Mac 13, 2015

CursingMahasiswa 01 UKM : "Jika Pensyarah Boleh Ajar Pelajar, Kenapa Pelajar Tak Boleh Ajar Pensyarah?"

Ini adalah teks yang aku sediakan untuk program CursingMahasiswa pertama di UKM. Aku merasakan jika Zul Fikri Zamir akan cover bahagian ilmiah, aku rasakan baik aku cover bahagian "cursing." Mungkin itu specialty aku.

Tulisan ini tidak layak untuk dijadikan sebarang rujukan pendidikan, cukuplah sekadar membuatkan golongan mahasiswa berfikir, kenapa kadang-kadang mereka, adalah golongan yang tidak layak diberikan kebebasan.



..............

"Lecturers nowadays are good for almost nothing but talking shit. Like seriously what is the requirement for becoming a teacher? A degree? Thats it? Teachers are supposed to make their students love the subject, not loathe it to the point of skipping classes."


Aku baca ayat ini. Ditulis oleh seorang pelajar UKM di page Facebook "UKM Confessions." Kau boleh refer page tu.

Aku nak pertahankan apa yang dia tulis tu.

Aku merasakan asas kepada masalah tersebut adalah betapa tak senonohnya sistem pendidikan kita sekarang ni. Selalunya jika perkara tersebut dibaca oleh pihak pengurusan, mereka akan anggap apa yang ditulis itu macam langau. Tak ada substance, hanya buat tak peduli.

"Budak-budak...apa dia tau pasal akademik?"

Pendidikan adalah satu bidang yang besar potensinya. Malahan, jika diselidik, purata nilai gaji seorang pensyarah di IPTA dan IPTS, atau UA dan IPTS sebenarnya boleh dikatakan tinggi untuk penjawat awam.  Aku selalu mendengar cerita mengenai perancangan mahasiswa Universiti yang mana mereka rancang untuk;

a. Masuk Universiti
b. Habis Universiti
c. Sambung Post Graduate
d. Jadi Lecturer

atau short versionnya;

a. Masuk Universiti
b. Habis universiti
c. Jadi lecturer

Dari senario yang aku berikan di atas, ramai sebenarnya mahasiswa yang merasakan selepas mereka ada segulung ijazah atau sarjana, secara automatiknya mereka dah layak jadi pengajar. Sejenak sahaja mereka habis belajar, mereka dah layak mengajar orang lain. Mana datangnya keyakinan itu? Mana? Sedangkan pengalaman kerja pun tak ada. Pengalaman nak menghadapi kerenah orang lain tak ada. Pengalaman nak menguruskan orang lain pun tak ada.

Sebab itulah komen-komen tersebut banyak kedengaran di Institut Pengajian Tinggi kita. Sedangkan realitinya, kita sangat kekurangan pensyarah. 4% dari penuntut ijazah sambung ke Sarjana. 2% dari itu sambung ke PHD. Itu sahaja.

Cukupkah bilangan tersebut untuk menampung bilangan pelajar yang makin bertambah?

Apa punca sebenar masalah tersebut? Pertama sekali, Institusi Awam masih lagi terlalu bergantung kepada kertas. Semua penilaian kelayakan di lakukan di atas kertas. Seorang individu yang berpengalaman selama 10 tahun dalam kejuruteraan misalnya, masih tidak layak mengajar jika dia hanya mempunyai diploma ataupun sijil. Yang lebih layak? Pelajar jurusan kejuruteraan yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka.

Sama seperti kisah Adi Putra yang tiba-tiba kecoh satu Malaysia. Dia ada pengetahuan, dia ada kepakaran, dia ada kemahiran yang orang lain tak ada, tapi dia tak dibenarkan untuk mengajar secara professional, kerana dia tak ada sijil. Dia masih bawah umur. Kenapa kelayakan dia tidak diterima? Kenapa akal dia yang pandai itu tidak dipedulikan dalam bidang akademik secara on paper?

Aku selalu membincangkan benda ni dengan kawan-kawan aku. Kenapa UA/IPTA terlalu rigid sehingga tak tengok ukuran pengalaman dan pengetahuan?

Kenapa pelajar kita tidak diajar oleh orang yang ada pengalaman tapi tak ada kelulusan dan terpaksa belajar dengan mereka yang pengalamannya tertumpu kepada bidang akademik semata-mata? "Research" sudah cukup pakar tapi "Development" nya mana?

Jadi, aku cuba kembali ke isu asal sebelum aku menyimpang lebih jauh lagi. Berapa orang di sini yang mahu jadi pensyarah? Sebab ketika aku mengajar dulu, mesti ada 9-10 orang yang datang kepada aku sebelum dia habiskan semester akhir mereka dan tanya, "ada kerja kosong tak?"Aku akan jawab "tak tau. Kalau tak ada kerja kosong, kau nak buat apa?"

Dia mesti akan jawab, "saya akan sambung belajar." Yang lawak, ada jugak yang merayu supaya bagi dia A. Sebab nak sambung master, pointer mesti maintain sekian-sekian...

Iitulah sebenarnya punca kenapa Lecturer kau tak ada kompetensi. Itulah punca kenapa kau rasa pensyarah kau depan kau tak layak nak ajar kau. Sebab sistem kita terlalu bergantung dengan kertas, jadi yang akan ajar kau,mesti ada lecturer kertas. Kau sendiri mampu nilai mana dia cikgu yang baik, mana cikgu yang tak berapa efektif ni. Kau budak U. Kau ada otak, kau punya daya penelitian tu tinggi.

Kau fikir sendirilah, kalau kita kekurangan tenaga pengajar dan Universiti masih lagi perlu running, kau nak ambik siapa nak ajar kau? Kau prefer tak ada orang mengajar kau dari kau diajar oleh seorang yang tak pandai mengajar?

Apa yang kau sebagai pelajar boleh buat untuk aplikasikan penambah baikkan kepada masalah ni?

Berani bersuara.

Itu yang aku belajar dari mengajar selama ni. Pelajar aku dibenarkan kritik pensyarah jika teknik mengajar aku tidak sampai kepada mereka. Aku anggap benda tu sebagai satu benda positif. Macam berdakwah jugalah, kau huha huha nak ajak orang jaga kesucian agama...tapi kau sendiri tak tau macam mana nak sesuaikan diri kau untuk buat orang dengar apa yang kau sampaikan, tak sampai bang dakwah kau.

Academics are rigid people dan itu satu gejala yang aku rasa boleh dilenturkan sedikit, cuma jangan sampai terpatah. Ingat pensyarah tak perlu belajar ke? Cukup sekadar buat research? Habis training? Dapat evaluation dan KPI hujung semester dah memadai? Ada benda yang kita boleh belajar dari research tapi macam mana nak mengajar itu sendiri, responnya perlu datang dari pihak pelajar.

Pihak universiti sendiri sepatutnya menyediakan satu platform terbuka di mana pelajar tidak dibebankan dan ditakutkan dengan sebarang kemungkinan buruk jika mereka mengkritik apa yang mereka rasakan boleh membantu mereka. Itu asas kepada penambahbaikkan ini kerana, jika kritikan hanya berlaku satu hala, anda sebenarnya sedang mengunci mulut-mulut dan minda pelajar supaya hanya sekadar jadi pak turut.

Suruh mereka jadi orang pandai tapi jiwa mereka dirantai.

Ok lah, berbalik semula kepada isu asal aku. Pensyarah itu kau katakan talk shit.

Apa kau ingat mudah nak jadi pensyarah apatah lagi di sebuah institusi macam UKM? Bila kau berdiri depan orang ramai dan kau nampak bermacam benda yang kau perlu depani dan masalah yang akan kau hadapi, teruk sebenarnya kerja mengajar ni. Teruk. Aku pun fedap sebab aku terpaksa deal dengan bermacam permintaan dan permintaan aku paling tak suka adalah apa-apa saja soalan general yang meminta jawapan dari aku.

"Tunjukkan kami bagaimana nak berfikir,sir!"

Aku cukup menyampah soalan tu jika ia datang dari seorang Mahasiswa. Kau datang Universiti, untuk belajar dan kembangkan otak kau. Cikgu kau boleh bagi kau 2, kau tambah lah bagi cukup 10. Tapi pelajar sekarang, majoritinya datang kelas nak kena suap. Nak kena pimpin tangan.

Masalah pensyarah adalah bagaimana kita nak tau mana satu pelajar yang benar-benar jujur masalahnya dan mana yang hanya sekadar malas tapi kuat mengembek ni? Sediakan sistem yang betul, saluran yang jelas supaya wujud diskusi antara pelajar dan pihak fakulti. Minda-minda pelajar ni memang tak boleh nak dijangka. Mengambil peluang memang kepakaran diorang ni tetapi bila kita dah beri mereka peluang untuk berbicara, barulah kita boleh bezakan yang mana satu mahasiswa yang berkualiti dan yang mana hanya sekadar cakap keluar kentut.

Selalunya; yang tulis dekat Facebook, kutuk lecturer itu ini, maki lecturer belakang-belakang ni lah yang tak berguna. Sebab dia dah rasa diri dia bagus. Sehinggakan dia berani kata lecturer tu yang kena buat dia minat nak datang kelas. Apa kejadahnya perangai mahasiswa macam tu? Apa kau ingat pergi kelas ni macam kau pergi tengok bola ke, tengok wayang ke? Nak kena minat, nak kena menarik baru kau nak pegi?

Ilmu itu hak kau.

Kau berhak perah lecturer kau dan keluarkan semua ilmu yang dia ada. Dia ada obligation untuk tolong dan guide kau jika kau ada masalah. Walaubagaimanapun, tolonglah jangan harapkan jawapan dari cikgu kau ni dik dan kemudian bila kau rasa dia tak boleh nak jawab, mulalah terjerit-jerit dekat Facebook.

Bila diskusi untuk sebarang isu dibukakan, kau diam....

Tak kompeten macam mana pun lecturer kau, at the end of the day, dia cikgu kau, kau anak murid dia. Kau tak mampu jaga relation tu dan panggil lecturer kau talking shit secara Anonymous sebab kau penakut?

Seorang mahasiswa yang takut nak confront masalah yang dia dah analisa, hadam dan sedar ada saluran yang boleh disuarakan pandangan adalah mahasiswa yang talking shit.

19 ulasan:

eddeved berkata...

baguslah komen kau nih, apa kata kau bukak satu research and development unit dalam KPM lepas tu kau jadi Head of Department, kau keluarkan idea-idea canggih kau nih...kau pernah jadi cikgu ke?

Kalau kau pernah jadi cikgu aku rasa anak murid kau pasti di kalangan anak murid cemerlang, gemilang, terbilang yang bakal menempa jalan ke syurga.

BRAVO!

ps: aku tulis ni masa aku tgh mabuk ketum jadi do not state the obvious...okeyh?

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Artikel ini menarik. Bagi pengajar IPTA memang hampir tiada komen pelajar terhadap pensyarah kecuali kalangan anak Cina. Kalau Melayu memang confirm menikus dalam lecture, hanya mengomel lepas kelas...
Ada kumpulan anak murid memang tak ambil peduli. Yang penting bagi mereka ni masuk kelas tulis apa patut and nak tau apa soalan final exam. Tu sahaja. sebab keutamaan ada sekeping kertas dgn info kursus yang pernah attend.
Ada satu group ni pulak nak A saja dan sanggup buat apa saja assignment tanpa tanya apa kaitan dengan kursus ini janji A.
Satu jenis pelajar pulak memang kaki memonteng dan memang register course untuk boleh ambik exam dan dapat transcript.
Kumpulan yang paling sikit ialah group yang nak belajar, meaning selalu argue dengan lecturer dlm kelas dan nak beriteraksi.
Mana mana lecturer pun sebenarnya sukakan yang last one. Sehingga nampak mempersoalkan pengetahuan lecturer. Memang inilah sepatutnya berlaku. Supaya lecturer pun sedar kekurangan mereka dan perlu memperbaiki pengetahuan dan kemahiran mereka. Sayangnya jenis macam ni memang kurang dari 5%.
Untuk menjadi pelajar yang outstanding itulah saja caranya.
hanya di Malaysia benda ni terlalu kurang dari 5%. Sebenarnya kebanyakan pelajar di US adalah dlm kumpulan ini.
Sebabnya yang tak berminat belajar memang sedang berkerjaya dan membuat kerja lain termasuk berperang di Iraq dan Afghanistan.
So, bayangkan apa akan jadi kepada Malaysia 20 tahun akan datang???
fikirkan lah

Najib Razak 1MDB berkata...

Salam jumaat cikgu edddeevveedddeerrr, sy bekas anak murid cikgu. Sy syg cikgu eddeeveeddeerrr..

Tanpa Nama berkata...

Salam bro.

isi yang menarik.

pengalaman aku Lekcerer buku dan Lekcerer Industri...dari zaman degree sampai la ke master.

Lekcerer Buku.

Abis je degree, dia terus sambung ke uni yang sama...jadi tutor dan akhirnya jadi lekcerer di uni yang sama.

Ada seorang lekcerer nih ayat paling best -" jujur saya cakap, saya tak pernah tgk bende ni - berkaitan engineering. yg saya tau, lekcerer saya yg bgtau dan saya hanya tgk gambar sahaja.

Lekcerer buku - kalo slides dia - 'ringkasan' dari buku teks yg dalam satu slides tu ade lebih dari 8 baris ayat

Bila exam, jawapan nak rigid. kalau definisi tu, nak sebijik2 ayat dari buku teks.



Lekcerer Industri.

Masuk kelas bawak marker pen je. Tu pun masuk takat tulis je di papan putih.

kalau kelas sejam, sejam la dia bercerita tapi berkait dengan silibus pembelajaran.

Slide pula, kekadang tu satu page ade 2-3 baris ayat sahaja.

bila exam, kalau definisi tu....asal sampai maksud - kira bole la tu.

Yang paling best - boleh bawak buku, nota dll sebabnya - dalam industri..takkan awak nak hafal semua...even kalau awak jadi consultant pun...awak akan rujuk buku juga. takkan nak ingat semua rumus tu...kod2 standad industri tu. Kalau awak jadi dokter, farmasis tu mmg kena hafal la...


- i'm not a robot

Tanpa Nama berkata...

teringat ada kawan cerita cikgu sekolah. sekolah vokasional.

pasal proses tu - bukak youtube je....sebabnya cikgu tu sendiri tak pernah masuk bengkel.

Tanpa Nama berkata...

Mantot, punca utama ialah pensyarah-pensyarah tidak mempunyai PhD dari World's Top 50 University. Sepatutnya diadakan peraturan hanya pensyarah-pensyarah yang mempunyai PhD dari World's Top 50 University sahaja yang dibenarkan menjadi pensyarah di universiti. Syarat-syarat lain ialah pengalaman kerja, penyelidikan dan menerbit dalam jurnal berimpak tinggi. Tidak pernah menjadi HR Manager tapi hendak mengajar Human Resource Management, c'mon lah Mantot

daimz berkata...

Tahniah satu pmikirn diluar kotak pmikirn biasa..aku nk cdgkn sist pgjian dubhsuai..bg mereka yg baru kerja lbih baik diberikn gji besar krn byk kprluan..bli knderaan, rumah nk kahwin dll..dn yg nk pncen biarlh rendah gji sbb kprluan tk byk sbb dh tua..lgpun anak2 dh besar n mgkin dh kerja..lg satu krjn tk pyh byr pencen byk2

Tanpa Nama berkata...

main point dia sekarang bersepah sangat orang masuk universiti. kalau banding dulu, orang pandai je yang masuk universiti, bilangan sikit, kualiti tinggi, dan of course yang masuk tu sebab semuanya layak untuk masuk, dan nak belajar..

sekarang, universiti bersepah, sepah, pelajar makin banyak, yang teruk teruk msaa spm pun boleh masuk universiti swasta. and masuk universiti pun bukan nak belajar sangat pun. asal dapat sijil, keluar dengan harapan dapat kerja baik walaupun belajar malas.

well, aku nak salahkan sistem je sekarnag ni. sistem pendidikan sekarang ikut menteri. bukan ikut mana yang baik..

Tanpa Nama berkata...

Sy juga bekas anak murid cikgu eedeebabbderrr.. Mujur cikgu mengajar saya erti2 kesopanan & kesusilaan seperti dlm rukun negara iteww.. Kalu x konfirm otak saya jd beku macai jibby skrg. Sy juga dh ada kerja tetap .. Sy jd jurutera cashier di jabatan kejuruterran cashier ..oil &gas petronas

Tq & Love u so much cikgu eeedeebaaabbdeerrr ..muah2..

Tanpa Nama berkata...

Sy juga bekas murid cikgu eddebaabbderr ... Tq atas tunjuk ajar. Skrg sy berjaya jd jurutera chashier di jabatan kejuruteraan cashier oil & gas petronas .. Syg cikgu eddebbaabbderr..

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

UMNO PARTI PENJARA berkata...

....


UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<

Tanpa Nama berkata...

Thanks Tuan Blogger. Anda berkali2 berjaya "menaip" isi yang terbuku dihati saya selama ini.
Drp,
RYSMHP
(AKA: Rakyat yg Setia mcm Haiwan Peliharaan)

Tanpa Nama berkata...

salam,

saya ada bbrp babak (kes terpencil?) untuk dikongsi tentang pelajar/ pensyarah/ sistem pendidikan di ipt (tetapi ini bukanlah tanggapan umum secara keseluruhan):

1. ada sekumpulan pelajar MA datang berjumpa rakan saya (seorang pakar bidang) utk diwawancara (dan mereka tidak membuat sebarang rujukan terlebih dahulu) bagi memenuhi tugasan yang diberikan pensyarah. akhirnya, rakan saya itu pula yang "memberi kuliah percuma" tentang subjek yang mereka pelajari. untuk beberapa perkara yang tidak mereka fahami, rakan saya sarankan untuk mereka bertanya kembali pada pensyarah terbabit, tetapi pelajar itu menjawab: "oh! prof. bagitau jangan suka banyak bertanya, sebab nanti akan tambah masalah."

ya! memang ada pensyarah yang pesan dalam kelas,"awak ikut aja, jangan tanya banyak-banyak."

2. kalau berpeluang, cuba lihat tajuk-tajuk tesis PhD yang dihasilkan (terutama dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan) di ipta. ada tesis PhD yang setaraf latihan ilmiah (BA). ada kajian yang dihasilkan pemegang phd ini merupakan persoalan dgn teori/konsep yang sudah/pernah dikaji pada tahun2 70-an & 80-an. jarang kita dapat topik dan idea baru dalam kajian tesis.

3. yang paling menakutkan bila ada rakan yang rancang mahu buat phd, ada pensyarah di ipta yang sarankan agar buat kajian yang senang2, dan tak payah nak susahkan diri dengan kajian yang tak pernah dibuat orang lain.

4. beberapa kes pensyarah baru di ipta langsung daripada BA (3 tahun) --> MA (1.5 tahun) --> PhD (3 tahun) = 7.5 tahun, tanpa pengalaman mengajar atau pengalaman dlm bidang/industri, terus dapat pegang jawatan pensyarah. buat kajian tesis dengan satu teori saja, tapi claim dalam cv/biodata pakar dalam macam2 teori di dalam bidangnya.


drp,
ubi kayu (ipta(m) confessions)

Tanpa Nama berkata...

Stuju dgn Ubi Kayu.
Dah mcm barah yg menular dlm sistem pendidikan di IPT skarang nih.
Geng2 yg bersuara krn benar ini tlh di-"caras" oleh penghidap2/penyebar2 "barah" yg dilindungi "gelaran" Dr./Prof.
P/s: Segelintir!-sdg merebak.
Drp,
RYSMHP

Tanpa Nama berkata...

Aku dlu belajar tourism mgt kt uitm.. Lecturer aku yg mngajar subjek brkenaan x penah keje travel agency.. Sudahnya klas aku 28 org yg keje bidang tourism cuma 6 org.. Ble tny yg lain knp keje lain sbb x minat.. Kalu lecturer pon xde pngalaman keje dlm bidang yg dia ajar, mcm mana dia nk mngajar.. Lebih2 lg realiti industri tu mcm mana

Tanpa Nama berkata...

betul tu..ada lecturer ni bila masuk makmal..nak setting equipment pun xtahu..habis mcm mn aku yg bodoh ni nk belajar..nnti result teruk tak pasal2 kene kipas..hahahha
plg prah ada lecturer bukan sj fresh..ade je degree,,habis je master jd lec..nk mengajar je terlalu teori copy paste dr buku..dah tu..bias..student mana rajin kipas dia yg tuh markah tggi..tp yg bgus nya lec yg dah 10thn pnglamn..yg otai profesional..tp syg pelapis lec yg tak berkualiti dan jd lec sbb gaji dah makin bertimbum..tuh la bukan student je yg maki hamun di fb..lec yg ada master pun kdg memaki hamun level student dip xhbs lagi..

AMD berkata...

Mungkin tu kat UKM je kot. Biasalah....U.KAY.M....
wakakakakaaaa!!!

Sebab aku kat UITM Shah Alam kitorang mmg open je antara students ngan lecturers. Walaupun UITM takde non-bumi, tapi speaking abt Shah Alam campus, hubungan students/lecturers lebih macam colleagues, terutamanya macam fakulti Art & Design, Mass Com, Applied Science, Science Comp. Sbb students ada byk involve dgn real-life projects. Kawan aku budak Math Science, releks je tegur prof dia pasal either faculty matters, event planning, or works. Macam member je.

Kalau kau kat UNIVERSITI tapi masih tak jauh beza macam kat SEKOLAH MENENGAH, mungkin kau kena tgk balik institusi pengajian tinggi yg kau pilih tu, it's not a healthy and conducive environment, the way you picture it. In other words, UKM ni skema sgt la....boring!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pengalaman yg sama dgn AMD. UiTM mmg sediakan suasana "ambiance" belajar sedemikian rupa.
Drp,
Alumni UiTM Sect.17 ShAlam.