Disember 06, 2013
Disember 05, 2013
Hentikanlah Amalan Khurafat Ijab Kabul Pengantin Melayu
Ramai kat sini dah kahwin kan?
Macam mana rasanya kahwin dulu? Menggelabah kan. Apatah lagi lelaki. Part paling menggelabah ni adalah bila kau duduk dan kau nak melalui majlis akad nikah tu sendiri. Dalam kepala duk teringat semua benda yang kena ikut dan tips2 yang diberikan orang lain. "Waktu akad nikah nanti kau kena sebut jelas2, terang2. Tangan kena salam betul2. Lafaz kena lancar. Lafaz kena satu nafas, jangan sangkut-sangkut...." Aku pun baru menyedari, betapa banyaknya bullshit orang Melayu ni sehinggakan kita dah menyusahkan diri sendiri. Sedangkan kita Islam. Islam menyenangkan, pemahaman Melayu ni menyusahkan.
Mesti ada antara kau yang kena pesan masa nak akad nikah dulu, "kau mesti lafaz satu nafas sahaja! Kalau tak, tak sah!"
Ada yang ikut syarat satu lafaz ni? Sila angkat tangan sama dengan aku.
Kenapa aku ikut? Sebab ada saksi tepi aku pesan, kena satu lafaz. Dia AJK Masjid tak silap aku.
Kau sedar tak, itu semua amalan khurafat Melayu? Dalam Islam sendiri, tak wujud pun permintaan kena satu nafas ni. Dah la kau menggeletar nak menikah, kemudian tercungap2 pulak masa sebut sebab nak maintain satu lafaz punya pasal. Ni lah bahana Melayu punya kepercayaan.
Islam tak pernah mintak pun ijab kabul ni dalam satu nafas. Permintaan Islam simple, ijab dan kabul mesti dilakukan secara berterusan....dalam satu majlis! Tak ada stop, tak ada rehat dulu. Bukannya dalam satu nafas. Tapi mesti ada nenek moyang kita dulu yang salah intepret benda ni dan ajar anak murid dia, "lafaz nikah ni kena satu nafas berterusan."
Masalahnya, Bahasa Melayu ni ayat dia panjang2.Ni lagi satu hal, kita tak perlu pun ikut ayat lafaz tu sebijik2. Sebenarnya, apa aje ayat pun boleh digunakan asalkan Wali dan saksi paham. Aku pun dulu sampai tercungap la sebab nak satu nafas punya pasal....tak boleh ke senang kan? Boleh. Tapi kepercayaan orang Melayu ni yang susahkan.
Pengantin paham ijab? Wali paham kabul? Saksi paham dua2? Tujuan dia jelas?
Sah? Sah. Ayat macam mana pun boleh pakai.
Asalkan semua pihak yang ada situ paham dan jelas yang kedua2 pihak bersetuju nak kawin, benda tu dah sah dah. Ayat yang ada hanya sebagai panduan jadi tak perlulah sampai wajib kita ikut sebijik2. Lagilah malu kalau kita declare mas kahwin dia "Hutaaanngggg.." macam orang dulu2. Buat malu pengantin aje. Kau bayangkanlah kalau yang kahwin tu jenis tak ada stamina....mau tercungap2 nak pastikan satu nafas tu....
Benda dah senang, kita complexkan, orang pun jadi takut. Bila dah takut, ramai la yang tersasul ulang berbelas kali. Padahal benda tu benda elok, senangkan la. Ni kalau saksi semua duk mati2 percaya kena satu nafas, sampaikan pengantin duk ulang berapa kali atas permintaan saksi....tak ke menyusahkan diri?
Dah la dalam kepala duk fikir kena satu nafas, saksi duk tengok, wali duk tengok, kadi duk tengok, belakang ramai berkerumun duk excited, bakal bini duk tunduk malu2 kucing, lelaki pulak duk fikir nak projek malam tu, macam mana la tak semput pengantin?
Ni tak masuk lagi Tok Imam yang jenis nak gertak2 suruh baca itu ini, tanya itu ini. Karang pengantin lelaki tersebut nama orang lain sebab gabra sangat sapa nak tanggung? Hahaha. Mau berperang mertua dengan mertua, pengantin dengan pengantin.

Disember 04, 2013
Dengan Basikal Aku Menjelajah....Lalu Aku Digelar Bodoh Sebab Tak Beri Laluan Kepada Penunggang Motorsikal
Dekat TV Al Hijrah sekarang ni sedang giat menayangkan satu siri dokumentari bertajuk "Dengan Basikal Aku Menjelajah" bila seorang anak Melayu bernama Zahariz telah mengembara seorang diri di benua asing dengan hanya bertemankan basikal dan laptop.
Aku dah layan beberapa episod dalam siri ni dan kita boleh lihat sendiri betapa cantiknya bumi ciptaan Tuhan yang aku rasa majoriti kita tak pernah tengok lagi. Bagaimana terhasilnya aurora borealis di langit, sungai yang biru, salji yang tebal dan hujan yang mencurah selama berhari lamanya tanpa henti. Sebelum siri ni dikeluarkan dalam TV, saudara Zahariz kita ni update semua benda yang terjadi dekat blog dia dan aku memang tak miss apa yang dia post, akan aku baca sehinggalah hari terakhir posting dia bila dia stop perjalanan dia.
Korang kena tengok siri dokumentari ni sebab ini first time anak Melayu buat benda ni secara komersial dan syukurlah, TV Al Hijrah bersetuju nak ambik siri dia ni dan dipaparkan untuk orang ramai sebab sebelum tu, dalam trip dia yang pertama, tak ramai pun orang ambik tau sangat.
Bila aku tengok apa si Zahariz ni buat, aku terfikir, apa yang dapat dia paparkan kalau dia decide nak buat "Dengan Basikal Aku Menjelajah" pusing satu Malaysia. Mungkin footage2 dia akan penuh dengan scene kena maki dengan driver kereta suruh dia ke tepi sebab block jalan. Hahaha.
Seriously, kau cuba fikirkan, apa yang dia nak tangkap?
1. "Hari ini saya tidur di tepi sungai yang tercemar kerana sisa buangan daripada kilang itu. Baunya busuk menusuk hidung membuatkan saya tidak mampu tidur. Saya rindukan katil saya."
2. "Semalam saya nyaris dilanggar oleh pemandu lori yang marah kerana saya menghalang perjalanan dia dan ketika dia memotong saya, dia menunjukkan kepada saya isyarat jari hantu yang saya terpaksa padamkan dari tontonan ramai."
3. "Ini adalah imej yang sempat saya rakamkan berkenaan candi Lembah Bujang ketika saya berkunjung di situ. Dapat anda lihat ada jentolak sedang menolak candi dan pekerja buruh mengangkut batu-batu berusia ratusan tahun menggunakan wheelbarrow."
4. "Saya kini berkhemah di sebuah hutan dan ditepi khemah saya dapat didengari perbualan beberapa orang lelaki yang berbincang bagaimana mahu mencuri balak..saya dapat dengar nama seorang VIP disebut supervisor mereka..."
5. "Ini adalah antara bangunan2 tradisional yang sudah pun terbina sejak zaman British tetapi saya diberitahu oleh penduduk tempatan, bangunan ini akan dirobohkan untuk dibina pasaraya Giant."
6. "Saya menceritakan kepada penduduk tempatan saya menjelajah seorang diri dengan basikal, mereka bertanya apa faedahnya? Kenapa tak gunakan kereta nasional?"
...................
Bila tengok apa yang dia tangkap dalam perjalanan dia, rasa sedih pulak tengok negara sendiri. Dengan sungai tercemarnya, bukit dah habis kena tarah, bangunan lama kena roboh atau "dimodenkan" dan semua benda nak dimajukan, diindustrikan. Kampung2 klasik makin lama makin berubah identiti menjadi taman dan warisan nenek moyang bertukar jadi kawasan komersial.
Isteri aku masa kecik mandi sungai sebab dia memang orang kampung. Dulu sungai tu punyalah bersih sehinggakan kau boleh nampak ikan berenang. Sekarang sungai pun dah tak ada, kena sumbat dengan tanah. Aku tak tau kenapa negara kita macam tu pembangunannya. Aku cukup takut fikirkan masa depan anak kita semua tak tau apa itu sungai tapi lebih kenal swimming pool.
Saudara Zahariz, aku sure kau mesti perasan benda ni masa perjalanan kau. Tak salah rasanya kalau perjalanan kau lepas ni kau ambik peluang untuk bukak mata orang Malaysia yang kita perlu jaga budaya dan warisan kita, tak kiralah Melayu, Cina atau India. Gunakanlah dokumentari kau tu sebagai petunjuk bagaimana berbezanya kita treat tanah kita dan bagaimana berbezanya orang luar treat tanah diorang.
Dokumentari kau boleh bukak mata orang ramai terhadap betapa besarnya kuasa Allah tapi apa salahnya selitkan mesej, kalau kita tak protect apa yang Allah yang berikan bila2 masa semua benda tu boleh hilang macam tu aje. Kau kena sebut jelas2 dalam video sebab kalau guna visual tersirat atau cara yang tersembunyi ni, orang Melayu mana paham. Kita suka benda yang terang dan nyata tanpa perlu berfikir...macam filem2 kita.
Kau boleh buat. Aku kenal kau dah lama. Kalau kau cakap, mesti kau buat. Macam masa kau cakap kau nak belajar capoera dulu. Apa2 hal pun tahniah bro. Kalau kau plan nak buat menjelajah Malaysia, pastikan kau pakai jaket hijau fluorescent untuk keselamatan diri.
ps - Dengan Basikal Aku Menjelajah disiarkan setiap Ahad 8.30malam di TV Al Hijrah. (Link)
Disember 03, 2013
Malaysian vs Douchebag Bahagian 04 : Bapak Kepada Segala Douchebag
Satu masa dulu, generasi sebelum kita, yakni mak bapak kita, gajinya kecik. Tak ramai yang ada kelulusan. Ramai yang bekerja kampung. Yang berjaya ke menara gading pun tak ramai, hanya insan2 terpilih yang benar2 layak dapat masuk.
Mak aku sendiri, beli kereta cash lepas kerja dengan duit simpanan dia sebagai seorang cikgu yang gaji pada waktu itu adalah $700 lebih untuk seorang guru lepasan ijazah. Ni dalam tahun 1970 an something. Waktu itu kereta Toyota Corolla yang mak aku beli, harganya dalam $13 ribu lebih.
Kini, aku pulak, gaji aku start mula kerja dua kali ganda gaji mak aku tapi aku tak mampu nak saving untuk beli kereta, sebab kereta pada waktu aku mula kerja harganya dalam RM30 ribu ke atas. Ramai yang mampu beli kereta pun oleh kerana kita berhutang. Berapa kerat Melayu mampu beli kereta cash?
Jelas jika kau bandingkan situasi waktu mak bapak kita dulu dengan kita sekarang yang dah jadi mak bapak, walaupun infrakstuktur kita makin hebat dan gaji kita lebih besar, sebenarnya, taraf hidup kita makin kongkang ke longkang. Kenapa begitu? Sejak bila pulak berlakunya perubahan mentaliti yang menggalakkan rakyat berhutang untuk semua benda walhal sebelum tu, boleh aje generasi mak bapak kita save duit sket2 semata2 nak beli kereta?
Zaman sekarang, semua orang cakap kita mampu beli itu, kita mampu beli ini...padahal hakikatnya, kita tak mampu.
Sebab kita berhutang. Takkan lah kau tak sedar, berhutang tu satu benda yang tak berapa digalakkan dalam Islam? Tapi masyarakat kita dah twist, "berhutang tu adalah satu keperluan. Berhutang itu simbol kau mampu. Berhutang itu perlu untuk memenuhi kehendak untuk orang yang tidak mampu."
Once masyarakat dah biasa berhutang, secara automatiknya sistem kewangan negara kita ni akan dikuasai oleh bank2 yang hanya akan fikir nak buat untung sebab mereka nampak masyarakat mula terima "Berhutang itu perlu," Dalam Islam, untung2 inilah yang digelarkan sebagai riba.
Apa Rasulullah pesan? Jauhi riba...sebab riba adalah perosak masyarakat dan negara. Rasulullah dah nampak, orang Islam akan accept sistem kapitalis dunia ciptaan bukan Islam dan ini akan merosakkan kemampuan orang Islam dari segi ekonomi. Bila kita terima sistem riba, siapa yang paling rugi? Kita. Orang2 yang berhutang.
Jadi, zaman sekarang, orang Melayu terjerut beban hutang. Kerajaan pun terjerut beban hutang. Berapa tahun kita semua kena kerja semata2 nak bayar balik faedah bank? Berapa ribu kau rugi semata2 nak cover bayaran balik faedah pinjaman? Semua tu berlaku semata2 kita berhutang.
Kau boleh talk cock dan sebut "kenapa tak beli aje kereta second hand, kan murah?" Itu semua talk cock bullshit. Semua orang nak beli kereta baru. Semua orang nak beli kereta yang seatnya tak pernah diduduki oleh lelaki gemuk yang berpeluh dan berbau masam. Jadi, kita berhutang. Sampailah kita ke tua kita berhutang dan sepanjang kita hidup...kita bayar riba. Hutang dan riba dah jadi keperluan Malaysia...Padahal Rasulullah dah pesan...JAUHI RIBA!
Kenapa kita tak ikut? Entahlah. Sistem negara kita seolah2 menggalakkan kita berhutang. Peluang berhutang ada merata2. Kau boleh tengok sendiri masyarakat kita dah mula biasakan diri berhutang. Untuk kawin? Berhutang. Untuk baby shower? Berhutang. Untuk beli rumah? Berhutang. Pinjaman bank tu dah jadi satu sistem yang kita ambik sebagai kewajipan untuk survive.
Sejak bila mentaliti kita ni berubah? Aku tak tau nak exact pinpoint kat mana...tapi pada pandangan aku, semuanya bermula semenjak negara kita ubah dasar ke arah perindustrian.
Malaysia dibangunkan sebagai sebuah negara pertanian. Waktu tu kita tak banyak kilang, kita tak banyak bangunan, tapi kita ada banyak sawah, kita ada banyak ladang tebu, kita boleh nampak penoreh getah menoreh. Satu masa dulu kita antara pengeluar getah terbesar dunia dan pengeksport kepala sawit yang amat penting. Getah Malaysia terkenal sebagai antara getah yang paling berkualiti di dunia.
Kemudian muncul dasar perindustrian negara yang diperkenalkan terlalu pantas sehinggakan tidak ada transition yang sesuai dijalankan. Malaysia jadi sebuah negara perindustrian sekelip mata. Untuk sebuah negara yang kecil, kita ada Proton. Kita ada KLCC. Kita ada Putrajaya yang tersergam indah. Kita ada litar F1 yang jadi tempat lumba orang luar. Semua itu dihasilkan dengan kos yang melambung naik. Jika dulu Malaysia adalah negara pengeluar berasaskan pertanian dan melibatkan kos yang tidak lah seberapa besar, dengan tiba2 kita ada Perwaja Steel. Kita ada Hicom. Kita bawak masuk manufacturer luar supaya bangunkan kilang di Malaysia dengan daya penarik tenaga kerja yang murah dan manufacturing kos dapat dikurangkan.
Penoreh getah mula nampak mereka boleh kerja kilang. Gadis2 mula nampak mereka tak perlu ke sawah tapi boleh duduk bawah bumbung. Pendapatan yang sebelum itu mereka yang kawal sendiri kini dikawal oleh syarikat2 asing dan tempatan. Jika sebelum itu mereka tidak kenal apa itu enjoy di bandar, kini orang Melayu mula belajar menghabiskan duit untuk berhibur.
Malaysia bertukar daripada sebuah negara konservatif yang bergantung kepada hasil alam kepada sebuah negara yang memerlukan negara dan rakyat berhutang untuk maintain ekonomi. Jadi Bank Negara mula revise itu ini untuk wujudkan pengguna2 yang boleh beli macam-macam. Orang yang sebenarnya tak mampu beli kereta mula rasa mereka mampu. Orang yang tak mampu pakai air cond kat rumah mula rasa mereka mampu beli air cond dan bayar bulan2. Di sinilah bermulanya penyakit hutang kita. Orang dulu2 mesti ingat "Singer, Menawan Keluarga Bahagia" dan kenapa Singer sangat sinonim dengan generasi mak bapak kita dulu.
Oleh kerana pesatnya pembangunan negara ni, negara memerlukan tenaga mahir yang ramai untuk support semua jawatan kosong. Anak2 penoreh getah tadi mula membayangkan cita2 untuk tidak mahu jadi penoreh getah dan anak2 pesawah mula rasa hidup mereka akan lebih baik jika mereka tidak jadi pesawah. Mereka boleh jadi lebih baik berbanding mak baha mereka, bisik propaganda.
Permintaan pekerja mahir yang makin meningkat akibat pembangunan yang terlalu pesat membuatkan kerajaan membenarkan IPTS diwujudkan. Jadi banyaklah IPTS diwujudkan untuk membantu melahirkan pelajar2 yang ada ijazah dan diploma. Mereka perlu kelulusan untuk diterima masuk ke industri pekerjaan. Budak2 ni pun berlumba2 lah ke menara gading. Mana2 yang tidak mampu dapatlah biasiswa tapi sebab terlalu ramai yang tidak mampu tapi masih berhasrat ke menara gading.....diwujudkan lah PTPTN.
Jadi, ramailah yang mula belajar terima hakikat, untuk berjaya mereka perlu berhutang. Untuk segulung ijazah, berhutang itu perlu jika tidak mahu digelar "Kegagalan." Riba memainkan peranannya lagi sekali di sini. Hutang pinjaman pelajaran pun dikenakan riba. Tapi orang kita tak melawan sebab kita nampak orang lain ok aje. Lagipun kerajaan galakkan pelajar ambik PTPTN supaya perbelanjaan masa belajar tak menyusahkan mak bapak. Riba....dah jadi keperluan.
Apa Rasulullah pesan lagi sekali? Riba adalah peruntuh masyarakat.
Cuba tanya mak ayah kau, ada mereka berhutang? Umur berapa mereka mula berhutang? Majoriti mesti kata hutang first diorang masa beli rumah atau beli kereta. Itupun tak banyak hutangnya. Tapi generasi aku, yang lahir 80 an dan 90an habis aje SPM, dah diperkenalkan dengan hutang dalam hidup.
Kenapa semua ini terjadi? Kita semua berhutang kerana kita nak memenuhi visi seorang lelaki yang nak tengok Malaysia jadi negara maju pada tahun 2020. Kita susah sebab kita kena berkorban penuhi impian seorang lelaki yang nak tengok dia ada legasi pembuatan kereta sendiri. Kau boleh talk cock dan sebut sumbangan dia yang lain dan apa sumbangan Proton dekat negara, tapi jawab soalan aku, "kenapa perlu rakyat dibebankan dengan hutang yang lebih banyak semata2 nak pastikan Proton terus hidup?"
Aku ulang lagi sekali. Rasulullah dah pesan, riba ni perosak masyarakat. Kalau kau setuju bayar riba lebih semata2 nak tengok Proton survive, kau lawan apa yang Rasulullah ajarkan.
Kita ambik riba ni normal sebab kita nak pastikan semua orang mampu beli kereta nasional. Dari kereta jenama lain harganya 20 ribu, kini dah jadi RM120 ribu. Daripada sikit ribanya, kini makin besar pulak jumlah ribanya dan akan makin meningkat tahun ke tahun sehinggakan isteri perlu bekerja menampung keluarga dah jadi motto masyarakat kita.
Inilah padahnya kesan betapa ekstrimnya perubahan dasar negara kita yang sebenarnya tak patut lagi ditukar ke arah negara perindustrian sebab kita tak punya kepakaran dan kita tak punya infrastruktur. Jadi semua itu perlu dipercepatkan, diacceleratekan dengan berhutang, meminjam dan pilih kuantiti berbanding kualiti.
Lihat kesannya sehingga kini. Dua minggu lepas keluar statistik lebihan lepasan doktor di negara kita yang tak ada pekerjaan. Seminggu lepas aku baca, pilot pun sama. Pada tahun 2000 dulu lepasan IT habis menganggur sebab tak ada kerja kosong walaupun Kerajaan giat kempen pasal IT. Aku sure majoriti mesti dah ada hutang pendidikan...camne nak bayar? Kau ingat kursus pilot dan medic ni murah?
Akhirnya, kau boleh lihat sendiri, oleh kerana wujudnya budaya semua orang mampu berhutang, pendidikan sudah jadi satu bisnes. IPT terkejar2 tarik pelanggan. Tiap2 tahun ada 200 ribu lepasan SPM dan semua IPT bangga memaparkan iklan "Pinjaman PTPTN disediakan kepada calon." Education sudah jadi bisnes membuatkan IPT Malaysia lebih gemar duit masuk berbanding kualiti pelajar yang keluar.
Kerajaan kita cukup bangga dengan Cyberjaya satu masa dulu. Kini Cyberjaya adalah tempat di mana peniaga Melayu terpinggir meniaga dekat tepi bas dan orang asing meniaga merata2. Kau tau tak Cyberjaya sampai sekarang tak ada Masjid sendiri dan baru nak buat itupun aku tak sure bila nak start? Putrajaya pula diwujudkan untuk jadi Pusat Pentadbiran Kerajaan yang dikhabarkan efisien. Tahukah anda jalan keluar masuk ke Putrajaya tiap2 petang kesesakan lalu lintasnya mak aih.....teruk betul. Tahukah juga anda yang Putrajaya ada stesyen LRT yang dah siap tapi terpaksa ditutup sebab sistem nya tak pergi ke mana-mana, ditinggalkan begitu? Dan tahukah anda sehingga sekarang, jalan motorsikal di Putrajaya masih lagi tidak diutilize sepenuhnya? Mungkin sebab tak selamat untuk penunggang sebab aku pernah lalu sekali...elok sikit aje berbanding dengan jalan motor Federal Highway satu masa dulu.
Itulah masalah yang kita akan hadapi sehingga beberapa generasi akibat seorang pemimpin yang gila nak accelerate kemodenan ke atas satu masyarakat yang konservatif. Kita bangunkan negara dengan berhutang jadi sekarang ini hutang negara naik banyak sebab riba dah diperkenalkan dalam hutang tu.
Siapa yang tanggung? Kerajaan. Siapa yang bayar? Kita. Tarif elektrik pun dah naik 15%. Rasulullah dah pesan, kalau nak bangunkan negara jangan berhutang. Once kerajaan dah biasakan diri berhutang, rakyat pun akan turut sama berhutang. Bila semua dah berhutang dari atas ke bawah....apa jadi?
Minyak akan habis satu masa nanti. Once minyak habis apa lagi sumber kewangan kerajaan? Tak kiralah 2070 ke, 2090 ke tapi kita kena fikir benda tu sekarang supaya anak2 kita tak hidup melarat nanti. Waktu tu mampu ke Kerajaan Malaysia setelkan hutang RM500 billion lebih yang dah ada sekarang ni? Waktu tu berapa pulak nilainya lepas dah ditambah dengan riba?
Berapa pulak GST yang nak dikenakan waktu tu?
Tanyalah orang yang aku maksudkan tu.
1. Tanyalah dia kenapa Malaysia menuju ke arah berpendapatan tinggi dan rakyatnya juga menuju ke arah hutang yang tinggi.
2. Tanyalah dia kenapa dia bail out banyak syarikat2 gergasi tapi dia kenakan kepada orang ramai cukai kenderaan yang membuatkan satu Malaysia terpalit dengan hutang dan riba.
3. Tanyalah dia dan Anwar Ibrahim kenapa dia wujudkan sistem pendidikan yang melahirkan graduan yang keluar aje Universiti terus ada hutang tapi pendapatan graduan tu pun kadang2 tak cukup nak bayar hutang dan mampu membuatkan ramai graduan takut nak kawin semata2 sebab takut tak mampu bayar hutang.
4. Tanyalah dia kenapa banyak benar perjanjian berat sebelah diwujudkan sehinggakan kerajaan sekarang ni pun tak mampu nak lari dari bebanan hutang.
5. Tanyalah dia apa faedahnya yang dia dapat ubah dasar negara. Apa yang buruk sangat jadi negara pertanian? Agriculture punya sector akan create a self sustaining country yang tak dependant dekat investor luar jadi at least kewangan kita tak banyak yang mengalir keluar. Kita ada terlalu banyak sumber dan tanah kita memang terbaik. Tuhan dah bagi kita geografi yang cukup mewah, kenapa kita gemar dirikan kilang atas dia?
6. Tanyalah kepada dia, kenapa perlu kita ada pengeluar kereta sedangkan untuk sustain selling unit pengeluar tu kita kena create marked up price model jenama lain dan bebankan orang ramai yang selama ni tak pernah pun terbeban dengan artificial price dan cukai2 yang menekan orang.
Kau boleh talk cock Proton itu, Proton ini tapi lihat sini, sejarah kereta Korea bermula daripada mereka pengeluar basikal sehinggalah mereka boleh buat kereta dan benda tu ambik masa berapa puluh tahun. Pernah kita buat basikal? Mana ada. Ada la Petronas buat basikal tapi harganya mak aih. Industri kereta negara wujud terlalu cepat dan pantas tanpa wujud tempoh masa menimba pengalaman belajar dahulu.
Kita tak mampu produce basikal, tapi kenapa kita mampu produce kereta? Pelik bang.
Kau mungkin rasa benda tu sebagai bukti kehebatan Melayu tapi aku ambik benda tu sebagai tindakan melulu yang tak fikir panjang. Inilah dia accelerated growth tanpa mengambil kira sama ada masyarakat ready atau tidak. Sekarang kita mula membayar harganya sikit-sikit, semata2 sebab kita nak jadi negara maju menjelang 2020.
Kini bawah Najib, target dah berubah...kita nak jadi negara berpendapatan tinggi pulak. Kenapa? Haha. Pendapatan tinggi perlu untuk tampung hutang yang tinggi. Kalau rakyat punya pendapatan rendah, kerajaan punya pendapatan pun rendah la, kan? Bang, berapa lama lagi kita nak berharap dengan duit minyak? 80 Billion Petronas tu siapa yang nak cover kalau kita dah tak ada minyak? Aku, kau, anak kau, cucu kau. Sekarang ni pun had pencen dah dinaikkan...kau nak anak cucu kau kerja sampai 80 tahun ke?
Itulah dia, Rasulullah dah pesan dalam khutbah terakhir dia, betapa bahayanya riba ni. Dia dah nampak yang orang Islam akan jadi mangsa. Tapi kita tak nak dengar. Kita berebut2 berlumba nak jadi sama macam orang putih melalui infrastrukturnya dan kita ambil mentaliti perniagaan yang digunapakai tauke besar2 semua benda asal boleh, duit bersih atau duit haram tak apa asal kaya. Kita ambik hutang dan riba sebagai faktor yang perlu untuk membangunkan negara...alih2, ekonomi kita pun bergantung dengan negara lain.
Kita semua kena bayar hutang negara, kau sokong BN, kau sokong Pakatan, kita semua kena bayar. Kau tengok anak kau, dia pun akan kena bayar. Satu Malaysia kena tanggung bayaran riba.
Rasulullah dah pesan dah tapi pemimpin pun tak dengar, rakyatnya bukan boleh buat apa. Tuhan dah bagi kita hasil bumi, tanah subur, hujan mencurah2....tapi kita pegi pacak kilang, buang sampah dalam sungai, tambak situ, tambak sini, habis banjir merata2. Ada warisan sejarah, ada warisan budaya, robohkan, buat legasi diorang sendiri.
Budaya dah terbiasa halalkan riba dan galakkan hutang ni diwarisi oleh kepimpinan seterusnya, itulah yang kita boleh lihat sekarang ini, bagaimana teruknya ekonomi kita sehinggakan RM1 tu pun, nilai dia sebenarnya kadang2 mencecah "nothing."
Kau akan jawab balik apa aku tulis dengan ayat standard "dah sistem ekonomi kita camtu, habis nak buat macam mana? Kena la berhutang kan!" tapi fikirlah sendiri, takkan sekadar itu aje yang kita boleh buat? Mesti ada jalan lain. Mesti ada. Dah berapa kali aku ulang, Rasulullah dah pesan bahaya riba....mesti ada jalan yang lebih baik berbanding sistem sekarang. Rasulullah takkan tipu. Rasulullah takkan paksa rakyat dia bayar lebih untuk support projek kereta kuda Mekah...
Tapi sebab visi pemimpin kita 2020 nak tunjuk kat dunia dia punya kuasa, habis berapa generasi anak cucu berhutang hidupnya. Malaysia Boleh. Asal Boleh. Bolehland.
ps - Kepada Kerajaan dan Pengerusi PTPTN, kalau kau nak masuk syurga, meh aku bagi kau macam mana caranya.

.....................

Disember 02, 2013
Malaysian vs Douchebag Bahagian 03 : Dengan Ini Saya Mengesahkan Diri Saya Sebagai Blogger UMNO Merangkap Seorang Macai
Kalau kau layan website, blog atau apa saja media yang berkaitan politik di internet, amat mudah untuk kita dapat direct feedback orang ramai mengenai sesuatu isu. Pihak pembangkang dah mula gunakan internet dari tahun 1998 bila mak aku mula try ajar aku apa yang tak betul pasal kerajaan padahal waktu tu, aku mati2 an pertahankan Mahathir dan pengikutnya. Aku memang macai 100% satu masa dulu.Pihak kerajaan pula lambat sikit gunakan internet memandangkan diorang ada kawalan ke atas TV dan radio jadi buat apa diorang gunakan internet untuk main isu diorang. Tapi yang aku perasan, sejak PRU 12 hari tu, orang2 penyokong kerajaan ni mula senyap2 bangunkan grup2 diorang ni untuk counter balik isu2 pasal politik dalam internet.
Masalahnya, yang aku perasan, kebanyakan blogger upahan UMNO khasnya ni suka memainkan isu kaum. Balik2 semua sebab Cina dan pada diorang, diorang ni amat gembira kalau 13 Mei 1969 jadi lagi sekali. Mungkin sebab diorang ni betul2 nak membuktikan dekat aku yang parang terbang tu wujud.
Kalau kau tengok dekat Facebook, blog dan website portal berita pro-pembangkang, mesti ada sekumpulan manusia yang komen macam orang tak ada intelek, nampak benar level pendidikannya SANGATLAH rendah dan langsung tidak boleh diajak berhujah...bila diajak berhujah, puak2 ni lari.
Inilah dia douchebag2 internet upahan UMNO.
Kalau kau nak tau mana satu, diorang ni jenis yang pakai gambar awek, komen macam bodoh benar bunyinya tapi ikhlas, Like benda2 lucah dan kemudiannya komen diorang tu ramai yang like. Yang like tu pulak geng diorang aje. Kononnya nak tunjuk yang rakyat menyokong perjuangan diorang la dan pembangkang ditolak secara total.
Untuk orang yang tak tau benda ni berlaku, mari aku ceritakan kat sini, blogger upahan UMNO ni memang wujud. Modus operandi diorang adalah cuba wujudkan ketegangan kaum supaya Melayu benci Cina DAP, Melayu benci India PKR, Melayu tolak Hudud dan Melayu tolak PAS. Pada diorang ni, matlamat diorang hanya satu, pastikan semua orang sokong Barisan Nasional.
Oleh kerana golongan2 douchebag ni tau diorang ada protection oleh orang2 VIP jadi diorang ni bebas lakukan apa saja. Kau nak kutuk Cina ke kau nak pijak lembu untuk buat orang India marah, buat aje. Sebab VIP ada protect diorang. Oleh kerana ada peluang nak merasa macam mana ada kuasa, ramailah berduyun2 cuba masuk jadi Blogger Upahan UMNO ni sebab ada gaji tetap, ada imbuhan tetap dan kau boleh ada peluang jumpa dengan menteri.
Jenis orang yang diorang suka untuk jadi macai berbayar ni...adalah orang2 yang memang hidupnya terpaksa menjilat jubor mereka2 yang somebody dalam UMNO sebab mereka ni, kalau kau suruh buat apa saja, diorang akan turut tanpa berfikir. Kau tengok sendirilah macam mana top blogger UMNO ni camne orangnya...kau paham2 la.
Peluang untuk jadi douchebag berbayar dan kerjanya duduk 24 jam depan komputer post benda yang diorang dah sediakan awal2? Siapa tak nak kerja camtu?
Aku kenal seorang mamat yang kini antara top blogger UMNO ni. Aku sendiri terkejut macam mana dia boleh jadi blogger upahan UMNO padahal selama aku kenal dia, hidup dia memang agak tunggang langgang. Tak ada kerja, tak ada duit. Kahwin dah cerai. Anak, bini jaga. Pernah cerita kat aku dia susah. Terpaksa pinjam along. Beli motor sekali dengan aku. Motor rosak mintak tolong member hantarkan dia.
Aku tak pernah dengar sekalipun dia borak pasal politik. Tup tup tiba2 dia jadi antara orang2 yang menyebarkan kebencian kaum dekat blog dia. Padahal muka dia sendiri macam Cina. Ajak orang pijak kepala lembu. Ajak orang boikot itu ini.
Mungkin itu aje kot jalan dia nak keluar dari hidup susah...tapi bro, takkan lah kau tak sedar diri walaupun kau tu senang sekarang, ada blog yang guna domain '.com' dan ada gaji bulanan yang dibayar oleh VIP UMNO....kau sebenarnya hanyalah seorang douchebag?
Biarlah orang kata aku kutuk bangsa sendiri, biarlah orang kata aku tak sayang Melayu tapi aku percaya. kalau mesej2 yang bos2 kau suruh sebarkan adalah memupuk kemarahan orang Melayu terhadap Cina, aku betul kau salah. Walaupun aku Melayu tapi aku tak boleh buat sesuatu benda salah hanya sebab aku nak pertahankan Melayu!
Blogger UMNO, kau cuba tanya diri sendiri, kau tak rasa ke susah hidup kau sebenarnya sebab kewujudan polisi2 kerajaan yang tekan kau? Aku tak rasa VIP UMNO ni bayar kau banyak sangat sehinggakan kau boleh hidup mewah...tapi nak tak nak, takkan lah kau bodoh sangat bro sampai tak nak mengaku yang hidup kau, seorang Melayu, jadi lebih susah...hanya kerana beberapa polisi kerajaan yang diperkenalkan?
Kau tak ada pendirian sendiri ke?
Balik2 semua alasan kau "Anwar al-Juburi..."
Kalau Anwar meliwat sekalipun, itu bukan sebabnya kau perlu sokong kerajaan yang tindas kau. Kau tak payah join mana2 bahagian politik pun untuk ada pendapat sendiri. Aku bukannya ahli parti mana2 pun jadi bebaslah aku kutuk mana2 pun...tapi masalahnya, cilaka yang Pakatan buat takde kesan kat aku tapi cilaka yang BN wujudkan tu lah yang aku terasa....lagipun, aku tak suka lifestyle VIP-VIP UMNO ni...Diorang hidup macam raja....padahal diorang "wakil rakyat."
Berjuta2 orang rasa susah hidup diorang sekarang ni sebab kau. Kau sebarkan mesej2 yang burukkan Cina, kau ajak Melayu hina agama lain, kau suruh orang pangkah UMNO tapi kau tak sedar ke, kau hanyalah alat. Alat politician. Kau hamba. Kau ada tuan. Mana pendapat kau yang original? Takkanlah kau tak mampu nak bangkang sekali sekala apa yang kerajaan buat kalau hidup kau affected dengan benda tu?
Masalahnya, bila part laksana hudud dia tak nak angguk sebab dia ahli UMNO dan tak nak setuju dengan cadangan PAS. Kau tak nampak ke betapa crapnya pengaruh politik dalam membentuk pemikiran kau? Atau mungkin memang betul kau tak setuju dengan hudud atas pandangan peribadi? Kalau PAS cadangkan hudud, sokong! Kalau UMNO cadangkan hudud, sokong!
Pada aku, orang Melayu yang tak sokong hudud ni, senang aje, dia sokong zina dan dia suka zina. Itu aje. Mengaku aje lah "kalau hudud dijalankan saya takut saya takleh nak berzina!" Dalam bab camni, aku memang rasa stereotyping adalah tindakan yang betul.
Macam mana la kita boleh terima undang2 orang putih ni boleh cegah rogol dan zina sedangkan orang putih sendiri dah halalkan zina dalam media diorang kerana permintaan?
(Esok adalah Bahagian Terakhir siri Malaysian vs Douchebag : Bapak Kepada Semua Douchebag)
Langgan:
Catatan (Atom)