Cikgu. Guru. Teacher. Sir. Madam. Ustaz. Ustazah.
Itulah gelaran yang kita berikan kepada pendidik kita. Kalau dia bukan Muslim, mengajar English, automatically dia jadi Madam.
Semakin lama semakin berat tugas cikgu, apabila saban hari dibebankan dengan tugas-tugas perkeranian yang bertambah. Jika sebelum zaman teknologi, kebanyakan guru hanya menimpan rekod pelajar dalam buku besar mereka dan kad laporan sekolah, kini muncul pula sistem data maklumat dalam talian yang dikatakan untuk membantu, tetapi sebenarnya lebih menjurus kepada tugas "luang masa untuk buat ni satu-satu."
Aku sendiri cukup benci kerja-kerja yang memerlukan repetition seperti itu. Kerja berulang-ulang kali seperti itu bisa membuat aku jadi marah. Kini guru-guru bukan sekadar perlu mengajar, malahan mereka juga perlu jadi kerani masukan data, pemandu murid ke aktiviti, pelatih sukan dan yang lebih malang, guru sebagai pemotong rumput di padang.
Kepada yang masih belum tahu, Kementerian telah mengarahkan semua kontraktor pencuci di sekolah diwajibkan menggaji pekerja tempatan, jadi pada ketika ini...guru juga adalah pencuci tandas. Tahniah. Sama ada masih atau pernah, aku tak pasti.
Ramai yang akan kutuk cikgu, kata cikgu manja la, poyo lah, banyak cuti lah. Yang mempertahankan pula sama ada dia orang macam aku, kahwin dengan cikgu atau mak dia cikgu, atau cikgu sendiri.
Cuma, kadang-kadang pada aku, golongan pendidik terutama guru sekolah ni kurang mudah menerima perubahan.
Terutamanya mereka-mereka yang dah selesa dengan sistem sekolah sedia ada. Aku akui ada banyak benda yang aku tak suka mengenai sistem yang diperkenalkan sebab memang membebankan. Fasiliti pun diberikan amat daif dan kemudahan sekolah kita jika dibandingkan dengan negara maju, amat berbeza. Aku akui itu satu masalah.
Walaubagaimanapun, aku juga rasa ramai cikgu takut berubah kerana mereka merasakan mereka mangsa keadaan.
"Kenapa Kementerian tak bagi kami peralatan cukup? Kenapa saya mengajar bukan opsyen saya? Kenapa pihak PPD yang datang ni macam cilaka perangai dia? Apa takde orang lagi murni ke nak dilantik sebagai pegawai PTD penyelia guru-guru?"
Ya, aku faham betapa cilakanya rasa bila seorang pegawai tah mana-mana datang nak mengajar kau macam mana mengajar. Satu sekolah ada dua aje komputer untuk digunakan semua guru? Kita dah zaman di mana komputer sepatutnya ada atas setiap meja la. Harap lepas GST ada ni, bolehlah beli komputer satu untuk setiap cikgu....

Itu masalah fasiliti.
Tapi mentaliti?
"Aku dah ajar darjah 6 jadi cikgu-cikgu lain yang junior ni, tolong ye jangan persoalkan aku lagi. Kau bukan ajar kelas UPSR..."
Aku boleh nampak dalam kalangan guru-guru aku sendiri bagaimana ada perasaan elitist dalam diri mereka kalau mereka mengajar subjek peperiksaan besar, seperti SPM atau PMR (PT3 sekarang).
Kalau kau cikgu, mesti kau tau masalah ni. Politik pejabat, kat mana-mana ada. Tapi kat sekolah? Dia ekstrim sikit.
Sebab kau tau kau tak boleh lari mana. Melainkan kau mintak transfer. Golongan-golongan ni pun tau, diorang akan pencen situ. Jadi power struggle berlaku. Inilah punca sebenar sistem pendidikan awam kita duk takuk tu aje dan masyarakat mula lebih mempercayai sekolah swasta.
Dari satu kepala, kesannya kena dekat satu sekolah, cuma ramai tak nak ambik port.
Buat apa nak lawan sistem yang degil?
.......................
Masalah paling besar dalam statiknya mentaliti guru-guru kita adalah wujudnya golongan-golongan guru-guru yang suka bermain politik pejabat. Yang merasakan mereka lebih lama di sesebuah sekolah jadi mereka lebih hebat dari Guru Besar, Pengetua, Penolong Kanan dan lain-lain. Apatah lagi kalau guru besar/pengetua tu baru masuk.....
Jadi apa yang kau akan nampak adalah apabila ada guru yang cuba membawa idea baru dan corak baru dalam pendidikan di sekolah akan dipandang sinis, kerana apa yang dibawa "tidak ikut acuan kumpulan mereka." Menghasilkan kepada semua cikgu mengajar cara yang sama acuan yang sama dan kadang-kadang mempunyai nada suara yang sama. Tahun ke tahun ulang benda yang sama.
Apa yang dipelajari di Maktab langsung tak dapat diperkembangkan kerana sudah ada fixed system yang dipakai di sekolah yang ditempatkan.
Cikgu yang cuba membawa kelainan akan dipandang seakan-akan makhluk asing yang cuba menakluki bangsa mereka dan akhirnya cikgu invoatif itu pun tunduk, terkulai, jadilah dia sama seperti cikgu-cikgu tua yang rasa diri mereka lagi hebat dari guru besar atau pengetua sekolah.
Akhirnya. cikgu mengajar, untuk melahirkan anak murid yang sebijik macam dia. Yang sama macam dia. Yang paling penting, setuju dengan dia. Diskusi dalam bentuk kritikan atau mungkin perbincangan tidak berapa diterapkan kerana lebih senang menjadi cikgu, jika semua murid ikut sahaja apa yang dikata cikgu, kan?
Anak murid takut tak lulus.
Cikgu pulak takut prestasi dia menurun.
Dibuatlah sistem pembelajaran di mana matlamatnya adalah untuk A dan bukan untuk belajar. Tengok pusat tuisyen sekarang pun samalah. "Gerenti A, Skor A, PASTI LULUS. " Matlamat utama pendidikan pun nampak dah terpinggir kerana dalam kepala dah terterap, untuk sukses, mesti dapat A.
Anak murid itu pun keluar sekolah, membesar, dikatakan jadi bijak pandai, tapi akhirnya bila dia meningkat dewasa barulah dia sedar, dia dan jutaan orang lain, sama sahaja hasilnya. "Masuk Sekolah - Habis Sekolah - Masuk IPT - Graduasi - Cari Kerja- Makan Gaji - Dikatakan berjaya - Pencen - Mati"
Kita melahirkan murid-murid yang takutkan risiko kerana cikgu-cikgunya takutkan risiko jadi lahirlah masyarakat yang takut ambil risiko. "Kerana risiko pasti akan membawa kepada keburukan."
Sebab itulah, bila ada menteri kata "debat bukan budaya kita" ramai juga masyarakat kita mengangguk. Jika kau cikgu, kau patut malu dengan diri sendiri jika kau setuju dengan kenyataan tu. Kita kena la tengok balik sistem kita dan kenapa masyarakat kita boleh terima ayat itu, yang pada aku langsung tak mencerminkan mentaliti masyarakat yang mahu jadi negara maju.
Jika cikgu sendiri hanya sekadar mahu pelajar yang 100% ikut cakap dia tanpa mempunyai kebolehan menafsir sendiri masalah dan kemampuan menyelesaikan masalah, agaknya sekolah kita memang akan gagal sampai bila-bila, menyebabkan UA dan IPT pun gagal. Nampak macam dah gagal sebab IPT dan UA pun suka pelajar yang memilih mengikut acuan yang disediakan dan bukan memilih acuan sendiri.
Macam mana nak cipta benda baru kalau semua orang dilatih dengan cara yang sama dan digalakkan buat benda yang sama?
Selamat Hari Guru kepada semua guru yang cuba perubahan kepada anak murid dia.

9 ulasan:
aku sebagai guru tak pernah potong rumput padang sekolah, tapi pernah buat garisan untuk murid-murid main bola.
bersihkan(sapu, mop) court untuk murid main takraw dan badminton. zaman sekarang murid kena jaga. kalau jatuh cedera masa waktu kau mengajar, kau yang bertanggungjawab. dulu-dulu kelas disapu oleh murid-murid, sekarang guru mana boleh suruh murid sapu sampah dalam kelas. zaman dah berubah.
aku tak pernah jadi guru... bini aku pun bukan guru... tapi akan datang tak tahu ler...
"Kita melahirkan murid-murid yang takutkan risiko kerana cikgu-cikgunya takutkan risiko jadi lahirlah masyarakat yang takut ambil risiko."
Masalahnya, ada puak yg masuk profesion perguruan sbb mereka nak elak risiko. Kononnya, kerjaya cikgu lebih terjamin dari segi kewangan berbanding bisnes.
Jadi camana nak didik pelajar yg tak gentar dgn risiko apabila guru sendiri takut risiko?
Aku setuju tot...
Namaku art
Setuju. Aku adalah acuan seperti yang kau cakap.
"Masuk Sekolah - Habis Sekolah - Masuk IPT - Graduasi - Cari Kerja- Makan Gaji - Dikatakan berjaya - Pencen - Mati"
Nasib baik aku baru ditakuk Makan Gaji kemudian tersedar. So aku berubah dengan quit kerja sebagai pensyarah kolej swasta dan buat bisnes. Aku tak tahu apa future aku lagi. Bisnes mungkin gagal atau mungkin aku adalah Malaysia's Next Top Millionaire.
Tapi satu aku terapkan dalam students aku sebelum aku pergi adalah KBKK. Berfikir di luar kotak normal. Diorang bukan yang palin bijak tapi insyaAllah diorang tak mengikut acuan seperti yang kau tulis.
sekarang banyak dah cikgu yang mengajar bukan sebab suka mengajar, atau nak jadi cikgu cemerlang. sekadar cukup syarat jadi government servant bila pencen dapat duit pencen.
tapi aku pahamlah sekarang nak jadi cikgu payah. ibu bapak pulak overprotective bukan main. daripada semangat nak jadi cikgu, terus rasa nak lepaskan batuk ditangga je.
selamat hari guru.
selamat hari guru terutama diucapkan kepada cikgu aisyah dan cikgu suraya
Hmm.. memang pun.. dulu di sekolah bila saya tanya tentang sesuatu subjek terutamanya Kimia, respon cikgu adalah "Benda tu tak masuk exam".. huhu, sedih.. sebab saya belajar bukan untuk exam..
cuba cari cerita "Cikgu Su" kat tv1 dan tgk sekali... mcm tu ka...
Catat Ulasan