November 25, 2014

Kenapa Yang Buat Undang-Undang Selalu Terlepas Dari Undang-Undang Yang Mereka Cipta Sendiri?

Satu benda paling ketara perbezaannya antara negara Eropah punya etika dan negara2 dunia ketiga macam kita ni, adalah ketaksuban (atau kepoyoan) pemimpin2 politik kita ni. Di kebanyakan negara maju, once kau jadi minister, kau akan dipandang sebagai seorang servant kepada rakyat dan memang kau akan dapat beberapa benefit, tapi still orang pandang mereka2 ni sebagai "manager negara."

Tapi di negara kita, khasnya, Pemimpin2 parti politik ini kadang2 boleh dilihat mendapat layanan sama hebat macam Raja dan Sultan dan Agung, sehinggakan pelbagai keistimewaan diberikan dekat diorang ni yang membuatkan diorang jadi bongkak, angkuh, naik lemak dan seterusnya menjadikan badan mereka berlemak.

Ada minister cool kat Malaysia? Ada. Tapi secool mana pun minister ni, once kita sebagai masyarakat bagi diorang layanan mengalahkan first class hooker....expectation diorang akan assume yang diorang kena dilayan sebegitu rupa. Itulah salah masyarakat kita ni.

Kita dah jadi terlalu terpersona dengan Menteri2 Kabinet ni sehinggakan kita lupa diorang tu sepatutnya The Servant of The People dan diorang ada di sana, hanya kerana masyarakat yang pilih diorang.

Kau bantu orang naik, kenapa kau pulak nak melutut dengan dia lak?

Dan yang paling jelas, aku paling tak suka bila undang2 negara dipecahkan kepada beberapa level dan pelaksanaannya diasingkan ikut pangkat. Kita boleh lupakan pasal Kerabat dan Kaumnya sebab itu aku malas nak sentuh tapi kenapa...kenapa...kenapa...ada undang2 lain untuk menteri?

Contohnya;

1. Cermin gelap kereta

"Cermin gelap aaa...bahaya untuk orang ramai. Kita tak tau mungkin akan ada perompak menyorok dalam kereta, lagipun tujuan pengesahan identiti dapat dilakukan dengan mudah jika cermin tidak tindted. Ini semua atas faktor keselamatan ya. Harap faham."

Cermin kereta dialah yang gelap sekali.

2. Bayaran tol

"Tol itu perlu, lebuhraya perlu balik modal kalau tidak kerajaan perlu tanggung berjuta-juta ringgit dari kantung sendiri untuk bina lebuhraya. Lagipun, ini semua untuk kesenangan bersama. Anda menggunakan lebuhraya sambil menyumbang kepada ekonomi kita."

Kalau kau boleh claim balik duit minyak dan tol dari kerajaan, apa pointnya kau nasihat rakyat supaya bersabar dengan tol.

3. Sekolah kebangsaan

"Sistem pendidikan kita adalah yang terbaik. Kerajaan telah menyalurkan pelbagai kemudahan. Lihat keputusan peperiksaan tahun lepas, semuanya meningkat A dia, jadi rakyat perlu paham lah yang OUR EDUCATION SYSTEM ARE THE BEST IN THE WORLD BECAUSE THERE ARE MORE STRAIGHT A STUDENT THAN EVER!"

Dia hantar anak dia sekolah swasta pulak.

4. Cukai kereta

"Kerajaan tidak berhasrat melupuskan cukai kenderaan kerana kami memerlukan duti eksais diteruskan untuk menampung kutipan cukai dan jika kami kehilangan beberapa billion dari duti eksais kereta, kami akan terpaksa pula menaikkan cukai yang lain untuk menampung kehilangan tersebut..."

Dari dia sampai ke anak beranak dia, semua beli kereta import, tak bayar cukai.

5. Bersederhana dalam perbelanjaan

"Anda semua mesti wasatiyah! Anda semua mesti ubah gaya hidup! Anda semua mesti mula berjimat cermat!"

Dia beli kapal terbang baru untuk kemudahan dia terbang ke mana-mana.

6. Industri Automotif Negara

"Rakyat Malaysia perlulah menyokong industri kereta negara kerana tanpa sokongan rakyat, Proton dan Perodua tidak akan mampu bersaing dengan jenama luar. Kualiti kereta kita pun sudah setaraf dengan piawaian antarabangsa jadi percaya dan yakinlah dengan produk negara kita."

Dia beli Honda.

7. Masa Depan Negara

"Anda semua tidak perlu bimbang. Yakinilah Kerajaan Barisan Nasional dan jangan didengar dakyah pembangkang yang saban hari hanya mahu menjatuhkan apa yang telah kita bina selama ini. Teruskan menyokong BN kerana Barisan Nasional adalah satu-satunya parti yang mampu memacu Malaysia ke masa depan cemerlang, gemilang dan terbilang."

Hari ini -

KUALA LUMPUR – Kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan sekiranya kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah yang melambung tinggi kini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu boleh berlaku kerana penjawat awam dengan pendapatan kini tidak mampu membeli rumah dengan harga yang sangat tinggi.


.......................

Kalau kau generasi aku, mesti kau sempat melalui satu zaman di mana kerajaan selalu canang "Kepimpinan Melalui Tauladan." Ini zaman tahun 90 an. Aku rasa, frasa tu, boleh dikatakan dah dilupakan langsung oleh pemimpin2 kerajaan zaman sekarang ni.

Pada aku benda2 ni senang je. Kau minister. Kalau kau nak implement undang2 dekat orang ramai, kau sepatutnya follow undang2 yang sama. Takde pengecualian. Tak patut ada pengecualian hanya sebab kau so called minister.

Kau nak ajak orang buat sesuatu, kalau kau sendiri tak buat, tak ke sangat poyo namanya?

Gambar hiasan - Seorang MP Ukraine dibuang ke dalam tong sampah oleh orang ramai yang merasakan dia lebih layak di tong sampahkan. Buat kat Malaysia camtu.....siaplah kau. Cuma, Menteri2 ku sekalian...sedarlah...kalau kau buat perangai yang sama dekat Negara Eropah macam apa yang kau buat kat Malaysia, rasa2 nya satu kabinet kot boleh ditong sampahkan oleh diorang ni.

Orang Malaysia ni baik2 belaka terhadap Menteri2 diorang ni.
Jadi, tak usahlah diambik kesempatan ke atas kebaikan orang ramai ni.



November 24, 2014

Dua Jenis Driver Paling Bahaya Atas Jalan Raya

Aku dah lama tak bawak motor. Last sekali aku bawak motor, adalah bila anak first aku masih lagi 6 bulan. Aku lambat dapat lesen kereta. Umur 28 tahun baru aku ambik.

Dari usia aku 18 tahun sampailah ke 28 tahun, aku ke mana-mana bawak motor aje. Meredah hujan dan panas. Meredah terik mentari. Meredah air lecak hujan. Melayan mana2 mamat yang nak ajak aku racing.

Menunggang motor membuatkan kau prektis deria driving kau supaya lebih peka dengan sekeliling kau. Serius. Kalau aku Pengarah JPJ, aku wajibkan semua pemandu yang nak ambik lesen kereta, wajib ambik lesen motor dan bawak motor dulu setahun sebelum ambik lesen kereta. Baru kau boleh paham psikologi penunggang motor yang sebenar dan surely kau akan lebih peka dengan diorang ni.

Dengan menggunakan pengalaman luas aku sebagai mat motor dan pengalaman aku bawak kereta selama 4 tahun lebih, aku boleh simpulkan; ada dua jenis golongan pemandu kereta yang merbahaya dan lesennya patut dikaji semula.

Nombor 1;
Sekumpuluan Gadis IPT Melayu Yang Nak Keluar Shopping

Yang ni memang cukup bahaya pada zaman dahulu. Tapi sekarang ni impaknya akan makin merbahaya kerana sebelum2 ni kawan2 diorang boleh tolong tengokkan kiri dan kanan mana tau terlanggar kereta lain dekat blind spot, sekarang ni oleh kerana kawan2 dia pun sibuk duk whatsapp dan messaging sambil seorang designated driver kena drive dan pantau jalan sorang2, possibility eksiden tu cukup tinggi. Nak kenal golongan pemandu camni senang je.

Dia hampir terlanggar kau, kemudian bila kau hon atau kau maki dia, baru la dia terkejut dan kemudian dia buat2 muka blur. Itu cara kau nak kenal diorang ni. Kau mesti kena hampir dilanggar dulu.

Tapi aku dah nampak dah cara yang lebih senang nak kenal diorang ni. Pemandu dia bawak kereta, punyalah gelabah sampai dagu dia letak kat stereng nak tengok jalan. Tah camne dia pusing stereng aku tak nak tau.

Ciri-ciri identiti :

a. Bertudung
b. Ramai dalam satu kereta
c. Menggelabah hanya selepas dia nak terlanggar kau dan terlalu gelabah sehinggakan untuk elak kau, dia nak bantai kereta lain.
d. Diorang akan terkejut dan menggelabah dalam satu detik yang sama dan synchronized.
e. Jika driver dia keseorangan, dia akan pandang depan dan depan dan depan SAHAJA sepanjang perjalanan tanpa tengok kiri kanan langsung.

Nombor 2
Amoi 30 an Yang Bajet Dia Amoi Tapi Dia Ah So

Geng2 ni...lagi bahaya. Dia mengalami masalah yang sama macam Geng Gadis IPT..cuma kepala dia akan disandarkan kepada kusyen dan badan dia akan keras aje melekat kat kusyen.

Muka bajet cun. Selalunya diorang ni akan bawak Toyota Vios atau Honda City kurniaan ayah dia. Akan bawak kereta selaju mungkin dengan cara dia nak sampai destinasi paling awal berbanding orang lain.

Identiti dia paling utama?

Tangan kat stereng sepanjang masa sehingga keras tangan dia kat situ dan bahu disandarkan ke kusyen sampai melekat. Oh, muka nak carik gaduh.

Ciri-ciri identiti

a. Ah So yang perasan Amoi
b. Bawak kereta sorang2
c. Langsung tak menggelabah walaupun dia nak terlanggar orang lain sebab dia hanya concernkan diri dia aje sampai destinasi.
d. Kalau berlaku eksiden, yang akan dipersalahkan adalah kau, wiper kereta dia, sport rim orang lain, bangunan yang reflectionnya tinggi dan pelbagai lagi punca lain.
e. Akan drive keseorangan dengan muka kononnya "masa itu emas."
f. Bila dia drive, tangan dia akan lurus memegang stereng. Bukan setakat itu saja, bahu juga tidak pernah meninggalkan kusyen seat kereta kerana dikhuatiri tangan akan terlepas dari stereng.

...................

"Babi ah kau Tot! Kau memang sexist! Mana dia contoh pemandu lelaki yang merbahaya?"

Ada. Tapi 9/10 orang yang nak langgar aku, selalunya adalah perempuan.

Bawak kereta tangan jangan keras. Jangan letak dagu kat stereng, nanti kau tak cukup kuat untuk turn stereng kalau ada apa2. Tengok kiri kanan. Jangan 100% bergantung dengan side mirror apatah lagi side mirror Proton Persona first version yang sampah. Tengok blind spot. Pusingkan tengkuk tu!

Tu lah benda paling berharga yang kau belajar bila kau bawak motor ni. Bawak motor ajar kau pusing tengkuk tengok blindspot.  Kena jaga. Kau langgar orang kau sakit, kau kena langgar kau sakit. Jadi awareness tu lain sikit compare dengan bawak kereta ni.

Aku cakap serius ni.

Kalau aku Pengarah JPJ, tiap2 orang kena ambik lesen motor dulu setahun sebelum ambik lesen kereta.


November 19, 2014

"Bendahara Tun Perak Mamat Ranggi Suka Merajuk."

Semalam aku jalan-jalan aku nampak buku ni diatur.

Sekolah wife aku minggu lepas ada pihak distributor buku datang. Sama ada direct dari company publisher ataupun agent dia aku tak tau...

Tapi buku2 yang dijual...adalah buku2 yang di sebelah tu. Kecuali buku belah kiri tu sebab itu buku publisher lain.

Kau bayangkan, budak sekolah rendah digalakkan untuk beli dan baca buku "Aku Mahu Saiz S" dan "Aku Mahu Popular."

Budaya membaca tu bagus.

Tapi masalahnya kalau kau pegi kedai buku, 75% bahan bacaan yang dikerumuni oleh budak2 Melayu khasnya awek2 sekolah menengah, adalah buku2 di atas ni. Sekarang ni, banyak kedai buku duk promotekan cerita "Suamiku Encik Sotong.." sebab demand tengah tinggi dan orang ramai tengah tergila-gila beli buku tu.

Come on la.
Apa yang kau baca, itu lah dia yang kau jadi.

Takkanlah lagi 10 tahun, kita tanya generasi muda masa tu siapa Sasterawan Negara?

"Ain Maisarah cikgu!"

Buku apa yang awak semua suka baca?

"Buku fantasi percintaan yang orang perempuan suka cikgu!"

Awak semua nak membesar nanti nak jadi apa?

"Jadi lelaki yang baik macam Encik Sotong Cikgu!"

Apa impian awak dalam hidup?

"Saya mahu popular dan saya mahu pinggang saiz s cikgu!"

Menggigil aku membayangkan kemungkinannya, hihihi. At least, generasi aku sempat jugak merasa zaman buku2 Dewan Bahasa dan Pustaka di era kegemilangan dia, di mana buku2 Bahasa Melayu dijual oleh lori yang datang ke sekolah2.

Aku ingat lagi adik aku belikan aku satu buku tajuk dia "Tun Perak" terbitan DBP. Kalaulah buku tu diterbitkan sekarang...mungkin tajuk dia "Bendahara Tun Perak Mamat Ranggi Suka Merajuk."

Makin lama, identiti Melayu dekat masyarakat kita ni, memang makin malap...kita perlu lakukan sesuatu.


November 17, 2014

Apa Perasaan Kau Kalau Aku Katakan Isteri Kau Lazat?

1. Kau ada orang yang kau sayang? Contohnya isteri kau ke, suami kau ke, teman istimewa kau ke, boifren kau yang kau panggil papa ke?

2. Kau pernah tak membayangkan dia tu bersama dengan orang lain?

3. Cuba bayangkan sekarang. Cuba bayangkan orang yang kau sayang tu sedang memadu kasih dengan orang lain.

4. Kau bayangkan dia tengah berdiri, lalu dipeluk dari belakang oleh orang lain.

5. Kemudian kau boleh nampak mulut orang tu membisikkan kata-kata cinta pada orang yang kau sayang tu.

6. Tangan dia tu pulak asyik peluk pinggang orang kesayangan kau dengan erat.

7. Jari bertemu jari, lalu tangan bertaut rapat.

8. Orang kesayangan kau boleh rasa nafas hangat pada wajahnya.

9. Orang kesayangan kau tersenyum suka.

10. Jantung dia berdegup kencang.

11. Tapi tiba-tiba dia teringatkan kau....

12. Kemudian dia pejamkan mata dia dan berharap agar kau dapat hilang sebentar dari ingatan dia.

13. Agar dia dapat bersama dengan orang lain tu buat seketika.

14. Apa kau rasa?

15. Sebab aku tak tau macam mana rasanya jadi pasangan kepada pelakon drama dan filem Malaysia.

16. Sebab benda2 yang fantasi pun boleh sakit hati bila kita membayangkannya...

17. Apatah lagi kalau benda tu direkod ditayangkan depan mata.

18. Sama ada pasangan kepada pelakon ni SANGAT-SANGAT memahami...

19. Ataupun dua-dua ni jenis buta hati.

20. Orang gila aje sanggup bagi isteri kau kena peluk dengan orang lain.

21. Kau suami tak guna kalau kau bagi orang lain peluk isteri kau.

22. Aku tau aku takkan faham macam mana orang2 camni boleh berfikir sedemikian rupa...

23. Dan banyak benda yang kita takkan dapat terima jadi biasa di akhir hujung hayat dunia ni.

24. Cuma, sebagai masyarakat kita perlu sedar....

25. Berhentilah jadikan manusia bacul sebagai idola anda. Itu aje ubatnya.


November 14, 2014

11 Point Penting Untuk Pelajar-Pelajar Yang Mahu Masuk Belajar di Sekolah Asrama

Aku duduk,membesar dan belajar di asrama penuh selama 5 tahun. 

Kesan daripada membesar dekat tempat orang sebenarnya banyak mencorakkan hidup aku sekarang ni. Banyak benda yang aku bersyukur sangat tapi ada juga beberapa benda yang aku tak berapa suka, seperti kena ragging,buli atau paling parah, belasah dengan senior. Aku dah pernah kena rasa belasah sorang dengan 7-8 orang tapi mungkin sebab aku lagi tinggi dari senior2 aku dan aku dulu seorang yang berstamina jugak la, aku boleh nampak senior2 aku give up nak belasah aku.

"Ak eleh mamat pendek nak flying kick aku. Bukan sakit pun."

Apa sebab aku kena belasah ramai2 atau dalam istilah sekolah aku "kena rumble" tu? Aku fly (keluar sekolah tanpa kebenaran) tanpa mintak kebenaran diorang. Kau tak nampak betapa kepala bana-nya budak2 sekolah pandai ni? Senior kena bagi kau kebenaran untuk kau keluar sekolah tanpa kebenaran. Orang2 ni la yang diharapkan akan jadi pemimpin2 kerajaan satu hari nanti tapi kitorang membesar dengan mentaliti camtu.

Mungkin sebab tu kot rasuah berleluasa kat negara kita ni, hmmmm....

Ada beberapa tips yang aku boleh ajarkan kepada kau jika kau ni jenis mamat2 yang selalu kena belasah kat sekolah asrama untuk memastikan kau selamat.

1. Kau jangan kerek. Berlagak. Ego. Tak kiralah bapak kau Gabenor Bank Negara ke, Perdana Menteri Nepal ke senior2 akan paling menyampah dengan budak yang berlagak.

2. Kalau kau hebat dalam bidang lakonan, serius shit aku cakap kat kau, sepanjang masa kau sekolah asrama, berlakon jadi pondan. Tapi jangan sampai jadi pondan betol. Aku tak tau kenapa golongan lembut ni orang tak selalu sentuh. Mungkin takut haram. Mungkin sebab lelaki lembut jarang buat benda jahat...melainkan ...jahat yang ehem2 tu.

3. Waktu kau junior, kau memang akan rasa azab! Tapi aku lucky sebab senior aku backup kitorang. Tapi nak tak nak macam mana pun kau cuba tepis, senior akan still carik jalan untuk perkecikkan kau. Takpe, layankan aje. Diorang suruh kau ambik air water cooler? Ambik. Ludah dalam tu. Jangan buang kahak. Just ludah. Kemudian goncang. Kemudian bagi diorang minum. Ini bergantung sama ada kau ngam atau tidak dengan senior kau tu.

4. Macam mana nak gain respect kawan2? Kalau kau kena belasah dengan senior. Macam mana kau nak lose respect dengan kawan2? Kau kena belasah dengan kawan2 kau sebab kau carik pasal dengan diorang.

5. Kalau kau duduk asrama, jangan jadi malas. Kau kena bersukan. Bila badan kau sihat, kau kena belasah pun tak rasa sangat.

6. Apa nak buat kalau kau kena belasah ala rumble? Nombor satu, tahan aje dulu. Lepas dah beberapa das kena kat kau...apa yang kau perlu buat adalah berlakon macam kau sakit jantung. Budak2 yang belasah kau ni, diorang berani sebab diorang nampak kau boleh tahan...tapi bila benda tu dah jadi kronik, macam darah keluar ke, jantung semput ke...diorang akan berhenti dan dengan tiba2 diorang boleh concern dengan kau.

7. Tapi yang penting, jangan cepat sangat kau mula lakonan kau tu. Pastikan real. Lepas kau kena sedas kat kepala...kau berlakon la pening sampai nak terlanggar dinding ke. Kalau kena sepak betis tapi kau pegang kepala...lagi sedap la diorang laukkan kau.

8. Nasihat aku paling penting bila kau duduk asrama ni; jadi low profile se-low yang mungkin.

9. Time paling berdebar adalah bila ada budak datang panggil kau kata ada senior panggil ke bilik diorang. Time ni kau jangan takut. Kau nak lari? Lari aje la. Gi tidur kelas. Bukannya senior kau tu rajin nak carik kau. Tapi ni apply untuk kes bangang2 macam aku kena tu aje la. Kalau kau kantoi curik duit orang dan kemudian senior kau carik kau, nak belasah....berdasarkan pengalaman aku 5 tahun, aku cakap kat hang...kau deserve kena belasah.

10. Adakah aku takkan hantar anak aku pergi sekolah asrama berdasarkan pengalaman aku? Ada satu hari, aku gi open house raya rumah kawan aku kat Ampang, tengah duduk ramai2, ada sorang anak kawan aku sepak anak aku yang masa tu baru aje berumur dekat 2 tahun dari belakang. Budak2 4-5 tahun, baru belajar nak jadi ganas. Memang berkecai jiwa aku waktu tu sebab anak aku blur2 tak tau apa yang terjadi kat dia...tapi oleh kerana anak aku dianugerahkan badan yang sasa macam ayah dia, dia pusing belakang, tengok budak tu...kemudian dia sambung balik tengok TV berdiri sambil makan kuih.

Kalau nak kira takut, sampai bila2 kau takkan buat apa2.

Jadi, tak perlulah kau takut hantar anak kau ke sekolah asrama hanya sebab kau dah kerap benar tengok video budak2 belasah dalam asrama ni. Benda dah nak jadi, dia akan jadi tak kiralah macam mana pun kau cuba halang sesuatu tu berlaku.

Ada satu lesson yang aku pegang sampai sekarang yang aku belajar dari sekolah berasrama penuh ni. Kau takkan jadi dewasa kalau kau tak belajar hadap benda yang buat kau susah hati. Tapi sesusah macam mana pun hati kau, ingat....ada orang lain yang akan risaukan kau lebih dari diri kau sendiri.

So, point aku no.11...

11. Kalau kau kena belasah, jangan bagitau mak ayah kau, melainkan ada berlaku kecederaan teruk. Setakat kena sepak terajang sikit2 kena buli sikit2, biasa la tu. Kalau semua benda kau nak bagitau mak ayah kau, tu la puncanya mak ayah kau akan kena sakit jantung waktu muda.

Kalau kau sayang mak ayah kau, ingat benda ni. Especially kepada anak2 ibu tunggal atau bapa tunggal macam aku. Memang boleh sakit jiwa perasaan mak bapak ni, bila tau anak dia demam. Tu baru demam.

Belum lagi tau anak kena belasah, ye tak?

November 13, 2014

Adakah Satu Masa Nanti Sasterawan Negara Perlu Menulis Gosip-Gosip Artis Untuk Cari Makan?

Dulu waktu aku belajar, aku suka buat karangan. 

Aku ingat lagi ada satu hari di mana aku buat karangan BM yang cikgu aku kata bukan level budak darjah 4. Pergh. Bangga betul aku waktu tu. Kemudiannya bila aku cemerlang UPSR, masuk SBP dan teruskan pelajaran ke sekolah menengah, aku agak lupakan pasal benda2 penulisan ni.

Sebab aku tak berapa minat nak menulis masa sekolah menengah.

Waktu sekolah menengah, pelajaran subjek sastera macam BM dan BI sudah tidak lagi memerlukan kau luahkan apa imaginasi kau tapi lebih kepada cuba mengolah sesuatu fakta supaya benda tu ada dia punya bukti dan hujah.

Aku tak tau zaman sekarang ni tapi kalau zaman aku dulu, bila hendak menulis sesuatu karangan yang non fiction, kau akan diberikan satu ayat penyata atau maklumat yang perlu kau tau, contohnya;

"Kegiatan pelacuran adalah berfaedah untuk membantu masyarakat mengawal kes rogol. Bincangkan."

Apa yang cikgu kau akan ajar apa kau buat?

Pilih sama ada nak sokong atau nak bangkang. Kau perlu pilih side. Nak senang? Sokong. Nak carik jalan susah sikit? Bangkang. Aku pernah tanya cikgu aku dulu, kalau kita pilih untuk bahaskan hujah dua2 side, boleh ke?

Dia jawab tak boleh. Sebab dalam sesebuah karangan, kau perlu berdiri belakang hujah kau dan bila kau tak menyokong atau tak membantah, karangan tu takkan ada isi. Kau tak mampu berdiri teguh belakang hujah2 kau.

Lebih kurang camtula penerangan cikgu aku.

Bila aku fikirkan balik dalam beberapa tahun ni, aku rasa keperluan untuk memilih sama ada menyokong atau membangkang satu2 tajuk dalam penghasilan karangan di sekolah adalah sesuatu yang tak munasabah. Kerana ini akan melahirkan manusia yang fikirannya tak fleksibel.

Sastera sepatutnya fleksibel. Sastera sepatutnya boleh pukul dua-dua pihak. Tapi oleh kerana aku dah diajar supaya hanya jadi satu pihak, selalunya aku pilih nak membangkang la. Lagi mencabar. Walaubagaimanapun...aku prefer supaya pelajar2 sekolah dapat diberikan kelonggaran untuk hujahkan kedua-dua pihak punya pandangan dalam karangan mereka.

Ini bukan program debat di mana kita perlu ada pihak yang nak menang hujah. Pendidikan penulisan adalah sesuatu yang perlu diajar tanpa belenggu. Tanpa rantai.

Biarkan saja apa jenis hujah pun ditulis dan dikarang. Biarkan saja pelajar itu mengaku dalam penulisan mereka, mereka cuba bersikap neutral tetapi lebih cenderung kepada satu pihak jika keadaan memerlukan.

Tapi aku dah diajar supaya pilih satu side sahaja.
Aku tak tau la zaman sekarang ni macam mana. Sama aje ke?

Dengan memberi fleksibiliti dalam penulisan karangan peperiksaan, pelajar diajar supaya pilih haluan sendiri, pilih pandangan sendiri dan yang paling penting, mereka belajar supaya memandang kedua-dua pihak sama rata. Itu adalah proses pelajaran ni. Jika proses pelajaran sendiri menekan kemampuan seseorang untuk berfikir guna akal sendiri, itu salah. Itu bukan mendidik.

Aku rasa la, aku tak ada fakta benda ni, sedikit sebanyak kemampuan kita berfikir ni disekat oleh cara kita diajar dalam pembuatan sesebuah karangan. Dah dari kecik bila kita nak menulis aje kita dah diarah untuk sama ada sokong atau bangkang sesuatu hujah.

Masalahnya, kadang2 kita bukannya peduli pun pasal sesuatu topik yang dijadikan isu tapi kita terpaksa jawab kerana dah kertas peperiksaan tertulis topik tu. Topik yang dipilih tak ada masalah. Boleh aje gebang bagi cukup satu karangan lengkap.

Sayangnya, kenapa kita diwajibkan declare kita sokong atau tidak pernyataan tersebut? Benda memang nampak simple, karangan sekolah. Benda cap ayam.

"Budak2 yang suka sastera ni budak2 pemalas nak belajar dan budak2 yang belajar sains ni la yang pandai-pandai belaka."

Tu lah dia falsafah pendidikan negara yang tak dimaktubkan secara rasmi.

Tapi bila direnungkan dalam sikit, kesannya amat menusuk dalam sistem politik negara kita, pengkelasan identiti dan behavior control seseorang manusia. Adakah kita sebenarnya melakukan kejuruteraan manusia, dalam bentuk pengawalan kebebasan minda dalam penulisan sastera, tanpa kita sedari?

Atau kita sedar....tapi kita tak peduli, kerana sastera di negara kita adalah tahap ayam. Sedangkan, semua tamadun yang maju...mesti ada tiga benda ni untuk jadi maju; sains, seni dan sastera.


November 07, 2014

Mencari Identiti Melayu Dalam Bidang Karya Seni Adalah Pencarian Sampai Mati

Dewasa ini terlalu jelas kelihatan wujudnya karya2 yang aku terma-kan sebagai "karya bodoh" dalam pelbagai medium. Dari dulu memang ada tapi entah kenapa sekarang ni terlalu besar lambakan karya bodoh dalam industri negara kita. 

Sebelum teruskan membaca, tolong fahamkan apa itu karya bodoh pada aku. Karya bodoh itu pada aku, adalah karya yang dijual semata-mata untuk memenuhi fantasi pengkarya dan memenuhi fantasi produser, tanpa mengambil kira ada atau tidak kesan positif yang disampaikan kepada masyarakat. Sebagai contoh....filem Transformers Michael Bay.....

Kalau kau compare filem Transformers Michael Bay dengan kartun Transformers klasik "Transformers The Movie" serius aku cakap dengan kau....kartun tu jauh lebih "pandai" berbanding filem2 Bayformers ni. Kau tak percaya kau nilaikan sendiri..tolong jangan puji dan suka filem Bayformers sebelum kau tengok "Transformers The Movie."

Michael Bay adalah pengkarya paling hebat karya bodoh Hollywood, di mana kau boleh suis off akal kau dan just entertained diri. Habis filem, kau bangun dan teruskan hidup macam biasa.

Karya2 tersebut lah yang terlalu banyak dihasilkan oleh orang2 kita sekarang ni. Contohnya, drama2 tangkap leleh cintan cintun kaya miskin yang disadur dari novel. Aku baru aje tengok satu drama minggu lepas...pelakonnya dalam drama bertudung, kerana melakonkan watak "jaga agama" tapi melakonkan adegan pegang2 tangan, kerana nak menyampaikan mesej2 keagamaan.

Kau tak nampak kebodohannya di situ?
Oh, pelakonnya Siti Saleha. Hot stuff.

Pengkarya2 inilah sebenarnya yang menyajikan karya2 kepada lapisan majoriti masyarakat. Dan masalahnya karya2 bodoh ini telahpun diangkat sebagai karya mainstream di negara kita dan karya2 berfikir adalah karya2 golongan minoriti. Kau boleh tengok sendiri dekat industri filem kita, cuba kau tengok apa yang orang Melayu tengok dan kenapa produser filem tak nak buat filem yang mengajak orang berfikir.

Itulah dia polemik yang berlaku sekarang ni.

Wujud satu kelompok lain yang digelarkan sebagai penulis-penulis indie yang mulutnya macam gampang dan bajet bagus kerap benar mengkritik karya2 bodoh di pasaran. Golongan2 ni jugak lah memperjuangkan apa yang dinamakan sebagai karya berfikir yang cuba melawan arus karya2 bodoh yang banyak ni.  Masalahnya, golongan2 indie ni, diorang rasa diorang pandai dan peminat2 karya bodoh itu bodoh.

Berlakulah pertembungan ideologi yang berbeza antara kelompok majoriti peminat drama cintan cintun yang disadur dari novel fantasi seorang wanita yang tak cukup kasih sayang dan kelompok minoriti pengkarya bebas yang merasakan diri mereka jauh lebih pandai dan mengharapkan supaya karya2 yang membuatkan orang berfikir akan jadi pilihan majoriti.

Sementara itu, kapitalis2 pengeluar modal hanya menunggu melihat siapa yang jadi majoriti.

Dan itulah hakikatnya yang penulis2 karya berfikir ini perlu sedar, YOU ARE THE MINORITY dan altercations, pergaduhan ideologi serta bersikap rasa diri lebih pandai takkan membuatkan perjuangan kau berjaya.....kerana orang yang kau kutuk2 tu adalah kelompok majoriti. Macam kau nak ubah kerajaan tapi penyokong kau walaupun ramai,  still tak mampu nak dapatkan 2/3 kerusi parlimen.

Kenapa?

The blame is not on the government. Memang diorang buat gerrymandering, memang diorang main taktik jahat, memang kalau lawan fair and square...BN dah jatuh dah....tapi persoalannya, kenapa BN tak jatuh2 lagi?

Kau adalah orang minoriti.
Aku adalah sebahagian kelompok minoriti.
Kita semua adalah kelompok minoriti.

Dan sebagai kelompok minoriti yang percaya karya yang berfikir jauh lebih baik berbanding karya bodoh, going heads on melawan diorang takkan ubah apa-apa. Apa yang kau akan dapat hanyalah more resistance. Kita perlu smart.

Macam mana nak ajak orang yang suka drama cinta cintun disadur dari novel dikarang wanita tak cukup kasih sayang supaya dia tengok apa kau produce, dia baca apa yang kau tulis, dia sokong apa kau buat? Macam mana nak turn minoriti jadi majoriti?

Kau perlu jadi sebahagian dari diorang.

Kau perlu hasilkan muzik yang diorang nak dengar tapi liriknya worth something, bukan macam lirik "tiada ku sangka, bola-bola api, yang dahulunya kecil, menjadi besar." Tulis buku berfikir...tapi cover dengan kisah cinta. Buat filem yang ajak orang berfikir, tapi jadikan dia sesuatu yang peminat karya bodoh ni nak tengok. Macam apa Mamat Khalid kerap buat.

Kau tak suka drama cintan cintun yang disadur jadi drama lalu ditayang waktu Maghrib dan ditulis oleh seorang wanita yang kurang kasih sayang? Tuliskan kisah cinta yang akademik. Tulis kisah cinta yang ajak orang bercinta dengan ikhlas. Tulis kisah cinta yang mampu ubah pandangan masyarakat majoriti ni terhadap "apa itu template kisah cinta dan drama masyarakat Melayu Malaysia?" Tuliskan kisah cinta yang buat orang ramai bangun cari cinta.

Sebuah karya yang bodoh adalah karya yang kau datang 0, kau balik 0.
Sebuah karya yang baik, kau datang 0, kau balik 1.

Sebuah karya agung? Kau datang 0, kau balik pun 0. Tapi esok2 nya dia accumulate hari demi hari sebab penonton kau baru faham apa yang kau nak sampaikan dan dia akan fikir, ingat, fikir, hadam, fikir, ingat sampailah dia sendiri suruh kau baca, tengok atau dengar karya yang dia dah tengok tu.

Bukan sebab karya itu best...tapi sebab karya itu stuck dekat kepala dia.

Tapi sayangnya, yang kita nampak dalam industri hiburan kita, kebanyakannya adalah karya pakai buang. Karya ibarat lampin pakai buang bayi. Banyak brand lampin pakai bayi ada, tapi kegunaannya sama. Untuk takung najis. Kemudian buang.

Kemudian kapitalis carik balik novel mana yang sedang hangat di pasaran, dramatizekan....kemudian lihat satu Malaysia tercangak depan TV berborak pasal pelakon mana yang dia paling tak suka sebab menyampah tengok muka dia dalam drama. Dah market demand drama macam itu. Kau nak marah camne pun, takde guna.

Ubah kesilapan kau.
Lawan karya bodoh tu dengan karya kau.

...................

Ruangan Iklan

Untuk gadis dan wanita yang mementingkan kualiti,
kami menjual Tupperware Bella Tumbler Set dengan harga istimewa.

Tempah sekarang di Jiwa Mahmudah.
Klik untuk maklumat lanjut.



..............

So, kau claim yang kau best?

Cuma satu ajelah yang aku boleh jadikan panduan untuk kenal pasti sama ada kau ni peminat karya bodoh yang bodoh atau tidak. Tanya diri sendiri ;

1. Suka atau tidak tengok video budak hostel kena belasah?

2. Ada kau kutuk budak2 yang membelasah dia? Mesti ada. Ramai yang melahirkan rasa simpatinya.

3. Jika ada, ada tak kau sumbang duit untuk tengok atau beli mana2 filem gangster Melayu?

4. Jika ada, kesimpulannya mudah...

5. Kau suka karya bodoh dan kau bodoh.

6. Sebab kau tak nampak betapa buruknya kesan filem gangster ni kepada masyarakat kita tapi kau boleh tertanya kenapa diorang ganas camtu.

Aplikasikan benda yang sama kepada video2 viral kes buang bayi, video couple Melayu beromen atau video Melayu buat benda jahat.

Kau perlu sedar, sekecil2 zarahsekalipun, semua karya bodoh yang popular akan memberikan impak kepada orang ramai. Oleh kerana kita adalah sharing community, apa yang kau buat, walaupun hanya dengan menonton filem gangster gaduh2 tumbuk2 kat wayang...kesannya akan sampai dekat orang lain. Video budak asrama belasah2 tu, kalau dia ada tiru aksi filem gangster (memang ada satu part sebijik macam dalam satu filem, ni yang video Perlis tu)..

Anak aku tengok Upin Ipin, berjalan pun dah macam Upin Ipin. Begitulah gulliblenya masyarakat kita. Kepada penyokong filem gangster aku tanya kepada kau, kau tak pernah fikir ke kesan tengok aksi ganas dekat budak2?

Karya perlu beri kesan positif pada orang ramai. Tapi entah kenapalah, karya2 sekarang dari dulu sampai sekarang stuck dekat tema yang sama....gangster,hantu, cinta, gangster,hantu,cinta....macam tak ubah dari tahun 80 an.

Yang berbezanya hanyalah fashion sense sekarang ni better banyak berbanding wardrobe tahun 80an.
Pelakon pulak nama dah ala2 orang putih. Dulu, pelakon semua nama Salleh, Sabaruddin, Mustafa...sekarang?

Malu aku nak menyebut.
Sebab aku malu tengok orang Melayu malu dengan nama dia sendiri.


November 04, 2014

Mahasiswa Mahu Kebebasan Berpolitik Dengan Menjadi Pak Turut Parti Politik

Minggu lepas kepada yang mengikuti arena politik negara, berlaku sedikit kekecohan di Universiti Malaya...Ahhh..UM..tempat aku try tekel sorang awek dan kemudian kena rejek sambil tangan aku pegang teddy bear...membuatkan aku sedikit fobia nak ke UM sekarang ni.

Kebelakangan ni, wujud gerakan mahasiswa yang cuba mengembalikan semula peranan mahasiswa dalam arena politik negara seperti yang telah berlaku pada tahun 70an di mana mahasiswa pada ketika itu, memainkan peranan yang aku rasa agak besar jugak dalam politik. Sebab masa tu mana ada Facebook, internet dan sebagainya...jadi diorang memang berpengaruh jugak, semua orang kenal bai..sehinggakan sampai sekarang kau boleh nampak muka2 yang sama jadi aktivis masa zaman 70 an dulu...sekarang ni dah jadi politician hebat.

Aku tak tau apa jadi kepada gerakan diorang ni tapi aku syak ada zaman di mana berlakunya supresi lembut ke atas mereka2 ni yang membuatkan peranan mahasiswa dalam politik sekarang...lebih kepada macam anak ayam yang kehilangan ibunya.

Sekarang ni muncul beberapa nama besar seperti Adam Adli (yang aku tak berapa suka corak politik dia kerana politik dia takde adab) dan yang terbaru...Fahmi Zainol, orang yang diangkat oleh Anwar Ibrahim sebagai "pengganti" dia.

Aku tak ada masalah mahasiswa nak berpolitik. Jika berlakunya akta yang menghalang mahasiswa berpolitik....kerajaan perlu fikir terlebih dahulu kenapa dia benarkan orang berumur 21 tahun mengundi. Sebab mengundi itu adalah satu pilihan politik. Kalau kau diberi kuasa untuk pilih kerajaan mana kau nak...kau sepatutnya dah cukup matang untuk berpolitik, tak gitu kerajaan pusat?

Cuma...gerakan politik mahasiswa dari dulu sampai sekarang style nya sama. Sekumpulan pelajar bersorak2 nak kebebasan. Sekumpulan lagi bersorak suruh yang nak kebebasan tu akur aje dengan pemerintah. Benda yang sama berlaku dalam Parlimen, itulah jugak yang berlaku dalam politik mahasiswa ni. Politik pecah belah.

Politik pak turut.

Mahasiswa adalah orang2 yang diharapkan mampu sumbang akal diorang pada negara. Kau masuk universiti, itu maknanya kau ada something. Tapi gunakanlah akal yang kau ada tu dan fikir, jika kau selalu melaungkan pasal kebebasan berpolitik..............kenapa akal politik kau tak bebas?

Kau fikirlah sendiri. Kau nak jadi aktivis..tapi apa yang kau laung-laungkan adalah isu yang sama dengan apa yang kerajaan atau pembangkang laungkan. Najib suruh kau kata A, kau kata A. Anwar suruh kata B, kau kata B. Najib claim kau pengganti dia, kau bangga, Anwar kata kau pelapis dia, kau bangga. Last2 kau akan jadi politician yang sama dari generasi ke generasi.

Kau mesti ada idea kau sendiri, sebab itu kau join jadi aktivis, kan? Dalam kepala kau mesti dah ada beberapa penambah baikan yang kau rasa kau mampu jadi penggeraknya. Tapi last2 isu kau adalah kebebasan untuk Anwar Ibrahim.

Apa cerita?

Kau damba kebebasan politik tapi politik kau sempit. Itu takkan membantu generasi2 akan datang kerana ini akan melahirkan negara yang mempunyai dua pihak yang saling tak mahu beralah, sama ada kau sokong kerajaan atau kau anti kerajaan. Pada aku lah, jika kau seorang mahasiswa dan kau nak berpolitik, kau tau apa yang negara kita perlukan sangat sekarang ni?

Pihak ketiga. Pihak yang mampu hentam dua-dua pihak dan mampu sokong dua-dua pihak. Pihak yang mampu bebaskan pemikiran mahasiswa dari belenggu politik old school negara kita dan wujudkan satu budaya politik yang matang dan mampu bekerjsama walaupun berlainan parti.

Tapi mahasiswa kita fanatik.

Kau tengok la sendiri korang label diri korang apa...Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa. Apa kejadahnya label tu? Kau tak nampak ke itu satu bentuk dasar pecah dan perintah yang akan melahirkan pak turut dan pak geleng2?

Kau mahu kebebasan?

Kebebasan berpolitik adalah apabila kau mampu sokong benda yang betul...tak kiralah yang anjurkan benda tu parti lawan kau. Sebab itu saja caranya kau nak improve politik kita ni. Kita perlu longgarkan sikit fanaticism politik kita dan tengok apa yang baik dalam politik.

Dua orang pemimpin dari parti berlawanan kentut....tak ada siapa pun suruh kau pilih kentut siapa lebih wangi...tapi pada ramai aktivis mahasiswa ni, diorang sendiri volunteer nak pilih kentut siapa yang wangi. Itulah dia politik mahasiswa yang aku nampak.

Berapa kerat pemimpin mahasiswa pro Anwar Ibrahim yang berani menyatakan secara terbuka "Langkah Kajang" yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat adalah satu langkah bodoh, buang duit, buang masa dan paling penting...melawan semua prinsip demokrasi dalam negara?

Kalau ada pun mesti senyap2 sebab takut digelar pengkhianat...

Kau nak keadilan tapi kau nak keadilan pada sebelah pihak aje. Mana aci camtu. Alih2 pemimpin yang lahir oleh gerakan politik mahasiswa, adalah klon2 kepada pemimpin2 terdahulu. Klon Najib. Klon Anwar. Klon Mahathir. Klon Ahmad Maslan (ni paling ramai). Padahal, apa yang selalu dilaungkan....adalah kebebasan.

Bebas macam mana aku tak tau...kalau gaya bercakap pun dah sama macam pemimpin yang dia puja2? Last2 bila buat ceramah, yang menontonnya, mata tengok kau, tapi dalam kepala duk teringat orang lain yang kemungkinan besar akan jadi banduan.

Kau tak sedar ke diri kau kena game kat situ dengan pemimpin2 veteran ni?

Learning is a process of copying but when copying is the whole process of learning....you are not learning. You are cloning. The world is amazed when they can clone a sheep, but few realize humans has been cloned by those who have written the history.