Mei 07, 2015

Apa Akan Berlaku Jika Etika Media Sosial 2015 Orang Melayu Digunapakai Pada Tahun 90an?

"Assalamualaikum! Nana!" Jerit Hanis dari luar pagar.

Johan berdiri di sebelahnya menahan panas. Nampak ada kepala menjenguk apabila langsir disingkap.

"Waalaikumsalam! Sampai jugak kau akhirnya ke rumah aku Nis...masuk-masuk." Nana menjemput kawannya itu suami isteri masuk.

Johan dan Hanis melangkah masuk lalu suami Nana, Arif menghulurkan tangan bersalaman.  "Eh, tak boleh salam perempuan bang," tegur Nana apabila suaminya mahu bersalaman dengan Hanis.

"Eh ye ke?" soal Arif.

"Ye la. Bodoh siot kau ni. Kalau tak tau jangan main salam aje," tegur Johan, mesra. "Ni ha, aku memang bawak ke mana-mana artikel suratkhabar ni pasal hukum salam tangan perempuan lain ni walaupun tak ada nafsu."

Johan mengeluarkan dompetnya lalu menghulurkan sekeping kertas lusuh dan Arif membacanya sepintas lalu. "Oh, sori bro. Peace. Aku salah, puas hati?"

Mereka berempat lalu duduk di ruang tamu sambil televisyen menayangkan berita TV1.

"Asyik-asyik propaganda kerajaan. Aku harap betul kita ada siaran TV yang boleh kita pilih sendiri rancangan apa kita nak tengok!" Johan merungut. "Boring aku TV1,TV2 TV3....kalau adalah nanti TV berbayar, berapa je dia mintak aku sanggup. Paling aku malas, time iklan...."

"Sabar bang, sabar..." pujuk Hanis.

Arif dan Nana hanya tersenyum. Kedengaran bunyi cawan disusun dari dapur. "Eh, you ada maid? Dia dari mana?" tanya Hanis berminat ingin tahu.

"Dari Kedah. Orang Koadiang. Kerja bagus. Cuma tidur tak tentu hala tempatnya. Jangan tertidur sebelah laki aku sudah la," kata Nana.

"Syukurlah masih ramai lagi orang kita nak bekerja sebagai pembantu rumah ni. Berapa kau bayar dia sebulan ni Na?" Hanis bertanya lagi.

"$400. Cukup dah la tu, orang kampung ni kita bagi banyak sangat pun tak elok jugak. Dia bukannya reti nak menyimpan duit. Nanti habis dibelanjanya pun, no point," kata Arif.

Pembantu rumah mereka keluar menghidangkan air oren sejuk. Cawan kemas diisi dan biskut marie disusun dipiring, lalu dia kembali ke dapur.

"Ya Allah Ya Tuhanku! Terima kasih atas air dan biskut ini Ya Allah! Kurniakanlah kami rezeki dan rahmatmu!" Johan tiba-tiba berdoa sendirian secara kuat. "Amin!" Tangannya mencapai sekeping biskut.

"JAP BANG!" Hanis menepis tangan Johan. Dia mengeluarkan sebuah kamera kompak. Klik! Gambar air oren dan biskut marie dipetik.

"Aku ada satu album gambar mana-mana makanan yang aku makan," kata Hanis.

"Hey, bercakap pasal album, apa kata korang tengok gambar pre wedding kami ni?" dengan tiba-tiba Nana bersuara lalu bangun ke almari, kemudian dia kembali memegang 2 buah album gambar besar. Album itupun dibuka.

"Bila you ambik gambar-gambar ni? Cantiknya..." kata Hanis sedikit iri hati.

"2 minggu sebelum kitorang kahwin. I dengan Arif pergi Pantai Merdeka together sebab nak clear our heads and knowing for sure, kami nak each other," kata Nana.

"I yang tangkap gambar-gambar tu semua. Nampak tak I ada tulis kat bawah semua gambar 'Ariffin Photography'?" tanya Arif.

"Nampak, nampak, you are so talented lah Rif," puji Johan. Johan dan Hanis leka menelaah gambar sebelum perkahwinan Arif dan Nana sehingga mereka terlupa tujuan asal mereka ke situ.

"Ohmaigod! Nasib baik I teringat!" Hanis mengeluarkan sebuah buku berwarna merah hati yang cantik, siap ada sticker bertampal di atasnya.

"Nah, diari I. Bacalah. Semua masalah I dengan Johan, I ada tulis dalam ni, hopefully it helps both of you in your difficult time," terang Hanis.

"Even masalah bilik tidur?" tanya Arif.

"Yes. Semua. I pun terkejut rupa-rupanya ada one time I memang nak sangat bercerai dengan dia, just because of one hand bag yang I suka tapi dia tak suka, " cerita Hanis.

Arif mengerutkan dahi.

"Hey Arif, dont judge us ok. Make sure you are perfect first before you judge us ok!" tegur Johan lagi.

"Ok, ok, sorry.." pinta Arif.

Nana bangun lalu berjalan ke dapur. Beberapa detik kemudian dia kembali dengan satu botol berisi cecair putih.

"Apa tu Na?" tanya Hanis, hairan.

"My breastmilk. Hopefully you bersemangat nak breastfeed your awaiting baby macam I," kata Nana. Nana mendekatkan dirinya ke Hanis yang sarat mengandung. "Perempuan tak bagus aje bagi anak susu formula ni, Nis," pesan Nana, berbisik.

Hanis senyum mengangguk. 

Johan mengambil botol berisi susu badan Nana itu lalu dia menjeling sedikit dada Nana. Kemudian matanya kembali memandang ke televisyen. Arif sedar apa yang berlaku tetapi dia diamkan saja kerana dah terlalu banyak perkara dia nak bertumbuk dengan Johan terjadi.

Apabila Johan sekali lagi merenung ke arah dada isterinya, Arif hilang sabar.

"Keluar kau dari rumah aku babi!" Arif menghalau Johan keluar. "Babi setan anak haram anjing pukimak lancau bagero bodoh mangkuk ayun tolol bahalol kerambit"  Jeritan kuat Arif didengar oleh jirannya, Encik Samad yang duduk di sebelah dan pada ketika itu sedang membasuh kereta.

Encik Samad pantas mengeluarkan camcordernya yang memang senantiasa disimpan dalam kereta, lalu dia merakam pergaduhan Johan dan Arif, yang masing-masing sudah mula bertubi-tubi saling bertukar penumbuk. Satu lagi penumbuk dilayangkan dan Johan tercampak ke luar pagar.

Pada ketika itu jugalah sebuah kereta lalu lalu melenyek tangan Johan.

Brek kecemasan terus dilakukan dan pemandunya melompat turun, ketakutan melihat jari Johan yang sudah boleh menunjuk ke pelbagai arah serentak.

Encik Samad berlari keluar sambil camcordernya terus merakam tangan Johan.

Barulah dia sedar camcordernya sudah menyala lampu amaran akan padam. Dia pun berlari kembali ke dalam rumah untuk mencari bateri tambahan.

Arif dan Nana kelu tergamam melihat apa yang dah terjadi.
Hanis pula dah jatuh pengsan.

Encik Samad berlari-lari anak sambil tangannya cekap memasukkan bateri ke dalam camcordernya.

"Macam ni rasanya jadi wartawan.." fikir Encik Samad dalam hati.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehee... very funny story. But somehow I can't help to assume that the Johan character is based on yourself, Mantot. Knowledgable, sarcastic and semi-perverted. lol

Amusing work. :)

Tanpa Nama berkata...

Part susu tetek tu dah gelak besar dah. Ade member aku yg obses dgn susu tetek dia. Siap gaduh dgn org yg tak mampu bagi susu tetek mcm die dalam fb. Terus aku unfollow feed dari dia. Hahahaha

Annabilah berkata...

Macam Nightcrawler...

Unknown berkata...

brilliant stuff, mantot!

just BRILLIANT!

Johan Samad berkata...

Aparaa Arif tu. Buatpe belasah Johan? Patut pukul bini sendiri la yg tayang breastmilk.

Tanpa Nama berkata...

dah serupa realistik dah aku baca senario ni.

Tanpa Nama berkata...

ingat lagi masa 90an mtv dipenuhi video muzik...sekarang ....

Bell berkata...

"JAP BANG!" Hanis menepis tangan Johan. Dia mengeluarkan sebuah kamera kompak. Klik! Gambar air oren dan biskut marie dipetik.

"Aku ada satu album gambar mana-mana makanan yang aku makan," kata Hanis.

Part ni aku TERmengilai

Tanpa Nama berkata...

AHAHAHHAHAHAHAHAHAH SUMPAH LAWAK.

Pn Razlina berkata...

:) aku suka..

Tanpa Nama berkata...

Ehehehaha...