September 05, 2013

Adakah Masa Depan Malaysia Bakal Dikenali Sebagai "Tong Sampah Kereta Second Hand"?

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh seorang fresh graduate, adalah membuat keputusan, benda pertama sekali yang perlu dalam hidup...adalah membeli kereta.

Masalahnya, dekat mana2 pun kau boleh jumpa galakan dan pujuk rayu supaya kau beli kereta. Bukan sekadar oleh salesman, malahan bank pun galakkan kau beli kereta.

Sebab membeli kereta adalah pelaburan jangka panjang yang untung untuk bank dan syarikat penjual kereta, tapi once kau dah beli kereta, owner sebenarnya akan mengalami kerugian yang meningkat tahun ke tahun.

Benda camni kau takkan dapat tau dalam brochure loan kereta. Dalam brochure apa yang diorang ceritakan, adalah benda2 yang indah sahaja. WOW! ZERO DOWNPAYMENT! WOW! TAHUN PERTAMA INSTALLMENT BULANAN RENDAH GILA! Itu semua adalah fantasi yang dijual kepada pengguna dan yang sedihnya, ramai yang termakan pujukan fantasi bullshit ni.

Tak ada orang yang akan kata, membeli kereta adalah pelaburan yang bijak. Tak kiralah kau beli kereta mahal atau kereta kurang mahal (Malaysia mana ada kereta murah bro!) kereta bukanlah investment. Jika ada pakar ekonomi yang menyarankan agar rakyat membeli kereta sebagai satu bentuk investment, dia sebenarnya salesman kereta.

Mangsa paling ramai, fresh graduate. Kau bukak website bank, banyak gila pakej yang memudahkan kau beli kereta. Bunyinya pada awal memang mudah. Tak perlu bayar downpayment, tak perlu bayar 3 bulan pertama, nilai installment yang rendah pada 3 tahun pertama...tapi once kau dah sign semua perjanjian yang perlu dan kau gunakan kereta kau 3 bulan, barulah kau sedar, kau sebenarnya tak mampu pakai kereta. Kau nak buat apa lagi?

Nilai kemampuan membeli kereta yang digunakan oleh rakyat Malaysia selalunya hanya bergantung dengan nilai installment yang perlu dibayar bulan-bulan. Kita tengok sebulan berapa kena bayar, kemudian kita terus claim diri kita mampu bayar.

Tapi itu tak masuk lagi kos minyak, kos tol, kos insurans dan kos maintenance. Ada diorang cerita pada kau semua ni sebelum kau beli? Mana ada! Yang diorang cerita hanyalah installment rendah bulan-bulan.

Aku bulan2 minyak aku, RM250 ke RM300 average nya. Cuba kita kira balik kos sebenar bulanan supaya kau mampu beli sebuah kereta. Katakanlah, kau beli Proton Saga...installment bulan2 RM450. Bunyi dia sedap...sikit aje RM450 ni...tapi kos sebenarnya adalah ;

1. Installment bulanan - RM450
2. Minyak - RM150
3. Insurans dan Road tax (sebulan saving 10% hingga cukup) - RM120 (insurans dalam Rm1200 setahun)
4. Tol - RM50
5. 3 bulan sekali servis - RM180 jadi sebulan kena save RM60. Itu baru interval servis. Belum masuk major servis supaya kau dapat maintain warranty....

Berapa total sebulan untuk kos ownership kereta? RM830! Itu baru Proton Saga! Gaji kau Rm3000 pun kau akan struggle untuk bayar tu. Lagilah nak kumpul duit nak kahwin lagi. Kau nak saving lagi. Dan terimalah hakikatnya, dalam keadaan ekonomi sekarang ni, saving is better than spending. Satu benda yang kerajaan Malaysia buat2 tak paham....kalau dah tak ada duit, hidup la macam orang takde duit.

Kerajaan suruh kita ubah gaya hidup...aku nasihatkan kerajaan ubah gaya mentadbir. Semua orang cakap beli Proton Saga, affordable, berbaloi, mampu milik.

Kau still rasa benda yang sama sekarang?

.................

Dan sekarang ni, cuba bila kau jalan2, cuba kira, berapa banyak kedai kereta second hand yang kau nampak? Berlambak-lambak macam cendawan tumbuh lepas hujan. Ini menunjukkan pasaran kereta baru di negara kita sangatlah rancak sehinggakan banyak kereta downgrade jadi second hand di Malaysia. Penjualan kereta di Malaysia dah jadi terlalu mudah dibeli oleh orang ramai.

Tapi apa kita nak buat dengan kereta second hand yang berlambak-lambak tu? Jepun tolak kereta second hand diorang dekat kita dan orang kita berebut beli. Tapi siapa yang beli kereta second hand kita? Entahlah.

Pada aku, ada berlaku kesilapan yang telah dilakukan bila kerajaan terlalu menggalakkan orang ramai beli kereta baru sehinggakan untuk jangka masa panjang, mekanisme untuk mengawal bilangan kenderaan di Malaysia ni masih lagi tidak diwujudkan. Kereta baru akan makin banyak keluar dari kilang, kereta lama akan ditolak dan tersadai kat kedai second hand.

Cadangan aku, jika kita boleh ambik kereta import luar dan dijual oleh authorized dealer macam BMW buat (BMW start jual kereta re-cond untuk tampung permintaan market) kenapa tidak Perodua atau Proton lakukan benda yang sama? Wujudkan skim pembelian semula kereta dengan pemberian rebate (macam Proton pernah buat dulu) tapi kemudiannya...dijual balik selepas replacement parts dan inspection dilakukan oleh Perodua atau Proton sendiri di bawah satu skim dengan value yang jauh lebih murah dan memudahkan siap warranty lagi.

Cukup 15 tahun usia kereta, lupuskan dia.

Kereta second hand sekarang tak laku sebab loan susah nak dapat, kalau dapat pun interest berasap telinga jadi kenapa tidak diwujudkan mekanisme yang melibatkan pengeluar kereta sendiri dan juga pihak bank? At least kita boleh recycle balik kereta. Harga pun tak la membebankan sangat pembeli kereta pertama harapnya.

Tapi itu semua impian aku aje la. Aku rasa pihak pengeluar kereta sendiri tahu, kos untuk wujudkan skim macam tu tak berbaloi because of the higher risk yang diorang perlu tanggung. Lagipun, mungkin, diorang sendiri lebih tau lifetime sebenar produk diorang.....hahaha.

Walaubagaimanapun, kita perlu sedar, kereta perlukan tanah sebagai parking. Sampai satu masa, bila keadaan dah jadi di luar kawalan, mungkin kita kena beli tanah hanya untuk parking kereta. Rumah tanpa porch kereta? Mungkin wujud satu hari nanti. Kereta dah terlalu banyak dan ruang untuk simpan dah jadi makin limited. Setiap tahun ada 2 juta kereta baru bertambah atas jalan raya.

Kenapa tak implement strictly akta pelupusan kereta? Usia kereta 10 tahun, 15 tahun, perlu dilupuskan (kereta antik lain lah) Pada aku, banyak benefitnya for the long term. Satu, sale kereta akan konsisten. Dua, masalah parking dan space akan dapat dikawal. Tiga, kita boleh forecast berapa jumlah kereta atas jalan raya setiap tahun. Empat, nilai duti kenderaan dapat diturunkan. Lima, jumlah kutipan cukai kerajaan mengikut jualan dapat dirancang kerana kita lebih mampu merancang jumlah jualan dan pelupusan.

Cuma mungkin cara melupuskan kereta tu la yang akan jadi kos yang agak besar tapi kalau kau bagi aku pilihan, sama ada nak menghadapi masalah macam mana nak lupuskan kereta atau masalah jam macam cilaka sebab kereta banyak atas jalan dan penuh kereta second hand di bahu jalan, aku prefer solusi yang create space.

Dah la Jepun hantar kereta diorang kat kita, Korea pun hantar kereta second hand diorang kat kita, sekarang German pun dah start benda yang sama, kau tak terasa ke Malaysia ni macam tong sampah kereta?

Once kereta tu dah sampai Malaysia, masalah lepas2 tu bukannya masalah diorang. Tu semua dah jadi masalah kita. Siapa yang nak kita persalahkan nanti? Kau beli kereta recon bunyi memang la sedap. Bawak sedap, dah kereta mewah.

Tapi long termnya, apa jadi selepas kau tak nak lagi kereta kau tu?  Nak hantar balik Jepun? Diorang sendiri pun tak galakkan rakyat diorang memandu...kenapa kita pulak yang tergila-gila nak beli?


September 04, 2013

Harap Kerajaan Wujudkan PTPTN Untuk Orang Bujang Yang Nak Kahwin

Semalam aku lunch dengan seorang guest dari Australia. Dia orang US tapi dah jadi PR Australia rasanya.

Aku pun borak2 la dengan dia tanya pasal bermacam benda. Dia pun bukak cerita pasal apa dia buat sebelum ni. Rasa aku, dia dah agak berumur jugak la. Mungkin dalam 48-50 camtu.

Dia story la dengan aku dulu dia seorang photographer. Agriculture photographer. Dia pilih line tu sebab dia suka tangkap benda2 berasaskan pertanian ni. Aku nak aje tanya," you dont have any interest in doing wedding photography? Everyone here is doing it and claiming themselves photographer, you know!"

Tapi aku batalkan niat aku nak tanya camtu.

Aku pun tanya la dia,"kamera apa kau pakai bro?" (aku translatekan terus la)

"Oh, aku pakai 7D.." jawab dia. (Canon 7D - professional grade camera paling cikai dalam Canon punya line).

"Aku ingat kalau professional photographer mesti pakai 5D paling kurang.." ulas aku.

"Oh, tak dapat bai! Too expensive!" jawab dia.

"Berapa dia jual sana (Australia)?" tanya aku.

"Lebih kurang AUD3500...." beritahu dia.

Bila dia sebut aje benda tu, aku terus terbayangkan member aku, seorang photographer. Sanggup beli kamera pakai personal loan. Beli Canon Mark 1D, camera paling mahal dalam line Canon (masa tu) dengan harga Rm15 ribu ringgit camtu (tak silap aku)

Apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah aku pelik, macam mana orang putih yang gajinya sah-sah lah 2-3 ribu duit diorang boleh claim kamera Canon berharga AUD3500 itu mahal, sedangkan orang Malaysia ni, pada kita, benda ribu2 ni kita kata murah dan berpatutan.

Adakah sebab kita ni terlalu kaya? Aku rasa tak, sebab ramai yang beli pakai installment. Atau mungkin kita ni dah terlalu bangang sehinggakan kita sanggup spend not within our limits untuk dapatkan sesuatu yang tak sepatutnya kita mampu afford.

Aku rasa, nilai value for money dalam kamus hidup orang Malaysia ni, dah jadi fucked up gila. Air kopi mahal? RM15 tu normal. Teh O Ais harga RM5? Standard. Kereta harga puluhan ribu diclaimnya affordable.

Bila harga sesuatu tu dah jadi kebiasaan, kita dah anggap benda tu normal dan padan dengan harga dia, padahal sebenarnya, tak padan langsung. Tapi sebab dengan harga yang tinggi pun orang kita masih lagi sanggup berlapar asalkan dia ada, itulah sebenarnya yang membuatkan siling value kat Malaysia ni, makin lama makin meninggi.

Sebab, entah kenapa, ada saja pelanggannya.

Kerajaan galak betul suruh orang berbelanja sebab nak merancakkan ekonomi. Tapi kau tak rasa ke, hari ke hari, duit kau makin sikit nilainya. Semalam aku usha, mee segera pun dah cecah Rm5 kebanyakannya. Gila! Tapi akan ada lah orang yang kata, "mee segera Rm5 pun kalau kau tak mampu beli itu maknanya kau tu malas kerja.."

Kau hidup untuk kerja atau kau kerja untuk hidup ni?
Hidup kau tak ada matlamat dan objektif ke bro kalau itu mentaliti kau?

Aku beritahu guest aku tu, ada member aku beli kamera tu, RM15 ribu. Respon dia? "Must be filthy rich guy!" Segan aku nak bagitau, orang Malaysia sanggup buat loan semata2 nak beli gadget. Dan lagi satu, jika kau rasa kagum sebab aku makan dengan orang putih..itu maknanya, kau belum merdeka dari penjajahan lagi.

September 03, 2013

"Baguslah Minyak Naik. Duit Aku Banyak Sangat Tak Terpakai Ni," Kata Seorang Ahli UMNO

Semalam,TV mengeluarkan berita pasal Rosmah Mansor gesa orang ramai patriotik. Tergelak besar aku ketawa melihat gelagat Rosmah Mansor.

Ramai orang mempersoalkan kenapa ramai rakyat Malaysia tidak ada semangat patriotik. Adakah aku patriotik? Tidak. Aku tidak patriotik. Serius...aku tak.Sebab aku rasa tidak ada apa2 yang perlu aku banggakan mengenai pembangunan Malaysia sekarang.

Kerajaan sekarang ini patriotik ke pada kau?

Satu masa dulu masa aku kecik aku "patriotik" sebab masa kecik, aku hanya menurut sahaja. Tapi dah besar, aku tak patriotik. Adakah aku salah kalau aku kata aku tak patriotik? Perlukah kau bahan aku kalau aku mengaku macam tu? Sebelum kau bahan aku mari aku jelaskan dulu, kenapa aku tak patriotik.

Aku tidak politik kerana semangat patriotik sudah bertukar. Semangat patriotik sudah jadi semangat partipolitik. Ini semua aku dah ceritakan beberapa hari yang lepas. Tapi, kenapa sebenarnya aku tak patriotik? Semua ini berpunca, sebab aku rasa, walaupun mereka kata kita ini rakyat merdeka....kita sebenarnya tidak. Kita merdeka, tapi sebenarnya jiwa kita tidak merdeka.

Kau boleh lihat sendiri dalam bab-bab politik. Mentaliti kerajaan kita yang digunapakai amat jelas dan terang,"You help me,I help you. You don't help me, I don't help you." Mentaliti itu jika digunapakai sesama seteru politik, tidak apalah....tapi bila dah melibatkan rakyat sendiri, susah la camtu.

Kenapa wujud tekanan politik pada penjawat awam? Cuba jawab dulu sebelum kau claim diri kau merdeka.

Kenapa perlu diwujudkan Pengerusi JKKK di negeri yang mana pembangkang menang sedangkan penduduk setempat dah melantik seorang ketua kampung yang dipersetujui sesama mereka? Cuba jawab ini dulu sebelum kau claim diri kau merdeka.

Kenapa kau takut nak mengaku ideologi kau lebih berat ke arah pembangkang jika kau bekerja dalam Jabatan Kerajaan? Bukankah kecenderungan politik itu hak individu dan selagi tidak menjejaskan tanggungjawab asal petugas awam? Kau orang merdeka kau kata?

Even dekat urusan2 sekolah2 yang negerinya menang dekat Pakatan Rakyat sekalipun ada wujud tekanan supaya pihak sekolah ketepikan wakil rakyat yang menang dan panggil "wakil rakyat tidak rasmi" lantikan Pihak Pembangkang Negeri yakni BN....jika tidak.....nama Pengetua/Guru Besar mungkin akan "tercalar."

Begitulah dalamnya kuasa politik dekat negara kita.
Kau claim kau merdeka lagi?

Kemerdekaan tulen adalah kemenangan ke atas politik. Kemerdekaan adalah waktu di mana kuasa politik tidak mampu tekan kau dan kau berdiri sebagai seorang rakyat sebuah negara. Kemerdekaan adalah waktu di mana tidak ada kepentingan parti dan penjawat awam mampu mengeluarkan pendapat yang dia tak setuju langkah2 kerajaan sekarang ini lebih kepada membazir duit, secara terbuka.

Itu adalah kemerdekaan. Kemerdekaan adalah keupayaan kau mempunyai pandangan sendiri yang mampu membangunkan negara tanpa risiko dihukum atas sebab kau mempunyai pandangan sendiri yang berlawanan dengan pihak tertentu.

Dan pada ketika ini, patriotik hanyalah satu alat supaya kau tunduk ke arah satu parti politik. Itu bukannya kemerdekaan. Itu kecibaian. Yang kau still nak bangkitkan alasan "alah..kalau Pakatan menang pun diorang nanti sama aje!" Tak mustahil Pakatan akan cuba buat benda yang sama kalau mereka memerintah tapi masalahnya, BN memang dah terbukti buat benda ni. Kau Tuhan ke yang kau boleh tau benda2 yang bakal terjadi?

Dan parti pemerintah kita ni, makin lama makin mengarut membuatkan aku mencarut. Fuck them. Cara mereka handle kenaikan minyak semalam jelas menunjukkan, kerajaan kita ni lemau. Takde direction, takde idea nak create mekanisme yang elok untuk bantu transition kenaikan harga minyak. Mungkin kerajaan kita suka orang ramai keluar beratur beli minyak. Nampak meriah. Baru terasa mood merdeka barangkali?

Kau sebagai kerajaan, kau adalah collective minds orang2 yang sepatutnya geliga dan bijak pandai, tapi jika itu adalah method terbaik yang kerajaan rasa untuk announce kenaikan harga minyak, aku ucapkan terima kasih banyaklah. Sekarang ni, kau boleh nampak jelas, masyarakat kita terbahagi dua....yang tak sokong kerajaan, akan mengeluh pasal kenaikan harga minyak. Yang sokong kerajaan, akan mengeluarkan pelbagai alasan untuk mengiyakan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi minyak.

Kepada yang sokong kerajaan dalam bab ni, aku tanya kau, "kau ni bangang ke?" Kau boleh sokong benda ni? Seriously, jika kau sokong benda ni,  ada something wrong dalam kepala kau dan kau sebenarnya, tidak merdeka.Kau nak cerita pasal ekonomi? Pasal kewangan? Pasal struktur tax? Pasal faedah jangka panjang?

.......kau ingat semua benda tu penting ke dekat orang susah?


Ogos 30, 2013

Beberapa Fakta Sejarah Yang Anda Boleh Belajar Dari Filem "Tanda Putera"


1. Sebenarnya, sejarah penubuhan Proton bermula semasa Mahathir Mohammad sedang berlari ketika dikejar oleh Cina mengamuk. Dia terfikir, "kenapa aku berlari? Kenapa aku tidak buat motokar aku sendiri?" Ternampak lah beliau sebuah kereta yang mempunyai design yang amat unik untuk zaman itu. Jadi, ilham itu diterjemahkan 15 tahun kemudian, dalam tahun 1984 dengan penubuhan Proton. Rim yang mempunyai rekaan sama berjaya dihasilkan pada tahun 2004 dalam model Proton Gen 2.


2. Teknik menggunakan CCTV sebagai alat keselamatan sebenarnya sudah digunakan pada zaman pemerintahan British lagi. Pada waktu itu, kebanyakan CCTV dihasilkan oleh syarikat Amerika yang berpengkalan di Arizona. CCTV tersebut mampu merakam visual selama 30 minit menggunakan pita video yang tidak dapat di tulis semula. Sebenarnya, semua yang terjadi pada tragedi 13 Mei 1969 telahpun dirakam oleh CCTV. Kerajaan tidak mahu mengeluarkan rakaman tersebut kerana mereka sangat prihatin dengan perasaan orang ramai dan tidak mahu membuktikan apa yang mereka dakwa selama ini betul, rakyat yang sebenarnya salah.

3. Selak pintu style itu telahpun diperkenalkan di negara kita ketika zaman Parameswara lagi apabila Parameswara mengadu pintu istananya mudah terbuka lalu saintis istana telah mereka cipta selak pintu jenis besi yang bullet proof. Parameswara bertanya kepada saintis, "apa itu bullet proof?" Saintis itu sendiri tidak tahu apa itu bullet tapi kerana ingin impress Parameswara, beliau menyebut beberapa perkataan yang tidak ada maksud (pada ketika itu.)

4. Pada tahun 60 an, sudah wujud pengaruh muzik alternatif ke atas corak pemakaian anak muda zaman tersebut. Jeans ketat, kasut kain dan baju kotak-kotak adalah norma pakaian pada ketika itu.


5. Sebelum Tenaga Nasional Berhad diswastakan, mereka dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara atau LLN. Pada 1967, seorang artis grafiti yang bernama Man telah pun menconteng kebanyakan pencawang elektrik LLN dengan dua garisan berwarna merah dan biru, kerana berang letrik rumahnya diputuskan. Semua pekerja LLN di Kuala Lumpur diarahkan untuk memadamkan garisan berkenaan. Oleh kerana masa yang terlalu lama diambil untuk mengecat kembali semua pencawang, seorang lelaki telah mengeluarkan idea supaya semua pencawang dilukis garisan sama berwarna merah dan biru. Lelaki itu masih lagi bekerja sebagai seorang petugas TNB sehingga sekarang.

6. Anda nampak kereta merah itu? Pada waktu itu, harga kereta tersebut hanyalah $8 ribu.

7. Watak Riezman Khuzaimi dalam filem adalah orang pertama di Malaysia yang menyalakan lampu motorsikalnya pada waktu siang. Ini memberikan inspirasi kepada kerajaan mengeluarkan akta supaya semua motorsikal wajib dinyalakan lampunya pada waktu siang dalam tahun 90-an.

Ogos 29, 2013

Rakyat Malaysia Yang Menyokong Pembangkang Harus Taubat dan Mandi Air Bunga

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat kesal dengan tindakan segelintir guru yang terang-terangan berkempen untuk parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, beliau hanya merujuk perbuatan segelintir guru terbabit menentang Barisan Nasional (BN) kepada Pejabat Pelajaran di kawasan Parlimennya sahaja dan tidak membawa kes tersebut kepada Kementerian Pelajaran bagi tindakan lanjut.

“Memang setiap rakyat bebas menyokong mana-mana parti yang mereka sokong. Tetapi, para guru yang berkhidmat dengan kerajaan BN seharusnya menyokong komponen BN.

“Mereka boleh dikenakan tindakan berat jika dirujuk kepada pihak kementerian. Namun, saya tidak berbuat demikian memandangkan tindakan tersebut boleh mengganggu periuk nasi mereka,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi sekolah-sekolah kawasan Sri Aman di sini petang kelmarin.

Pada majlis itu, Masir menyampaikan cek MRP bernilai RM5,000 kepada setiap 40 buah sekolah menengah dan sekolah rendah di sekitar kawasan Sri Aman.

Beliau juga mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman. Selain itu, Masir mengingatkan segelinitir guru yang sudah terlanjur menentang BN pada PRU13 lalu agar jangan mengulangi perkara yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau juga memohon guru terbabit memberi fokus terhadap usaha mempertingkat prestasi akademik dan kokurikulum murid-murid menerusi peruntukan yang diberi kerajaan atau wakil rakyat BN.

“Saya berharap agar peruntukan yang disalurkan wakil rakyat BN ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya pihak sekolah untuk memajukan taraf akademik murid-murid,” katanya.

Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Bihud Apok dan penolongnya, Mohd Yusop Lugom, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Sri Aman Louis Aom, para Pengetua Cemerlang di Sri Aman iaitu Joseph Junting, Mering Jok, para guru besar serta kakitangan sekolah di sini.

............ 

Kadang2 bila kau baca berita kat Malaysia ni,
susah nak bezakan mana berita yang sarcasm dan mana berita yang serius.

Banyak betul berita yang isi dia macam sarcasm 
tapi sebenarnya serius. Macam berita kat atas. Makin lama aku rasa Malaysia ni
dah menghampiri negara komunis corak pemerintahannya.

Ayat paling takleh tahan
"Selain itu, Masir mengingatkan segelinitir guru yang sudah terlanjur menentang BN pada PRU13 lalu agar jangan mengulangi perkara yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti."