"Aku terima nikahnya Nur Syarifah Syahora Ahmad Khairul Hafeez dengan mas kahwin RM350 tunai.."
"Sah!" Ke empat-empat saksi bersuara. Tersenyum gembira Halim. Perasaannya kembali tenang. Selepas selesai melafazkan taklik di hadapan wanita yang kini sah isterinya, Halim menunggu apa pula acara selepas itu.
"Lim, sini Lim, kita buat acara batalkan air semayang pula..." panggil wanita yang kini bergelar ibunya, Mak Semah.
Halim menggeletar tiba-tiba.
Dia lalu melutut di hadapan isterinya. Kawan baiknya datang menghulurkan cincin. Halim membuka kotak cincin tersebut lalu dia pun mengeluarkan sebiji cincin yang cukup besar permatanya dan habis sebulan gaji Halim untuk memperolehinya.
Halim diam. Kepalanya berfikir macam-macam.
"Orang kata ni acara membatalkan air semayang, tapi kenapa orang tak panggil ni acara membatalkan wuduk?" fikir Halim mula berfikir benda lain.
"Diorang ni tak tau ke, aku tak ikut mazhab Shafie?" fikir Halim lagi.
"Ah, buat sajalah..." gesa hati Halim.
Halim pun memegang tangan isterinya lalu menyarungkan cincin ke jari Ifah. Mengalir air mata Ifah pada ketika itu kerana betapa simboliknya majlis tersebut pada dia. Akhirnya lelaki yang dicintainya itu halal untuk memegangnya, halal juga untuk dipegangnya.
Tapi apa yang Halim fikirkan pada ketika itu?
Macam mana nak menerangkan kepada isterinya, dia percaya jika suami isteri bersentuhan dalam wuduk tanpa ada rasa nafsu, mereka tidak perlu mengambil wuduk semula.
Selesai majlis, selepas semua tetamu berangkat, Halim dan ayah mertua barunya bersalam-salaman dengan Imam. "Ayah, saya nak solat sunat syukur sebentar," kata Halim.
"Orait," kata Ayahnya. Halim menuju ke penjuru ruang solat dan berdiri mahu mula solat.
"Lim....wuduk kau kan dah batal tadi," tegur ayahnya.
"Ak aah la ayah..." kata Halim pura-pura lalu melangkah ke luar.
nota kaki : Bila aku cari gambar sarung cincin, aku jumpa banyak gambar tangan wanita berinai. Pengaruh Hindu masih lagi menebal dalam orang Melayu? Mungkinlah.
28 ulasan:
Laki tu xde nafsu ke sentuh bini dia?? Xlogik sbb dia bru akad nikah..biasanye nafsu mmbuak2..kecuali sblum ni dorang mmg dh....ermmm
Haha. Baru baru kawin ni, asal sentuh ja boleh jadi. Hahaha.
I terase U..
Bro cursingmalay, apa motif anda tulis artikel ni?
Lolsss. Takkan tengah tetamu ramai dan dalam keadaan kau berdebar kau bernafsu pada isteri kau, Dengan hanya sarung cincin. Gila kuat nafsu seks kau.
Aku tulis cerita ni sebab benda ni boleh berlaku
Nak ikut mana-mana mazhab wajib belajar feqah mazhab tersebut dengan cara berguru.
Nak ikut mana-mana mazhab wajib belajar feqah mazhab tersebut dengan cara berguru.
Nak ikut mana-mana mazhab wajib belajar feqah mazhab tersebut dengan cara berguru.
tak boleh nak kata wajib sebab dalam dan Quran hadis xda pun kata wajib.
dulu tak de mazhab, mazhab ni pandangan imam2 besar, bkn bnda wajib yg kita kena ikut.
secara dasarnya mazhab ni adalah pilihan selagi kita tau n je;as apa yg kita buat.
negara Malaysia ni bkn main lg kata mazhab syafie tp dlm bab kutip zakat x pulak ikut mazhab syafie, sbb kutip zakat pakai duit.
sebagai menghormati pandangan ulama2 besar, maka kita disarankan untuk beradap supaya mengikut mazhab bagi sesebuah kawasan tu.
KALO TAK NAK IKUT?
tak salah asalkan tau dan jelas apa yg kita buat ikut syariat.
imam2 besar keluarkan pandangan ikut fahaman dorg. itu cuma perbezaan dari segi hukum yang kecil yang tak dinyatakan dlm Quran dan hadis secara jelas.
kita kat malaysia byk fahaman mazhab Syafie, ada ke semua org belajar fekah Syafie? tak de kan.
jangan kata wajib atas benda yang tak wajib
Maaf bro kalau aku salah, saksi nikah dua je kan...
Namaku art....
Aku berada dalam wudhu dan aku bersentuhan dgn isteri aku..aku tak perbaharui wudhu aku...aku terus solat..sebab aku tau apa yg aku buat...sama gak masa isteri aku bersedia nak solat..dan aku nak keluar...dia salam aku tanpa lapik..dan dia terus solat..akunyak kata pon kat dia wudhu batal.....
P/s : aku bukan wahabi...jangan tersilap ok...
Demmitt.... Time aku kawin dulu terkena cam halim.. Upacara batal air sembahyang... Balik rmh mertua..belasah solat syukur... Keluarga aku tercengang2... Kan dah batal air sembahyang td kata mereka...
Aku nikah after asar, tak ada solat sunat
masalahnya upacara batal air sembahyang tu pun tak perlu pun. ntah mana punya adat ritual mana ntah kita pakai ni.
Hahaaa.....mahal kot nak ukir inai ditangan tu
nikah jadi semkain payah dan mahal fasal benda2 adat yang tak berfaedah ni lah. mujur lah family gua tak terlalu taksub dan mengikut adat sangat. tapi still belum2 kawen2 jugak, ngahahaha!
sudah byk kekeliruan sbb banyak perguruan, tarekat.. kalau sape2 nk kawin nanti kena tanya banyak soalan supaya keluarga kedua-dua belah pihak tidak bertelagah dalam bab-bab ibadat.
kalau dah kawen, semuanya sudah terlambat.
Better sujud syukur dulu lepas akad nikah baru la nak sarung cincin semua. Ambil jln selamat...nak kata xde nafsu masa pegang tgn tu cam susah jek, first time pegang tgn isteri mesti rasa lain la...
aku dlu lps nikah..masuk tdo awal
thanks for sharing, nice blog and article
informasi nikah yang sangat bermanfaat, trimakasih
aku kawen tade inai lukih pun
hg ptt guna gmbaq aku
tp aku photographer takdak ms tu ahaha
there's a reason kenapa ada perempuan pilih tak pakai inai time nikah. pada aku, walaupun bukan sebahagian aurat, ia special untuk mengusap, ditatap dan di-fetish suami saja. sebabtu susah jumpa tangan sarung cincin tak berinai kat google - ustazah ninja urban
Yup. saya dari sekolah memang belajar ikut apa yang belajar disekolah & sekolah agama.
Sampai saya kahwin, suami saya ada bagitau sedikit sebanyak pasal ni. Sebab selama ni saya tahu batal wuduk bila suami & isteri bersentuhan. Tapi suami saya cakap tak. Selagi tak bernafsu. Mula2 bertelingkah jugak. Tapi suami pandai terangkan. Takde pun cakap macam tu. Suami saya memang belajar sekolah pondok yang memang ajar berdasarkan quran (faham al-quran bukan baca semata-mata). Sekarang sedikit2 suami ajarkan saya hal2 agama.
ak sedar ak kurang ilmu. tpi bukan ke lepas kahwin laki bini halal bersentuhan. yg haram adalah laki dgn kak, makcik, nenek ipar. And bini dgn yg sebaliknya tu.
bersentuh tnpa nafsu, wudhu xbatal.. tu bkn ke Quote Ustajah yg kna bash salam cium tgn Mantan PM kita?
Neves kot... Ape pun x rase da... Haha...
Saya pernah diberitahu inai ni adalah sunnah..dibenarkan dipakai oleh wanita untuk membezakan tangan lelaki dan wanita pada zaman nabi dulu.
Wallahua'lam.
Catat Ulasan