1. Aku perasan satu perkembangan yang agak menakutkan aku dari dulu lagi lah..lepas aku kena serang dengan "geng ibu menyusu depan kameraman lelaki." Gerakan menjaja Muslimah sebagai duta produk rasmi atau tidak rasmi dengan bertopengkan Islam kini nampaknya sudah jadi farce.
2. Cara paling jelas, glemerkan pakaian Muslimah. Mula-mula tak keterlaluan sangat. Saban tahun, tujuan asal nak popularkan pakaian Muslimah mula dah lari tujuan.
3. Dari situ mula trend upload video ajar orang pakai tudung atau ajar orang macam mana nak makeup oleh gadis Melayu Muslimah.Ramailah tergedik upload video dia pakai skarf, pakai makeup. Nak buang stigma yang pakaian Muslimah ni tak lawa, tak cantik dan kusam.
4. Tapi produk Muslimah ni makin lama makin pelik, jadilah kes tudung pendek tak tutup dada popular. Baju ketat dah dikata tak apa. Seluar ketat kain lembut pun tak apa. Kain jarang pun tak apa. Budaya "tak apa, asalkan lawa" mulalah menegar.
5. Muslimah mula carik apa trend baru. Ikut aje apa trend yang ada asal lawa dah tak peduli dah hukum hakam. Semakin banyak pula rancangan muslimah bertudung tapi tergedik-gedik depan kamera. Tergedik dengan siapa aku tak tau lah.
6. Kalau kau dah biar kamera statik dekat dada kau selama 10 saat semata-mata nak tunjuk corak bunga pada kain, aku jelaskanlah......benda tu tak senonoh woi. Yang aku pelik, kenapa bila untuk rancangan TV aje Muslimah ni seolah-olah takde hal buat benda-benda macam tu.
7. Kita dah nampak zaman di mana Muslimah berebut nak jadi model. Asal comel sikit, nak jadi model. Nak tayang muka. Tayang badan. Nak tayang comel dia.
8. Trend baru pulak sekarang, buat rancangan macam talk show. Tapi 50% talk, 50% lagi iklan. Penaja sendiri yang bagi jadi host, penaja sendiri jadi tetamu. Nasihat-nasihat-nasihat, semua masalah selesai dengan membeli produk dia.
9. Dah tak tau dah mana satu rancangan, mana satu iklan dan mana satu infomercial...sebab semua rancangan nak dijadikan infomercial.
10. Trend-trend ni seolah-olah gradually increasing dari segi karutnya padahal asalnya, nak popularkan pakaian Muslimah kerana nak Muslimah tutup aurat.
11. Kini Muslimah-Muslimah ni dah jadi sasaran mudah untuk jadi duta produk, salesgirl tidak rasmi dan tukang promo tanpa upah. Semua berpakat nak promote trend terbaru sebab tak ramai yang mau ketinggalan.
12. Dianjingkan oleh pengeluar tudung dah tak kisah bila berebut nak beli tudung, dia kata tak apa, itu gimik pasaran. Bila dilontarkan duit dan berebut tanpa segan silu lebih teruk dari pengemis, masyarakat kita tak apa, itu gimik marketing.
13. Mana hilangnya pride dan malu anda, wahai Muslimah?
14. Apa yang aku tak dapat terima adalah marketing produk-produk Muslimah ni kebanyakannya guna teknik mencipta persaingan antara Muslimah-Muslimah tapi dikaburkan dengan ilusi seolah-olah wujudnya komuniti Muslimah yang rapat dan ukhuwwah. Walhal sebenarnya hanyalah satu marketing technique yang membentuk peer pressure untuk promo product, defend product dan jadi tukang beli product.
15. Harapnya, tiap-tiap kali lepas ni kau ikut trend Muslimah ni, kajilah dulu, adakah ada pihak yang mengambil kesempatan untuk membuat untung ke atas kehendak dan nafsu anda? Yang paling penting, adakah anda akan diperbodohkan?
16. Kalau kau rasa peniaga membiarkan anda beratur semalaman dan berebut-rebut nak beli tudung itu satu benda bagus untuk komuniti Muslimah, buatlah. Kalau anda rasa menaburkan duit untuk Muslimah berebut macam pengemis dengan stranger bergasak-gasak, buatlah.
17. Anda yang letakkan nilai diri anda macam tu.
18. Pada aku, Muslimah ni jauh lagi tinggi dari tu. Muslimah tak suka tayang badan walaupun bertutup depan orang. Muslimah tak suka buat-buat muka comel tanpa tujuan dalam Youtube. Muslimah tak terpengaruh dengan taktik marketing peniaga Melayu yang macam celaka ni.
19. Seorang Muslimah sejati, pada aku lah, tak mudah dipergunakan dan tak mudah diambil kesempatan.
20. Aku sebenarnya takut bila tengok dah terlalu ramai Muslimah yang berpakaian memang lengkap tapi dia makin kurang sifat malu.
21. Janganlah sampai ke satu tahap di mana Muslimah tak sedar dia alat pengiklanan tapi diri sendiri rasa macam tengah berdakwah.
4 ulasan:
Wow! terbaik post ini. Aku ingatkan tak ramai yang perasan.
No.7, 18, 20 on point bro.
Perkataan sesuai di eksploitasi atau di biarkan di eksploitasi, selain inginkan perhatian ,
Perkataan sesuai di eksploitasi atau di biarkan di eksploitasi, selain inginkan perhatian ,
Syaitan amat kreatif dalam menyesatkan manusia... dah baik menutup aurat ditaburnya sifat riak.
Catat Ulasan