Mac 09, 2015

Bab 02 : Kenapa Aku Bangkang Dispensary Seperation (DS) Dalam Sistem Perubatan Negara Kita

Dispensary seperation. Dispensary seperation. Dispensary seperation. Kau akan nampak frasa ni untuk sebulan dua ni. Percayalah cakap aku. Hari tu aku dah terangkan kenapa aku sokong DS ni, jadi hari ni, aku akan terangkan kenapa aku bangkang DS ni. Kalau kau bangkitkan apa2 isu pun mesti akan ada geng farmasi yang akan counter point kau jadi takpelah.

Sebelum kau bangkang apa yang aku tulis ni, tolong jelaskan kepada aku, kenapalah yang terhegeh2 sangat nak melaksanakan DS ni dan paling lantang memperjuangkan sistem DS di Malaysia...adalah orang2 yang bekerja dalam sektor awam. Mana dia pejuang sektor swasta? Kenapa perjuangan melaksanakan DS ni dikepalai oleh seorang penjawat awam?

Aku nak tau kenapa.
Aku sangat berminat nak tau kenapa.

Aku tak nampak kenapa perlunya seorang penjawat awam ahli farmasi yang kerjanya makan gaji dengan gomen nak berjuang bermatian2 menuntut hak melaksanakan DS....sedangkan DS dah pun dilaksanakan di Hospital Awam.

....................


Kenapa aku tak setuju dengan sistem Dispensary Seperation?

1. Yang paling jelas; aku suka dengan sistem sekarang ni. Aku pergi klinik, aku dapat tau aku sakit apa, aku dapat ubat aku. Aku tak perlu pergi ke tempat lain untuk ambik ubat aku. Kenapa aku perlu bersusah nak ke farmasi kalau kemudahan sekarang sebenarnya dah memudahkan aku?

2. Mengenai harga, aku tak tau. Pada aku, kedua-dua pihak GP dan CP akan menaikkan harga. GP akan terpaksa menaikkan konsultasi charge dan CP, iaitu certified pharmacist pula kedengaran nak memperkenalkan charge untuk dispense ubat. Sebagai rakyat, aku tak suka kena bayar lebih.

3. Menurut kajian statistik, di negara2 yang melaksanakan DS, 20-30% pesakit tidak ke farmasi untuk mengambil ubat mereka. Sama ada kau nak pandang itu dari segi hak consumer atau kebodohan consumer, dengan sistem DS, akan wujud reason atau sebab supaya pesakit yang sakit carik alasan untuk tidak ambil ubat....sebab malas.

4. Dan lebih teruk lagi, wujud pula pharmacist2 yang menggunakan kesempatan yang ada melalui pengenalan DS untuk menjual ubat secara illegal, tanpa preskripsi doktor. Aku dah banyak baca hujah2 CP pro DS ni tapi aku tak nampak lagi cara mana depa nak kawal pharmacy yang tak ikut etika ni jika bilangan farmasi dah terlalu banyak.

5. Kau pernah dapat jumpa ahli farmasi lepas pukul 5 petang? Kebanyakan farmasi yang ada sekarang ni pun rasanya hanya dijaga oleh salesgirl tanpa wujudnya ahli farmasi itu sendiri dan itu sangat menyusahkan kalau aku nak beli ubat terkawal. Pernah ke kau beli ubat terkawal dari farmasi tanpa dapat preskripsi doktor? Pernah. Sangat mudah. Sebab sale adalah sale. Selalunya yang buat camni, adalah farmasi francais. Kemudahan untuk orang ramai yang terpaksa dilakukan walaupun menyalahi etika? Entahlah.

6. Yang aku agak keliru....dengan pengenalan sistem DS ni, pihak2 pro DS nak wujudkan sistem di mana doktor boleh dipanggil buat lokum dalam farmasi pulak.

7. Yang menakutkan aku, pihak pro DS selalu kata yang Doktor tidak ada pengetahuan mengenai ubat...tapi jika kau ikut pendapat pihak2 pro DS yang cuba melobi supaya DS dilaksanakan, pihak2 ini mahu supaya prosedur konsultasi dimudahkan. Even satu chain pharmacy ni nak gesa kerajaan mudahkan prosedur treatment supaya pihak pharmacy sendiri boleh buat consultation........melalui internet.

8. What the hell? Apa jadah pihak pro DS kata doktor tak cekap dan doktor hanya tahu diagnose tetapi kemudiannya mereka cuba lobi sistem konsultasi ikut internet. Apa cerita?

9. Walau bagaimanapun, point aku menentang DS ni amat mudah. Aku rasa sistem ni akan menyusahkan kita semua. Orang2 pro DS kata doktor dan pharmacist akan bekerjasama dalam sistem ni. Dah dari awal lagi tak dapat bekerjasama apa bendanya nak bekerjasama? Aku takut kes-kes seperti di bawah berlaku;

a. Pesakit gi klinik dapatkan diagnose dan prescription
b. Pesakit gi farmasi dapatkan ubat
c. Pesakit diberitahu yang ubat yang disyorkan salah
d. Pesakit sendiri perlu decide dengan siapa dia nak percaya.
e. Pesakit telefon doktor, doktor kata A
f. Pesakit tanya farmasi, farmasi kata B

10. Yang paling penting, sistem rekod medical history, siapa nak jaga? Satu sistem medical history yang diperkenalkan oleh kerajaan? Sistem 1 Care ? Hahahah.

11. Majoriti yang duk bangkang dispensary seperation adalah golongan doktor klinik swasta. Mereka kata kalau laksana DS, kos akan naik.

12. Majoriti yang duk sokong dispensary seperation adalah mereka2 yang ada farmasi sendiri. Diketuai oleh penjawat awam (pelik....) Kata mereka, doktor klinik private cekik darah dan mark up harga ubat kaw2 dan jual untuk untung banyak.

13. Siapa sebenarnya yang berjuang untuk rakyat ni?

14. Dah memang akhir zaman sangat ke kita ni?

17 ulasan:

lkjhgfdsa berkata...

Berbaloi aku bersabar dah tidak komen pada Bab 01 itu hari.

Sebagai rakyat marhaen, satu mende pun aku tak tau pasal DS ni. Aku dapat tau pun sebab aku follow blog Dr Zoul Dahan.

http://zouldahanblog.blogspot.com/2015/03/aku-bantah-pengasingan-dispensari-tahap_4.html

Sharafina Safiee berkata...

Baca blog doktor. Memang la dia tak sokong DS. Kalau dia sokong dia akan kehilangan profit utama dia walaupun kerja hakiki dia bukan jual ubat. Carilah ilmu, jangan ikut membabi buta je.

Mantot berkata...

Cik Sharafina,
Esok aku akan terangkan (hopefully) kenapa apa yang kau cakap tu salah

Tanpa Nama berkata...

Hendak laksanakan DS mudah sahaja. Setiap penjualan ubatan terkawal mesti disertai oleh preskripsi doktor. Pemeriksaan ke atas farmasi dilakukan untuk pematuhan. Sekiranya farmasi gagal menunjukkan bukti penjualan ubatan terkawal mempunyai preskripsi, denda yang berat dan/atau penjara boleh dikenakan ke atas ahli farmasi yang cuai. Preskripsi itu mestilah dari pengamal perubatan yang berdaftar dengan MMA

Simple je tu Mantot. Kalau KKM buat macam yang aku cakap tu lah.

Mantot berkata...

bukan ke itu sistem yang memang sedang digunakan sekarang?

MatJebon berkata...

Seorang ahli perniagaan terkemuka didakwa cuba menyogok pihak berkaitan sebanyak RM50 juta untuk memastikan pengasingan fungsi klinik dan farmasi (pengasingan dispensari) dapat dilaksana bagi membolehkannya memonopoli penjualan ubat di negara ini.

Sumber berkata, ahli perniagaan tersebut yang merupakan taikun dalam operasi hospital swasta baru-baru ini membeli sebuah syarikat farmasi utama dalam usahanya untuk mengawal pasaran ubat.

“Dia bayar RM50 juta untuk pastikan pengasingan berjaya sebab itulah perkara ini diperjuangkan bersungguh-sungguh sesuatu pihak.

“Ahli perniagaan itu telah membeli sebuah syarikat farmasi yang mempunyai francais di seluruh negara ketika isu pengasingan belum menjadi perbincangan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, cadangan pengasingan fungsi klinik dan farmasi di klinik swasta menjadi perdebatan hangat di media arus perdana dan dalam kalangan pengguna laman sosial kerana pelbagai kesan yang boleh berlaku sekiranya dilaksanakan.

Langkah tersebut menimbulkan pelbagai persoalan sehingga berlaku pertembungan pendapat antara doktor perubatan dan ahli farmasi.

Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) sebelum ini berkata, pelaksanaan pengasingan dispensari adalah yang terbaik dalam menyaring pemberian ubat kepada pesakit dan mengurangkan risiko kesilapan memberi ubat oleh doktor.

Kenyataan itu bagaimanapun disangkal Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dengan alasan kemudahan perubatan di negara ini terutama di luar bandar masih belum bersedia untuk pelaksanaan cadangan itu.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap supaya kerajaan menolak cadangan itu kerana dikhuatiri menyebabkan monopoli pihak tertentu dalam penjualan ubat.

Menurut sumber itu, draf Rang Undang-Undang Farmasi (RUUF) yang dicadang dibentang di Dewan Rakyat juga seolah-olah cuba disembunyikan daripada dilihat oleh wakil-wakil persatuan doktor perubatan untuk penambahbaikan.

“Kenapa mereka perlu sembunyi perkara itu, saya rasa ada kaitan dengan tindakan ahli perniagaan berkenaan.

“Sepatutnya draf undang-undang itu diteliti terlebih dahulu untuk penambahbaikan kerana kerjasama antara doktor dan ahli farmasi sepatutnya wujud demi kebaikan sistem kesihatan negara,” tambahnya.

Utusan.

Sharafina Safiee berkata...

Berita utusan sumber ntah daripada mana. Ditunggu penerangannya daripada mantot. As a doctor I suggest you tengok skit doctor mana yang sokong, doctor mana yang tak sokong.

DrIM berkata...

Kalau CP benar2 ambil berat ttg preskripsi salah dikeluarkan Dr, saya rasa apa yg patut di perjuangkan ialah utk kerajaan mewajibkan Dr klinik swasta menggajikan mereka dlm setiap klinik bukan memisahkan dispensary itu . Sistem pemberian ubat yg dilaksanakan di hospital atau medical centre skrg bukan DS ttp Intergrated Dispensing. Sila Fahamkan betul2

DrIM berkata...

Saranan Cik Sharafina " Carilah ilmu, jangan ikut membabi buta je" mmg bagus jadi saya sarankan cik SS jhga begitu. Jgn dengar apa Doktor cakap tp telitilah DRAF RUUF 2012, DUNAS,1 CARE dan TPPA. Perhatikan juga scenario pertumbuhuan rangkaian farmasi yg pesat skrg ini yg pastinya akan memoonopoli industry farmasi yg akhirnya juga akan membunuh farmasi2 tunggal. Perlu di ingatkan di sini kamiDR TIDAK BERPERANG DGN FARMASIS tetapi apa yg kami lawan ialah RUUF baru yg TIDAK TELUS ( persoalannya: knp satu rang undang2 undang yg sgt ptg dan melibatkan kepentingan rakyat mesti di letakkan di AG chamber dan di klassifikasikan sebagai RAHSIA. Apa agenda di senalik semua itu? Knp permintaan kesatuan Dr utk mengkaji draft tersebut secara keseluruhannya di tolak? Ada apa di sebalik semua rahsia ini???) Cik SS, percayalah isu DS bukan hanya ttg poket Dr atau CP tp lebih dr itu.Apa yg awak lihat only TIP OF D ICEBERG

Sharafina Safiee berkata...

I dah baca semua tu. I follow la juga. Most of them kebanyakannya andaian. Sebelum isu RUUF ni pon kita memang tak nak bagi kan dispensing right kat dorang kan. Yang lain tu lebih kepada alasan je. Isu DS ni bukan sekarang baru muncul. Masa saya student lagi isu ni dah wujud. Thank God I'm not an owner of GP. So I won't be bias about this.

Tanpa Nama berkata...

mantot ,

dr pon dah baca blog kau , kira gempak jugak kau ni , he he he

hatim.

Matajebon berkata...

Andaian = Hearsay. Not valid. Fair enough woi

Tanpa Nama berkata...

kenapa xbuat penambah baikan utk system sedia ada.. Sorry tetingal bas.

Tanpa Nama berkata...

Bkn takat dr yg baca. Pakar pun ada yg baca blog ko ni .

-ikhlas dari pakar dukkturr ayam-

Zekken Sxz berkata...

i have a little bit informations about Software Untuk Membuat Website Sendiri
http://tinyurl.com/ld9bamw

Tanpa Nama berkata...

Utk makluman, kenapa ia diketuai oleh kakitgn awam?dah selidik ke?beliau juga adalah wakil ajk tertinggi MPS..Memang wajar lah jika beliau mengetuai isu DS.

Tanpa Nama berkata...

Harga ubat!!cuba terokai www.pharmacy.gov.my pasti anda jumpa harga ubat yg dikaji..bandingkan harga yg dibeli di farmasi atau GP..tu pun kalau tau kos ubat anda di GP..Takkan GP dapat ubat percuma utk diberikan kpd pesakit secara percuma..renungkanlah..