Jun 18, 2011

18SX - Jangan Jadi Perempuan Busuk (Series Finale)

Dah boleh agak kalau aku tulis pasal "suami cuba jadi suami",mesti ada golongan perempuan yang mula rasa dengki...kemudian keluar statement macam-macam semata-mata nak pertahankan apa yang dia dah buat dan apa dia nak buat...pelik betul yang bising ni tak kawin lagi pulak tu...

Alasan semalam :

1. Kalau laki lari tinggalkan isteri,macam mana?
2. Laki kalau dia dah kerja,nanti dia memandai la merewang,camne?
3. Isteri kerja untuk tampung rumah,suami kerja untuk tampung diri,camne?
4. Kenapa aku kena suka dengan mak mertua yang mulut macam lancau,camne tu?
5. Kalau laki aku mati macam mana?

Kalau dah laki kau buat jahat memang lah ada tujuan Tuhan kau terkena camtu...qada' dan qadar.Kalau pasal urusan mati,memang siapa2 pun takleh nak plan.Tengah akad nikah pun boleh mati.

Jadi,untuk hari ini,untuk mengelakkan anda jatuh ke dalam golongan perempuan-perempuan busuk....aku akan bagitau anda apa yang perlu anda lakukan sebelum akad nikah.Aku tulis lagi benda ni sebab Dr.Masyitah kata pasangan sekarang tak banyak ilmu agama dan ilmu rumahtangga,sebab tu penceraian banyak berlaku..tapi tak ramai pulak orang terangkan benda yang tu...mungkin ada kot..tapi terpencil..takut kena cop sexist...hehehe.

Pada aku...bIla pasangan tu dah berkahwin dah terlambat nak ajarkan diorang ilmu rumahtangga ni.Dah terlambat sebab tak dapat nak buat apa-apa lagi dah.Kepala dah keras dan hati dah kering.Mind dah set.Cuba tengok balik masa sekolah,bab mana yang menitik beratkan sosial rumahtangga dalam pelajaran?Ada la bab dalam pendidikan Islam sket2 lepas tu ada la belajar dalam Kemahiran Hidup..itupun belajar skill memasak,menjahit...kononnya panggil Ekonomi Rumah Tangga...ikut lagi sistem orang putih memang jadi orang putih la masyarakat kita.

Pendidikan selepas kahwin=Kaunseling,utk remedy problem yang dah wujud
Pendidikan sebelum kahwin=Preparing utk cuba elak problem yang mungkin wujud

Perempuan selalu rasa diorang takde control dalam life diorang; padahal sebenarnya perempuan tu dah dijadikan cukup sempurna oleh Tuhan dan perempuan tu ada kuasa tentukan  destiny dia sendiri...cuma selalunya sebab eagerness yang buatkan perempuan ni lupa dia ada kuasa...

Semua kuasa perempuan itu datangnya sebelum moment akad nikah tu.
Bila tok kadi datang jumpa bakal isteri dan tanya; "Setuju awak nak kahwin dengan dia?"

Fikirkan benda ni....

a. Adakah anda betul-betul yakin dan mampu untuk let go everything dan percaya 100% dengan bakal suami anda?

b. Adakah anda betul2 mampu akur dan taat dengan perintah suami selagi tak langgar hukum agama?

c. Adakah anda rela meninggalkan keluarga asal anda untuk memberikan fokus kepada keluarga anda yang baru?

d. Adakah anda mampu untuk terima keluarga belah lelaki sebagai keluarga anda,termasuklah mak mertua anda sebagai mak anda sendiri?

e. Mampukah anda berkata "ya" kepada lelaki itu jika dia cuba mengawal hidup anda demi kesejahteraan keluarga dia...bukan keluarga anda?

Dan banyak lagi yang anda kena fikirkan sebenarnya..Tak larat aku nak tulis.Dalam bahasa orang putih,"You should know who you are marrying into.."

Aku bagi contoh,kalau kau kahwin dengan aku;

Kalau kau kawin dengan aku,kau mesti paham la aku akan maki kau kalau tak pakai tudung lepas kena suruh beberapa kali.Kau kahwin dengan Najib Razak,kau mesti paham yang pakai tudung tu optional sebab dia tak kisah...hihihi.

Kenapa aku pulak yang kena accept kau kalau kau tak pakai tudung sebelum kahwin?
Itu antara kau,bapak kau dan Tuhan.Bila kau dah kawin dengan aku,aku akan paksa kau tutup aurat.Itu tanggungjawab yang jatuh dekat aku lepas aku setuju kahwin dengan kau.Keyword dia sini,lepas kahwin.Kau boleh carik lelaki yang bagi kau tak pakai tudung lepas kahwin..kenapa kau kahwin dengan aku?

Dan kalau ada yang tanya,kenapa aku nak jugak kahwin dengan perempuan camtu...aku cuba jelaskan,padangan seorang suami akan berubah lepas kahwin kalau dia sayang isteri dia.Kalau sebelum kahwin dia tak peduli isteri dia tak tutup aurat,bila dah jadi suami ni benda aurat ni jadi satu benda yang suami rasa "aurat isteri itu hak dia sahaja.." dan "tak elok orang lelaki lain duk tengok cleavage isteri aku.."

If husband anda beri anda kebebasan kepada anda untuk tidak tutup aurat,
Itu bukan tanda dia seorang yang cool,liberal dan open minded..
Itu tandanya dia tak sayang dekat anda dan dia tak sayang dekat diri sendiri.

Once kau kata "Ya,saya setuju" dekat Tok Kadi...sepatutnya tidak ada lagi rasa doubt dekat suami.Bila anda dah kata "ya" this means anda dah berserah...anda sendiri yang menyerahkan diri anda dan anda sendiri setuju dengan syarat2 dan undang2 yang akan dikenakan pada diri anda bila anda dah kahwin.

Tapi kalau dalam hati masih ada rasa risau;

a. Kalau suami aku nanti tak bagus camne?
b. Kalau suami aku nanti berubah macam mana?
c. Kalau suami aku jadi gigolo macam mana?
d. Kalau suami aku suka main bontot macam mana?

Macam mana...macam mana..macam mana...menyampah aku dengar alasan korang.Tu semua hipotesis.Bila kau dah berserah tu...ingatla....kau bukan setakat berserah dengan suami,kau juga sedang menyerahkan nasib kau dekat Tuhan.Yakin la dengan Tuhan.Doalah hari-hari mintak petunjuk sebelum kahwin.

Buruk sangat ke lelaki ni?

Macam mana nak dapat petunjuk kalau sebelum kahwin,bukannya berdoa..busy sangat pegi pilih khemah kaler macam mana,gi pilih baju kain apa..sibuk nak carik free gift,sibuk nak berhias-hias dan lagi risau pasal hantaran kahwin berbanding nak mintak petunjuk dengan Tuhan pasal suami....

Kalau Tuhan dah tetapkan suami kau berubah,dia berubah.Kalau dah Tuhan tetapkan suami kau berubah dari seorang gangster kepada imam masjid,dia akan berubah.Cuma sama ada kau yakin ke tak dengan jalan yang Tuhan bagi kat kau tu terpulanglah pada dalaman diri masing-masing.Kalau jalan kau berliku,kena sabar.Kalau jalan kau lurus,enjoy the moment.

Kalau tak yakin dengan suami jangan kahwin.
Kalau tak yakin dengan hukum Qada dan Qadar Tuhan jangan kahwin.

Yang kau pegi percaya hukum karma tu apa pasal?Dalam Islam,walaupun kau dah buat benda buruk,kau akan still ada peluang untuk redemption.

Ni lah masalah punca utama penceraian.Pasangan tak diberi tau pasal benda2 camni sebab kita dah didodoikan dengan adegan2 romantik dalam filem yang menunjukkan indahnya bercinta yang sampai ke jinjang pelamin..Dalam erti kata lain,kita lebih ambik berat pasal persiapan kahwin berbanding tanggungjawab kahwin tu sendiri.

Perempuan selalu act powerless dalam bab kahwin..Dia tak sedar ke dalam urusan nak akad nikah..nak kahwin..perempuan ada absolute power.

Sesuatu perkahwinan tu takkan jadi kalau perempuannya tak bersetuju.

Nak kahwin..lelaki mesti ajak wanita.Lelaki yang akan tanya mintak izin nak kawin.Lelaki yang kena gi mintak izin dengan anda dan ayah anda...Takkan la kau assume semua lelaki yang ajak kau kahwin tu baik-baik orangnya? "Boyfriend aku yo!Mesti la perfect!"

Fikir la dulu sebelum accept...bincang la dengan mak,bapak.Mintak pendapat.Tapi ...cinta punya pasal,nak sangat bercinta macam Edward dengan Bella....terikut sangat dgn sebuah fiksyen barat untuk gadis-gadis bodoh yang tak matured dan tak reti berfikir... suruh buku fikirkan untuk diri sendiri...sayang benar boyfriend tu....sampai tak nampak mampu ke tak dia jaga anda sampai ke tua..

Semua orang lagi eager sangat nak kawin sampai lupa lepas kawin ada benda yang dia kena let go.Suami pun sama.Ada banyak benda suami kena let go...tapi tu nanti lah.Aku sedang menjawab Dr.Masyitah,seorang wanita.

Hari ni adalah posting terakhir aku pasal benda ni.
Kalau anda tak puas hati ke apa-apa ke,nak kata aku sexist...aku dengar ajelah.Cuba baca balik apa aku tulis....kalaulah semua yang aku tulis,ditulis oleh seorang perempuan,mesti kau tak marah kan?Mesti sejuk aje dengar hujah2 aku.Setuju dan mengangguk aje kerap.

Sedarlah,orang2 mcm tu la sexist sebenarnya.

Ada sesiapa yang setuju dengan Dr.Masyitah?Sebelum berundur,aku nasihatkan anda semua,lepas ni..kalau dia ada buat statement apa-apa,fikirla masak-masak dulu sebelum setuju.Dia....dah lain sekarang.Emosi dia dah kacau dia punya judgement.Dia agak mengarut sekarang ni.Ada rancangan sendiri dekat TV bukan bermaksud apa dia cakap semua betul.

Dan kalaulah ramai suami ambik pandangan Dr.Masyitah tu, pakat cerai2 kan isteri sebab isteri tak nak pakai tudung,isteri tak nak taat suami..camne?Tak pernah ke terfikir kesan dia camtu?...Ni mesti sebab dalam kepala otak anda dah assume......yang jahat mesti suami kan?Kalau kes cerai mesti salah suami..hehehe

Berubahlah.Jangan jadi masyarakat yang lemah.Aku sebagai seorang suami,mintak tolong...jangan lemahkan masyarakat kita.Kita duduk satu negara.Pilih suami baik2,taat pada suami,jaga anak elok-elok,ajar anak ilmu dunia dan akhirat dan jangan pangkah dacing lepas ni....Insya Allah selamat.Agama Islam ni..memang mula2 nampak macam tak fair.Tapi cuba kau butakan sket tanggapan serong kau dekat suami.Bagi blind faith untuk suami.

Macam mana kau boleh yakin dengan Tuhan kalau kau sendiri tak nampak Tuhan tu?
Dalam perkahwinan..nombor satu Tuhan..nombor dua..suami.

Blind faith..mula2 buta..lama2 kau akan percaya..sebab once kau percaya Dia,Dia akan take care kau.Sama lah macam institusi perkahwinan ni,kalau kau tak mampu nak percaya 100% dengan suami itu tandanya kau tak percaya dengan hukum Tuhan.

Kita orang Melayu ni sebenarnya lemah kalau compare dengan orang Muallaf dalam bab agama.Kita dah lahir dalam Islam...tapi aku rasa ramai antara kita yang persoalkan hukum Islam.Ada antara kita ni Islam terpaksa....

Kita takde dalam diri kita blind faith pada Tuhan tu.Tapi kau cuba bayangkan macam mana perasaan seseorang yang nak tukar agama masuk Islam..lagi berat risau dia daripada nak kawin.Dia nak tukar agama!

Macam mana dia boleh pasti agama Islam ni agama untuk dia?
Macam mana dia boleh tahu Allah itu wujud?
Macam mana dia nak yakin yang agama Islam ni betul?

Takde orang boleh yakinkan dia kecuali Tuhan tolong.
Tapi still dia kena buat research2 sendiri pasal Islam....

Bila orang nak kawin,hati dia jadi lurus..dia hanya fikir nak kawin aje....jangan jadi camtu...buta hati sebab cinta.

Dalam bab kahwin ni...yakin dan ikhlas yang pilihan kau dah buat untuk jadi suami tu jodoh kau.Jangan simpan rasa sangsi...jangan takut.Jangan simpan rasa curiga dengan bakal suami.Blind faithkan diri anda yang kahwin itu ibadat dan doa mintak Tuhan tolong....tapi pastikan dulu orang yang anda pilih tu betul2 deserve semua yang anda nak bagi kat dia.

Sama ada kau pandai carik lelaki yang boleh dipercayai untuk dijadikan suami..lain cerita.
Mungkin esok lusa aku boleh try ceritakan pasal benda ni.

..........................


Kesimpulannya,ingat senang nak kawin?

Senang aje cara persiapan nak kawin ni ikut Islam..tapi Islam lagi titik beratkan dalam bab emosi. Islam tak suruh kau prepare ikut persiapan semua,Islam hanya mintak kau ready dan prepare rohani kau untuk kahwin.Mas kahwin berapa ratus sangat?

Tapi,apa yang kita pakat buat sekarang......ambik berat dekat bab material dan persiapan..Bab emosi kita main kawin aje....tak peduli ada isi ke tak dalam diri.

Luar siap dalam tak kukuh,
mcm mana rumahtangga tak runtuh?

Jun 17, 2011

18SX - "Masalah Rumahtangga Semuanya Berpunca Daripada Lelaki Sahaja!" Kata Wanita

Ali seorang pekerja kilang,dah berapa lama masih membujang.Nasib baik jadi supervisor.Boleh rasa sket camne jadi mandor..

Masuk kerja siang,keluarnya malam-malam.
Satu hari dia kerja,Ada manager muda baru cantik rupanya.

Tapi Ali tak takut,dia kenyit mata.
Manager cantik itu terkejut.

Tapi dalam hati punyala suka.Maklumlah dah setahun hidup menjanda.Bila perkenal diri,Ali tekun dengar namanya

"Hai,saya Aishah,manager baru kat sini!" Aishah sengih bila Ali kenyit mata lagi.

"Gila gatal!"fikir Aishah dalam hati,Nasib baik hensem..sejuk sikit diri..

Tak lama lepas tu Ali selamba ajak Aishah keluar Nak keluar Ali jadi segan
Dia hanya ada sebuah Yamaha tunggangan,Tapi Aishah bawak kereta Nissan

"Takpelah,saya bawak" kata Aishah.
Dating punya pasal Ali mengalah.

Tak lama lepas tu,Ali dan Aishah kawin,
Majlis sederhana,meriah bukan main

Mak bapak tumpang gembira,Ali gembira Aishah miliknya
Tak kiralah dia seorang janda,Yang penting Ali rasa gembira

Setahun lepas tu Ali dapat kenaikan gaji,"Wah ni dah cukup la ni"
Di panggil Aishah duduk di riba,berperut besar tapi menggoda

"Awak lepas ni tak payah kerja,"
"Gaji saya dah cukup nak sara kita.."
Bayar kereta bayar semua,
Cukuplah untuk buat belanja.

Aishah diam tak kata apa,
Terus ke bilik mata berkaca,
"Habis karier saya macam mana?"
"Saya nak jadi wanita berkerjaya!"

Ali terdiam fikirkan usaha
"Kenapa pulak awak nak kerja?"
"Duduk rumah jimat belanja.."
"Takde la anak cakap Indonesia.."

"Tak payah ambik orang gaji.."
"Bangun pagi tak payah ke nursery.."
"Boleh jaga anak sendiri.."
"Pasal kewangan saya bergaji.."

Aishah renung Ali
"Habis macam mana dengan barang2 saya?"
"Takkan la lepas ni tak nak beli beg tangan lagi?"
"Make up semua macam mana?"
"Duit nak pakai mana masa emergency?"

Ali diam tak mampu kata apa
"Sayang,takkan tak cukup apa dah ada?"

"Berapa ribu beg yang kena beli?"
"Yang ada pun pakai tak sampai sekali?"

Aishah mencuka...
"Awak langsung tak faham wanita!"
"Kami pun ada hak nak bekerja!"

Ali diam lagi tak kata apa

Tanya Aishah lagi,
"Saya nak jugak rasa duit saya!"
"Saya gembira jadi wanita ada kerjaya.."

Ali diam lagi kali ni
Fikirannya tepu tak ada isi

Mulut bergerak tak keluar suara..
Lama terdiam tak ada bicara,

"Saya tak suka awak bercantik,"
"Ramai kawan2 saya kata awak gedik.."
"Ada jugak yang tenung punggung,"
"Nasib baik saya tak pelangkung.."

Aishah renung diam..
Macam tak percaya,
"Takkan la saya nak pegi macam biasa?"
"Salah ke saya bermakeup-makeup ke tempat kerja?"
"Orang tengok pun puji sesaja!"
"Takkan tak bangga isteri dipuja?"

Ali terbeliak mata....
"Isteri aku dipuja kenapa aku nak bangga?"
"Dah dah aku malas nak bicara..."
"Esok kalau boleh terus berenti kerja,"
"Pandailah abang carik beg tangan mana.."

Aishah tunduk diam,Dalam hati bengkek!
Kalau ada pisau,dipotong Ali macam kek!

Marah kerana suami mula jadi suami,
Habis tu selama ni boleh pulak dia bagi?
Apa pasal dah setahun berbini,
Apsal sekarang baru nak jadi?

Esok takde jadi apa.Lusa pun tak nak berenti kerja.
Lepas 2 tahun Ali berduka,akhirnya Aishah kembali janda.

Shush! Rahsia! - Bagaimana Mengentikan Perhimpunan Bersih?

Bagaimana hendak menghentikan perhimpunan Bersih?
Pakai polis?
Pakai Perkasa?
Pakai anjing?
Pakai Ibrahim Ali?
Ugut rakyat?
Label mereka yang join "Penderhaka?"

atau

Penuhi semua tuntutan diorang yangyang dapat hilangkan doubt orang ramai terhadap pilihanraya Malaysia.

Setakat Menteri kata,"pilihanraya kita bersih dan takde campur tangan politik," buat apa?
Laksanakanlah sistem dakwat kat jari,jangan l offer orang luar Kelantan tukar alamat supaya IC jadi alamat Kelantan...kalau pilihanraya di Malaysia betul2 fair,kenapa nak takut?Orang tuduh kau curi,kau lari dan tiap2 kali orang kejar kau,kau lari lagi.....mesti orang ingat kau curi.

Sebab nak pastikan Melayu terus berkuasa?Buat apa...
Nama aje Melayu...Islamnya tah ke mana-mana dicampaknya.

Anda ada cerita pasal pilihanraya yang anda rasa kelakar nak dikongsikan?

Jun 16, 2011

18SX - "Sayang,Saya Harap Lepas Ni Tiap2 Kali Balik Raya,Kita Balik Kampung Saya Dulu" Kata Suami Anda

Kalau jawapan anda kepada soalan tajuk di atas adalah HELL NO! bila suami tanya camtu..posting ini bukan untuk anda.

Orait.Posting hari ini akan jadi agak panjang...jadi,sebelum baca,baik minum air dulu...tenangkan fikiran dan fikir pasal persekitaran yang sejuk......Dah?Orait.Hari ni..aku nak bercerita... Sebelum mula,aku nak tanya,"kenapa perempuan selalu marah bila ada pihak salahkan kaum dia kalau jadi gejala sosial,keruntuhan akhlak dan sebagainya?" Sebab.....memang tu tanggungjawab wanita.Bukan aku kata.Agama kita kata.Ramai perempuan yang dah berkahwin ni tak faham benda ni....main kawin aje....tapi bila suami ada buat hal sket....mulalah meradang.Komplen pasal suami...salah tu kak. Dosa besar...tu lah puncanya....

Aku harap apa yang aku tulis ni akan membuatkan apa yang dah aku post selama hampir seminggu ni make sense.Aku tulis benda ni bukan sebab aku tak bahagia....ni lah mulut orang Melayu..gi kertas pasir mulut tu. Aku tulis semua ni sebab bila aku tak setuju dengan Dr.Mashitah hari tu respon korang negatif...bagus lah.Girl power punya pasal.Orang pempuan tegur,dengar..laki tegur,katanya sexist.

Bukak akal anda kejap...lupakan semua benda pasal sexist...aku akan try explain benda ni secara paling balance yang aku boleh.Tapi ingat...kalau aku maki kau...itu sebab kau tak berfikir.Kalau kau boleh persoalkan "HOI! akad nikah tu pun satu benda yang sexist tau!" aku takde rasa segan2 nak panggil kau mangkuk atau sudu... (benda betul terjadi dalam posting sblm ni).

Okeh....kenapa aku kata perempuan adalah penyebab masyarakat jadi lemah?
Satu aje sebabnya...perempuan jugaklah penyebab masyarakat kita jadi kuat.Kuatnya perempuan..kuatlah masyarakat.Dan semua tu dicipta melalui hukum kuasa mutlak dalam Islam. Maksudnya,dalam Islam,ada individu yang mempunyai kuasa mutlak infinite ke atas sekumpulan golongan lain.Hanya ada 2 aje dalam Islam,Tuhan bagi kuasa tu....perintah diorang memang takleh nak dilawan langsung.

Suami dan ibu....

Dua golongan ni,pegang kuasa mutlak hanya ke atas satu kumpulan sahaja.Suami..ada kuasa mutlak ke atas isteri.Ibu ada kuasa mutlak ke atas anak-anak.Apa pasal pulak isteri kena dikawal oleh suami,anak kena dikawal oleh ibu..mana fair,kata kau.Itulah hensemnya hukum Tuhan ni...Hukum kuasa mutlak ni lah yang kawal masyarakat kita sebenarnya.

Aku cuba tulis sehalus mungkin,ingat ni...once kau dah kahwin dengan lelaki pilihan kau....kau bukan setakat serahkan badan kau dekat dia,kau sebenarnya serahkan sekali  emosi kau dekat dia.Dia nak kau senyum,kau kena senyum.Dia nak kau sengih,kau kena sengih.Itulah kuasa mutlak suami.

Jangan pertikaikan,selagi tak langgar hukum agama.Ayat ni,sangat2 protect kaum isteri.Tapi ramai perempuan tak suka.

Aku nak tanya,buat apa serah diri pada suami sebelum tu?Kau pilih dia..bila kau dah pilih seorang lelaki jadi suami kau,kau dah berjanji dan berikrar yang kau akan taat dan patuh dengan dia.So,accept your fate.You are the one who agree to it.

Dan,sebab ramai sangat yang kata "suami aku jahat,suami aku camtu,suami aku cilaka" aku tulislah benda ni berdasarkan pandangan anda tu..."suami mesti jahat,isteri mesti baik"

........................

"Macam mana hukum ni menjaga masyarakat kita?"

Apa yang aku baca pasal kuasa mutlak ni selalunya tak cerita secara mendalam,selalunya hujah yang diberikan lebih kepada "isteri kena dengar perintah suami" dan "anak kena dengar cakap mak." Takde explanation sangat.Pada aku tak cukup penjelasan dia orang tak nak dengar faedah dia.Bila yang diperintah (isteri,anak-anak) menjaga dan hormat kepada golongan berkuasa (suami,ibu) kita sebenarnya sedang melahirkan satu bentuk keturunan yang lebih baik dan akan keep on improving with time.

a. Kuasa suami ke atas isteri

Isteri perlu patuhi dan hormat suami,selagi apa yang suami minta dan arahkan tak bercanggah dengan agama.Ada ke yang berbulu dengan statement tu?.............Ada.Mesti akan ada yang persoalkan,kalau suami aku perangai buruk,macam mana?Kalau suami aku disyaki kaki liwat macam mana?Suami aku tak fair macam mana?

Selagi apa yang dia buat tak menyebelahi undang2 agama dan anda sendiri tak pasti sama ada dia pernah ke tak meliwat....percaya,hormat dan respeklah dia sekuat mana yang anda mampu.Jangan syak wasangka dan bersangka buruk dengan dia.Layanlah dia macam suami tercinta walaupun dia tak fair.Walaupun dia tak basuh pinggan dia lepas makan,pengotor,ketiak busuk,bulu tak cukur dan sebagainya.Walau sesakit mana pun hati anda dibuat suami anda (asalkan tak langgar hukum)....layanlah dia dengan kasih sayang.Sebab itu kunci paling senang ke syurga.

"Habis tu takkan nak diam aje diri tahan derita!"

Jawapan dia mudah...biarlah derita di dunia dengan suami yang macam cilaka dan lepas arwah masuk ke syurga,dapat jugak buat dilayan oleh 10 orang Robert Pattinson macam permaisuri.Ya,kalau anda rasa anda tak bahagia dengan suami sebab suami perangai dia buruk (bukan jahat)...tahan lah.Itu kunci ke syurga.


"Argh.Aku tak suka lah jawapan kau tu!Sexist gila!
Takkan pempuan nak tahan aje sakit hati!"

Iye.Cuba tahan.Ramai ibu-ibu yang lagi sanggup tahan daripada ambik opsyen bercerai.Aku ulang lagi sekali..kunci ke syurga beb! Orang selalu cakap,perempuan senang masuk syurga..cuba jadilah isteri yang baik,penyabar dan solehah walaupun anda bersuamikan lelaki yang tak guna macam mana pun.....

"Argh..tak nak aku dengar benda camni.Tak adil!"

Aku faham kenapa kau rasa tak adil,tapi dari bersabar tu lah datangnya keistimewaan wanita ni.Jadi,sekarang,aku masuk pasal golongan yang kedua yang dapat kuasa mutlak....


b. Kuasa ibu ke atas anak-anak...

Fakta ; Takde anak yang lebih sayangkan bapanya berbanding ibu.Bapak kena beli anak kereta mainan,barbie dan mcm-mcm untuk buat anak sayang kat dia.Mak?Mak ada sebelah kau,kau dah boleh rasa sayang kat dia.Kadang2 kau tengah main bola ke,tengok wrestling ke,dating pun...kau masih lagi mampu rasa sayang dia.Suami rugi kat situ.Tapi ada sebabnya Tuhan jadikan umat Islam ni camtu.

Ibu adalah pengaruh paling besar dalam membentuk karakter seorang anak.Takde orang lain. Trylah kuat macam mana pun si bapa nak bentuk anak-anak dia,sepanjang hidup anak...ibu lah orang yang paling lama dalam kepala dia.

Dan sebab tu lah kalau bapa kematian isteri,dia perlu kahwin lain.Sebab tanpa seorang isteri,bapa takkan mampu jaga anak dia..sebab benda tu bukan fitrah dia.Kau tanya la sesiapa yang kematian bapak masa muda,ada tak mak dia nak kawin lain?Jarang dengar.Sebab...Tuhan dah ciptakan anak-anak tak mampu hidup tanpa ibu.Special kan ibu ni?

Dengan pengaruh ibu yang sangat kuat dalam hidup anak-anak,kau cuba bayangkan apa pengaruhnya kalau anak-anak tengok ibu diorang selalu melawan suami yakni bapak diorang?Anak perempuan akan membesar jadi seorang yang tak yakin nak kahwin..tak percaya dengan lelaki.Membesar dengan membenci lelaki.Anak lelaki pulak,dia akan jadi seorang pendendam dengan ayah dia sebab buat mak dia macam tu.

Yang paling buruk yang diorang akan belajar adalah....isteri boleh lawan cakap suami.Yang paling affected,anak lelaki.Dia akan membesar dan jadi seseorang yang boleh di kawal isteri dia..semua sebab dia rasa mak dia buat camtu,dia pun kena biar isteri dia buat camtu.

"Habis,apa faedahnya kalau lelaki cilaka,isteri dia sabar?
Apa kesan dekat anak-anak ni?"

Kalaulah si ibu bersabar dan tidak melawan cakap suami....perasaan yang wujud dalam diri anak-anak adalah rasa sayang.Anak perempuan akan lebih particular dalam memilih suami,dia pasti lebih paham bagaimana nak menghadapi suami sedemikian dan apa yang paling penting,si ibu yang bersabar sebenarnya sedang mengajar anak perempuannya juga sifat sabar.

Anak lelaki pula akan belajar bagaimana nak jaga hati wanita,apa yang menyedihkan hati seorang insan yang bergelar isteri dan dia akan dapat panduan isteri bagaimana yang harus dinikahinya...yakni ibunya.Ibu adalah guide memilih calon isteri yang terbaik.Teruk ibunya,teruklah anak lelaki nya nanti.

Generally,isteri yang sabar akan membentuk anak yang lebih baik kerana watak anak-anak akan dibentuk daripada sifat ibunya..bukan bapanya.

Jika ibu jenis melawan,anak akan turut sama kerana merasakan ibu dia boleh buat...kenapa dia tak boleh buat?Itu akan bagi kesan pada si bapa.Anak-anak perempuan yang mencemuh bapa mereka dalam hati berdosa.Tapi dosa mereka tu bukannya anak-anaknya atau ibu yang tanggung.Dosa kutuk bapak ni,bapak sendiri yang tanggung.Dah la kena kutuk,dosa tu dapat kat dia jugak.

"Padan muka kaum lelaki!Kah kah kah!"

Ini lah safety net perkahwinan.Kalau bapak ade rasa takut tanggung dosa isteri dan anak-anak perempuan dia,dia akan jadi bapa yang paling baik dalam dunia...sebab beban yang dia pikul tu amat-amatlah besar.Anda kutuk lawan suami anda,dia yang tanggung.Dia tak masuk syurga,anda pun join la sekali dia kat neraka.Semua sebab dosa dia yang anda cipta masa kutuk dan umpat dia.Berat kak tanggungan suami ni...janganlah dilawan kata-kata dia.

.................

Here is the thing yang paling susah wanita masakini nak buat.
Korbankan kebahagiaan dunia.

Sebab tu aku tak setuju dengan pandangan Dr.Mashitah...based on this thing,walaupun suami kau buruk macam mana sekalipun..(dan aku ulang lagi,buruk selagi tak tentang hukum Islam) ...sabar dengan suami tu adalah kunci isteri ke syurga.

Sanggup?

Yang tu,anda jawab lah sendiri...nak bahagia di dunia ke nak bahagia di akhirat?Sebab tu aku takdelah terkejut sangat kalau ada isteri yang merelakan suami memadukan dia selepas suami tertangkap khalwat dengan perempuan lain.Ada isteri yang sanggup dan dia tak mintak cerai pun...sebab dia paham....tak kiralah buruk mana suami kau,suami kau still kunci kau nak ke syurga....

Tapi...jangan lupa pulak...dalam perhubungan suami isteri..ada satu lagi kuasa yang paling besar.Ada lagi seorang ibu...dan ibu ni lah yang akan jaga check and balance perhubungan suami isteri ni.JENG JENG JENG!

c. Kuasa ibu suami ke atas pasangan suami isteri

Ingat,once seorang perempuan dah kawin,dia seolah-olah dah diberikan hak ke atasnya oleh bapanya,sebab dosa pahala anak dah pindah jatuh atas suami.Dan ibu lelaki ni absolute kuasanya.Isteri bukan sahaja jadi hak suami...kini dia dah jatuh bawah kuasa ibu mertua dia.

Kalau dia kata anak lelaki dia mesti balik raya kampung dia dulu,suami anda mesti ikut.Dan anda sebagai isteri jangan lawan benda ni...jangan duk bergaduh,memberontak dan sebagainya.Sebab key dia adalah whatever happens....mother comes first.Siapa atas anda?Suami.Siapa atas suami...ibu suami anda.Mother comes first!

Tapi sayangnya,kalau kau bukak drama,bila ada scene menantu perempuan dengan mak mertua,mesti tak happy aje kan?Orang kata filem kita,wajah kita.Ini adalah benda yang paling penting untuk seorang isteri lakukan....dan aku akui,stigma menantu dengan mertua ni memang wujud dengan luas dekat masyarakat kita.Apa kata anda,sebagai isteri,ambik langkah awal...walaupun anda tau mertua anda tak suka anda,walaupun anda tau mertua anda suka kat calon dia...cuba ambil hati dia.Ini wajib!

Sebab kebahagiaan suami datang daripada keredhaan ibu dia.

Jadikan ibu mertua itu macam ibu anda sendiri.Dan bila seorang isteri dapat kasih sayang seorang ibu mertua yang sempurna...cycle kekeluargaan tu akan lengkap.Atuk mertua,Nenek Mertua,Bapak mertua,Ibu mertua,suami,anda dan anak-anak....lepas tu anak-anak anda akan sambung balik keturunan anda ni bergantung kepada sifat2 dan cara pembesaran yang ditunjukkan oleh pemegang kuasa mutlak mereka...iaitu kaum ibu yang dipantau dan dijaga oleh suami mereka.

Bila anda patuh pada suami,anda akan meneruskan cycle ni.Ini yang paling mustahak anda pelihara.Once anda jadi a rebellious wife,cycle ni akan terganggu sehinggalah ada orang restart balik "patuh dan taat pada suami." Takkan nak tunggu 7 keturunan baru nak mula berbaik dengan suami?

Sedar tak sedar,satu masa nanti,isteri akan jadi ibu.Bila anda dah jadi ibu,kuasa mutlak tu pulak bakal turun kepada anda.

Bayangkan....anak lelaki anda nanti lebih mementingkan isteri berbanding anda,sebab dia dapat seorang isteri yang semasa kecilnya dia belajar dari ibunya queen control itu halal?
Bayangkan....anak perempuan anda tak nak kawin-kawin sebab tak percaya dengan lelaki,dijadinya seorang lesbian,diganyangnya awek2 cun yang sepatutnya dijadikan isteri nombor 2,3 dan 4 penulis blog ni?

Teruk kan.

Bila dah jadi ibu tu,itulah untungnya seorang perempuan ni.Dia akan ada kuasa ke atas anak lelakinya....anak lelakinya pulak ada kuasa ke atas isterinya...isterinya pulak ada kuasa ke atas cucu-cucu anda....cucu-cucu anda pulak berkembang dengan menjadi lebih baik dan murni hanya kerana..pada satu tahap,ada seorang ibu yang mampu sabar dan percaya,pada akhir nanti,akan ada ganjaran bukan setakat di akhirat malah ganjaran keturunan yang hebat-hebat belaka.

Dan aku harap,penjelasan aku ni mampu buat korang menjawab "kenapa kena jugak taat suami kalau suami macam cilaka dan suka korek hidung lepas tu jentik kat bini.."

"Ok,kalau kau tere sangat pasal suami isteri ni,bagitau aku macam mana nak betulkan laki aku yang layan aku macam hamba?"

Berbaik-baik dengan mak suami anda; walaupun anda terasa seolah-olah mak mertua anda tak suka anda.Dia ibu.Kasih sayang dia unlimited.Skeptikal memang la skeptikal,anda bila dah ada menantu pun akan rasa tak ada perempuan yang sesuai dengan anak lelaki anda..tapi apa yang cantiknya di sini...apabila anda rasa tidak lengkapnya diri anda untuk suami anda daripada mata pandangan seorang ibu mertua...usaha untuk membetulkan benda tu akan ada datang dari sendiri.Lainlah kalau sejak mula kahwin anda dah dah rasa diri anda "The best wife in the world"..lagi la menyampah mak mertua anda.

Bila anda usaha,mak mertua anda ni akan tahu daripada suara anak lelaki dia.Tak payah suara,instinct pun dah boleh bagitau sama ada anak menantu dia ni bagus ke tak.Bila mak mertua anda dah kamceng dengan anda...hehehe...yakinlah,takde orang lagi gembira melainkan suami anda.Dan dari situ suami anda tu akan improve diri dia.Sebab dia happy dua orang perempuan yang dia sayang tu geng.Tak caya tanya suami anda.

Benda yang suami paling takut adalah mak dia tak dapat terima menantu dan lagilah si suami takut kalau terpaksa kata isteri dia "baik,suci dan bersih" dekat mak sendiri semata-mata nak cover keburukan isteri.Tu dia dah buat apa?Menipu ibu...siapa ada kuasa mutlak ke atas suami anda?Ibu dia...bukan isteri...

.................................

Ok..aku nak bias pulak untuk section ni dan aku dah ngantuk.Ayat aku makin lama makin berterabur.Aku fikir karangan ni sepanjang aku drive tadi selama 2 jam.Sebelum mengakhiri posting aku ni,aku cuma nak tanya sepucuk soalan....

"bilakah kali terakhir anda bercakap dengan mak mertua anda,wahai kaum isteri?"

Dan...sebab aku menyampah baca golongan2 yang selalu mempersoalkan kenapa isteri perlu taat dengan suami..aku suggest suami gunakanlah ayat ni..."Kalau mak saya suruh ceraikan awak dengan sebab munasabah..saya takdelah nak teragak-agak lagi nak ceraikan awak..mak saya lagi faham hati saya berbanding awak.Apa dia cakap saya akan ikut tanpa mempedulikan pandangan awak.Faham?"

Itupun kalau anda dah jalankan tanggungjawab anda sebagai suami la...ini adalah sebab kenapa lepas berkahwin,kuasa berat ke belah mak suami bukan mak isteri....counter balance sebab ibu ada anak support,suami ada mak mertua support.Kena jaga tu...ramai orang kita buat tak peduli...suami diugut2 sambil ajak mak isteri join sekali,nak pastikan suami terpaksa tunduk dengan isteri.Bila cuti raya tu..janganlah gaduh....kalau suami nak balik kampung dia..ikut aje balik sambil tersenyum.

Mak mertua suruh cerai karang,suruh carik bini lain sebab bini perangai tak elok...padan muka....baru la nak menangis tak berlagu...hihihihih..

Jadi,pengakhirannya....apa tujuan feminist movement sebenarnya?

Tujuan dia mudah...diorang nak masyarakat kita lemah.Diorang nak perempuan2 kononnya rasa diri dia kuat,lagi powerful dari lelaki,semata-mata untuk pecahkan cycle yang aku ceritakan ni.Once kau dah berani lawan suami....masa depan generasi akan datang pun akan dipenuhi wanita-wanita yang berani lawan suami dan suami yang tak peduli pasal isteri.

Golongan ibu adalah individu yang paling berkuasa dalam membentuk masyarakat.This is the only way,the proper way.Bukan pegi bagi bantuan atau buat meeting atau buat perjumpaan,semua itu karut.Macam mana diorang nak bentuk masyarakat dengan cara camtu.Bagi talk naikkan semangat,balik mengamuk dengan laki...apa benda?Dan sebab itu jika ada kumpulan yang nak bagi talk macam mana nak ajak isteri taat pada suami,itu adalah ilmu yang paling berharga untuk isteri tu.

Aku harap,aku dah jawab soalan "kenapa kaum isteri perlu taat pada suami" dan "kenapa golongan wanita dipersalahkan kalau terjadinya masalah sosial." Semua bermula dengan mentaati suami.Kau tak perlu rasa rugi taat dengan suami sebab anak-anak kau nanti akan balas jasa kau balik dari dia kecik sampai la dia jadi mak dan bapak orang.

Jangan kahwinlah kalau dalam hati ada rasa ego nak tunjuk dekat suami...lepas tu isteri gelar benda tu toleransi....Dalam bab keputusan suami...tidak perlu wujud rasa "toleransi terpaksa" untuk si isteri melainkan jika suami benar-benar simpati.

Hehe....aku ready aje kalau ada yang nak tembak aku.Aku cuti sekarang.Banyak masa terluang.Tapi sebelum kau tembak aku..gi tanya suami kau,tunjuk apa aku tulis.Kalau dia kata betul...betul la tu.Kalau dia suruh kau senyum sambil baca,senyum tau!Sebab kalau suami anda suruh anda senyum dan anda senyum,bukan setakat suami kau makin sayang kat kau tapi Malaikat pun akan mendoakan kau.

Jangan marah aa!Aku mintak maaf kalau cara aku tulis ni mcm cilaka tapi aku harap anda boleh faham apa aku cuba bagitau.

Fahamilah wahai wanita..you lose something (kena taat suami), but you will gain something greater that will grow bigger and bigger until the end of days.(keturunan yang baik) Bentuklah keturunan anda yang baik sekarang.Mulakan dengan diri anda sendiri...mana tau kita berbesan?Hehehe...

Dan kepada golongan suami dan ibu yang dah pegang kuasa mutlak ini,kalaulah setiap hari anda terpaksa bersedih kerana isteri duk melawan dan anak-anak buat perangai,sebelum terlena tu,maafkanlah diorang.Jika suami tidur dalam keadaan marah akan isterinya...sepanjang malam lah si isteri tu akan dilaknat.Kalau isteri tu mengandung?Anak tu sekali2 lah kena laknat dengan malaikat.

Dan terakhir,ingat,aku tulis artikel ni dengan assume "suami jahat,isteri baik" kat atas tu?Masalah ni takkan berlaku kalau ada ramai lelaki yang baik,tapi macam mana nak produce lelaki yang baik tu?

Isteri yang taat.Tak dapat suami (*edited) yang baik tapi dapat anak yang taat pun takpe,sebab anak anda akan belajar supaya tak jadi macam ayah dia.


Tajuk esok ; Finale 18SX : Perempuan Busuk

Jun 15, 2011

18SX - Bergadai Untuk Memori Sehari,Masa Depan Apa Peduli,Yang Penting Jadi Raja Sehari...Lepas Tu Makan Megi

Thanks sebab bagi sambutan yang menggalakkan pasal posting kahwin semalam.

Tujuan aku tulis benda tu....kita selalu tertanya-tanya,kenapa bila dah jadi suami isteri kita tak bahagia....pada aku,benda2 yang kita dah buat sebelum kita kahwin tu lah antara penyebab utama..sebab kesan dia long term.

Tujuan lain adalah sebab aku rasa bisnes wedding boutique adalah salah satu bentuk bisnes rip off yang sangat2 cutthroat dan cekik darah.Gila kau sewa baju aje RM250 sepasang...sebab tu aku ajak anda semua kahwin cara Islam.Simple.Takyah gi sewa baju dan buang duit.Tempah baju kurung boleh simpan dan pakai sampai ke tua...ada gak kenangan.Aku?Baju dah hantar balik lepas kahwin...sewa kena bayar jugak...bodoh aku dan isteri aku satu masa dulu.

"Keburukan tidak mengamalkan perkahwinan Islam dari segi mental;"

a. Suami dah tersimpan dalam kepala macam mana "taste" isteri dia,maksud aku,level materialistik perempuan tersebut.Kalau isteri dia jenis demanding masa baru nak kawin,beban yang dia akan tanggung lepas2 tu dah bertambah semata-mata nak penuhi impian isteri.

b. Isteri pulak akan terbiasa jadi demanding dengan suami dan apabila ada benda yang tak cukup,dia tak segan2 mintak walaupun benda tu bukan necessity.

c. Isteri jugak dah tersimpan dalam kepala benchmark macam mana "sayangnya suami dia kepada dia" dengan menggunakan penilaian material.Katakanlah...bakal suami kata "hantaran yang mak bapak awak mintak tu mahal sangat" dan kebetulan pulak nilai toleransi bakal isteri tu kurang,sedikit sebanyak akan wujud rasa skeptikal terhadap kemampuan suami yang "cuba-cuba" negotiate sesuatu syarat yang tidak wajib ada langsung sebenarnya.

d. Ada jugak suami yang akan menggunakan bullet point "awak ni,hantaran aje mahal..tapi apa pun tak tau" kalau lepas kahwin nampak kekurangan isteri.Ni suami jahat ni...seboleh2 nya jangan jadi sampai tahap camni.

e. Suami juga akan jadi seorang yang bitter mengenangkan usaha dia mengumpul wang tu hilang sekelip mata.Ni yang banyak berlaku....sebab tu ramai suami makan luar.Dia marah dengan isteri sejak dari mula merancang perkahwinan lagi.

f. Perkahwinan macam tu akan menghasilkan pasangan yang meminta-minta antara satu sama lain.Dua-dua tak nak kalah bila berselisih pendapat.Ungkit mengungkit jadi kebiasaan,macam makan nasik.

g. Mewujudkan rasa tak puas hati antara saudara mara.Ye lah,macam korang banyak tulis,bila pengantin nak cara dia..ada lah makcik ke pakcik yang tak setuju,nak kena ikut cara dia.Grudge between relatives akan timbul..

h. Yang paling cilaka.....wujud persaingan antara masyarakat dalam memastikan kenduri dia jauh lagi grand dan lavish berbanding kenduri yang di adakan sebelum tu.

i. Dan yang lebih teruk lagi....akan adalah rasa iri hati atau malu yang timbul antara saudara.Katakanlah,sepupu kau tengok kenduri kau mewah,ada kereta kuda....sepupu kau mesti ada rasa nak kalahkan kau.Kalau yang tak mampu pulak..dia mesti malu dia tak dapat sewa kereta kuda,sebab dia hanya mampu sewa kereta lembu..

j. Bila mak bapak dah set benchmark tinggi..adik beradik perempuan lain mesti expect benda yang sama bila diorang kawin nanti.Anak tunggal perempuan untung dalam benda ni...hehehe.

k. dan dari situ..akan wujud rasa dalam diri anak perasaan tidak adil dan pilih kasih  kepada mak bapak kalau kakaknya dapat kenduri meriah tapi bila tiba turn dia,mak bapak tetiba nak pulak majlis ikut tuntutan agama.... (patutnya dia bersyukur..tapi...sibling rivalry...korang lagi paham kot benda ni berbanding aku)

(aku tak dapat nak berfikir keburukan ni lebih2 pada belah suami sebab otak aku bias..jadi,kalau ada sesape nak tambah untuk part suami..aku alu2 kan)

Berkait-kait kan?


"Keburukan tidak mengamalkan perkahwinan Islam dari segi material;"

a. Keluarga yang baru nak mendirikan rumah tangga memulakan perkahwinan dalam serba kekurangan.Kalaulah duit2 yang dikumpul dapat digunakan untuk beli peralatan rumah..kan senang dan selesa hidup?Kitchen cabinet pun beribu2 sekarang ni.

b. Suami dan isteri akan dibebankan dengan hutang kerana simpanan sudah lesap untuk "pesta" perkahwinan.

c. Tidak mesra alam.Bayangkan berapa banyak kertas yang digunakan untuk buat kad kahwin dan sampul dia?Lepas orang follow map,orang buat apa?Buang.Membazir...paying for something yang value nya tinggi tapi usagenya sangat limited.Carik la kad kahwin paling murah dan paling baik yang anda boleh dapat...

d. Rumah tetamu akan dipenuhi dengan barang2 yang tidak akan digunakan lagi dan selalunya lepas setahun dua...cenderamata yang diberikan akan dibuang.Duit terbang lagi.lepas kahwin ni,dalam setahun dua tu...wang seolah-olah terbazir macam tu aje tanpa kita sedari.Semua cenderahati yang diberi walaupun niat dia baik selalunya dimasukkan ke dalam tong sampah.Bayangkan,setiap kali cenderamata yang dah dibuang tu digantikan dengan pampers anak,susu anak dan sebagainya.Lebih praktikal...sebab tu dulu orang bagi telur rebus.Jimat kos dan takkan membazir..sekarang?

ps - Ada lagi sesiapa nak tambah?

......................

Dengan harga barangan yang makin mengarut tak berpadanan dengan gaji dan belenggu ekonomi kapitalis yang membuatkan "orang Asia bekerja untuk kayakan orang Amerika"....keburukan yang paling teruk bila kita tak mengamalkan konsep perkahwinan Islam adalah bila;

"....kita terpaksa tahan hasrat nak timang anak sebab takut nanti duit tak cukup...isk isk isk..."

Tapi...walaupun kita dah terlanjur membazir sehingga takde support financial..jangan takut nak buat anak sebab rezeki anak tu Tuhan dah tetapkan...Insya Allah akan ada.So,lepas kahwin,jangan risau,buatlah seks berapa kali pun sampai isteri pregnant..tak perlu risau.Nanti2 ada la jalan Tuhan bukak...

.........................

Aku tujukan kepad golongan wanita satu soalan...


"Adakah mempunyai majlis perkahwinan yang sederhana dan ikut kemampuan,tidak seperti norma masyarakat kita merupakan sebuah pengorbanan yang perit untuk anda lakukan?"

Jika anda jawab ya...fikir dulu betul2,mana datang fantasi tu?Adakah datang daripada filem orang putih,adakah datang daripada tengok orang lain punya kenduri macam mana...

Anda bakal meletakkan bebanan tambahan kepada bahu bakal suami anda yang dah pun bersetuju untuk tanggung dosa anda.Ada jalan mudah..jangan ambik jalan susah.Ringankanlah beban bakal suami anda dan mak bapak anda....

Yang paling mustahak...jangan terikut-ikut dengan orang putih.Kalau tengok dalam drama dalam filem,bila wedding day...apa saja yang pengantin perempuan nak..perlu dipenuhi sebab wedding day dia adalah hari meraikan dia yakni pengantin perempuan.

Tapi kita tak macam tu.Wedding kita bukan hanya untuk orang perempuan sahaja.Jangan ketepikan bakal suami anda,jangan jadikan mak bapak anda mangsa kerakusan anda.Lagi senang majlis,lagi berkat la perkahwinan.Lagi prepare couple untuk hidup selepas berkahwin,lebih baik.Benda yang paling kita kena kejar..berkat.

Sebab bila dapat berkat....suami tak payah pun mintak dilayan macam pelacur,isteri yang volunteer nak buat camtu.Benda halal bang!Isteri pulak tak payah nak marah2 suami sebab tak buat kerja rumah..suami sendiri yang volunteer.Tak kiralah penat macam mana pun tapi bila hati kita senang semua benda jadi riang....projek anak pun akan kerap sket nak membanyakkan umat kat dunia.

Kesimpulannya,aku akhiri dengan sebuah pantun moden.

Sangat indah masa bercinta....
Mana tak nya tiap hari dating,
Bila dah halal apa salahnya,
Lepas dah kahwin tiap2 hari.......

Pandai2 la anda habiskan pantun aku tu.
Aku suggest "cooking," "cleaning" "jogging" "loving"....