Mei 11, 2010

Selamat Hari Ibu!


Dalam banyak-banyak ibu,
ibu apa paling ditidak digemari orang?

(Aku tak tau jawapan dia,saja je aku tanya)

14SX Porno : Penggunaan Teknologi Yang Canggih Pada Perisian Yang Salah


Aku masih menanti satu teknologi di mana ia mampu membolehkan seseorang itu dirangsang deria sentuhannya apabil berinteraksi dengan avatar-avatar 3D.

Mei 07, 2010

Ketua Polis Selangor Buat Report Kepada Dirinya Sendiri Kereta Dia Hilang


Fakta Utama:

Pihak polis bertanggungjawab dan mempunyai kuasa dalam menjaga keselamatan orang awam di Malaysia.

Fakta Penyokong:
Ketua Polis adalah individu yang mempunyai pengalaman dan skill yang cukup luas dalam bidang kepolisian.Jika anggota polis adalah X-Men,Ketua Polis adalah Professor X.

Analisa:
Kereta Ketua Polis Selangor hilang dicuri.

Rumusan:
Orang awam dan anggota polis di Malaysia tidak selamat.

Update,sebab sharing is caring:


Politik budak-budak.
Macam mana mangkuk-mangkuk tempayan ni boleh jadi pemimpin NGO pun aku tak mengerti.
Dan mamat Khairul Azam ni kembali lagi.Dia ni mmg gila betul populariti.Semua macam takde otak.Tuhan bagi akal.Fikirla sendiri level politik negara kita macam mana.
Paling tak tahan,keluar hadis suruh solat....

Aku tak pernah rasa Sultan adalah Ketua Agama aku.
Ketua Agama aku hanya ada seorang.Dia bukan orang Melayu.
Sultan bukan ketua agama aku sebab dia orang Melayu.

Membangunkan Ekonomi Dengan Cara Yang Lintang Pukang Sambil Berjudi


"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya (LINK)


Lagi satu statement bangang daripada "pemimpin" kita.Takut nanti orang berjudi secara haram?Takut nanti bookie-bookie berleluasa?Kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian?Kerajaan boleh tahu nilai jumlah wang perjudian?Ini bukan cara menyelesaikan masalah.Penyelesaian masalah dia satu aje.

TUTUP SEMUA PREMIS YANG MELIBATKAN PERJUDIAN!
HARAMKAN TERUS JUDI!

Anda punya kuasa......gunakan! Jangan gunakan alasan kaum Cina suka berjudi sebab tu perlunya aktiviti judi "halal dan disahkan kerajaan" di Malaysia.Dalam bab judi,janganlah tiba-tiba berat sebelah mahu menjaga hobi ramai orang Cina.Orang Cina juga orang Malaysia jadi bila anda menghalalkan perjudian,anda seolah-olah menggalakkan diorang berjudi.Menghalalkan judi bukan cara untuk mengelakkan orang ramai meminjam dengan along,bodoh!

Bila dia takleh berjudi,dia tak perlu la pinjam dengan along,MANGKUK TINGKAT!Ini bukan bukti kerajaan prihatin.Ini bukti kerajaan bodoh.Dan masih ada lagi orang Melayu yang Islam memilih Kerajaan ini sebagai pemimpin mereka.Diorang tak sedar ke berapa ramai Melayu mangkuk ayun yang setiap hari beratur dekat kedai Sport Toto dekat rumah aku.Alasan.Bila orang DAP bersuara,kata racist.Bila bab judi,jaga pulak "interest" mereka.

Sah sah haram.Tidak ada apa cara dan niat sekalipun yang boleh dijadikan alasan menghalalkan judi.Kerajaan apa ni?Agama apa ni?Najib ni agama apa?Aku masih lagi menunggu statement seorang Pemimpin Cina supaya ajak orang Cina jangan join aktiviti perjudian ni.

Apakah keburukan mengharamkan berjudi?
Aku wish ada menteri yang tolong jawab.

Aku Juga Ingin Main Ragbi Untuk Impress Perempuan Tetapi Muscleku Kecil-Kecil

Lelaki-lelaki IPT yang bermain ragbi adalah lelaki yang berkeyakinan tinggi.Aku tidak tahu adakah rahsianya datang daripada permainan ragbi yang kasar atau latihan-latihan fizikal yang mereka tempuhi setiap hari.Ada beberapa faktor yang membuatkan aku jeles gila dengan diorang:


1. Ada muscle yang besar-besar.

2. Yakin untuk pakai baju ketat-ketat kerana muscle mereka yang membuatkan baju tu ketat.

3. Bila training mesti ada satu group awek tengok.

4. Lepas training,berpeluh-peluh,mampu terus pegi minum petang.

5. Sambil minum berpeluh-peluh dan dengan hanya memakai sleeveless,mampu peluk-peluk awek lagi.

6. Awek atau gelfren mereka mampu tersenyum manja bila peluh boifren tu melekat kat diorang.

7. Kalau anda nampak satu group lelaki dengan badan berotot sasa,sudah pasti mampu menimbulkan gerun kepada lelaki tidak berotot dan lembik macam aku.

8. Di IPT,antara golongan paling cool adalah player ragbi sebab awek-awek akan tertumpu kat diorang.Aku tak tau kenapa,adakah gadis-gadis gemar melihat bulging-bulging di seluar pendek mereka?Adakah itu seksi pada mata wanita?

9. Walaupun kadang-kadang tak hensem mana pun player ragbi ni tapi awek-awek diorang biasanya hot stuff.

10. Mereka mampu berjalan di tempat awam dengan hanya memakai seluar pendek yang panjangnya tidak lebih 5cm daripada kedudukan skrotum mereka.Aku tidak punya keyakinan untuk berjalan-jalan di tempat awam hanya memakai boxer.
.............

Tak semua lelaki-lelaki pemain ragbi ini begitu tapi kalau dalam 10 orang tengah lepak minum,MESTI ADA dua orang yang sebijik yang macam aku tulis ni.Mereka ni lah yang mencemarkan imej player ragbi.Dalam istilah lebih tepat lagi "social rugby player," pemain ragbi yang main ragbi sebab nak rasa diri dia cool,main untuk impress perempuan.Jika anda termasuk dalam golongan-golongan macam tu,AT LEAST pakai la track suit ke,short panjang ke sebelum pegi minum.Aku nak minum pun geli sebab risau kau duk terkangkang-kangkang.

Perhatikan kawasan sekeliling anda jika anda selalu lepak di kawasan yang ada IPT.Jika anda seorang lelaki,anda akan dapat tips-tips yang berguna untuk membentuk kelelakian anda.Jika anda wanita,mungkin nasib anda tidak baik,anda juga akan nampak kelelakian mereka.