Jun 24, 2015

Ada Satu Isu Yang Peniaga Melayu Selalu Terlepas Pandang Dalam Perniagaan Mereka

1. Kau mesti ada melalui situasi macam ni.

2. Kau pergi kedai, beli nasik lemak. Oleh kerana kau allergik telur, kau kata kau tak nak telur.

3. Ada beza tak harga nasik lemak kau? Tak ada. Harga maintain.

4. Sekarang ni, kalau kau beli nasik lemak dan kau nak telur rebus tu sebijik, ada beza tak harga nasik lemak kau?

5. Ada. Kau kena bayar harga telur tambah tu.

6. Dapat tangkap apa aku maksudkan?

7.  Pernah tak kau tanya dengan yang menjual tu, "kenapa dia kira camtu?"

8. Ramai orang yang suci murni akan jawab "alah...telur aje, sedekah aje lah.."

9. Tapi kalau kau sebagai pengguna fikir macam tu, jadi maksudnya penjual pun kenalah sedekah jugak kan?

10. Kau beli something, kau disyaratkan bayar nilai-nilai sedemikian...tapi kalau kau tolak certain benda, harganya tak berubah.

11. Walau bagaimanapun, kalau kau beli something, kau tau kena bayar sekian-sekian, kau pulak tambah sekian-sekian.....harganya bertambah.

12. Kau boleh letak situasi yang sama dalam semua situasi diri kau sebagai seorang pelanggan.

13. Kau nak beli rumah tapi pakej yang dia tawarkan termasuk dekat kitchen cabinet maha buruk, kau tolak kitchen cabinet tu...ada berubah harga?

14. Sama kan?

15. Jika kau bangkitkan isu ni, apa jawapan yang kau akan dapat?

16. "Itu pilihan anda."

17. Pilihan. Kau yang pilih kau tak nak tapi mereka dah pilih kau kena bayar jugak.

18. Sebab tu lah aku serik pergi bazar Ramadhan.

19. Kau beli makanan yang tak sedap, kau bayar mahal, yang dah basi pun kadang-kadang ada.

20. Kau dah bayar? Dah. Kau dapat makan? Tak. Sedap ke tidak? Kau tak tau.

21. Kemudian bila kau kutuk peniaga Melayu yang meniaga macam gampang ni, apa yang kau dapat?

22. "Kau dengki Melayu dan kau hanya nak menjatuhkan bangsa sendiri."

23. Persoalannya mudah....jika orang Melayu meniaga, kenapa bila aku tak nak telur dalam nasik lemak ke kueytiaw goreng ke nasik goreng kampung ke.....harga dia sama?

24. Sedangkan aku dah bayar harga telur tu dan kau sepatutnya patut bagi aku sebijik telur belum masak untuk aku bawak balik......sebab aku dah bayar.

25. Yang lagi pelik....kau order nasik lemak, kalau kau kata nak telur goreng.....

26. Telur rebus dia tak letak dah. Dia letak telur goreng sahaja. Harga topup telur goreng....

27. Aku pasti itu bukan kerana peniaga Melayu itu risau pasal tahap kolestrol pelanggan mereka.

28. Apa status pendapatan orang yang buat macam ni tanpa kerelaan pelanggan?

29. Pelanggan tak berani bersuara pulak sebab takut nanti ada orang rekod, viralkan dekat internet, habis satu Malaysia kutuk dia berkira dengan peniaga nasik lemak.

30. Tapi tu hak pelanggan kau kan? Telur 50 sen sebijik sekarang bang. Dia dah bayar.

31. Kalau kau sengaja buat camtu sebab kau nak jimatkan kau punya kos, kau paham-pahamlah sendiri.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku...kalau dah datang secara pakej, aku tak nak bising la...sebab aku yang tak nak barang yang dia bagi tu...tapi kalau harga diturunkan @ barang lain yang ditambah, alhamdulillah...yang pasti, aku takkan bising...setakat no, kalau aku beli nasi lemak, tambah telur goreng, aku dapat dua-dua telur...

Kalau ko masuk parking...sejam RM5...tapi urusan ko siap 15 minit...ko nak tunggu lagi 45 minit lagi ke? Kalau urusan ko siap sejam 15 minit, ko kena bayar next hour punya harga kan?

intandayani berkata...

Pernah terpikirkan benda ni cuma tak pernah nak bertanya..

eddeved berkata...

engkau dengan MAZA sama aje...kedekut taik idung masin...karang mula laa fitnah duit lebih dua posen beli pop corn anak kena "rembat" dengan Rosmah buat modal set rambut tak pun duit beli jet peribadi Najib...dasar...

Unknown berkata...

bukan melayu je, bangse lain pon same je. ni namenye strategy berniage. kalau xpuashati, ckp time tu jugak. "akak, sy xnak telo dlm nasi lemak, tp akak letak je telo tu dkt plastic,nanti sy bg la kucing/ayam/itik/ikan/bini makan." xpernah lagi la kalau beli tambah telo goreng, xdpt telo rebus, kalau jd hal mcm tu, aku sound setepek time tu jugak. "akak, mane telo sy"? lantas kemungkinan akak tu menjawab "ape ke lucah kau ni". eh. hahahaha. pendek kate, this is not about race issue, this is mentality and business issue. jgn sbb kau beli nasi lemak kat melayu, so kau salahkan melayu je. kalau kau beli ns lemak kat bangla, sure thing bangla je ko komen. lel. #JustSaying

Tanpa Nama berkata...

eh..abg eddeved ada lagi..lama xnampak..hohoho

Miszunderstood berkata...

Hmmm, McD/fast food lain pun sama. Order burger comes with pickle. Kalau kita mintak no pickle, harga tak akan kurang. Cumaaaa, aku tak sure kalau mintak tambah pickle/salad kena charge tak. Belum pernah buat pulak.

Boleh difikirkan.

GTR berkata...

Aku pernah cakap bende ni masa beli nasik lemak. Dia cakap, tu pakej.

Tanpa Nama berkata...

kat area umah aku (ini fakta yee..) makcik jual kuih sebijik 30 sen, so kalo kita amik 3 bijik sepatutnye 90 sen la kan? Peliknya, dia kata 3 bijik, singgit..(dehell??) Tapi tak penah aku amik 3, salu amik 2..tgk pembeli2 kat situ selamba bayar singgit amik 3 bijik. Agaknya orang kita memang tak kisah bab bayar berapa kot...malas berkira "kononnya"...gile...

Tanpa Nama berkata...

Kedai speedmart bandar baru ampang, aku beli barang RM2.35, dia charge aku RM2.40. Atas alasan x dak duit baki. Before tu ada org lain RM4.55 bayar RM4.60.. alasan yg sama.aku cakap.untungla ..semua kau chargr extra 5 sen. Da dia kisah?

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt.. Dah banyak kali terfikir benda ni sebenarnya..

Tanpa Nama berkata...

he is backkkkkkkkk

Tanpa Nama berkata...

nampak mcm tak logik..tp kalo dia buat mcm tu bolih report kdnkk sbb menipu pengguna..

bayangkan 1000 org dia buat mcm tu dlm sehari

Tanpa Nama berkata...

Yang aku perasan pulak, setiap kali beli nasi lemak, tangan yg memegang duit adalah tangan yang sama digunakan untuk ambik ikan bilis untuk nasi lemak tu..kotor sgt2..tapi aku suka nasi lemak *sigh*

Tanpa Nama berkata...

��

Tanpa Nama berkata...

Try oder milo kosong kat kdai tgk dieorg cas brape. xde susu xde gula.. haha..
Aku slalu jadi mangsa