September 26, 2013

Orang Ramai Umum Pengurangan Subsidi Kepada Kerajaan Malaysia Sebanyak 10 Peratus

Akibat daripada kenaikan harga minyak yang membebankan pengguna, orang ramai hari ini telah mengambil keputusan untuk menurunkan subsidi kepada kerajaan melalui penurunan pembayaran duti kenderaan yang selama ini dinikmati oleh kerajaan.

Keputusan ini diambil kerana kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan ramai orang terpaksa memilih sama ada mahu memotong perbelanjaan untuk keluarga atau mengurangkan pemberian subsidi kepada kerajaan. Mesyuarat orang ramai yang berlangsung di Putrajaya telah pun bersetuju supaya pengurangan subsidi kepada kerajaan akan dilakukan mengikut skala tahun ke tahun.

Jurucakap kumpulan berkenaan dipetik berkata, "kami akan memotong sedikit subsidi duti kenderaan yang diperolehi kerajaan dengan nilai 10% mulai tahun 2014 sebagai langkah awal. Kami berharap agar pihak kerajaan dapat membuat perubahan kepada cara mereka membelanjakan pendapatan kerajaan kerana sedikit sebanyak, akan berlaku penyusutan kepada sumber ekonomi kerajaan."

Ujar beliau lagi pengurangan subsidi melalui penurunan duti kenderaan ini akan dilakukan secara tahunan dan akan dikaji semula jika berlaku kenaikan harga minyak atau inflasi teruk kepada harga barangan harian.

"Pada kami, jika kerajaan yang melabelkan diri mereka cekap memerintah ini terpaksa membelanjakan berpuluh juta hanya untuk mengupah syarikat asing menyediakan draf pendidikan negara, tidak ada gunanya kami mensubsidi pendapatan kerajaan lagi," sambung beliau. "Saya amat berharap agar kerajaan dapat mengubah cara mereka berbelanja kerana zaman mewah kepada kerajaan akan mula beransur-ansur ditarik balik akibat perbelanjaan yang nampaknya kerap berlebihan melebihi kemampuan."

Pihak wartawan kami telah pun berjaya mendapatkan respon beberapa orang wakil kerajaan. Seorang menteri yang tidak mahu dikenali berasa agak berang dengan tindakan orang ramai yang menurunkan subsidi kepada kerajaan. "Bagaimana pula kami nak melakukan transformasi kepada negara jika sumber kewangan kami ditarik tahun ke tahun?" tanya beliau.

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pula melalui ruangan Twitternya memberikan reaksi yang berbeza, apabila beliau bersetuju dengan tindakan orang ramai yang ingin menurunkan subsidi kepada pihak kerajaan. "Saya rasakan apa yang orang ramai lakukan adalah satu tindakan yang tepat walaupun pedih untuk diterima. Tapi hakikatnya, saya akui sebagai Perdana Menteri, pihak kerajaan harus mengubah cara hidup dan mengamalkan perbelanjaan berhemah."

Apabila ditanyakan adakah selepas ini pihak kerajaan akan mengurangkan lawatan-lawatan rasmi ke luar negara akibat daripada pengurangan subsidi ini, Perdana Menteri menyebut itu adalah langkah-langkah awal yang bakal diambil.

Respon masyarakat kepada isu pengurangan subsidi kepada kerajaan ini telah pun diterima dengan sangat positif. "Dah lama benar kita subsidi kerajaan, apa salahnya dikurangkan sikit subsidi rakyat yang mereka terima tu?" tanya Makcik Limah, seorang suri rumah dan pengusaha perniagaan kuih di Ulu Yam.

"Kalau kerajaan naikkan harga minyak untuk menampung perbelanjaan mereka, rakyat juga ada hak untuk memotong subsidi kepada kerajaan yang diberikan melalui kutipan cukai untuk menyeimbangkan perbelanjaan rakyat," ujar Makcik Limah.

"Ubah la gaya mentadbir, senang aje kan? Tak ada duit, kenapa perbelanjaan masih lagi melebihi pendapatan? Bukan ke itu cara yang kurang bijak? Jabatan Audit dah buktikan dah, kerajaan kita ni boros tak bertempat, jadi amat sesuai la rakyat potong subsidi kepada mereka ni!" ulas Makcik Limah lagi.

September 25, 2013

Adakah Sebab Kau Pegawai Kerajaan Kau Rasa Kau Tak Payah Angkat Tray Lepas Makan?

Ada kau pergi KFC tak beberapa hari ni?

Kat rumah aku ada sebijik KFC yang memerlukan pekerja. Aku rasa KFC tu memang dari dulu tak cukup pekerja, even time peak hours pun cashier mampu bukak 2,3 kaunter aje.

Lagipun, kerja fast food kat Malaysia ni banyak sikit kerjanya. Kita bukan ada budaya clearkan table masing-masing lepas makan. Jadi, kerja pun bertambah2 la...orang ramai nak makan takleh, meja tak dapat nak clear....bukan ke lagi senang kalau kau clearkan aje table kau lepas makan, abang2 dan kakak2?

Apa yang aku perasan, dah beberapa bulan ada terpapar iklan jawatan kosong kat situ, siap dinyatakan berapa gaji kalau kerja sekian2 masa. Tak silap aku, bayaran dia dalam RM3.50 camtu sejam. Kerja sebulan campur overtime dapat dalam RM900 lebih camtu...RM3.50 sejam!

Kalau kau nak bandingkan dengan negara luar, bekerja kat restoran fast food ni adalah satu option yang bagus kalau kau tak ada kerja atau kau student. Bayaran minimum kat US, USD7 sejam (anggaran, aku tak ingat berapa).. kat UK 6 pound lebih tak silap aku. Apa yang orang US mampu beli dengan USD7 dan apa yang orang mampu beli dengan 6 pound? Macam-macam.

Di negara kita....seorang pekerja KFC terpaksa kerja 3 jam, semata-mata untuk beli satu snack plate dua ketul ayam. Nak beli Happy Meal, dia kena kerja 2 jam!

Berapa pinggan snack plate dia boleh sediakan dalam tiga jam? Banyak. Cuma fikirkanlah, dia hidangkan kau snack plate untuk orang ramai selama 3 jam, nilai yang dia dapat balik adalah satu pinggan snack plate. Kau tak rasa benda tu agak lopsided ke?

Permudahkanlah hidup diorang ni. Clearkan lah meja kau lepas makan.

Bukannya susah pun. Sedekah bukannya sekadar dalam bentuk wang ringgit dan barangan aje Cik. Kau claim kau bayar mahal, membuatkan kau rasa kau deserve tak nak angkat tray kau. Masalahnya, yang kaya bukannya orang yang kena angkat tray kau tu.

Kepada pekerja fast food yang rasa ditekan, jangan takut bangun untuk melawan. (Link)

September 24, 2013

Satu Mimpi Yang Hangat Berkaitan Konvensyen

Semalam, aku tertidur awal. Kemudian aku terjaga, aku sambung balik side project aku. Kemudiannya, aku tertidur lagi.
Dalam tidur aku, aku bermimpi.

Aku bermimpi tengah duduk dekat sekolah. Aku tak sure sekolah mana dan aku tengah dengar ceramah seorang cikgu yang aku tak kenal pun siapa dia.

Habis dia punya ucapan tu, dia pun tanya seseorang, "Ok tak kalau saya tugaskan awak ke sana?" Rupanya dia tanya seorang awek yang aku kenal. Terus awek tu muka cuak. Dia angguk aje la sebab terpaksa pergi.

Habis kelas tu, dia datang kat aku. "Eh,eh, kenapa kau datang dekat kat aku ni?" fikir aku dalam hati dalam mimpi.

"Kau teman aku boleh tak?" tanya dia.

"Teman kau pegi konvensyen tu?" tanya aku sebab aku rasa dalam mimpi aku, aku orang penting yang perlu menghadiri konvensyen.

"Malas aku..." jawab aku.

"Alaa....boleh laaa...aku boring la sorang2..." pujuk dia.

Damn it. Dalam mimpi pun aku masih lagi cair dengan awek rupanya. Aku ingatkan at least dalam mimpi aku sendiri aku la pulak yang menggunakan maskuliniti aku untuk buat awek cair...tapi mimpi aku dan real life aku tak berapa ada beza sangat rupanya.

Aku senyap aje la sambil fikir. Terus dia merapatkan badan dia dekat dengan aku.

"Damn it! Ini dah macam Hanez Suraya! Aku dah ada kawan yang boleh buat geli-geli." Fikir aku.

Lalu aku pun terjaga sebab alarm bunyi pukul 5.30 pagi. Aku pun bersiap-siap gi kerja. Masuk ofis, tengok awek tu ada dekat tempat dia tengah buat kerja.

Terus rasa nak pegi konvensyen. Aku pun pesan dekat diri sendiri, "Man...asingkan realiti dengan fantasi bro.."

ps - Aku sekarang hidup bujang untuk sementara waktu...sunyi betul rasanya bila tak ada family disamping diri.


September 23, 2013

VIP dan Ambulans Jalan Sama-Sama, Mana Satu Patut Beri Laluan?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek menggesa pengguna jalan raya untuk memberi laluan kepada pengawal bermotosikal yang mengiringi keluarga DiRaja atau golongan VIP, kerana ia adalah sebahagian daripada budaya Malaysia, lapor portal The Sun Daily hari ini.

Hasan berkata ini kerana mereka yang diiringi mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan dan perlu tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan.

"Saya telah menerima aduan bahawa apabila Raja-Raja kita menggunakan jalan raya, pengguna tidak memberi laluan.

"Kita mesti menghentikan perkara ini, menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin-pemimpin kita adalah sebahagian daripada budaya kita," katanya dalam satu sidang akhbar.

Walaupun undang-undang menyatakan bahawa pengguna jalan raya hanya perlu memberi laluan kepada ambulan dan kereta bomba, Hasan menegaskan bahawa memberi laluan kepada pengawal bermotosikal harus menjadi sebahagian daripada budaya tempatan.(Link)

.....................

Aku cadangkan supaya, kerajaan mengeluarkan perbelanjaan 80 billion untuk wujudkan dua jalinan jalanraya khas baru. Satu untuk "orang bangsawan." Satu untuk menteri dan sanak saudara.

Berdasarkan pengalaman aku, aku tak pernah jumpa lagi jumpa VVIP atau VIP yang datang on time apa2 jemputan yang diorang dijemput.

Jadi, aku berharap, kalau diorang ada jalan diorang sendiri, diorang takde la lambat lagi menghadiri majlis. Benda paling berbuih menunggu adalah menunggu VIP datang supaya majlis boleh start.

Barulah seronok sikit hati aku dapat pemimpin yang mampu menepati masa.
Sesuai la dengan title "pemimpin" tu...kalau bos kau sound kau datang lambat, tapi dia sendiri datang lambat, kau nak ke dengar cakap dia?

Kepimpinan melalui teladan la Malaysia ku.