Jun 10, 2013

Rahsia Yang Perlu Didedahkan Mengenai Urusan Jual Beli Kereta

Kadang-kadang aku terkaget jugak kalau aku dapat tau masih lagi ada orang terkejut bila aku kata, harga kereta yang kita bayar ni cekik darah sebab harga sebenarnya jauh lagi murah dari tu. Isu ni dah makin terbongkar dan sehingga ke hari ni, masih ada lagi orang kita yang tak tau hakikat pasal industri automobil Malaysia ni. Aku agak terkejut jugak la sebab aku ingat semua orang dah tau.

Tapi kalau dah hari2 baca Utusan aje...payah la.

Hakikatnya mudah, kita bayar harga ekreta mewah tapi kita dapat Perodua Viva dan we should be getting better. We should. Kalau kau redha dengan benda tu meh aku nak jual dengan kau macam2 benda.

Mentaliti kita dah terpahat yang Perodua Viva, RM40 ribu..murah! Apa kejadahnya masyarakt kita ni kena mind control macam gitu sekali? Kereta 40 ribu murah. Motor, 10 ribu, murah! Makan, RM15, murah. Air satu cawan, RM12 affordable. Cuba tanya mak bapak anda berapa dia beli kereta dulu. Bapak aku beli Toyota Corolla RM14 ribu lebih tahun 80an. Kalau lah kita masukkan inflasi, kita triplekan harga kereta dari tahun 80 an sampai lah sekarang, dapat lah dalam RM60 ribu.

RM60 ribu kau boleh ke dapat Toyota Corolla di Malaysia sekarang ni?

Itulah misteri yang ramai orang tak paham sebab diorang malas nak berfikir sebab ramai yang percaya dan bergantung harap dan tak peduli apa2 yang tak betul pasal kerajaan sebab diorang masih lagi pegang legasi UMNO dulu2 sampai sekarang. Diorang sendiri takut nak berubah tapi diorang tak sedar UMNO dah berubah...ke arah yang lebih "it's all bout me."

Kerajaan sekarang adalah kerajaan yang paling licik dalam bab-bab mengalihkan perhatian. Kau terlepas pandang aje memang kena kencing hidup2 lah kau.

Kau boleh nampak hari-hari kerajaan sebut pasal subsidi. Dalam bil elektrik ada tulis subsidi berapa, dekat stesyen minyak diorang wajibkan tampal berapa nilai subsidi. Itupun dah berubah lepas kes di mana harga RON97 jadi lagi murah dari RON95, membuatkan sekarang ni hanya RON95 dan diesel diorang paparkan berapa harga asal dan harga subsidi. Kelakar jugak masa tu....cuma berapa kerat sangat orang perasan kan?

Tapi bila bab rakyat subidikan kerajaan, semua benda cuba tutup rapat. Apa untungnya kerajaan berlaku jujur dengan rakyat kan? Banyak negara luar yang transparent dengan rakyat pasal kutipan cukai dan ke mana duit kutipan cukai ni dibelanjakan. Semua benda akan diwartakan dengan jelas dan sempurna agar mudah orang ramai faham dan jika ada isu, orang ramai ada saluran untuk menyuarakan ketidak setujuan mereka terhadap isu itu.

Tapi tidak di Malaysia. Kenapa? Entahlah. Aku pun tak paham kenapa orang ramai baru sedar pasal cukai kereta. Lonjakan internet barangkali sebab sebelum ni...informasi mengenai agensi kerajaan susah nak diperolehi.

Malah jika berlaku sesuatu yang pelik terhadap penggunaan duit cukai, seperti yang termaktub dalam Laporan Ketua Audit Negara, benda2 tu akan cuba ditutup. Mungkin ada yang dikenakan tindakan tapi mesti dia tu level2 cap ayam aje, kepala besar terlepas. Itulah cara Malaysia.

We need a more transparent and honest governmen dan salah satu benda yang pihak kerajaan boleh buat adalah be more transparent, clear dan honest pasal cukai kereta. Wujudkan akta di mana cukai kereta perlu dinyatakan dalam brosur jualan kereta. List downkan berapa percent sebenarnya jumlah cukai daripada jumlah sebenar yang dibayar oleh pembeli. Kita ada hak untuk tahu.

Nyatakan betul2 berapa harga asal kereta, berapa percent untuk duti eksais, duti import (jika ada), AP (jika ada) dan apa lagi jenis duti yang sebenarnya ramai orang Malaysia tak tahu.

Aku paham ramai tak tahu bukan sebab tak nak ambik tahu. Ramai tak tahu sebab mereka percaya dengan kerajaan dan mereka percaya apa saja yang kerajaan lakukan adalah untuk kebaikan orang lain. Orang kita ni masih lagi ramai yang  berserah kepada kerajaan 100% dan majoritinya ada dekat kampung. Diorang trust kerajaan habis-habisan sehinggakan banyak major decision in life, diorang biar kerajaan yang decidekan.

Mana tau, ada orang kampung, dapat BR1M bernilai RM500 sekali setahun, tapi hakikatnya tiap2 bulan, RM200 duit dia habis buat bayar duti eksais kereta. Berapa kita rugi setahun? Masih lagi gembira dapat bantuan BR1M?

Atau kau nak kata tak logik la orang dapat BR1M mampu beli kereta? Kalau betul nak dianggap jujur dan ikhlas...letak aje berapa total duti eksais yang dibayar oleh setiap pembeli kereta dalam katalog kereta. List downkan sekali berapa jumlah interest yang perlu dibayar oleh pembeli untuk jumlah duti eksais tu.

Barulah transparent.
Nak sokong BN pun senang la hati sikit. Hahaha.

Jun 07, 2013

Simbol Melayu ; Keris, Sultan dan Mengamuk Tak Tentu Punca

Aku tak nak memikirkan pasal politik untuk sebulan dua ni tapi semalam ada pembaca yang mesej aku dekat Facebook  tanya "kenapa kau benci BN?"

Aku tak benci BN. BN yang buat aku benci dia. Sebab ; kebanyakan benda yang BN buat, khasnya UMNO , menunjukkan yang diorang sebenarnya tak ikhlas nak tolong Melayu.

Ambik contoh ikon2 yang UMNO selalu jaja. Awie atau nama glemer dia, Awie Wings. Tauke kelab malam. Penyanyi. Rockers. Pada orang yang normal, tauke kelab malam adalah satu benda yang orang Melayu takkan buat. Rezeki tu haram. Tapi orang puak UMNO diorang bukan sekadar promote Awie jadi idola, malah dia gunakan Awie untuk pancing orang Melayu undi UMNO, kenapa buat camtu bang?

Nak menunjukkan orang Melayu pun boleh berjaya ke? Adakah jadi tauke kelab malam itu satu kejayaan? Itulah bezanya macam mana orang UMNO dan orang Islam ni berfikir, membuatkan orang macam aku, golongan yang rasa jadi tauke kelab malam bukannya sesuatu yang patut dibanggakan, menjauhkan diri dari politik UMNO.

Aku benci UMNO sebab itu yang UMNO buat, setiap hari.Cakap tak serupa bikin. Nak Melayu kaya tapi dalam masa yang sama jual nilai bangsa, malah sedih lagi, jual agama. Orang Islam mana yang marah sikit nak hunus keris ugut2 tikam orang ni bro?

Kes tarian separuh bogel kat Johor, PAS bantah...MCA kata "Malaysia takkan maju kalau PAS masih lagi Ultra Konservatif." Mana dia orang UMNO yang nak sokong apa yang PAS perjuangkan? Bukan ke apa yang PAS sebut tu benda betul? Atau definisi "betul" dah lain sangat untuk orang2 UMNO ni?

Kenapa menikus masa MCA lantang hina agama secara terbuka?

Cuba Lim Guan Eng yang sebut benda tu...perghhhhhhhh!!! Laju diorang bangun, pakai songkok tinggi, hunus keris sebab Lim Guan Eng hina Islam! Mental orang UMNO ni dah tak betul! Diorang perjuangkan bangsa dan diorang lagi pentingkan bangsa berbanding agama sendiri.

Buktinya kau boleh nampak hari-hari. Selagi orang2 UMNO menikus tiap2 kali MCA hina Islam dan permintaan wajib Islam, selagi tu lah aku takkan sokong UMNO. Itulah sebabnya aku benci UMNO. Aku tak benci BN tapi aku benci UMNO. Mentaliti ni wujud sebab bangsa dah mendahului agama. Rasuah boleh, asal Melayu kaya. Kroni boleh asal Melayu kaya. Tipu pilihanraya halal, asal Melayu berkuasa.

Banyak benda yang Melayu bangga dan ambil sebagai budaya, benda2 yang nenek moyang wariskan dekat kita. Cuba list down kan benda2 yang Melayu buat tapi Islam tak bagi buat. Aku pernah listkan dulu pasal adat perkahwinan...ada jugak yang nak berbunyi. Islam dah ajar, kalau tak mampu buat cara tak mampu. Kalau kau berhutang untuk kahwin..kau tak ikut ajaran agama Bang.

Dalam bab lain.....aku tanya kau jujur dan ikhlas, kenapa sebagai seorang Islam, protokol kitaperlu sembah Raja sedangkan.....yang perlu kita sembah......aku malas nak sambung ayat ni. Tak kiralah protokol atau sekadar upacara tapi it's against our religion, kan?

Majlis Fatwa telah mewartakan  yang tunduk hormat sudah cukup, tidak perlu menyembah lagi Sultan atau Raja tapi kalau kau tanya pegawai kerajaan khasnya Pegawai Istana yang jaga adat istiadat, benda tu dia wajibkan ikut pandangan dia sendiri dan berapa kuat dia nak kiss-ass beberapa ass yang dia nak kiss.

Kepada pegawai Istana yang jaga adat istiadat, tunjuk kat aku mana dalam Quran sembah Sultan wajib dan apa hujah kau nak mewajibkan kita sembah Sultan?

Itu satu hal yang Majlis Fatwa dah setuju. Kita tidak wajib "menyembah" Sultan, cukup sekadar tunduk hormat...tapi...ada satu hal lagi sehingga sekarang, Majlis Fatwa masih lagi belum decide sama ada perlu atau tidak tukar panggilan Sultan dan Raja "Duli Yang Maha Mulia" ni kecuali di Selangor yang aku tau. Sehingga sekarang! Zaman internet! Zaman teknologi! Akhir zaman! Bayangkan, sehingga sekarang, orang Melayu masih lagi memanggil pemimpin diorang Maha Mulia....kau tak rasa kelakar ke?

Jadi berbalik kepada point asal aku,"Kenapa aku benci UMNO? "

Apa yang aku tulis ni, tiada niat nak menjatuhkan institusi di Raja, tapi akan ada yang panggil aku penderhaka. Aku just nak ajak kau fikir, ada tak benda yang orang Melayu amalkan tapi ada risiko bertentangan dengan ajaran agama? Tapi rasanya ramai yang akan mengamuk menghunus keris. Itulah dia majoriti orang UMNO zaman ini. Diorang tak nak berfikir dan bukak sikit kepala otak diorang sebab pada diorang, apa yang ada, eloklah dikekalkan.

Jadi, ada tiga benda paling menghairankan aku;

1. Kenapa UMNO menikus bila MCA hina agama?

2. Kenapa UMNO hanya berbunyi lantang bila ada orang hina Sultan?

3. Kenapa sampai sekarang, masih belum lagi settle isu DYMM Sultan diperingkat Kebangsaan? Maksud aku, fatwa ikut negeri ada tapi generally, untuk semua orang tak ada?

Fatwa latest ;  Penggunaan ucapan Duli Yang Maha Mulia terhadap Raja-Raja ketika mengadap dan lain-lain hukumnya adalah harus dengan syarat ucapan Yang Maha Mulia Raja-Raja itu tidak diniatkan sama dengan sifat Allah.

Tu fatwa untuk Kelantan aje la...sebab Mufti Kelantan yang keluarkan. Negeri lain punya, tak ada?  Bagaimana kalau mufti negeri lain ada yang haramkan penggunaan Maha tu sebab Maha hanya untuk Allah? Tak ke berpecah umat ni?

Paling penting, bagaimana pun orang biasa macam aku dengan kau, yang mentaliti dah tepu, nak fahamkan dalam diri ada Maha untuk Sultan dan ada Maha Untuk Yang Esa? Bila sebut Maha, aku automatik ingat Tuhan. Boleh ke aku paling Sultan "Bro" atau "Uncle" nak elak kekeliruan? Nak simpan dalam fikiran, Sultan pun orang biasa, ada salah silap, tak perfect, boleh marah, still kencing, still berak, kalau ada berlaku penyelewengan still kena dakwa? Kalau ada la.

Marah kang orang UMNO hardcore ni.
Boleh ke orang UMNO yang gemar sembah Sultan berubah?

Bila diorang marah kalau ada orang cuba ubah tradisi yang dah lama ni, walaupun tau benda tu tak betul...itu yang membuatkan aku sedikit benci dengan UMNO. Masalahnya, diorang hanya akan marah, kalau parti politik belah lain yang buat. Belah diorang...takpe. Senyap. Tunduk hormat. "Respek pandangan peribadi mereka," kata diorang. KHAKKKK TUIH RESPEK!

..................

Untuk satu perspektif lain..mengenai asal-usul ayat "Duli Yang Maha Mulia" ni. Ada orang kata Duli itu bermaksud "habuk" jadi "Duli Yang Maha Mulia" bermaksud "Habuk Di Kaki Yang Maha Esa" atau " Habuk di Kaki Tuhan." Mungkin kesalahan bahasa aje la kot. Agaknya la.

ps - Aku ada ingat satu masa dulu dalam tahun 90 an, ada fatwa keluar haramkan penggunaan "Maha" untuk Sultan dan Raja. Bila masa bertukar pulak dan dibolehkan semula ni?

Jun 06, 2013

"Kau Jangan Main-Main Dengan Aku! Aku Ada Saka! Aku Ada Harimau Jaga Aku!"

Naluri kita suka dengan benda2 tahyul ni. Khasnya amalan mistik yang berkaitan dengan alam lain. Kita boleh tengok sendiri kesannya dekat masyarakat kita, macam mana banyaknya filem kita bertemakan kisah seram dan drama TV pun tiap2 hari selain penuh dengan kisah cinta atau gangster...mesti ada drama seram.

Lagipun, banyak kita punya media yang buat coverage pasal perubatan makhluk-makhluk halus ni. Kita ada rancangan Misteri Nusantara satu masa dulu, sekarang ni Expose Mistik, ada majalah Variasari yang dah pupus (dan juga penuh dengan awek seksi) dan kini masih ada majalah Mustika yang suka ekspolitasikan cerita2 mistik...sama ada cerita2 mistik tu menyeramkan atau cerita2 pasal orang pegi Mekah tak nampak Kaabah. Memang itulah halwa telinga orang kita hari-hari.

Ada satu malam aku pernah melawat rumah jiran nenek aku yang dikatakan ada benda masuk dalam badan dia membuatkan dia yang sakit lama, still hidup tapi koma. Bomoh datang pusing2 keliling rumah, lepas beberapa ketika, suruh orang kampung korek dekat satu kawasan. Jumpa seketul perak yang ada berukir-ukir. "Ini pakai bomoh Siam ni.." kata bomoh tu. Almaklumlah, sempadan ke Thailand bukannya jauh benar dengan kampung aku. Beberapa minggu lepas tu pakcik tu meninggal. Ini cerita satu.

Pernah juga terjadi bila ada satu keluarga diganggu oleh benda yang berlegar-legar atas rumah tiap2 kali nak solat. Dalam rumah terasa panas, tak tenang dan selalu terjaga dari tidur sebab terasa ada benda berdiri luar rumah. Bila pegi berubat, pengubat secara Islam ni (yang hanya pakai Al-Quran) beritahu, "memang ada gangguan berlaku untuk buatkan kita hidup tak tenang." Ini cerita dua.

Pengakhiran kedua-dua cerita ni selalu dia sama aje. Keluarga pesakit tu akan tanya, "Ini buatan orang ke? Kita boleh tau ke siapa yang hantar? Kenapa dia hantar ye?" Jawapan dia, bergantung kepada setakat mana betul atau salah ilmu pengamal perubatan tersebut.

Ada bomoh yang tanya balik, "boleh tau siapa. Malah kita boleh hantar balik benda dekat dia.Nak saya hantar balik? Tapi pengerasnya mahal sikitlah..." Yang suci ilmunya ni, selalunya dia akan sengih aje dan kata " Asalkan dah sembuh jadilah. Buat apa kita nak balas dendam?" Selalunya, darah Melayu yang gemar mengamuk ni, akan pilih opsyen satu. Baru puas hati, kan? Orang dah buat kena la bagi dia rasa balik!

Tapi walau bagaimanapun, ada satu persamaan yang terjadi kepada pesakit dan keluarga pesakit tu adalah sama. Mereka akan still wondering dan wondering, "siapa yang hantar? Kenapa dia hantar?" dan yang lebih bahaya, mereka akan bincangkan sama ada mereka mempunyai suspek atau tidak. Syak wasangka itu akan wujud dan melarat dalam keluarga sehingga mereka akan buruk sangka terhadap ramai kenalan mereka. Di situlah Iblis ni gelak besar. Dia dah menang. Anak Adam dah buruk sangka dengan orang lain. Boleh gi joli.

Pernah tengok orang keluarkan jin dari badan secara live?

Ada ketikanya, apa saja yang kau tanya dengan Jin tu, Jin tu akan jawab dengan lisan. Dia akan sebut betul-betul apa yang kau tanya cuma persoalannya, betul atau tidak apa yang dikatakan itu? Kalau yang tukang mengubat tanya," siapa yang hantar kamu ni?" dan dia jawab "Datin Seri Rosmah Mansor Handbag Birkin!" apa reaksi anda? Nak percaya? Kalau hati dah menyampah dengan Rosmah, memang akan percaya aje kan?

Dalam masyarakat Melayu, kita mudah terpengaruh dengan seseorang hanya kerana dia sebangsa kita dan tutur kata dia adalah kata2 dan ayat2 yang memang kita nak dengar. Kita obses benar dengan gosip, sama ada gosip di dunia nyata atau gosip di dunia lain. Dan sayangnya, setiap hari kita terdedah dengan dilema ni.

Jin,syaitan dan iblis ni, diorang nak kita percaya apa yang diorang kata tapi kita dah diajar, sebaik-baik jin adalah seburuk-buruk manusia tapi kenapa, ada jugak manusia yang percaya dengan cakap2 jin ni?

Kalau Nabi kata jangan balas dendam, kita pun janganlah berangan nak hantar balik benda dekat pihak yang hantar. Kalau Nabi dah pesan jangan buruk sangka sebab mampu memecah belahkan masyarakat, kita pun janganlah assume ada orang di luar sana yang memang sengaja hantar2 benda2 sial ni dekat kau. Pecah belah la masyarakat kalau camtu, kan?

Hidup kita nanti akan wujud dalam pra sangka setiap masa dan itu adalah sesuatu beban yang amat berat untuk ditanggung. Lagilah berat kalau perasaan bersyak wasangka ni ditanggung oleh sesebuah masyarakat atau komuniti.

Contohnya bila ada kes curi, mesti ada orang kita yang sebar cerita kononnya anak dia ni, anak dia tu la yang mencuri. Betul atau tidak bukan dia tau pun, kan? Tapi Iblis dan Syaitan ni dah puas gelak sebab orang lain yang tolong buat kerja dia.

Dalam banyak2 jalan ada satu aje jalan betul dan cara nak ikut jalan tu lah yang paling susah untuk diikuti oleh umat akhir zaman ni.  Selamat Hari Israk Mikraj semua.

Jun 04, 2013

Penurunan Harga Kereta Bakal Berlaku Dengan Penurunan Harga Asas Kereta, Huh?

Shah Alam, 4 Jun - Selaras dengan tindakan kerajaan yang bakal menurunkan harga kereta secara berperingkat, Perusahaan Otomobil Nasional atau Proton bakal mengumumkan langkah-langkah yang bakal diambil badan berkenaan untuk membantu merealisasikan hasrat kerajaan tersebut dalam masa terdekat.

Pengerusi Proton dilaporkan berkata, oleh kerana langkah kerajaan ingin menurunkan harga kereta bukan mengikut penurunan duti eksais tapi melalui langkah penurunan harga pasaran kereta, Proton bakal memperkenalkan beberapa langkah drastik terhadap semua model keluarannya untuk mendapatkan penurunan harga yang memuaskan hati semua pihak.

"Pihak Proton sedang dalam perancangan untuk menjadikan lampu tukar arah atau dalam Bahasa Inggerisnya signal indicator sebagai satu aksesori tambahan kepada pengguna," ujar beliau.

"Mengikut kajian MIROS, hanya 5% ke 10% pemandu di jalan raya menggunakan indikator tukar arah walaupun tindakan tersebut hanya memerlukan pemandu mengangkat tangan dan menukar stalk navigasi," sambung beliau lagi.

"Jadi pada pihak Proton, kami merasakan pembaziran berlaku jika sistem signal indicator dipasang pada semua kereta kerana bukan semua pemandu menggunakannya. Ini bakal memberikan penurunan harga kereta sebanyak RM500 ke RM2 ribu bergantung kepada model kereta."

Beberapa cadangan lain juga sedang ditimbang pakai oleh pihak pengurusan Proton antaranya mengurangkan sistem keselamatan kereta. "Beg udara adalah syarat wajib dan kami bakal memperkenalkan beg udara yang dibuat menggunakan material lebih murah tetapi ini masih lagi dalam kajian."

"Selain itu, kami juga sedang meneliti beberapa idea lain yang melibatkan penukaran status komponen daripada komponen wajib kepada komponen aksesori untuk dijadikan pilihan kepada pembeli yang mahu membayar lebih," ujar beliau.

Antara komponen lain yang bakal bertukar status menjadi aksesori pilihan adalah mentol lampu depan, kerusi tempat duduk belakang, kunci pendua, penghawa dingin, sistem radio dan CD, balutan stereng, tombol gear dan minyak enjin pertama kereta.

Walaupun masih dalam kajian, beliau memberitahu pihak kami, dengan langkah penurunan yang bakal diperkenalkan Proton ini mampu menurunkan harga sebuah Proton Preve dari RM70 ribu kepada RM40 ribu lebih. Satu sistem bina secara do it yourself car akan diperkenalkan kepada pengguna dan pengguna boleh memilih sendiri apa yang mereka mahukan dalam kereta mereka.

Tambah beliau lagi, penurunan harga dan komponen tidak akan dilakukan secara mendadak tapi akan dilakukan secara berperingkat. "Ambil contoh, tahun depan, kita jadikan lampu signal kanan sebagai aksesori tapi lampu signal kiri masih lagi dipasang, tahun berikutnya lampu signal kiri pula jadi aksesori dan seterusnya sehinggalah cukup 5 tahun bila konsep baru pemasangan Proton bakal berlangsung secara penuh."

Dengan wajah ceria, beliau secara berseloroh, berkata," mungkin juga kami akan mengantikan ramai pekerja Proton dengan 40 ribu orang Bangladesh yang dikatakan pengundi hantu oleh pembangkang kerana dengan pekerja Bangladesh seramai itu, kami mampu menjimatkan hampir puluhan juta untuk kos pemasangan sahaja jika dibandingkan kos menggunakan tenaga orang tempatan."

Ujar beliau lagi sebelum menamatkan temuramah, " kami menyokong penuh hasrat kerajaan untuk terus mengekalkan duti eksais kereta dan kami bagi pihak Proton akan terus sedaya upaya cuba menurunkan harga kereta kami seiring dengan dasar kerajaan yang bakal dilaksanakan."