Jun 07, 2016

Lorong Kecemasan Bukan Lorong Motorsikal La Bro!

Aku suka bila dengar orang yang halang laluan kecemasan sehingga mengakibatkan kematian tempohari dekat Lebuhraya PLUS sedang dipanggil polis. Setakat ni baru berapa belas orang menyerah diri, total semua yang dipanggil 73 orang. Itu tak termasuk yang no.plet kereta tak dapat dicam sebab kualiti video tak jelas.

Bagus.
Padan muka korang.

Kemudian ada pulak yang share video penunggang motorsikal sepak side mirror kereta yang guna emergency lane kerana blok motor yang lalu emergency lane. Keh keh keh. Ini pun sama, orang tak reti marah orang tak reti.

Bang, kau mesti tak tau undang-undang kan?

MOTORSIKAL TAK BOLEH DIPANDU DI LORONG KECEMASAN.
Itu undang-undangnya.

Semua ini disebabkan kerana budaya memandu kita ni caca merba, penunggang motor terpaksa memandu di situ. Mana pernah dalam undang lorong kecemasan boleh digunakan oleh penunggang motorsikal ni. Motor pun kena duduk lane yang sama macam orang lain.

Dah nama dia LORONG KECEMASAN.
Bukan LORONG MOTOR.

Kita punya pemahaman pasal penggunaan lane lebuhraya ni korup. Macam mana korupnya itu? Kalau lebuhraya 3 lane, lane tengah adalah lane paling slow sebab kereta-kereta yang bawak slow tak nak duduk belakang lori di lane kiri jadi diorang duduk lane tengah. Lane kanan sekali adalah lane memecut untuk orang yang nak pergi over the speed limit. Lane kiri sekali adalah lane lori. Yang selalu buat slack adalah orang yang bawak riang ria bawah 90km/j dekat lane tengah. Ni sistem yang kita guna pakai sebab kita sendiri tak jelas apa sebenarnya sistem jadi ni ikut pemahaman kita, yang kemudiannya terus jadi tabiat.

Macam mana nak ada good flow kalau itu sistem yang kita guna?

Motor pula sepatutnya ada dalam lane macam orang lain. Mana ada privilege untuk motor guna lane kecemasan. Tetapi kerana pada kita semua tu betul, kita pun ramai-ramai membetulkan yang tak betul.

Satu-satunya cara yang aku nampak untuk bantu memperbetulkan pemahaman kita pasal isu "siapa layak guna lane mana ni?" adalah dengan kerajaan memperkenalkan pada masa yang sama "Had Laju Minima" mengikut lorong di lebuhraya.

Bawak laju sangat salah. Bawak slow sangat pun salah.
Barulah ada banyak cara kerajaan nak kutip income.

Aku tak ada masalah kerajaan nak create banyak cara untuk kutip income dari orang yang buat kesalahan trafik ni, sebab memandu di Malaysia memang tak menyeronokkan.

Terlalu ramai orang kurang ajar yang dapat benefit hanya kerana mereka kurang ajar. Orang yang sabar sampai rumah lepas berbuka. Orang kurang ajar sampai awal boleh mandi dan berbuka.

2 ulasan:

Unknown berkata...

kau bodoh ke apa? jpj ckp boleh kau nk tunjuk pandai plak. BANGANG...

Unknown berkata...

Klo jem pon moto nk duk tgah jalan .. mkin panjang la baris..bodooooo.. haha