Hari ni, kita dikejutkan pula dengan Kak Hassanah, seorang penulis yang dikantoi menipu mereka-reka cerita. Dia dihentam teruk. Walhal yang hentam dia tu baru aje kenal dia. SEBELUM NI TAK PERNAH KENAL PUN! MENJADIKAN DIA LANGSUNG TAK PERNAH ADA DOSA DENGAN KAU PUN WOI!
Walau bagaimanapun, trend hentam dia dah pun bermula, jadi ramailah yang hentam dia hanya kerana mereka ini kambing-kambing pengikut trend.
"Siapa kambing?" tanya kau balik.
Kambing adalah orang yang menghentam dia, hanya kerana dia tengok Kak Hassanah kita ni berpakaian ala Muslimah sejati. Pakai niqab. Muka pun tak nampak. Langsung tak nampak aurat.
Tapi menipu.
Kalau kau hentam dia sebab itu, kau la kambing yang aku maksudkan.
Secara tidak sedar sebenarnya, Islamophobia itu bukan hanya datang dari pengaruh luar, Islamophobia itu sendiri sebenarnya sudah tersemat di hati orang Melayu sendiri. Mereka ini sangat sinis dengan golongan berpurdah, berserban dan ber-ana-ente.
Kau tak sedar apa yang kau lakukan? Kau mengherdik seorang wanita kerana dia menipu atas sebab dia berimejkan agama Islam. Mungkin pada kau dia bertopengkan agama. Tapi persoalannya adalah, apabila anda mengatakan apabila seseorang itu memakai niqab, memakai jubah, memakai prudah, dia sepatutnya lebih menjaga diri dia, pertuturan dia dan penulisan dia.
Adakah undang-undang itu tidak terpakai pada anda juga?
Adakah kerana anda pakai tshirt, free hair, pakai short bermuda, suka pakai tshirt pagoda, pakai baju bundle, suka jeans UNIQLO, suka pakai topi koboi, suka pakai g-string, suka pakai short skirt, tidak suka pakai panties, suka pakai bowtie menjadikan anda berbeza dengan Kak Hassanah kita?
Kenapa yang pakai niqab, purdah, serban dan kopiah ni apabila berlaku kesilapan yang dilakukan oleh mereka, masyarakat kita dengan pantas menghentam diorang ni?
Apa dia buat memang salah. Tapi reaksi korang jauh lebih dahsyat sebab dia berpakaian sedemikian, betul? Kesilapan dia akan dinilai ikut ciri-ciri agama dan akan dinilai supaya kita dapat membuktikan betapa hipokritnya dia dalam pelaksanaan nilai agama Islam dalam perbuatan menipu dia.
Prejudis tu.
Tapi kita tak nak akui, bila orang tu berpurdah, berniqab dan berserban, kita expect better dari dia. Kita expect dia behave ikut cara dia berpakaian dalam semua aspek serba-serbi. Kita secara tanpa sedar letak dia di atas kita, betul?
Mengakibatkan, ramai yang mempersoalkan dia Islam tapi tak menjaga ke-Islaman dia.
Dia Islam, kau Islam.
Bezanya pakaian aje woi.
Jadi akhirnya, kita sendiri berlumba-lumba menyebarkan Islamophobia ini. Kita letak expectation melampau pada orang berpurdah, berniqab dan berserban, sedangkan, aku, kau dan Kak Hassanah ni sama je sepatutnya taraf kita.
Mungkin itu nikmat yang Allah bagi pada orang yang pakai pakaian yang teliti menutup aurat, kan Kak Hassanah? Ganjaran diangkat lebih tinggi di mata masyarakat sehinggakan kalau kita tersalah langkah, jatuhnya lebih sakit berbanding orang yang free hair.
Yang berbeza cuma pakaian kita tapi kerana sinisnya masyarakat kita pada golongan-golongan ni, akan makin terperosoklah mereka ke satu sudut dimaki oleh golongan Melayu yang rasa menghentam seorang wanita berniqab dan berpurdah kerana terpesong sikit dari ajaran Islam, adalah tindakan yang berlandaskan Islam.
Itulah dia Islamphobia dari kalangan orang Islam sendiri.
Malu sebenarnya kita ni, kalau orang tak nampak Islam dari segala tindak tanduk kita, tak kira betul atau salah. Sebab Allah dah kata, kita manusia. Kita takkan dapat lari dari kesilapan.
Kau free hair? Pernah ada orang ramai2 hentam kau secara berjemaah personally? Tak pernah kan? Tegur pun mesti senyap-senyap, sipi-sipi.Hari-hari kau buat silap, kalau kau tak sedia maklum lagilah.
Nasib baik masyarakat tak peduli pasal silap kau sebab kau free hair.
Jadi orang tak judgmental sangat.
ps - gambar sebagai hiasan apa yang aku maksudkan

4 ulasan:
Akulah CEO Rebacca, Kami memberikan pinjaman sampai akhir tahun, Kami saat giveing pinjaman Oktober
dengan tingkat bunga 1%. Jumlah mulai dari 10,000.00 ke EUR 80,000,000.00 EUR dan dengan
periode durasi satu tahun untuk 30 bulan hari. Tergantung pada jumlah pinjaman yang dibutuhkan. kita set-up untuk
meminjamkan pinjaman hanya Mereka yang membutuhkan pinjaman, dan juga orang-orang yang membutuhkan bantuan keuangan, jadi jika Anda Out
ada yang membutuhkan pinjaman untuk melunasi hutang-hutang atau tagihan, Kemudian Anda dapat menghubungi kami di email kami di VIA
(Rebaccamorrisloadfirm@gmail.com) untuk rincian lebih lanjut tentang transaksi dana pinjaman.
Yang hentam dia kambing, yang sokong dia pon kambing, yang buat tatau tu bukan hal aku pn kambing.. Yang bukan kambing orang yang tukar lane tak bagi signal je.. Tu babi
Sekadar berkongsi pandangan..
Why should you mention malay in the first place? Tiada bangsa yg x memperjuangkan bangsa kecuali bangsa melayu yang ku lihat lebih suka menghentam serta mencemuh bangsa sendiri,dan kebanyakan ku lihat dari orang memperjuangkan agama..
Ok,berkaitan Kak Hasanah..benda nie tidak menjadi masalah jika kak hasanah tidak mention dia yang berselawat ke atas org tersebut, cth: aku lihat si polan berselawat ke atas budak tersebut..bila dia mention dia berselawat dan memberi dakwah kepada mat saleh (just in her imagination), at the same time secara halusnya dia ingin mrnunjukkan dia lebih baik dari orang lain..dan apabila terbongkar, maka keluar statement sume org x lari dari salah, what a coward statement..thats my perception and i think 80% outsider shared the same thought like me...
Ah, yes. I really do have a problem. First of all. Aku xde problem dgn yang tidak menutup aurat sempurna, mahupun yang menutup aurat dgn sempurna. Sama2 manusia. Tak semua sempurna dan tidak membuat dosa. Yang aku ada problem adalah golongan2 bodoh yang suka saling mengaibkan dan saling menghentam walhal tak kenal pun dgn mereka yg dihentam tu. Kau marah kerana ada org judgmental pd yg berniqab. Mereka pun dah membuktikan walaupun tertutup aurat, mereka memang manusia yg xkn lari dari membuat kesilapan. Tapi jgn lupa ramai orang2 bodoh ni pun menghina dan mengaibkan yg tidak menutup aurat. Kelakar.Aku pernah terbaca ada salah satu orang bodoh ni menulis dgn bangga cakap perempuan free hair bukan baik pun. Semua sebab kes mencuri makcik berjubah. Habis sume orang kena dgn yg free hair pun dah masuk cerita walhal isunya makcik yang mencuri. Kebetulan dia berjubah. Kelakar, kan? Kenapa aku panggil golongan2 ni bodoh? Sebab mereka fikir tutup aurat dah cukup tanpa memikirkan perkara lain yg sama penting atau jauh lebih penting dalam agama. Kau x fikir yg tu? N isu makcik mencuri disisipkan pula dengan isu berjubah cantik tapi mereka tak boleh terima makcik ni mencuri. Sebab pandangan dorg, dah nama pun makcik n berjubah labuh pulak, tup2 buat kerja jahat. Bagi dorg sepatutnya yang free hair tu la saja golongan yg patut buat kerja jahat! Haih. Lepas tu masuk pulak isu perempuan free hair this n that. Kekadang aku xboleh digest pemikiran most Malaysians ni. Singkat akal sangat. Dangkal. Sedangkan cerita Kak Hassanah ni pun dah percaya bulat2.
Betul la cakap husband n wife tu. Husband tu mmg pertikaikan kenapa orang Malaysia suka sgt drama2 bodoh. Viralkan benda bukan2 n expect them to be true. Yg wife orang2 tu sume hina kan sgt tu nmpknya lebih bijak dlm hal agama. Husband dia yg org fikirkan gagal didik isteri tu (typical org Melayu kita kan? Senang je menggagalkan orang lain.) tu pun tau selawat dan Al Quran tak sepatutnya ada unsur2 magic yg org kita asyik sibuk baca mcm dlm mastika bagai tu. Khurafat oi! Kisah Kak Hassanah tu mmg boleh dijadikan iktibar. She's a writer so I boleh imagine dia mmg buat cerita tu atas dasar cerita saja. Tapi cara penulisan seolah2 mcm cerita betul tu yg xleh blah. Kalau dia letak disclaimer awal2 orang akan faham. Tuh sebab orang pertikaikan, sebab tertipu lagi2 yg membabitkan kisah agama. Cerita dia masalahnya bukan lagi dah neutral tapi dah mengaibkan orang2 lain. Yang terbabit bukan lagi antara family tu dan Kak Hasannah tapi orang2 lain yg terkena tempiasnya. 1. Si bodoh2 yg turut sama mengaibkan golongan yang tidak menutup aurat dan menutup aurat. 2. Si bodoh2 yg menangguk di air keruh dari kisah mereka ni. Yg sama2 contribute problem ni aka tukang share/tukang viral yg memang terlalu ramai skg ni. Xde common sense! Tu yg I ada problem sekarang. Golongan2 bodoh dlm fb ni terlalu ramai dah.
Catat Ulasan