Mei 13, 2015

Cerpen : Apek Tua Yang Keliru Mengenai Islam

Pada satu hari, ada seorang Cina berdiri di depan pintu masjid.

Dia seolah-olah mahu masuk ke dalam tetapi takut. Tok Siak yang berdiri dari dalam ruangan solat perasan kehadiran beliau, yang sudah hampir 15 minit mundar mandir di situ.

"Zon Manutup Aura..." kata Cina itu dalam hati. Dia tengok seluar pendeknya menampakkan lutut. Dahinya berpeluh panas tapi dia tak tahu sama ada boleh atau tidak dia melangkah masuk.

"Hai Pakcik! Sekejap-sekejap!" Siak keluar lalu menghulurkan sehelai kain pelikat. Lelaki Cina tua itu memakainya.

"Saya mau tanya pasal lu punya religion maa.." tanya Cina itu.

"Jom duduk, jom." Tok Siak mengajak beliau masuk.

"Saya mau masuk tapi saya tengok itu luar ada sainbod zon menutup aura...so saya tadak masuk la," jelas lelaki itu. Beliau mengangguk faham.

"Saya manyak interest sama Islam...." Lelaki itu buka cerita. "Oh, syukur lah.." Tok Siak mengangguk-ngangguk lagi. "Saya amat suka baca itu Asli punya tulisan woo...dia telang manyak sinang mau paham.."

 Tok Siak menarik muka sedikit.
"Asri? Asri Zainal Abidin? Dia tu........Wahhabi...itu yang saya dengarlah orang kata."

"Aiyoh! Saya ingat lu Islam ada satu ja maa!" kata Cina itu menepuk dahi. "Itu kawan saya ada celita dia mau ajak saya masuk itu ciah...saya tak tau apa itu ciah...chee ahh."

"Syiah? Oh. Itu sesat tu. Jangan dengar!" kata Tok Siak lagi.

"Aiyoh! Apa macam ni? Mana saya mau pecaya? Siapa boleh ajar saya, itu Ustaz yang duduk sana dekat hujung taman yang ada buka itu pusat ubat ada bagus ka?" tanya lelaki Cina itu lagi.

"Dia tu pengikut ajaran Sufi....diragui ajaran dia," kata Siak Masjid itu.

"Aiyah....apa celita ini, chee ah tak bole, supi tak boleh, itu wahhabi pun tak boleh....ada lagi ka yang tak boleh ini kawan?" tanya dia, berasa sedikit bosan.

"Ada lagi satu..ada orang ajar ajaran salafi...itu pun diragui Apek," kata Tok Siak lagi.

"Manyak susah woo ini macam, saya mau belajar sama siapa? " tanya Apek itu lagi.

"Belajar dengan Ustaz-Ustaz Sunni, " jawab Siak itu.

"Ohoh, ok la...nanti saya datang lagi maa," kata lelaki Cina itu lalu menghulurkan tangan. Tangannya disambut oleh Siak lalu dia kembali meneruskan tugasnya membersihkan kawasan ruangan solat.

Ada dua orang gadis pada waktu yang sama berjalan serentak dengan lelaki Cina tua itu.

"Adik, adik, ini pakcik mau tanya sikit lah, you ini, Islam ka, Suni ka,  Chee Ah ka, Wallabi ka, Salapi ka, Supi ka?" tanya beliau terus terang.

"Kitorang Islam Sunni pakcik, yang selari dengan Al Sunnah Wal Jamaah!" kata gadis tersebut.

"Wooo...ok ok. Saya saja mau tanya," kata lelaki Cina tersebut. Dia hanya memerhatikan kedua-dua gadis tersebut melangkah ke kereta mereka yang terletak di luar kawasan masjid.

Lelaki Cina hanya berdiri memerhatikan mereka.

"Eeeiii...pervert ke dia tu? Ada ke dia boleh tanya kita soalan camtu?" kata Suraya sambil menanggalkan tudungnya.

"Cepat la sikit, aku dah janji nak dating petang ni, karang lambat mengamuk dia lagi," Nora menekan telefonnya sambil matanya melihat cermin, mengemaskan lisptick bibirnya. "Dia duk tengok kita lagilah...gila seks ni, karang dia keluar anu dia karang! Cepat la Sue."

"Aiyoh, kain lupa pulang! Aiyaa!"

Lelaki itu pun berpusing kembali ke dalam masjid sementara Suraya memecut pantas Perodua Myvi merah jambunya.

4 ulasan:

Laici berkata...

realiti zaman sekarang

Tanpa Nama berkata...

Deep




Namaku art

Tanpa Nama berkata...

Emmmm, myvi.

Susah sangat apek... pergi jumpa tanya mat sabu.

oqi berkata...

moraliti, iman, ikhsan tanpa toleransi, tiada makna. iman hanya kata dibibir, moral hanya hipokrasi dan ego, ikhsan hanya lakonan yang ditonton atas pentas. Islam tiada dalam hati, fokus pun lari dari diri sendiri.