Jun 18, 2015

Melayu dan Budaya Menolak Kemudahan


1. Kau lihat gambar di atas.

2. Itu adalah gambar sebuah surau di satu kompleks beli belah di Bangi.

3. Apa yang kau nampak?

4. Orang Melayu amat sensitif jika dikatakan mereka mempunyai mentaliti sedikit......terkebelakang.

5. Apa yang aku maksudkan ni sebenarnya?

6. Kemudahan dah ada. Aku pasti rak tu cukup untuk simpan semua kasut dan selipar yang ada.

7. Tapi orang kita lagi prefer letak dilantai. Biar dipijak, ditolak, disepak, disepahkan oleh kaki-kaki lain secara tak sengaja.

8. Atau mungkinkah kerana selesa? Kita lebih selesa macam tu. Mudah. Senang. Biar kita senang asal orang lain susah. Orang nak berjalan pun kena hati-hati.

9. Nak beli barang....kita akan parking betul-betul depan pintu kedai walaupun situ tak boleh parking dan parking ada disediakan tapi oleh kerana jaraknya beberapa ratus meter dari PINTU MASUK KEDAI, kita ambil jalan mudah.

10. ITU MASYARAKAT KITA. Dalam gambar tu jelas, orang kita malas nak susun kasut dekat rak sebab kita nak dekat dengan pintu surau dan kita nak dekat dengan tempat wuduk. Kalau letak kat rak...kena berjalan "jauh."

11. Akhirnya, kerajaan jugak yang susah.

12. Ye lah....bantuan rumah kedai dah berlambak dibuat MARA. Kau pernah nampak orang Melayu yang betul-betul serius meniaga dekat kedai yang disediakan MARA?

13.  Daripada 4, adalah satu. Dua lagi, tak berjalan. Satu yang masih berjalan, bukak ikut mood dia.

14. Mungkin itu sebenarnya masalah masyarakat kita?

15. Kita dah disediakan kemudahan, tapi kita tak pakai? Macam rak kasut kat dalam gambar tu?

16. Ada bunyi macam macai Kerajaan tak aku?

17. Kalaulah macai kerajaan pandai main isu yang betul, percayalah cakap aku, takkan ada orang Melayu yang nak pangkah pembangkang lagi.

18. Ada orang pangkah pembangkang bukan sebab dia anti kerajaan....tapi itu cara dia kritik kerajaan kita.

19. Harap organisasi macai UMNO dapat tackle orang-orang macam ni.

20. Nak letak kasut dekat rak pun malas......ada hati nak tukar kerajaan untuk baik pulih negara. 

6 ulasan:

kopilah berkata...

Aku berharap brader lori yong tau fu yang selalu park sebelah minang dan depan bangunan mara tu boleh buka kat kedai mara tu since dia dah meniaga lama dan ada regular customer. hampir setiap malam buka pula tu, kalau meniaga dalam kedai tu insyaAllah lagi maju. sedih tengok kedai kat situ sendu aje

Tanpa Nama berkata...

Terbaik! Baru kena btol2 kat hidung "Majority" org Melayu.
Drp,
RYSMHP

Prince of Noob berkata...

bapak malas nak letak kasut selipar kat rak.

bawai berkata...

Point no 9 aku sangat setuju dengan kau.

Selalu sangat aku jumpa, kadang tu ramai yang hon tapi driver takde (atau driver buat buat konsentret tgk fon) dan sangka buruk aku terhadap double fu*kers ni yelah "kau ni mesti obes nak mampos dan amat sayang pada lemak lemak kau kan"

Cik wawi berkata...

kita jangan tengok ja.. kita start dulu buat. nanti lama-lama orang akan ikut. rakyat mesia ni lembut, nanti lelama jadi budaya la tuh

aku penah buat kat surau galeria, presint 4.

ada la dalam 3-4 pasang kasut kat atas lantai tapi rak punya la banyak tapi tak guna langsung.

so, aku pun tolong la susunkan kasut-kasut dorang, lpas slesai solat, nak pakai kasut, tengok dorang suma mana yang baru masuk dah letakkan kasut kat rak.

takpa la, kita buat sebab niat nak pahala free walaupun kecik dan sikit, mana tau yang hat tu la nk tolong esok ni kat akhirat.

same goes to bagi jalan kat orang. biar la last minit bagi signal pon, kita niat dengan nak mudahkan urusan dia insya allah urusan kita akan dipermudahkan. memang kalau orang bagi signal nak masuk lane depan kita, lagi laju kita press minyak kan sebab takmau dia depan kita kan? cuba try test kita slow n bagi jalan... benda kecik tu ekceli melapangkan dada.. kadang-kadang buat gitu pon rasa goosebumps... seriessssss

Cik Kaki Ayam berkata...

plot twist : yang letak kasut selipar bersepah tu sebenarnya macai kerajaan.