tempatnya. Ini poin aku masa debat sekolah menengah. Wakakaka...
kalau dulu situ ada tandas tiba2 tandah dialih kan tempat lain..hang nak kencing berak situ kr? takkan la alasan camni nak bagitau org..malu beb
common sense takde ke bro?
Bai..siapa yg akan menyaman?
nak tahu tahap mentaliti kebersihan org tu senang je..
1.kalau dia perokok, buang puntung rokok tu ke mana kalau:
(a) dia drive?
(b) dia menunggang motor?
(c) kat public place?
2. bagi gula2, tgk dia buang pembungkus gula2 tu ke mana?
kalau setakat campak dan harapkan kontraktor kebersihan yg dilantik PBT tuk kutip
persetankan aje kempen kebersihan
persetankan aje nilai2 murni yg Islam ajar pasal kebersihan
ok bhai...
Catat Ulasan