"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.
"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya (LINK)
Lagi satu statement bangang daripada "pemimpin" kita.Takut nanti orang berjudi secara haram?Takut nanti bookie-bookie berleluasa?Kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian?Kerajaan boleh tahu nilai jumlah wang perjudian?Ini bukan cara menyelesaikan masalah.Penyelesaian masalah dia satu aje.
TUTUP SEMUA PREMIS YANG MELIBATKAN PERJUDIAN!
HARAMKAN TERUS JUDI!
Anda punya kuasa......gunakan! Jangan gunakan alasan kaum Cina suka berjudi sebab tu perlunya aktiviti judi "halal dan disahkan kerajaan" di Malaysia.Dalam bab judi,janganlah tiba-tiba berat sebelah mahu menjaga hobi ramai orang Cina.Orang Cina juga orang Malaysia jadi bila anda menghalalkan perjudian,anda seolah-olah menggalakkan diorang berjudi.Menghalalkan judi bukan cara untuk mengelakkan orang ramai meminjam dengan along,bodoh!
Bila dia takleh berjudi,dia tak perlu la pinjam dengan along,MANGKUK TINGKAT!Ini bukan bukti kerajaan prihatin.Ini bukti kerajaan bodoh.Dan masih ada lagi orang Melayu yang Islam memilih Kerajaan ini sebagai pemimpin mereka.Diorang tak sedar ke berapa ramai Melayu mangkuk ayun yang setiap hari beratur dekat kedai Sport Toto dekat rumah aku.Alasan.Bila orang DAP bersuara,kata racist.Bila bab judi,jaga pulak "interest" mereka.
Sah sah haram.Tidak ada apa cara dan niat sekalipun yang boleh dijadikan alasan menghalalkan judi.Kerajaan apa ni?Agama apa ni?Najib ni agama apa?Aku masih lagi menunggu statement seorang Pemimpin Cina supaya ajak orang Cina jangan join aktiviti perjudian ni.
Apakah keburukan mengharamkan berjudi?
Aku wish ada menteri yang tolong jawab.