Disember 26, 2014

Aku Memang Pandang Slack Orang Melayu Yang Minum Arak

1. Kenapa sekarang ni makin ramai non Muslim yang cuba mengajar orang Melayu macam mana nak jadi moderate?

2. "Come on Malays! Step up! Come join us!" mungkin camtu kot diorang pandang orang Melayu ni.

3. Dalam bab politik....DAP sekarang ni menyeru kepada parti PKR dan sebahagian dari PAS supaya tidak menyokong hudud. Kah kah kah.

4. Dalam bab cuaca sosio masyarakat kita pulak, sekarang ini dah hangat diperkatakan ada satu kumpulan Melayu yang sedang cuba diangkat oleh akhbar The Star sebagai the so called "good Moderate Malays"....

5. Atau dalam bahasa pasarnya, orang2 Melayu yang pemilik akhbar The Star nak wujud lagi ramai dekat Malaysia ni.

6. Orang2 yang dilabelkan sebagai moderate ni adalah "tokoh-tokoh" yang dianggap sebagai Melayu2 yang mempunyai pemikiran yang moden, progresif dan yang paling penting....moderate....

7. Kau nampak aku buat buat ada quote dekat perkataan "tokoh-tokoh" tu kerana pada aku lah...no offense....

8. The so called moderate Malays yang sedang dijaja oleh akhbar The Star ni...adalah tokoh-tokoh moderatenya tah hapa-hapa belaka.

9. Kau nak tau siapa kau boleh carik sendiri siapa.....

10. Jangan konfiuskan dengan geng 25 orang tokoh Melayu yang ingin perubahan pada kerajaan ya? Benda ni lain. Ini "tokoh-tokoh" Melayu yang dipilih oleh The Star sebagai simbol Melayu Moderate.

11. Apa itu moderation sebenarnya?

12. Frasa tu seolah-olah dijaja dengan begitu mudah dan dilabelkan kepada tah sapa-sapa tah.

13. Padahal, moderation tu sebenarnya adalah satu amalan. Kau nak makan, makan, jangan makan sikit sangat sampai masih lapar. Jangan makan terlebih sangat...makan cukup2. Itu la dia moderation kan?

14. Jadi, jika ingin mentakrifkan seseorang itu seseorang yang moderate, dia adalah orang mengamalkan semua benda secara bersederhana....dalam hidup dan juga bab agama.

15. Aku ingatkan memang Islam ajar kau jadi moderate, kan? Kau cuba fikir betol2, semua benda pasal Islam, adalah mengajar kau amal benda tak lebih dan tak kurang. Tidur? Mesti cukup, jangan lebih. Isteri? Ada satu cukup, jangan lebih empat. Harta? Cari sekadar yang mampu jangan sampai lupa akhirat.

16. Tapi moderation nampaknya dah digunakan oleh pihak2 tertentu untuk senangkan diorang takrifkan siapa ekstremist. Masalahnya...dalam semua kes ekstremist, ada dua jenis ekstrmist. Dalam Islam...ada hardcore suicide bomber yang berani mati sebab percaya Allah nak dia bunuh diri dan di satu side lain, ada liberalist.

17. The liberals. Orang2 yang kata diri diorang percaya dengan Allah tapi amalan hari2 nya haram tak nampak dia percaya dengan Allah. Mulut minum arak, tapi bila cakap pasal agama...puihhh...laju.

18. MASALAHNYA! MASALAHNYA!

19. Orang2 liberal ini tak nak mengaku yang diri mereka sebenarnya adalah ekstremist!

20. Dan masalah paling besar.....

21. Dunia sekarang suka memandang orang liberal ini sebagai orang moderate.

22. Padahal mereka bukan orang moderate pun.

23. Aku tak rasa aku moderate sangat. Aku agak ekstremist pandangan aku pasal agama ni....sebab banyak benda aku tak tau jadi aku bergantung dengan pengajaran orang aje.

24. Tapi jika ditanyakan kepada aku, setuju atau tidak hudud, aku jawab setuju. Setuju atau tidak wanita Melayu dalam papan iklan wajib tutup aurat, aku jawab setuju. Setuju atau tidak panggung wayang diasingkan jika datang bukan mahram, aku jawab setuju.

25. Dan bila aku jawab aku setuju dengan semua kenyataan di atas, percayalah, aku akan digelar seorang ekstremist.

26. Tapi jika ditanyakan kepada "tokoh2" Islam Melayu Moderate ni....aku dah boleh agak jawapan diorang...

27. No to hudud...no to force this and that...no to polygamy....no to Islamic country.

28. Itu ke jawapan seorang moderate?

29. Berjagalah kawan2.

30. Ini pesanan aku kepada korang semua. Memang ada hidden forces yang cuba nak neutralizekan Islam di negara kita dan push orang2 liberals ni sebagai "moderate" supaya kita, orang Melayu, jadi sama aje macam orang lain, yang tak pakai lagi agama sebagai amalan tapi hanya gunakan agama sebagai satu kepercayaan.

31. Aku harap kau paham ayat last aku tu dalam point no.30 aku.

32. Kita orang Islam. Kita tak boleh cukup sekadar percaya kita Islam.

33. Kita kena hidup cara Islam.

34. Kau pernah jumpa satu grup budak Melayu tangan pegang arak tapi nila berjumpa masih lagi bagi salam?

35. Aku pernah. Kau nak kutuk aku sebab aku pandang slack benda tu? Silakan. Aku memang pandang rendah Melayu yang minum arak ni. Lemah. Poyo. Takde akal.

36. Orang2 macam tu lah yang mereka2 ni nak. "Moderate" Muslim Malays kononnya.

37. Jangan bagi orang non Muslim kawal macam mana kau prektis Islam ye? Tak kiralah diorang nak label kau ekstremist ke, zionist ke....

38. Janji dengan aku ye.

27 ulasan:

Lebai Roger berkata...

The star tiada kaitan dgn DAP da! Beb, the star milik mca, geng Hamno........moderation aka modesty, maksudnya kesederhanaan, agak2 sapa yg diorang tujukan..........kalau dilihat lebih dalam lagi......mungkin mereka mengasak Perkasa @ geng hasan JATI tiga line beb! And sudah tentu termasuk geng ostat ug yg nak bentang hudud waktu bencana menimpa rakyat.

Tanpa Nama berkata...

hahaha geng songkok tinggi rupanya kau ni mantot! tak sangka!

Tanpa Nama berkata...

Ko pukul rata kot by blaming em all sebagai tokoh tah apa-apa. maybe aku salah tapi pada pendapat aku, among 'em all, Wan Saiful Wan Jan; Pengarah IDEAS adalah manusia yg boleh dipegang pada kata-kata, peribadi dan perbuatannya. check him out kalau kau masih belum kenal.Lebai Google setia membantu.

And as for the rest of em, Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

First time aku setuju dengan kesemua point yang kau utarakan. Well done Mantot! Kau telah mengingatkan aku tentang benda2 yang aku belajar di sekolah agama kecik2 dulu. Terima kasih, kawan :-)

Rosdee Superman the best striker go selangor go berkata...

Moderate2 di atas semuanya geng yang 'buat benda yang wajib sambil buat benda yang haram'. Solat, tapi minum wine dan main kuda (Zaid Ibrahim, Ida Nerina etc). Depa cakap "Apo salah eh nak bersuka2, inilah kesederhanaan". Yang ucap syahadah tapi pegi clubbing, pro-LGBT...yang ni yang The Star nak kita contohi?

kalau macam tu la 'moderate', lagi elok jadi 'fundamentalist'. Haram tetap haram.

Aku tengok setakat ni dah prove apa yang dalam al quran, geng-geng kapir ni takkan redho dengan orang islam sehinggalah kita ikut cara mereka.

Yang IDEAS punya orang tu pun bahaya jugak. dia cuma tip of the iceberg...

Tanpa Nama berkata...

Masyarakat yang menyonsong kedatangan dajjal.

Yang hak itu batil, yang batil itu hak.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju sangat cuma ayat extremist islam ialah pengbom diri itu patut ditukar.
Extremist islam sebenarnya ialah puak2 liberalist dan pluralist.

Tanpa Nama berkata...

The star tu dah jadi balachi dap, apa dap cakap semua dia sokong.

Tanpa Nama berkata...

Aku cuma tak setuju bila dikatakan extremist islam pengbom diri berani mati.
Extremist islam ialah puak 2 liberalist dan pluralist.

Redondo berkata...

Extremis di sini adalah orang yang berlebih-lebihan sampai menjadi tuhan menghakimi, menghukum dan menghalang kebebasan orang lain.

Perlu diingatkan ye, jenayah dan dosa adalah perkara yang berbeza. Dosa itu perkara ghaib, apa hak anda untuk mendosakan orang lain?

How can you be so sure you're going to heaven, and not them?

Adakah anda yakin anda mengikuti pakar2 agama anda lebih dekat dengan syurga?

Perkara yang paling banyak tertulis dlm quran adalah perkara tentang moral. Skrg perkara2 tu dah jadi common sense, jadi basic humanity, tapi extremis2 ini sudah lupa.

Mantot berkata...

bila kau nak bercerita pasal extremism ni..sbnrnya benda tu ada dua jenis.

ekstrimis kanan = liberalist dan pluralist

esktrimis haluan kiri = pengebom berani mati

Tanpa Nama berkata...

ko kalau dalam politik ko sejibik macam che gu bard

eddeved berkata...

"mulut minum arak...tapi bila cakap pasal agama...puiihh! laju!"

lebih kurang macam tu lah quote kau.

1) kau ada nampak mulut melayu yang minum arak tuh? lepas kau nampak...kau ada empat orang saksi?

2) kau ada masa mulut minum arak tu berhujjah pasal agama?

_____________________________________

oleh yang demikian, kau juga bukan seorang Muslim yang benar kerana kau juga berhujjah mengkhinzir buta.

engkau juga tidak mengetahui dengan yakin akan samada mulut-mulut minum arak tu pernah berhujjah pasal agama, sekiranya benar maka aku yakin tempat tinggalmu dalam penjara bukan berblogger dengan bebas seperti sekarang...

cuba ikut macam aku, baca blog aku...ha ha...aku selamba...aku tunggu dua tahun baru aku menyatakan bukti-bukti mulut Jack Daniels...aku sekarang sedang menanti pintu penjara...aku juga ada empat orang saksi dan mata-mata di internet yang menjadi saksi akan mulut busuk memaki hamun di twitter...

makanya...beza aku dengan engkau...engkau berteori semata-mata, aku beserta hujjah dan bukti...malangnya lebih ramai suka membaca gebang kau dari menelaah kebenaran aku...ha ha ha...tak aku tak dengki, aku di equip kefahaman bahawa manusia suka akan sensasi...hakikat kebenaran tidak datang dengan sensasi tapi datang dengan guillotine dan cerucuk-cerucuk besi...ha ha ha!

oleh yang demikian, kau nilaikanlah sendiri...

aku masih tak convince dengan karangan kau nih...kau ada ke masa depa minum arak dan berhujjah hal agama...kalau pernah, apa kata kau calling-calling aku, kita pergi tgk depa dan aku sendiri akan bagi penerajang dan penumbuk kat depa...lepas tu kalau orang nak kata aku gila...aku tak kisah sebab aku mempertahankan agama dan Allah Taala, walaupun Allah Taala tak perlu kepada pembelaan...

sekian.

eddeved berkata...

kejap-kejap...apakah kau maksudkan mulut melayu minum arak tapi hujjah pasal agama tu azhar idrus?

kalau marina mahathir aku rasa kau salah faham tuh, dia persoal hudud, dia tanya hudud tu datang dari agama mana?

aku sendiri pun question hudud ni...tohmahan hadi awang aje nih, gebang pasal hudud sampai sekarang tak boleh nak explain apa dia "hukum pencegah" dan apa dia hukum "balas"...konsep hudud sampai sekarang blur blur seolah-olah orang yang membuatnya menogok sebaldi Jack Daniels...

owhhh...jangan kau tuduh aku melayu moderate hanya kerana aku sefahaman dengan anak perempuan tamby kutty pula!

eddeved berkata...

eh? alang-alang datang sini.

http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2014/12/cakap-tak-serupa-bikin.html

sila-sila...ini tiket aku masuk penjara nih!

Tanpa Nama berkata...

alah sama jer la korang dua ni, cakap pasal islam tapi beterabur!

Tanpa Nama berkata...

Ak setuju bab minom arak tp bg salam. Samala mcm nama je ada binti sume tapi hidup mcm barat..itulah hakikt y wujud. Y dok baran tu kenapa?terasa? Dah tu tunggu pe lagi? Berubahlah..dunia ni pun kejap je..x tau bile ko pergi mengadap pencipta kau

weschairs berkata...

Dah lama aku x singgah sini.. Point 37 tu aku paling suka dan sokong

narina tundert berkata...

Sekor pun tak pakai tudung. Kewujudan liberals ni sbb ada manusia bahlol yg berperangai extremist, racist mcm beraheem aily, ISEMAK (sic).

Amak berkata...

baiklah.

Tanpa Nama berkata...

modearate = kesederhanaan = wasatiyyah.. BN yang ajar.period.

-si tenang-

Tanpa Nama berkata...

Pg ni dlm meeting Boss aku baru je tekankan moderation dlm aspect kehidupan.pd mulanya aku setuju.

tp bila dia masuk bab agama.hak wanita.. batas pergaulan dalam islam yg bg dia langsung tak moderate..itu extremist ..dah masuk extremist dia masuk bab taliban...syria yg mana memperlekehkan agama islam...dah bila otak aku mula mendidih..aku baru paham apa hidden agenda dia nak sampaikan pd kumpulan kecil muslim dalam syarikat ni.

dan bila aku baca apa yg ko tulis,,lagi aku paham apa maksud moderation.

yes. situasi aku skang 27,30 37.

pro and cons.sumpah sedih aku dgn situasi sekarang islam langsung tak satu hati,

Tanpa Nama berkata...

aku light.

aku setuju pandangan hg tu. aku pon xsetuju org melayu yg tipikal.

tapi aku nk komen sikit sesuatu. tempat ko di gelar extrimist. aku kena cop wahabi. asala ku kuar ayat Quran dia cop aku wahabi. bila aku kuar hadis dia kata wahabi. sikit2 wahabi.

persoalannya, kenapa nk gelar2 seseorang Islam dgn gelaran yg dia xsuka??? aku xpeduli kau percaya apa, tu terpulang. bila Tuhan kata SALAH, hukumnya SALAH jugak. xboleh ckp benar. xde ayat "eeleh, besok taubat selesailah"

come on, xde menda yg senang kat dunia ni.lagi pon org yg mabuk xnampak moden pada aku. org yg ikut nabi xnampak kurang pada aku.

hairan dgn sikap melayu skrg nie.

kau tulis no. aku nk tegur, point kau xbnyak pon 3 hal je, kau punya xpuah hati 10 hal. sekian

Seo Ninja berkata...

Nice Post....
salam kenal gan, jangan lupa mampir juga di blog ane gan,
Www.AgenVimaxAsli.Com
Www.Retirescience.Blogspot.Com
Www. Theblackandgoldblogger.Blogspot.Com
Www. Ashiyoungshop.Blogspot.Com

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya, kau kupas jugak isu ni. Baguslah. Dah parah dah isu ni.

Wahai Tuhan yang maha membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu.

Semoga kita semua ditetapkan hati di atas jalan yang benar.

-Akane-

Unknown berkata...

Manusia akhir zaman terbahagi kepada dua golongan. golongan pertama, golongan yang hidup mengejar dunia semata. golongan kedua pula golongan yang mengejar akhirat semata. Golongan manakah letaknya kita?
Jadi fikir2 kan lah.

Aku percaya hudud, hudud itu hukum tuhan. Tapi untuk laksanakan hudud banyak lagi kelemahan yang masih belum diatasi. Keadaan itu akan membuka ruang kepada syubhah (perasaan ragu-ragu kerana maklumat tidak jelas) menyebabkan hudud tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna. Bermain2 kah kita dengan hukum ciptaan tuhan itu?

Tanpa Nama berkata...

Ada satu billboard besar astro kat MRR2 tayang pasal program Pencetus Ummah. Tagline dia " Selalu berhibur tak semestinya lupa agama"

Aku tak sure la tu moderation ke tak. Yg pasti, aku keliru.