Disember 23, 2013

Adakah Kau Akan Sertai Acara Joget Lambak di Dataran Merdeka Tahun Baru 2014 Nanti?

Kuala Lumpur, 23 Disember - Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM hari ini berjaya membanteras satu sindiket ajaran sesat yang didapati bergiat cergas di sekitar Mont Kiara dan Damansara.Sindiket itu yang digelarkan sebagai Kerajaan Islam Liberal Langit atau KILL aktif bergerak bermula semenjak Januari dan dilaporkan, bilangan ahli mereka kini mencecah hampir 30 orang.

"Apa yang dikhuatiri oleh pihak JAKIM adalah sindiket ajaran sesat ini menggunakan kaedah perbandingan agama dan ilmu Tarekat yang telah pun diseleweng agar nampak yang pengahayatan Islam yang telah sekian lama bertapak di Malaysia sebenarnya tersasar jauh," ujar Pengarah Bahagian Risikan dan Peperangan Islam JAKIM, Datuk Seri Paduka Tuan Haji Burhanuddin Yusoh Al-Jalaludin. "Mereka cukup meyakinkan."

Tambah beliau lagi, "mereka cukup licik memperdayakan golongan Melayu dengan menjanjikan syurga di dunia yang dilaporkan sedang dibina disebuah perkampungan di Selatan Thailand. Malah, ada golongan wanita berusia yang telah pun menyerahkan diri mereka untuk menjadi bidadari di syurga tersebut."

Ketua kepada kumpulan tersebut, Syed Azhar ibni Syed Azharuddin menganggap penangkapan mereka tidak adil kerana JAKIM sendiri hanya membiarkan masyarakat Melayu di Malaysia terus dialpakan oleh pihak kerajaan tanpa berani menangkap pihak kerajaan sendiri.

"Apa bezanya saya dan kumpulan saya dengan apa yang kerajaan akan anjurkan pada tahun baru ini (31 Disember 2013). Kerajaan akan menganjurkan tarian joget lambak yang bakal disertai oleh ribuan manusia yang bakal bercampur gaul lelaki perempuan di sebuah tempat terbuka tanpa perasaan malu. Mana keadilan pada kami?" hujah beliau.

"Kumpulan kami telah mencipta satu perkampungan yang kami namakan Kampung Syurga Musafir di selatan Thailand supaya kami dapat bersama di dalam kawasan kami yang tertutup tapi kenapa JAKIM tidak mengambil tindakan terhadap kerajaan yang terang-terang menganjurkan maksiat? Mana dia Ulama' UMNO dan Ahli Agama UMNO? Kenapa mereka hanya mampu menasihati kerajaan dalam bab politik dan ajaran sesat sedangkan kerajaan sendiri menggalakkan maksiat berleluasa di tempat terbuka?" sambung beliau.

Wartawan kami membuat sedikit siasatan dan mendapati memang pihak Kerajaan menerusi Kementerian tertentu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bakal mengadakan sambutan tahun baru 2014 di Dataran Merdeka dan acara yang paling menarik perhatian ramai adalah upacara "joget lambak" besar-besaran yang akan dianjurkan pada hari tersebut. Orang ramai bakal diberikan peluang untuk berdansa beramai-ramai mengikuti penari-penari khas yang dibawa khas dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sempena kenaikan cukai yang telah dikenakan ke atas pemilik kediaman dan premis. Wakil DBKL tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut.

Selepas siasatan dilakukan, pihak JAKIM telah dicuba hubungi kembali tetapi kami diberitahu, pihak tersebut sedang sibuk mencegah penyebaran agama lain yang dilaporkan menggunakan khidmat sms pula. Kami masih lagi menunggu maklum balas dari pihak JAKIM.

Sementara itu, ada beberapa pandangan yang dilontarkan oleh ahli agama berhaluan pembangkang."Apa kata, ketika joget lambak tersebut berlangsung, kita pasangkan azan, manalah tau tergerak hati mereka berhenti berjoget dan terus memulakan majlis berzanji?" ujar beliau yang tidak mahu dikenali ramai, erana takut dirinya dikecam kerana sudah tentu ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti untuk menyambut tahun baru dan berjoget lambak beramai-ramai.


Aku cukup tak paham apa yang UMNO suka sangat menari dan menyanyi ni?

Disember 20, 2013

16 Contoh Kezaliman Kerajaan Barisan Nasional Kepada Malaysia

1. Majalah Mangga, UTRV dan sisipan Pancaindera masih lagi diterbitkan. Suratkhabar, majalah dan buku yang mempunyai pandangan politik berbeza sekejap sahaja diharamkan.

Zalim kepada ; golongan wanita yang jadi bahan tatapan lelaki satu Malaysia. Merendahkan martabat wanita dan agama dan rakyat yang cuba mendapatkan kedua2 pihak punya pandangan. Orang Melayu gemar berposing depan kamera untuk melariskan suratkhabar yang penuh dengan artikel karut belaka.

2. Menghalang perbincangan politik di masjid.

Zalim kepada ; Ahli agama yang nak memperbetulkan negara.

Kenapa perkara ini dilarang? Sebab kerajaan tahu, jika dibandingkan dengan apa yang agama anjurkan, kerajaan sudah jauh menyimpang. Lagipun, kau fikirlah, cuba kau berbincang pasal politik negara dalam rumah Allah ni...kau tak rasa ke ada perasaan perlu menjaga lidah dan hati semasa perbincangan? Kalaulah BN dan Pakatan boleh duduk dalam masjid dan berbincang....kan ke lagi dipercayai? Setakat ni masjid hanya diguna oleh kerajaan untuk sumpah liwat sahaja atau bagi peluang wakil rakyat berucap pagi Raya....selain daripada tu? Takkan itu aje fungsi masjid pada BN ni?

3. Melarang pelajar IPT melibatkan diri dengan parti politik atau menyatakan sokongan kepada pembangkang tetapi jika pro Barisan Nasional, boleh pula.

Zalim kepada ; pelajar yang punya pandangan berbeza.

Bagaimana pula seseorang yang sudah boleh diberi kelayakan mengundi tidak dapat menyatakan pendapat politik secara terbuka? Asalkan belajar tak terganggu, apa salahnya? Yang pelik, kalau kempen UMNO, tidak pula dikenakan tindakan disiplin malah diberikan bantuan kewangan.

4. Menggunakan kuasa untuk menghalang kebebasan suara dalam parti.

Zalim kepada ; orang penyokong UMNO dan ahli UMNO yang cuba untuk menyuarakan pandangan yang dirasakan lebih baik dan selalunya berakhir dengan keluar parti, tindakan disiplin atau digelar sebagai "pengkhianat Melayu."

5. Melagakan dan menggunakan isu perkauman setiap kali berlakunya ketidakstabilan kuasa pada Kerajaan.

Zalim kepada ; seluruh Malaysia. Kita seolah2 dilatih untuk mempunyai sikap prejudi dan skeptik terhadap bangsa lain.

6. Tidak melaksanakan apa yang disebut di dalam manifesto tetapi melaksanakan apa yang berlawanan dengan manifesto dan menggunakan alasan "semua ini lebih baik untuk rakyat Malaysia" padahal, sebelum PRU, bunyinya berlawanan pula.

Zalim kepada; seluruh rakyat Malaysia yang bukan kroni.

7. Mengutuk pembangkang dengan mengatakan "pembangkang takkan mampu memenuhi manifesto PRU13 yang dijanjikan sebab tidak realistik dan tidak berpegang kepada realiti, sebab itu rakyat kena pilih Barisan Nasional!"

Zalim kepada ; pembuat manifesto Pakatan, seluruh rakyat dan diri sendiri kerana telah meungkiri janji yang tidak ditunaikan.

8. Mencipta satu propaganda yang cuba menutup kemunculan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 5.

Zalim kepada ; Pakcik Abdullah Badawi.

Kau tak perasan benda ni? Benda ni memang berlaku. Diorang tak nak kita ingat legasi Pak Lah sebab pada UMNO, Pak Lah adalah titik hitam sejarah UMNO dan UMNO cuba menutup sejarah ni. Mungkin pada waktu tu, aku masih lagi mentah jadi aku tak dapat berfikir dengan betul, tapi betul ke Pak Lah bodoh dan tak buat kerja seperti yang digambarkan? Atau sebenarnya, apa yang Pak Lah buat tak selari dengan cara UMNO bekerja dan orang2 dalam UMNO tak suka benda tu berlaku? Wallahuallam...banyak cerita yang aku dengar menunjukkan Pak Lah sebenarnya adalah mangsa keadaan dan kini, propaganda dah berjaya membuatkan ramai orang anggap, dia lemah dan kuat tidur.

9. Melantik ahli-ahli agama yang menggunakan agama yang sudah diputar belitkan untuk memenangkan kerajaan dalam isu2 agama.

Zalim kepada ; Ahli Agama yang diconvert jadi macai, rakyat jelata dan agama sendiri.

Ahli agama UMNO ni punyalah bising pasal pelbagai benda yang berkaitan dasar kerajaan tapi masalahnya, kadang2 small issues macam point nombor 1 aku tak ada pulak dia nak tegur. Mungkin dia rasa benda tu small matter tapi untuk aku, benda tu lah sebenarnya perosak masyarakat ni.

10. Memutarbelitkan isu hudud.

Zalim kepada ; orang ramai yang semakin risau kadar jenayah yang teruk dan  orang bukan Islam kerana ditipu dan mereka jadi takut dengan hudud.

Fikir la sendiri...orang Melayu, takutkan bukan Islam, supaya takut dengan hudud, sebuah undang2 Islam, padahal, dia sendiri Islam...tak kelakar ke?

11. Memaksa orang miskin merayu dan penggunaan wang zakat sebagai pusingan perniagaan.

Zalim kepada ; orang susah.Orang yang berhak terhadap wang zakat.

Lihat sendiri prosedur macam mana nak dapat duit zakat. Susah. Memang susah. Tah-tah kos nak uruskan benda2 tu (transport, kos makan bila keluar rumah) dah sama macam bantuan zakat bulanan.

Dan kau tau tak sebenarnya, wang zakat ni takleh digunakan sebagai modal rolling untuk apa2 benda sekalipun? Sebab orang yang hak untuk dapat wang zakat dah dinyatakan mengikut ayat "Sesungguhnya sedeqah-sedeqah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, orang-orang miskin, ‘amil yang mengurusnya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang terputus) dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang difardhukan oleh Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 60).

Jadi, apa rasionalnya wang zakat digunakan sebagai modal perniagaan kalau wang zakat boleh digunakan untuk menghapuskan pelbagai lagi masalah lain? Apa perlunya bangunan tinggi untuk pejabat zakat kalau masih lagi ada orang miskin kat Malaysia?

Kalau dah tak ada orang miskin, nak bina bangunan elok sikit, binalah. Tapi bantuan zakat perlulah diberi kepada mereka yang paling berhak, iaitu orang susah sebelum wujud sebarang perancangan nak bina apa2 untuk Lembaga Zakat ni.

Kau percayalah, kalau zakat digunakan dengan betul, tak ramai orang Islam ni susah, tak ramai orang Islam ni berhutang. Tapi sistem kita sayang riba...nak buat camna?

12. Undang-undang dibahagikan kepada dua ; undang2 untuk orang ramai dan undang2 untuk kroni.

Zalim kepada; semua orang.

Proses keadilan tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana campur tangan politik. Pihak Menteri dapat menggunakan pengaruh untuk menyelamatkan diri jika mereka didakwa atas kesalahan rasuah atau pecah amanah manakala rakyat yang curi sikit2 dihukum sekelip mata.

13. Menganggap majoriti rakyat Malaysia bodoh dan hanya geng2 diorang dan anak2 diorang pandai.

Zalim kepada ; semua orang Malaysia dan Universiti yang memberikan kelulusan kepada Menteri2 ni.

Kau tengok sendirilah macam mana menteri2 ni respon bila ada isu...nampak benar diorang ingat kita ni " manusia tahap ayam yang suka baca URTV dan Harian Metro hari2, otak penuh dengan drama cinta dan filem seram, suka bergosip pasal minah yang dapat gambar konek pelakon lelaki dan gembira benar dapat BR1M sebab kerajaan adalah savior umat Melayu."

Bila kita dah tengok Menteri punya statement bangang, kita akan tengok pulak, dia ni belajar mana dulu. "Ohhh...ada PHD dari Universiti ni...memang takde kualiti punya PHD dia ni..." Habis jatuh reputasi. Sapa sini masih lagi memandang slack Oxford masa KJ buat perangai bangang dia satu masa dulu? Panggil orang ramai beruk? Seorang graduan Oxford panggil orang ramai beruk? Apa standard dia ni?

Tapi tu kisah lama la. KJ pun nampak improve sikit skrg tapi masalahnya, bila dia improve di mata rakyat, di mata ahli UMNO dia ni pengkhianat. Adakah lagi beberapa tahun KJ akan dianggap bodoh, nyanyuk dan suka tidur macam Pak Mentua dia? Kita tunggu dan lihatlah.

14. Siapa orang Kerajaan yang lawan Kerajaan, dia akan dijatuhkan.

Zalim kepada ; kerajaan sendiri.

Jika ini adalah mentaliti yang dipegang, Kerajaan Barisan Nasional akan jatuh secara semula jadi. Tak sempat PRU14 pun boleh jatuh. Pada waktu tu, percayalah, jika Najib kata 1+1=11 semua orang UMNO akan terpaksa kata benda tu betul. Sebab dalam sistem kerajaan sekarang, berfikir di luar kotak tidak dibenarkan. Dari atas ke bawah, semua orang mesti mempunyai pemikiran yang sama. Bodoh atas, bodohlah bawahnya. Najib nak semua jadi macai, macai lah dia. Sebab itu, barang naik, minyak naik, tol naik, letrik naik...orang2 ni masih lagi cuba justify yang semua itu baik untuk diri sendiri padahal, poket makin lama makin ringan dan hidup perlu diubah turun. Ada kepimpinan UMNO buat camtu?

15. Oleh kerana protokol, Islam ditolak ke tepi.

Zalim kepada ; Islam, Mak Ayah, orang UMNO dan orang biasa.

Kenapa ramai benar orang UMNO yang lelaki jumpa Rosmah cium tangan dia? Kau pernah terfikir tak kenapa benda tu kerap berlaku? Aku tak pasti sama ada ini adalah arahan pegawai protokol, arahan tidak rasmi Rosmah atau diorang sendiri assume kena cium tangan Rosmah kalau tak dianggap tidak hormat.

Come on bro. Jangan zalim dengan diri sendiri. Kau lelaki. Kau ada telur. Kalau kepimpinan parti dan kerajaan pandang slack dengan kau hanya sebab kau tak cium tangan pemimpin pujaan kau, tak kiralah lelaki ke pempuan ke, kau perlu keluar daripada organisasi tu secepat mungkin. Kalau kau masih lagi duk cium tangan pemimpin2 kau macam dia mak ayah kau, kau zalim dengan diri sendiri, kau zalim dengan mak ayah kau dan kau zalim dengan Tuhan bang.

Yang penting, kau kena ingat, bukan Rosmah Mansor yang beranakkan kau.

Tunduk hormat sudah la dan biarkan situasi tu jadi awkward macam mana pun. Biarlah Rosmah Mansor tarik muka masam dengan kau. Kenapa nak perlu rasa takut? Kau tak ada buat salah pun. Kau menghormati aurat dan batas dia sebenarnya. Mana tau, lama2 dia berubah berenti salam dengan lelaki lain dan berenti peluk Lee Chong Wei? Mana tau kalau ada orang berani lawan dia, dia berubah?

16. Membelakangi Mufti

Zalim kepada ; Mufti yang bersidang, semua rakyat Malaysia, semua yang penghisap rokok, semua terlibat dengan majalah Mangga, URTV dan apa saja majalah/penerbitan/karya/hiburan yang memaparkan maksiat dan manusia yang tak menutup aurat yang tanpa disedari menggalakkan maksiat.

Kau nampak ada banyak rokok yang dijual dekat kedai? Semua tu dah sah-sah difatwakan haram. Kau bukak TV kau tengok drama Melayu kita. Aku berani kata 90% drama Melayu yang ada, haram belaka. Bukan sekadar drama, apa2 rancangan hiburan Melayu lah. Kau boleh baca guideline dia kat sini dan sini.

Apa kerajaan buat untuk sokong apa2 kata mufti ni? Jemput KPOP masuk menari untuk belia. Kerajaan untung Rm140 juta.Woo hoo!

Ada banyak lagi...kau nak tambah, tambahlah.

...........

Jadi, bila kau dah baca dua link JAKIM yang aku bagi tu, pandai2 la fikir sendiri. Kalau kerja kau adalah grafik designer kepada majalah Mangga, kau paham2 la kau sebenarnya elok berenti kerja dan carik kerja lain. Tak percaya cakap aku? Tanya Fathul Bari.

Disember 19, 2013

Perdana Menteri Umum Barisan Kabinet Akan Mula Menggunakan Duit Sendiri Untuk Belanja Sara Hidup

Putrajaya, 19 Disember - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem baru di mana mana-mana Menteri Kabinet dan Senator perlulah menggunakan wang sendiri untuk menjalankan tugas.

"Mulai Isnin minggu depan, semua tuntutan yang melibatkan Kabinet akan dibekukan sehingga kita mencapai status negara berpendapatan tinggi. Ini bermaksud Kabinet tidak lagi dibenarkan untuk menuntut elaun perjalanan, elaun petrol, elaun tenaga dan apa saja elaun yang diberikan semasa menjalankan tugas," ujar Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib menjelaskan sudah tiba masanya barisan Kabinet menggunakan duit gaji dan elaun mereka yang telah diberikan untuk dijadikan perbelanjaan mereka bekerja. Kemudahan yang diberikan kepada Kabinet seperti pemandu khas dan tukang kebun khas juga akan ditarik balik. Faedah mendapat bantuan konvoi untuk urusan kerja juga akan disekat.

"Saya berharap, jika Menteri belajar sendiri memandu ke kementerian mereka hari-hari, kembali mengisi minyak di stesyen petrol seperti orang ramai dan menempuh jalan sesak sama seperti kebanyakan rakyat, mereka akan lebih memahami masalah seharian rakyat, lagipun, banyak belanja minyak dapat dikurangkan oleh kerajaan kerana perbelanjaan petrol datang dari poket menteri sendiri" sambung beliau.

"Mereka masih boleh minta konvoi tapi perlu menggunakan wang mereka sendiri untuk perbelanjaan minyak," kata beliau.

Meunurut perkiraan awal, jika pihak Kabinet menggunakan wang mereka sendiri termasuk elaun untuk menampung kos bekerja dan sara hidup, kerajaan bakal menjimatkan hampir RM5 bilion setahun. Ini sudah pasti dapat digunakan untuk menampung kos pembangunan negara yang bakal memberi faedah kepada ramai pihak.

Datuk Seri Najib juga memberitahu ada antara kalangan Menteri yang langsung tidak pandai menggunakan pam minyak kerana tidak pernah mengisi minyak kereta sendiri. Salah seorang tetamu sambil tersenyum mencadangkan agar dilakukan kursus kepada para Menteri bagaimana hendak mengisi minyak di pam petrol dan kursus tersebut bolehlah diadakan di London sebagai satu lawatan kerja selama satu minggu.

"Selain itu saya juga mengambil keputusan untuk mensyaratkan pihak Kabinet untuk menggunakan pengangkutan awam setiap hari ke tempat kerja masing-masing tapi proses ini masih lagi mendapat bantahan, kerana ramai menteri merasakan menaiki pengangkutan awam membuatkan mereka rasa seperti pendatang asing di Malaysia. Ini kita cuba kaji dululah," kata beliau sambil tersenyum.

Datuk Seri Najib berkata langkah itu dilihat sebagai satu langkah yang amat positif dan pasti mendapat reaksi gembira daripada rakyat. Nur Adila Razak dari Keluang, Johor berpendapat langkah ini penting kerana akan mendekatkan menteri dengan rakyat.

Musa Rahman, seorang jurutera dari Sepang pula merasakan pembekuan sahaja tidak cukup. "Saya belajar di United Kingdom dan saya mampu berdiri di hadapan "Number 10" (kediaman rasmi Perdana Menteri Britain) dan saya boleh nampak pintu masuknya. Malahan jika saya mahu, saya boleh ketuk pintu tersebut kerana ia betul di tepi jalan, tanpa ada kompaun dan jalan masuk yang panjang jaraknya."

Ujar beliau lagi, " jika kita adalah negara membangun, kenapa perbelanjaan mengurus kerajaan kadang-kadang kelihatan lebih mewah berbanding negara maju itu sendiri? Lihat pejabat Perdana Menteri kita dan lihat pejabat mereka sudahlah. Adakah mampu kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib mengubah mentaliti menang sorak, kampung tergadai ni?"

"Bagaimana penjajah boleh mengamalkan kesederhanaan berbanding kita, yang pernah dijajah mereka?" ujar beliau mengakhiri bicara.


Disember 18, 2013

Adakah Ada Anak Menteri Dikecualikan Dari PLKN? Jika Ada, Kerajaan Ini Perlu Ditukar

"Rakyat perlu ikut kursus PLKN kalau tak, boleh dipenjarakan!"

"Rakyat bolehlah guna jalan raya biasa kalau tak nak bayar tol."

"Rakyat perlu bayar cukai dan declare dengan LHDN kalau tak anda boleh disaman dan dipenjarakan."


Peraturan.......

Peraturan dicipta untuk create dan pantau sistem. Aku setuju ada peraturan walaupun M.Nasir kata "peraturan cipta kekalutan.."Aku cukup setuju ada kerajaan dan pelaksana undang2 tapi benda aku paling tak suka pasal peraturan ni adalah bila golongan penggubal undang2 sendiri cuba elak diri mereka dari terkawal dengan undang-undang yang diorang war-warkan bagus.

Aku pernah cerita satu masa dulu, aku meeting dengan orang2 PLKN sebab adalah beberapa perkara yang aku terlibat dengan diorang. Habis meeting borak2 dengan diorang ni (tak termasuk KP dan Setiausaha dialah, yang bos2 besar ni dah ciow) apa diorang borak kan? Diorang borak macam mana leganya anak diorang tak kena pegi PLKN tahun tu. Kau bayangkan aku duduk situ, baru jadi seorang bapak nak rasa macam mana? Kalau pengendali2 PLKN sendiri bersyukur anak dia tak kena pegi PLKN, kita orang biasa ni memang dalam bahaya la kan?

Ada kau jumpa anak menteri masa PLKN? Tolong bgtau aku. Aku tak tau. Aku dah tua.

Menteri boleh bergebang pasal sistem pendidikan negara yang dikatakan hebat, dinamik dan memang kalau ikut ayat diorang, terbaiklah dalam dunia, tapi berapa kerat menteri2 dan orang VIP ni yang hantar anak diorang masuk sekolah kebangsaan ni?

Isu pendidikan ni aku bangkitkan bukan sebab dia mampulah, dia berhak lah hantar international school...tapi apa yang persoalkan adalah, kalau menteri2 sendiri tak percaya dan tak berani nak hantar anak diorang sekolah biasa, apa contoh pemimpin yang cuba ditonjolkan kepada rakyat ni? Kau try jual sesuatu yang kau sendiri takut nak pakai...

Aku orang biasa. Kau pemimpin yang dah dilantik oleh 47% orang Malaysia untuk memimpin jadi aku terpaksa except kau jadi pemimpin aku. Tapi kalau kau sendiri tak mampu nak hantar anak kau belajar macam orang lain, apa mesejnya ni? Kalau kau boleh tangkap pelajar2 lepasan SPM yang cuba lari dari PLKN, tunjukkan kepada aku bukti yang semua anak menteri hadir kursus PLKN dan tidak ada pengecualian diberikan. Aku tau cabutan nama PLKN ni random pakai komputer tapi orang2 Jabatan Latihan Khidmat Negara, boleh tak tolong jawab....ada atau tidak tekanan menteri supaya anak2 dan sedara mara diorang tak kena?

Jika ada seorang dapat pengecualian sekalipun.....tolong, bubarkan PLKN sebab benda ni tak berfaedah dan tak fair. Nak create akta, pastikan sama rata.Undang2 dan peraturan takkan berfungsi dengan baik kalau ada golongan yang dikecualikan daripada mematuhinya.

Masalahnya, budaya UMNO ni memang suka benar menggalakkan orang ramai menggunakan kabel atau saluran jilat jubor VIP, jadi ramai Melayu yang berlumba-lumba nak jadi Pemimpin. Yang teruknya diorang jadi Pemimpin bukan sebab nak memimpin. Berebut nak dapat kesitimewaan. Nak dapat payung. Nak rasa special. Nak dapat pelepasan daripada undang2.

Kau mahu undi aku Najib? Kau mahu kekalkan Barisan Nasional sebagai kerajaan? Samakan taraf penegasan undang2 antara rakyat, menteri dan wakil rakyat serta semua orang. Tidak ada keistimewaan diberikan kepada anak dan saudara mara menteri. Tidak ada lagi jalan belakang anak VIP boleh masuk sekolah asrama penuh padahal dia sebenarnya tak layak. Aku dengar cerita, ada lah seorang VIP alumni Kolej Tunku Kursiah dah booking beberapa tempat untuk sedara mara dia. Anak Menteri kena pegi PLKN? Biar dia pegi. Jangan protect dia, jangan berikan dia layanan special siap ada bodyguard. Wajibkan semua Menteri2 kau, hantar anak ke sekolah kerajaan. No international school, no oversea school.

Itu lah dia cara nak yakinkan rakyat yang kau kerajaan yang betul2 bijak..buat dasar pendidikan tapi anak sendiri hantar luar negara belajar macam mana la nak paham berkesan atau tidak benda yang dia sendiri run tu? Biar diorang tau dari mulut anak diorang sendiri isu dan masalah sekolah2 kat Malaysia...Tengok lah sendiri..makin banyak yang dapat A sekarang ni...tapi, sad to say, berkualiti ke A dia tu? Yang genius, hantar luar negara, jadi pelacur...apa pasal aa? Fundamental tak kukuh ke?

Menteri pulak....kau kenalah walk the talk. Kau menggunakan title kau sebagai pemimpin tapi sebenarnya kau hanyalah seorang "pengarah." Arah rakyat buat itu. Buat ini. Ikut jalan ni kalau tak suka tol. Jangan makan ayam kalau ayam mahal. Jangan tukar kerajaan kalau tak suka kerajaan. Jangan pilih Pembangkang sebab harga barang naik semua dakyah pembangkang. Apa yang cuba ditunjukkan ni sebenarnya? Kalau benar harga barang naik itu semua omongan pembangkang....kenapa harga barang betul2 naik ni?

Pemimpin adalah orang yang inspire. Contoh. Idola. Template. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang biarkan diri dia susah dahulu dan pastikan orang bawahan dia senang sebelum dia. Ini betul. Kau baca balik sejarah Islam, semua mengamalkan cara yang sama. Tapi zaman berubah dan zaman sekarang ni, pemimpin perlu kaya raya sebab kalau dia tak kaya raya dia takleh memimpin....kalau pemimpin Melayu Islam tak kaya, nanti habis ekonomi Malaysia dibolot oleh orang Cina DAP....

Habis rosak bangsa Melayu dari atas ke bawah. Melayu ramai berebut nak jadi somebody yang penting sehinggakan ramai antara kita, akhlak tolak tepi. Tikam belakang dalam politik ni seolah2 dah jadi keperluan. Politik, biasalah. Perlu cantas sorang dua untuk naik ke atas, halal  asalkan dapat memenuhi impian memegang jawatan, dari sekecil AJK atau sebesar Menteri. Tikam belakang ni satu cerita tapi bila dah tutup mulut salah laku kawan2 hanya sebab dia bagi benefit dekat kita, itu pun budaya Melayu yang aku sure akan jadi penyebab runtuhnya bangsa Melayu ni.

Yang buat tu semua tu orang Islam.
Malu bai.

.....................

Siapa Menteri yang inspire? Siapa menteri yang kau boleh aku kategorikan sebagai pemimpin dalam barisan kabinet? Sad to say, aku jawab tak ada....tapi ni pada aku la. Mungkin kau lain...

Menteri2 tu tidak dapat lari daripada pengaruh parti ketika membuat dasar. Kita tengok Menteri, kita nampak dia Menteri UMNO, Menteri MIC atau Menteri dari Borneo bawah BN (MCA tak ada). Aku tak nampak Menteri yang mewakili rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Tak ada! Even KJ walaupun dia try hard nak jadi "suara rakyat" tapi maaflah KJ, kau still tak dapat lari dari bayangan kau adalah Ketua Pemuda UMNO yang dapat jadi Menteri.

Tapi at least kau try la....cuma, fucked up kan sistem politik kita ni kan? Kau takleh bantah langsung keputusan pucuk pimpinan tertinggi walaupun keputusan yang diorang buat salah atau kurang sesuai dan kau boleh dikenakan tindakan disiplin ikut perlembagaan parti. Bangang gila sistem ni sehingga membuatkan Menteri2 sendiri jadi Macai 24-7 dan tak dapat nak perjuangkan hak orang ramai (kalau dia nak.)

Dan inilah sebabnya kenapa kurangnya rasa hormat aku pada kerajaan dari awal millenium hinggalah sekarang. Kerajaan seolah-olah masih tidak boleh membezakan kepentingan parti dan kepentingan negara. Dah berapa tahun ni woi? Grow up la. "Pemimpin" masih lagi kebanyakannya adalah ahli politik yang cuba try2 memimpin. Karisma nya tak ada. Hujah nya bukan memberi inspirasi tapi menjatuhkan semangat orang ramai. Hujah seorang bisnesman yang nak jaga kepentingan korporat dan nak jaga kepentingan sesetengah golongan.

Bagaimana dengan sifat pemimpin sebenar?

Aku pun tak tau macam mana sifat pemimpin ni sebab selama aku hidup, aku tak pernah lagi jumpa pemimpin rakyat yang betul2 ikhlas nak memimpin tanpa ada agenda tersembunyi. Kalau ada pun, tak pernah lagi aku nampak dalam kerajaan pemerintah sepanjang aku hidup. Dulu aku ingatkan ada, tapi rupanya bila kaji2 dialah bapak buaya.

Macam mana rasanya "dipimpin"? Seronok ke?
Pada aku mungkin lagi seronok berbanding "diperintah."

Disember 17, 2013

Apa Akan Jadi Kalau Kita Semua Bayar Tol Guna Wang RM100?

Untuk orang2 macam aku, yang pegi perhimpunan Bersih dan kena kejar dengan polis, kena tembak dengan tear gas, sebelum kitorang berhimpun, aku rasa semua yang kat situ tau benda tu illegal. Aku tau perhimpunan Bersih tu salah, tapi aku kena join. Sebab seronok sebenarnya berhimpun ramai2 ni. Kalau kau tak pernah pegi, kau kena try. Kalau kau nak rasa Malaysia yang sebenarnya macam mana punya harmoni, kau kena join perhimpunan2 macam ni. Benda paling seronok sekali...the feelings of solidarity. Tiap2 orang kat situ kau tau, dia tak suka Barisan Nasional dan ada la sekerat dua macai berlagak spy.

Walau bagaimanapun, aku paham ramai orang yang takut nak pegi Perhimpunan macam ni sebab dalam undang2 dah diwartakan, benda tu lawan undang2 (yang diragui kesalahan dia sebenarnya) dan ramai jugak yang takut kena tindakan disiplin yang macam2 boleh dikenakan.

Tapi dengar sini, pemimpin zaman sekarang ni, kau kena paham mentaliti diorang. Selagi diorang boleh perah, diorang akan perah...selagi boleh tekan, diorang akan tekan. Islam ni agama aje, cara kerja ikut British. Sebab itu hari2 kita boleh dengar statement bodoh yang dikeluarkan oleh so called pemimpin yang membuatkan diorang rasa kita ni IQ level chimpanzee aje rasanya..Semalam, sorang keluar statement, tak suka bayar tol.....guna jalan lain. Kebetulan pulak apa aku tulis semalam ada kaitan dengan benda tu.

Kau nak ikut jalan lain?

Persoalan aku kepada kerajaan, kenapa jalan lain yang disediakan oleh kerajaan seolah2 direka hanya untuk orang give up dan lalu aje tol? Jalan lain tu macam marketing kepada lebuhraya. Lubang merata. Dah la kena lalu taman perumahan. Bersimpang siur. Pusing situ, pusing sini.....dulu, ada lebuhraya dari KL melalui Cheras, lalu Kajang, masuk Bangi dan kau boleh sampai Seremban dari situ. Semua tu free dan jalan dia walaupun tak mewah tapi cukup dan jalan dia lurus aje.

Sekarang ni, berapa tol perlu lalu? Dulu 3. Sekarang ni 2 lepas Najib bagi hadiah "pemansuhan tol." Diorang tengah dalam perancangan kemungkinan nak tambah lagi satu highway baru dan last sekali aku cek, penduduk kat situ tengah membantah habis2 an projek tu. Diorang nanti takleh lari mana sebab jalan tu direka supaya jalan bertol adalah satu2 nya exit yang convenient untuk diorang...padahal selama ni, ok aje diorang lalu hari2 secara percuma.

Itu adalah sebab kenapa orang macam aku marah benar dengan Kerajaan...

Macam ni lah, aku tau kau marah dengan benda2 camni. Marah dengan treatment bodoh kerajaan ke atas kita. Perjanjian lebuhraaya adalah bukti kegagalan kerajaan kita ni. Orang Cheras sendiri pun tau macam mana strugglenya penduduk situ lawan tol. Daripada kes penduduk ramai2 pegi pecahkan tol yang dibina dalam tahun 90an sehingga kes penduduk Mahkota Cheras kena belasah samseng sebab syarikat lebuhraya nak paksa orang bayar tol dengan tutup jalan2 yang sedia ada.

Mana2 kau boleh nampak kisah sama ; Jalan tu dah wujud selama ni, jalan elok tapi mungkin sesak sikit. Kemudian kononnya nak meleraikan trafik, kerajaan benarkan pembinaan highway dan kutipan tol. Akibat daripada pembinaan highway ni, jalan tu pun diubah alirannya supaya jalan lama ni dah jadi susah nak lalu dan jalan bertol ni adalah yang paling convenient. Nak cepat nak mudah, guna tol. Jalan yang lama ni pun ditutup beberapa simpangnya dan membuatkan jalan alternatif ni jadi satu perjalanan yang memakan masa lebih lama....pusing sini pusing situ masuk sini masuk situ lalu rumah orang lalu taman.

Kemudian announce perjanjian kutipan tol akan diteruskan sehingga berpuluh2 tahun. Come on la.
Ini ke kerajaan yang bagus yang mesra rakyat?

....................


Dari dulu lagi aku hanya nampak satu jalan macam mana kita nak lawan tol2 yang makin lama makin laju dan banyak tumbuh dekat Malaysia berbanding perumahan murah untuk orang ramai. Tapi, cara yang aku cadangkan, memerlukan pengorbanan sikit daripada pihak kau semua. Bagaimanapun, kalau kita semua buat benda ni serentak....benda ni pasti akan tutup semua benda yang kau mungkin terpaksa jawab kemudian hari.

Kita pilih beberapa hari, takyah berterusan pun tak apa dalam sebulan. Kita jadikan hari tu hari bayar tol guna duit paling besar kau ada. Organizer tolong pastikan benda ni random dan surprise. Kau ada RM100? Bayar tol RM1 pakai RM100. Kau ada duit RM50? Bayar tol 90 sen pakai RM50.

Jadi, di sinilah pentingnya kerjasama kita semua. Penjaga tol perlu sedar, kami bukannya nak menyusahkan kerja tuan2 dan puan2 sekalian. Kami just nak tengok, apa jadi kalau plaza tol dah tak ada lagi duit tukar nak pulangkan wang baki dekat pemandu.

Apa akan jadi?

Kau pernah fikir tak apa jadi? Apa jadi kalau plaza tol kehabisan duit tukar nak dibagi dekat pemandu?Kau takkan boleh disuruh patah balik bro....

....................

Beberapa masalah mungkin timbul contohnya, kau akan terlambat sampai ke kerja tapi, kalau kita semua buat benda ni serentak, management office akan terpaksa terima hakikat yang traffic sangat slow sebab plaza tol nak kena carik duit nak pulangkan baki wang, sebab diorang pun akan sangkut sekali kecuali dia datang ofis naik helikopter. Kalau semua dalam ofis guna alasan yang sama sampai lambat, apa lagi management kau nak buat? Even kalau kau upper management pun aku harap kau join sekali.  Yang penting, pekerja plaza tol jangan emo dan kita semua pemandu pun jangan emo dengan diorang.

Apa yang seronoknya di sini  adalah, kalau kita semua dah tetapkan date dan time kita nak buat benda ni, tengah beratur panjang2 ramai2 ni, sementara syarikat tol menggelabah cari duit baki, kita turun kereta, buat pesta makan2. Hahaha.

Kau cuba bayangkan, berapa ringgit diorang kena prepare kalau tiap2 orang bayar pakai duit RM50 minima? Kita sangat ramai bang. Yang terbaik sebenarnya, syarikat tol tak boleh nak salahkan kita apa2 sebab kita masih lagi membayar tol dan tidak ada apa2 undang2 yang dilanggar, malahan, kalau diorang tak return balik duit kita, diorang yang langgar undang2. Apa yang kita buat adalah legal dan dia tak boleh tolak duit yang kita bagi tak kiralah berapa besar pun.

Adakah kita akan menyusahkan gadis penjaga tol? Bukan tanggungjawab dia sediakan duit tukar dekat pemandu, dia tukang kira dan beri aje....lama sangat tunggu, ajak ajelah dia borak2 dengan kita. Kalau kau selalu lalu LEKAS, kat situ ramai gadis hot kerja plaza tol.

Cuma, risiko dia kat sini adalah kalau benda ni berterusan, apa yang syarikat2 lebuhraya dan kerajaan boleh buat adalah diorang tutup semua lorong tol tunai dan gantikan dengan Smart Tag dan Touch n Go sahaja. Jika terjadi sedemikian rupa, pada waktu itu, kalau kau belum sedar, itu adalah tanda paling jelas kenapa kerajaan perlu ditukar dan Barisan Nasional perlu dijatuhkan. Kalau diorang punya deluded tahap maksima, aku rasa undang2 menghalang rakyat biasa guna lebuhraya pun boleh diperkenalkan...ini Malaysia, the land of endless possibilities.

Kalau kau takut nak join Bersih tapi dalam hati kau ada rasa nak menunjukkan perasaan tak puas hati kau kepada kerajaan secara terbuka dan kau benci tol, ini adalah cara yang paling sesuai. Kita namakan Festival ini "Hari Malaysia Membantah Tol ."Siapa nak jadi organizer? Slogan yang kita akan pakai? Nanti2 ada la tu.

........................

Aku tak tau cara lain macam mana nak bantah tol secara aman. Kita boleh buat piket tapi benda tu takkan beri kesan besar kat diorang ni. Itu aje la cara yang dari dulu aku nampak dan punyalah lama aku nak tulis, tapi sebab semalam lepas ada suggestion macai suruh "kalau tak nak bayar tol, guna jalan biasa.." aku fikir dah tiba masanya kita kena carik jalan lain. Dia suruh kita guna jalan alternatif, dah sampai masanya kita ganti diorang dengan kerajaan alternatif.

Semua benda yang memerlukan perubahan, rakyat yang kena ubah. Ada menteri buat pengurangan elaun? Gaji? Imbuhan? Faedah? Balik2 yang kena ubah cara hidup, rakyat....dah la. Aku nak ubah kerajaan. Aku tak nak lagi dengar kerajaan suruh aku ubah apa2.

ps - ada juga ura-ura motorsikal pun nak dikenakan tol. Menarik tu potensi lepak2 tepi jalan ramai2 hisap rokok sambil tunggu duit baki tol.