Julai 12, 2016

Lelaki Ini Ada 9 Saman Memandu Melebihi Had Laju, Tetapi Dia Masih Lagi Boleh Memandu

1. Kita semua tau baru-baru ini ada sebijik bas telah melanggar 10 bijik kereta di lebuhraya PLUS.

2. Ramai yang dah mula tuding jari pada kerajaan, sedangkan masalah ini bukan sekadar masalah kelemahan akta.

3. Tak ada masalah jika kita mempersoalkan kenapa pemandu yang ada 9 saman masih boleh memandu dan kenapa sebuah bas dengan no.pendaftaran tersebut yang mempunyai 63 saman masih boleh berjalan.

4. Hakikatnya yang gagal adalah pengusaha syarikat bas tersebut.
100% tanggungjawab tragedi tersebut bergantung kepada syarikat bas tersebut.

5. Kerajaan boleh memperkenalkan undang-undang dan akta, tetapi jika peraturan tersebut tidak dipenuhi dan dipatuhi, itu salah masyarakat.

6. Kereta berjalan di lorong kecemasan, salah kerajaan yang tidak memantau atau salah pemandu yang bangang?

7. Orang kita mudah benar shift the blame. Semua hal yang tragedi kita salahkan pihak lain.

8. Tetapi masyarakat kita seolah-olah takut nak menggalas tanggungjawab dan mengakui, "ya, saya salah, kami salah." Kita tak punya integriti tersebut.

9. Untuk orang yang benci benar kerajaan, mereka akan spin pula dengan mengatakan "menteri ada integriti ke? PM ada integriti ke?" Tipikal pembangkang@ macai.

10. Sampai bila kita nak teruskan budaya dalih mendalih ni dan mencari kambing hitam?

11. Punyalah kita kagum dengan pemimpin orang luar yang letak jawatan kalau berlaku kesalahan yang dilakukan kerana kita kata mereka penuh integriti. Dibandingkanlah dengan pemimpin kita yang khabarnya tak ada integriti.

12. Tetapi dalam bab bas ekspress atau apa saja tragedi yang melibatkan perkhidmatan awam ni, kerajaan punya campur tangan tak menyeluruh kerana selebihnya, lebih bergantung kepada integriti pihak pengendali.

13. Macam mana kerajaan nak pantau rekod pemandu yang diambil bekerja sedangkan pihak pengendali perkhidmatanlah yang perlu mempunyai integriti melakukan yang terbaik untuk memastikan perkhidmatan terjamin.

14. Apa yang kerajaan boleh buat amatlah terhad. Superman pun kena fokus kalau dia nak guna x-ray vision dia.

15. Selebihnya bergantung kepada masyarakat kita jugaklah. Kalau kita ada integriti, kita tak biarkan pemandu yang mempunyai rekod buruk memandu ramai orang.

16. Walau bagaimanapun, cadangan aku dari dulu kepada kerajaan satu aje pasal bas ekspress ni.

17. Bawak kereta wajib pakai tali pinggang, kenapa tak wajibkan pengusaha bas ekspress wajibkan penumpang pakai tali pinggang?

18. Rutin kita, kita dah tau, tiap-tiap kali terjadi, kita akan carik siapa yang fucked up.

19. Kalau kerajaan dah wujudkan akta, pengusaha bas dah buat yang terbaik, penumpang dah diwajibkan pakai tali pinggang.....dijadikan cerita ada seorang penumpang yang tak pakai tercampak keluar masa tragedi.

20. At least kita boleh kata yang penumpang tu la yang salah, kan?

21. Dalam sistem masyarakat, itulah dia integriti. Kerajaan dah buat, pengusaha bas dah buat, sekarang tinggal individu itu aje nak ikut ke tidak.

22. Orang kita ramai tak nak ikut, tapi dia selalu nak jugak salahkan orang lain. Kena saman kesalahan bawak motor tak ada lesen pun dia salahkan JPJ, sebab saman dia.

23. Kena saman sebab potong barisan dia salahkan sekolah memandu sebab tak ajar dia.

Julai 01, 2016

Tanpa Kita Sedar, Kita Sebenarnya Banyak Menyediakan Peluang Pekerjaan Kerana Kita Pemalas

Ada satu hari dalam minggu lepas, aku dengan keluarga pergi IKEA. Orang lain berebut beli tudung dan jubah, isteri aku nak beli karpet. Aku tak nak la cakap apa-apa takut dia kecik hati.

Bajet nak buka puasa dulu bawak air, lepas tu bila tempat makan dah lengang, baru pergi makan.

Sampai di tempat makan IKEA, memang ramailah orang Muslim yang dah habis berbuka puasa atau dalam bahasa sekarang, dah ifthar. Aku perhati aje la orang sekeliling aku sebab aku consider diri aku pemerhati masyarakat cum keyboard warrior yang ada tergerak nak buat anjur perubahan pada orang kita.

Selepas viral pasal kes aku share yang kat IKEA kau kena angkat tray sendiri dan letak balik sendiri, selepas mendapat pelbagai kecaman daripada puak-puak poyo yang membalas cadangan aku dengan ayat "aku bayar, jadi kenapa aku kena angkat?" memang amat menyedihkan bila pada bulan Ramadhan pun, Melayu masih lagi layu.

Makan ramai-ramai, baca doa makan, selesai makan, baca doa lepas makan, dulang dan sisa makanan masih lagi tidak diuruskan. Terkial-kiallah beberapa orang pekerja asing yang kena kutip tulang yang anda jilat atas meja. Kalau ada jatuh ke bawah, dia kena sapu. Kalau ada yang tumpah, dia yang lapkan. Dah bersihkan meja, kena angkat bawak ke station, kemudian ulang benda tu pada majoriti pelanggan yang datang dan pergi begitu sahaja.

Kita ni memang benak ke kepala tu? Memang nak rasa pampered ke orang kita ni? Takkanlah yang reti puasa ni tak reti baca? Tak sensitif langsung ke kita ni?

Aku gelarkan benak, reti pulak sensitif.

Yang amat menyedihkan, depan aku, ada satu keluarga besar datang makan dengan atuk, nenek dia sekali. Duduk meja yang boleh muat dalam 12 orang.
Bila dah selesai berbuka puasa/makan malam, salah seorang anak dia yang aku tengok ada la berumur 21/22 tahun cuba nak kemas meja tu ketika keluarga dia dah habis makan dan nak beransur balik.

Kau tau apa abah dia cakap? "Biar aje lah." Anak dia pun letak balik tray yang dia nak buat kumpul pinggan mangkuk diorang makan tadi dan beredar pergi.

Adakah itu kita yang sebenarnya?

Mungkin. Sebab setakat ni, memang sepanjang pemerhatian aku, hanya sejumlah minoriti yang mampu ikut sistem yang dilaksanakan. Yang mengecewakan, sejumlah minoriti itu pun yang minoriti di Malaysia.

Majoriti, hanya tau pergi, makan dan balik serta bersyukur kenyang sambil mengucapkan alhamdulillah sebab ada pekerja asing mencari rezeki di negara kita. Ye lah, kalau kita dah amalkan kemaskan sendiri, kat mana lagi diorang nak dapat kerja?

Jadi, mereka lah yang perlu bersyukur kerana kita tak kemas meja kita, kan?

Jun 27, 2016

Waniti Ini Beli Tudung Tapi Terlupa Dapatkan Sesuatu Yang Lebih Bernilai

1. Aku perasan satu perkembangan yang agak menakutkan aku dari dulu lagi lah..lepas aku kena serang dengan "geng ibu menyusu depan kameraman lelaki." Gerakan menjaja Muslimah sebagai duta produk rasmi atau tidak rasmi dengan bertopengkan Islam kini nampaknya sudah jadi farce.

2. Cara paling jelas, glemerkan pakaian Muslimah. Mula-mula tak keterlaluan sangat. Saban tahun, tujuan asal nak popularkan pakaian Muslimah mula dah lari tujuan.

3. Dari situ mula trend upload video ajar orang pakai tudung atau ajar orang macam mana nak makeup oleh gadis Melayu Muslimah.Ramailah tergedik upload video dia pakai skarf, pakai makeup. Nak buang stigma yang pakaian Muslimah ni tak lawa, tak cantik dan kusam.

4. Tapi produk Muslimah ni makin lama makin pelik, jadilah kes tudung pendek tak tutup dada popular. Baju ketat dah dikata tak apa. Seluar ketat kain lembut pun tak apa. Kain jarang pun tak apa. Budaya "tak apa, asalkan lawa" mulalah menegar.

5. Muslimah mula carik apa trend baru. Ikut aje apa trend yang ada asal lawa dah tak peduli dah hukum hakam.  Semakin banyak pula rancangan muslimah bertudung tapi tergedik-gedik depan kamera. Tergedik dengan siapa aku tak tau lah.

6. Kalau kau dah biar kamera statik dekat dada kau selama 10 saat semata-mata nak tunjuk corak bunga pada kain, aku jelaskanlah......benda tu tak senonoh woi. Yang aku pelik, kenapa bila untuk rancangan TV aje Muslimah ni seolah-olah takde hal buat benda-benda macam tu.

7. Kita dah nampak zaman di mana Muslimah berebut nak jadi model. Asal comel sikit, nak jadi model. Nak tayang muka. Tayang badan. Nak tayang comel dia.

8. Trend baru pulak sekarang, buat rancangan macam talk show. Tapi 50% talk, 50% lagi iklan. Penaja sendiri yang bagi jadi host, penaja sendiri jadi tetamu. Nasihat-nasihat-nasihat, semua masalah selesai dengan membeli produk dia.

9. Dah tak tau dah mana satu rancangan, mana satu iklan dan mana satu infomercial...sebab semua rancangan nak dijadikan infomercial.

10. Trend-trend ni seolah-olah gradually increasing dari segi karutnya padahal asalnya, nak popularkan pakaian Muslimah kerana nak Muslimah tutup aurat.

11. Kini Muslimah-Muslimah ni dah jadi sasaran mudah untuk jadi duta produk, salesgirl tidak rasmi dan tukang promo tanpa upah. Semua berpakat nak promote trend terbaru sebab tak ramai yang mau ketinggalan.

12. Dianjingkan oleh pengeluar tudung dah tak kisah bila berebut nak beli tudung, dia kata tak apa, itu gimik pasaran. Bila dilontarkan duit dan berebut tanpa segan silu lebih teruk dari pengemis, masyarakat kita tak apa, itu gimik marketing.

13. Mana hilangnya pride dan malu anda, wahai Muslimah?

14. Apa yang aku tak dapat terima adalah marketing produk-produk Muslimah ni kebanyakannya guna teknik mencipta persaingan antara Muslimah-Muslimah tapi dikaburkan dengan ilusi seolah-olah wujudnya komuniti Muslimah yang rapat dan ukhuwwah. Walhal sebenarnya hanyalah satu marketing technique yang membentuk peer pressure untuk promo product, defend product dan jadi tukang beli product.

15. Harapnya, tiap-tiap kali lepas ni kau ikut trend Muslimah ni, kajilah dulu, adakah ada pihak yang mengambil kesempatan untuk membuat untung ke atas kehendak dan nafsu anda? Yang paling penting, adakah anda akan diperbodohkan?

16. Kalau kau rasa peniaga membiarkan anda beratur semalaman dan berebut-rebut nak beli tudung itu satu benda bagus untuk komuniti Muslimah, buatlah. Kalau anda rasa menaburkan duit untuk Muslimah berebut macam pengemis dengan stranger bergasak-gasak, buatlah.

17. Anda yang letakkan nilai diri anda macam tu.

18. Pada aku, Muslimah ni jauh lagi tinggi dari tu. Muslimah tak suka tayang badan walaupun bertutup depan orang. Muslimah tak suka buat-buat muka comel tanpa tujuan dalam Youtube. Muslimah tak terpengaruh dengan taktik marketing peniaga Melayu yang macam celaka ni.

19. Seorang Muslimah sejati, pada aku lah, tak mudah dipergunakan dan tak mudah diambil kesempatan.

20. Aku sebenarnya takut bila tengok dah terlalu ramai Muslimah yang berpakaian memang lengkap tapi dia makin kurang sifat malu.

21. Janganlah sampai ke satu tahap di mana Muslimah tak sedar dia alat pengiklanan tapi diri sendiri rasa macam tengah berdakwah.

Jun 22, 2016

Hanya Isteri Layak Dibelanja Naik Limousine, Kereta Kuda dan Motor Besar Oleh Suami, Bukan Couple

Zain keluar dari bilik air.

Suasana sejuk pendingin hawa mencecah tubuhnya yang baru sahaja dihangatkan air suam bilik mandi. Dia lihat isterinya sedang mengenakan bedak asas ke muka.

"Darling, baju I you dah tolong gosokkan ke?" tanya Zain. Isterinya mengangguk. "Thanks," ucap Zain.

Isterinya leka mengenakan maskara ke muka. Zain mengelap tubuh lalu mengenakan pakaian yang kemas tergantung. "Restoran tu serve western ke fusion?" tanya isterinya.

"Untuk iftar ni, diorang banyak serve masakan Melayu, nanti you tengoklah, you mesti suka," kata Zain. Zain melihat dirinya di cermin. Tali pinggang lupa dikenakan. Tak mahulah seluarnya londeh macam seorang Menteri. Puasa ni, memang susut sedikit badannya.

"You ada tengok video yang viral hari ni?" tanya Zain lagi. Isterinya menggeleng, "I satu hari tak dapat surf, busy. What's the video about?"

"Entah. Diorang kata about a guy yang surprisekan girlfriend dia for her birthday," terang Zain. "Ada diorang mention nama the guy, Hafiz something, sekejap I searchkan."

Zain mengeluarkan ipadnya lalu ditaip dekat Youtube. "They mention to search about limousine or something, ahah..found it! Dah lama rupanya video ni, dah 4 tahun lepas." Kedengaran lagu latar belakang berjalan dan suara lelaki bercakap.

Syafiqah Aina berpeluh-peluh. Maskara yang dikenakan luntur.

"Eh...she looks just like you, babe," kata Zain.
"Oh...."

Zain merenung Syafiqah. Matanya membara kemarahan.

"You cakap you tak pernah couple! Masa kita dating dulu, you kata tak nak pegang-pegang tangan to make our marriage sweeter!" Suara Zain sedikit meninggi.

Pada ketika itulah, Syafiqah Aina kelu. Tak tahu apa yang hendak dijawab. Barulah dia teringat pesanan seorang stranger di Facebook dulu, masyarakat akan beralih ke isu lain, tetapi internet, sama sekali tak akan lupa.

Selagi tak menikah, janganlah anggap dia tu kekasih sehidup semati.

Jun 21, 2016

"Di Mana Dia, Kambing Hitam Pakatan. Kambing Hitam Pakatan, Adalah Rakyat Jelata"

Dua hari ni, pihak pembangkang bergegas mencari siapakah yang boleh dikambing hitamkan atas kekalahan mereka tempohari. Ramai yang memilih untuk menyalahkan PAS. Amatlah tak patut mereka menyalahkan PAS. Katanya, PAS memecahkan undi. Kalau bertanding satu lawan satu, boleh menang.

Adakah kenapa alasan itu relevan? PAS bukan lagi sebahagian dari Pakatan walaupun PAS adalah parti pembangkang. Gila talak ke Pakatan ni? Yang lebih melampau, adalah puak-puak yang menyalahkan pengundi, disuarakan oleh beberapa orang pemimpin pembangkang yang popular.

Dikatanya rakyat;

1. Buat pilihan yang salah
2. Suka kena cukai GST
3. Tak nak maju
4. Minda tak terbuka
5. Tak peduli pasal isu skandal
6. Tidak peduli dengan kos sara hidup
7. Suka main isu rasis
8. Mudah kena beli dengan janji palsu

Ini bukan rakyat kata kepada rakyat. Ini pemimpin pembangkang yang kata kepada pengundi kerana tak mengundi mereka. Tak ke bodoh tindakan ni? Kau mau undi, bila tak dapat kau kata mereka buat pilihan yang salah, sedangkan hari-hari berbuih mulut kata pembangkang jauh lebih progresif berbanding parti lawan.

Pada aku amatlah bodoh tindakan ni kerana ini menunjukkan, anda, sebagai wakil rakyat tidak hormat pilihan orang ramai. Anda tidak percaya pengundi bijak mengundi.

Keupayaan pihak pembangkang untuk membuatkan seolah-olah "mereka=rakyat" dan "rakyat=mereka" tidak aku nafikan, ini memang propaganda yang cukup hebat. Aku terpaksa bertepuk tangan kerana sehingga sekarang, masih ramai yang percaya Pakatan sahaja mewakili rakyat...

Ramai yang setuju pulak tu. Hanya orang yang mundur la, otak kolot la, orang kampung la, katak bawah tempurung la akan pilih BN kerana berbalik kepada propaganda power Pakatan dari dulu;  "Pakatan mewakili rakyat dan Rakyat ADALAH PAKATAN semantara BN mewakili Pihak Kapitalis."

Sehingga ada yang ingat, pemimpin pembangkang ni buat semua ni secara volunteer dan tidak ada kepentingan langsung. Semua perjuangan yang dibuat ini dilakukan secara pro-bono semata-mata untuk kesenangan rakyat.

"Pilihanraya ini untuk rakyat. Bergaduh sesama parti untuk rakyat. Langkah Kajang untuk rakyat. Masuk jel untuk rakyat. Kena ISA untuk rakyat. Tendang PAS keluar Pakatan untuk rakyat. Calonkan Dyana Sofea untuk rakyat. Tak pernah tukar kepala DAP untuk rakyat. Berpecah geng reformasi dan geng deklarasi untuk rakyat. Semuanya untuk rakyat! INI DEKLARASI RAKYAT!"

Apa yang rakyat dapat ni sebenarnya dari pihak pembangkang?

Pembongkaran pelbagai skandal? Rahsia dibongkar sana-sini? Bukti dia tu salah guna kuasa? Kempen hari-hari maki Rosmah? Pelbagai isu lain yang sebenarnya tak menyumbang apa-apa pun kepada orang ramai kerana banyak mengajak orang berspekulasi?

Kalau rakyat tak pilih wakil dari Pakatan anda, terimalah. Tak usahlah dihina pilihan majoriti yang tak memilih pembangkang. Orang sana anggap anda dan isu anda tak relevan. Majoriti tak yakin yang anda faham masalah diorang.

Yang anda pulak boleh kata diorang buat pilihan yang salah, dikatanya suka pilih perompak lah, pilih orang jahatlah, suka hidup dalam keadaan terpalit korupsilah, ni pada aku tindakan bodohlah dan amat bertentangan dengan prinsip pembangkang yang dicanang.

Hormatilah pilihan majoriti. Terimalah dengan hati terbuka. Sampai bila Pakatan nak bergantung dengan kesilapan yang BN lakukan untuk dijadikan modal pilihanraya? Kalau BN tak ada skandal, apa modal pilihanraya Pakatan sebenarnya?

Rakyat bukan kambing hitam kegagalan Pakatan.
Harap maklum.