Aku takde internet lagi tapi memandangkan member aku bagi aku pinjam Maxis broadband dia untuk 2 malam aku ambik kesempatan nak update sket apa yang terjadi.Takde la aku ditangkap oleh ISA sebab aku bukannya blogger yang terkenal dan aku takde langsung menyimpan rahsia2 kerajaan yang sensasi.Aku hanyalah seorang rakyat biasa yang suka menulis cerita2 orang kebanyakan dan menceritakan kepada umum betapa berkembangnya kemajuan industri porno Malaysia.Terima kasih sebab ada yang risau hilangnya aku.
Ikut plan asal aku,aku nak berpindah ke Seri Kembangan sebab dekat gila dekat ofis aku ,Cyberjaya.Kononnya nak dedicated gila dekat kerja dan nak buat kareer aku berkembang maju.Aku dah siap booking satu rumah flat dekat area situ cuma untungnya aku tak bayar lagi deposit dia walaupun kunci rumah tu aku dah ambik.
Aku dah try tidur dekat Seri Kembangan tu sebelum aku angkut barang masuk,tapi aku lepak sekejap je sebab aku berasa kurang senang.Udara dia berbau pelik.Waktu tu aku rasa bolehlah,murah gila sewa,tahan aje la.Bila aku dah angkut barang semua sekali masuk rumah baru tu,aku balik lah ke rumah lama aku.Tengok dalam tu kosong je.Tetiba hati aku jadi sayu.Banyak memori kat situ.Pastu aku balik ke rumah baru aku tu.Waktu tu dah malam.Aku tengah berlegar2 kat ruang tamu yang penuh kotak2 aku,aku baru sedar berapa jauhnya beza persekitaran rumah aku dulu dan rumah baru ni.
Masa aku datang memula tu,aku tengok ada ramai pendatang Indonesia.Masa aku naik tangga,aku selisih dengan orang Bangladesh.Ada satu geng mat rempit Myanmar lepak kat taman sambil hisap rokok ramai2.Ada 2 persamaan antara dia orang semua ni,satu,diorang ni pendatang.Nombor 2,diorang tengok aku semacam.Macam aku tak patut duduk situ.Siap ada satu mamat Myanmar ni usha semacam masa aku angkat kotak bawak naik atas.
Pelik,sebab rasa macam kita ni pendatang.Seolah2 kita sendiri yang sedang berada di negara diorang.Aku pegi jumpa member aku dekat bengkel motor dia,tanya2 pasal tempat tu.Dia bagitau aku jaga-jaga sket.Situ bukan setakat kes curi,kes rompak pun ada.
Abang ipar aku pun pandang aku macam tak percaya bila aku bawak diorang pegi rumah tu.Dengan surrounding yang dipenuhi dengan kanak2 Bangladesh bermain kaki ayam dan lelaki2 Myanmar yang berjalan ke hulu ke hilir tanpa tujuan.Aku jadi psycho.Panik.Takut.Macam2 yang bermain kat kepala aku masa tu sampai bila aku telefon member aku,aku dah tak mampu nak bercakap.
Jadi aku ambik keputusan drastik.Aku join rumah member aku.Kawasan pun kawasan orang Malaysia.Terjamin dan selamat siap ada swimming pool lagi.Berpindah lah aku lagi sekali dan terpaksa lah aku membayar duit lori sekali lagi.Jadi,dalam 2 hari,aku berpindah 2 kali.Biarlah jauh dan penat ke tempat kerja,asalkan hati aku tenang dan aku still boleh tengok awek2 Melayu.
Jadi,kalau anda dapat rumah murah,pastikan fikir betul2.Mampu tak anda hidup dalam satu suasana yang asing yang membuatkan anda rasa macam orang asing.Padahal ini negara anda sendiri?
9 ulasan:
haha .. mcm aku kenal aje area tu. satu tindakan yg bagus mantot. kalo hati dah tak senang, baik blah aje dari situ. awek melayu FTW~ tp bukan awek 3gp haa~ niahaha!!
awat hg tak dok kat sg ramal tu mantot..alah belakang uniten tu aje..aku rasa sana lg dekat..kawasan kg lg..baru ada aroma kekampungan di situ aku rasa..
apa pun aku ucapkan selamat berposa dan kembali ke sini..kami kat sini sentiasa risau keselamatan hg dan rindu akan masalah tulisan hg di sini..selamat berposa..
hang skang duk mana mantot... kajang kee...??
sayu tot? ko rindu kat pau ke ape? ko dah pindah ni..susah aa nak jem
tot,ak mau add up sket.
actually xde la relate sgt..tp ade sket kot...
haha
last week ak pi satu kedai cermin mata kt times square.ak cm baser la gaye ala2 minah sempoi...
jeans+selipar+t shirt..masukla kedai tuh dgn hajat mau bli contact lens.aih.pekerja kedai tu buat dek jek kt ak.cm ak takde duit mau bli.sume wat muke toye,siap baring2 lagik.then mase ak nak bayar,dtg la satu group mat salleh nih.sumer automatik berdiri.aPekah?ak time tuh suda hangin satu badan.tak paham aku.
why we should respect "foreigner" that much?toloooonnnnggg lah.!
Mantot, aku tak sangka kau kerja kat Cyberjaya, aku adalah salah sorang penduduk Cyberjaya yang terawal, tahun 1999 dah duk sana, MMU.
Sekarang kau duk kat Seri Kembangan tu kat Apartment Cemara ke? kalau duk kat belah Jusco tu memang bau busuk sket, dari dulu lagi, sebab kawasan tu bekas tempat bunag sampah.
area umah aku plak dah jadik perkampungan mini orang2 arab...
budak UPM budak Uniten Budak mane lagik tah duduk situ..
dorang2 nie dtg dgn family, masing2 study buat master la PHD la..
tp buat perangai macam condo tuh bapak dorang yang buat.. cam harammm
kite kat Malaysia dok bising Melayu Cina India nak ber'racist' antara 1 sama lain...
dorang nie lagik 800x ganda!!
Whow it is scary to feel that way in our OWN country. Malaysia ohh Malaysia
brader, aku dulu pon duduk seri kembangan, dengar situasi kau macam area sama je kita
dulu jiran aku indon, tapi baik orangnya, masa aku part time keje kilang pon, geng aku orang myanmar, nepal, etc,
so weird, macam berada over the sea..haha
Catat Ulasan