Minggu lepas,sambil tunggu nak ambik isteri aku dari kelas dia,aku bukak la TV tengok apa yang ada,takde benda sangat nak dibuat.Sebab hotel tu takde Astro,aku tengok aje la apa yang ada.Bukak TV2 tengok ada drama Melayu tajuk dia "Mat Bunga."Layan aje la,best jugak sebenarnya.Layan punya layan punya layan,makin lama drama tu membuatkan aku sedikit "terkena." Cilakak,drama ni kutuk orang macam aku ke?Beza "Mat Bunga" dalam cerita tu dengan aku hanyalah:
1. Hero dia pegi gym,aku selalu jalan tepi gym
2. Hero tu pandai berkawan dengan kaum hawa,aku pulak tidak langsung reti
Tapi persamaan dia banyak.Jadi,sebab aku malas nak tulis benda berat-berat,kat sini aku senaraikan untuk lelaki-lelaki yang ingin "melembutkan" sedikit hati mereka;
..................
COUNTDOWN FILEM-FILEM CINTA/KASIH SAYANG YANG MAMPU MEMBUATKAN AKU SEBAK SAMPAIKAN TERPAKSA KUNCI PINTU BILIK BILA TENGOK
Chasing Amy
Filem kedua yang membuktikan pada aku Ben Affleck boleh la berlakon jugak.Kisah seorang pelukis komik yang gilakan seorang gadis yang bersuara nyaring yang mempunyai kisah silam yang sangat menjijikkan.Walaupun hujung-hujung tu macam nak habiskan cepat tapi emosi dalam filem ni agak realisitk kerana latar belakang wataknya yang bukan dibuat2 dan hanyalah seperti orang kebanyakan.Filem ni menujukkan yang cinta tak boleh dipaksa.Kalau dipaksa macam mana pun,tak berhasil jugak.
Brokeback Mountain
Iye,aku tau cerita ni cerita cinta sesama jenis tapi memang sedih gila filem ni dengan endingnya yang menyayat hati.
Million Dollar Baby/Gran Torino
Clint Eastwood adalah specialist jika perlukan karakter seorang lelaki tua yang garang tetapi berhati suci.Million Dollar Baby digerakkan oleh Hillary Swank tetapi Gran Torino adalah milik Clint Eastwood sepenuhnya.Dua-dua sedih gila.
What's Eating Gilbert Grape?
Ada sesuatu yang sangat istimewa melihat Leonardo Di'Caprio menjadi seorang kanak-kanak spastik yang hensem.Johnny Depp pula menjadi seorang abang yang tersepit sama ada mahu membesar sebagai abang atau mahu membesar sebagai seorang ayah.
Kuch-Kuch Hota Hai
Walaupun aku tak mampu nak layan lagu-lagu dia (aku forwardkan aje) tapi jalan cerita filem ni agak seronok diikuti.Shah Rukh Khan berlakon sangat poyo sampai kadang2 naik menyampah tengok tapi filem ni digerakkan oleh Kajol dan Rani Mukherjee.Bermula dengan penceritaan pada masa tersebut kemudian disusuli pula dengan flashback dan kembali semula penceritaan apa yang terjadi selepas itu,jiwa dan perasaan aku bergolak galik setiap kali melihat Rani Mukherjee memakai pakaian seksi.Membuatkan aku selalu terfikir; "Adakah mampu aku menggantikan cinta pertama aku yang sangat seksi dengan orang yang lain yang tak berapa seksi?"
Cold Mountain
Impian seorang isteri menantikan saat suaminya kembali ke pangkuan setelah bertahun menunggu dengan setia.Lakonan yang sangat hebat daripada Nicole Kidman dan khasnya Renee Zellwegger sebagai seorang perempuan yang memberikan semangat kepada Nicole Kidman untuk meneruskan hidup ketika menanti Jude Law pulang ke pangkuan.
Kabhi Kushi Kabhi Gham
Sebuah cerita kasih sayang keluarga yang terbelah akibat cinta.Susah betul nak kawal perasaan bila mak Shah Rukh Khan terasa macam anak dia dah dekat dengan dia kat shopping kompleks tu.
Frequency
Siapa-siapa yang sudah kehilangan ayah tercinta,sila lah tengok cerita ni untuk mengingatkan kepada diri kita betapa besar kehilangan kita.Walaupun tak logik tapi bond yang ditunjukkan Dennis Quaid dan Jim Caviezel sangat2 menyentuh kalbu.
Jerry Maguire
Tah berapa puluh kali aku ulang tengok cerita ni.Ada sekali aku tengok kat ofis,bila ada rasa2 nak "ter-syahdu" sket aku terus lari keluar hisap rokok.Setiap kali aku tengok cerita ni,perasaan yang sama aje akan muncul.Berani berubah,berani bertindak,yakin dengan diri sendiri dan belajarlah mencintai orang yang mencintai kita.Babak bila Tom Cruise balik rumah dan carik bini dia "Where's my wife?" dan keluarlah Renee Zellwegger dari dapur dengan muka yang sangat comel,berlinangan air mata kat pipi.Aku suka gila Renee Zellwegger berlakon!
Aku tau aku jiwang.
Kutuk lah aku.