Hari ni, aku akan menceritakan serba sedikitlah kenapa orang ramai mengeluh pasal pembelian rumah. Pada aku tak adil kalau kau sebagai geng jutawan hartanah, pegi attack orang yang tak mampu beli rumah ni dengan hujah "kau tak mampu beli rumah sebab kau nak beli kereta, so padan muka you la."
Bullshit gila kalau kau pegang fahaman ni.
Kau bukannya tahu pun keperluan dia macam mana?
Memang ramai orang kat luar sana yang nak beli rumah tapi tak mampu. Kalau kau mampu, janganlah menempelak mereka yang tak mampu ni dan katakan mereka pemalas la, kena kerja lebih la, kena la duduk rumah second hand la...Macam-macam lah kau hina orang yang tak mampu beli rumah.
Aku buat takaful dan orang ramai kena declare pendapatan diorang dengan aku. Aku faham benarla kenapa ramai orang tersinggung dengan ayat-ayat berlagak korang.
Ini isu bajet komitmen panjang yang ramai orang takut nak komited.
Bukan isu dia nak beli kereta dan sebagainya.
Point aku sebenarnya;
Kalau kau jadi jutawan hartanah atas trick beli rumah banyak-banyak untuk jual balik lepas rumah siap dengan menggunakan teknik starting modal rendah kerana kau nak dapat quick profit, kau la jahat. Sebab kau bukannya nak duduk rumah tu pun.
Mana tau ada orang yang memang nak beli tapi tak dapat sebab kau dah beli? Bukannya senang nak dapat rumah bawah RM320 ribu sekarang ni. Nak beli rumah sub-sale? Modal starting kan lagi tinggi dari beli rumah baru launch kebanyakannya bergantung kepada harga?
Itu tak termasuk lagi teknik hantar dokumen loan perumahan 3 bijik serentak yang ada diamalkan supaya ketiga-tiga loan tu lepas 90% dan dia boleh beli ketiga-tiga bijik rumah untuk dijual semula lepas siap atau untuk disewakan kepada orang lain.
Aku malas nak ceritakan pasal trick2 ni sebab pada aku, agak tak beretikalah kalau kita beli rumah dengan niat tak nak duduk dan dibeli dengan harapan supaya kita mampu jual balik dengan profit yang banyak. Bila dah kita kejar profit tu semata, itu maknanya kita sendiri dah menghalang orang-orang yang nak beli rumah beli rumah.
Kita sendiri tahu keadaan ekonomi bangsa kita. Juallah kepada yang hendak dengan harga yang kita rasa tak membebankan dia, bukan dengan niat hendak mengkayakan diri sendiri.
Ni kalau rumah 20x65 dekat hulu banat mana kau nak jual dengan aku RM390 ribu sedangkan masa launch baru RM220 ribu dua tahun lepas....aku cuma nak tanya, sampai bila kita semua nak teruskan kegilaan ni?
Kalau kau tak suka apa aku kata, terpulanglah. Tapi aku tegaskan, kalau nak jadi jutawan hartanah, buatlah dengan beretika dan gunakan langkah yang betul.
Kepada yang belum ada rumah, cuba beli rumah sebab harga rumah tak pernah turun. Dalam banyak-banyak benda yang kau nak beli, utamakan rumah. Nanti secara automatik kau punya bajet akan tersusun dan kau tak sedar pun yang benda tu berlaku.
Nak beli kereta, tak salah. Tapi sebaik-baiknya beli rumah elok dulu baru beli kereta elok. Tak kisahlah rumah baru ke rumah second hand.
Orang kita ni, bila kita cerita pasal rumah, benda first yang kita akan nampak adalah "berapa value dia? Berapa harga beli? Berapa harga sekarang? Kalau jual dapat berapa?" Duit saja fokusnya padahal kita tengah cerita pasal rumah.
Jarang orang tanya, "apa memori indah kau dengan keluarga kau kat rumah ni?" atau "dah berapa kali dah kau khatam Al-Baqarah dalam rumah?"
Balik-balik duit. Balik-balik berapa market price..akhirnya kita pun jadilah manusia hamba market price. Sanggup keluar modal gi kelas nak belajar beli rumah banyak-banyak padahal rumah sendiri dah cukup sempurna.
4 ulasan:
At last! Ada pun update!
memang betul, kadang-kadang tak kira bangsa sama je kepala hotaknya...tapi sedih kalau yang melayu tu la..kumpul rumah banyak-banyak bukan boleh bawak akhirat pun..tamak! Aku pun beli rumah second je, harga berbaloi mampu beli..yang jual kat aku tu orang india lagi..ini jenis yang sama fahaman la..duit bukan segalanya kat dunia ni huh!!
kami student lagi ni acano? huhu
nak nangis baca post kau ni tot
tq tot suarakan apa dalam hati aku
Catat Ulasan