Mac 10, 2015

Bab 03 : Jadi, Wajarkah Dispensary Seperation Diperkenalkan Di Malaysia?

Aku hanya rakyat biasa.

Dalam bab dispensary seperation, aku sebenarnya tak peduli pun doktor dan pharmacist punya bergaduh nak berebut hak perniagaan.

Sebab itulah yang aku nampak dari awal aku diberitahu pasal benda ni. Kemudian aku bincang dengan dua tiga orang doktor dan aku dapatkan pandangan diorang. Nak kata aku berat sebelah ke apa ke, terpulanglah sebab pada aku, memang betul, doktor pun berjuang nak jaga periuk nasik diorang.

Tapi jika kau fikirkan betul2, sistem DS ni banyak akan memudahkan kerja doktor.

Doktor hanya perlu duduk klinik, tunggu patient datang, sediakan pen dan tulis preskripsi. Tak perlu lagi risau pasal ubat, nak beli ubat, nak simpan ubat, nak carik stok ubat, nak rolling duit ubat dan sebagainya. Macam member aku kata, satu hari 10 orang datang dah cukup. Dapat RM350 sehari. Tak pening fikir pasal the business side of clinics. Even pekerja pun takyah ramai. Turnover kurang, kerja pun jadi mudah.

Percayalah cakap aku, jika DS dilaksanakan, General Practitioner lah yang paling untung dari segi financial sebab beban nak run business tu dah berkurang. Tapi pasaipa depa duk lawan bermatian2 sistem DS ni?

Untuk seorang pharmacist, memang aku nampak kenapa diorang memperjuangkan benda ni. Dia boleh bukak farmasi, boleh jual ubat, pelanggan akan ada. Dah tak perlu bersaing lagi dengan doktor. Apatah lagi kalau ambik farmasi secara francais. Lagilah mudah kerjanya sebab startup cost ada pihak lain tanggung.

Sebab itulah dalam internet sekarang ramai yang duk sokong DS ni sebab depa ada impian nak bukak farmasi sendiri malahan ada juga sesetengah orang, memang dah ada farmasi sendiri tapi berharap DS akan lonjakkan perniagaan diorang.

Berbalik kepada kenapa GP lawan DS?

Aku tak rasa diorang lawan DS sebab DS akan tutup periuk nasik diorang. Aku rasa diorang lawan DS sebab sistem yang diusulkan tu merepek. Pengasingan klinik dan farmasi akan menyusahkan orang ramai. Tapi masalahnya pulak, jika mereka perlu hire ahli farmasi untuk manage farmasi dalam klinik, kos akan meningkat sebab ahli farmasi kebanyakannya target gaji setaraf gred 41 sektor awam.

..................

Ada beberapa idea yang aku rasa boleh dicadangkan oleh mereka-mereka yang terlibat dalam perbincangan implementation DS ni.

1. Satukan klinik dan farmasi macam sekarang tapi wajibkan ahli farmasi yang bertauliah menjaga farmasi. Itu win win situation untuk dua-dua pihak, lose lose untuk dua2 jugak. Fair.

2. Aku sebagai orang biasa tak nak bergantung harap dengan farmasi luaran untuk medical needs aku. Aku nak tau yang Doktor aku tu boleh liase dengan Farmasi aku dengan mudah jika ada sebarang complications.

3. Sistem sekarang create surprises pada pesakit bila nak membayar. Wajibkan Doktor beritahu dulu ubat apa yang dia akan bagi, berapa yang dia akan caj dan berapa anggaran jumlah yang perlu dibayar. Berapa ubat aku harganya satu-satu? Ambillah dari sistem bengkel kereta. Customer diberitahu dulu apa caj yang akan dikenakan dan hanya selepas persetujuan diberikan barulah prosedur dilakukan atau ubat dikeluarkan.

4. Resit! Resit! Klinik swasta punya resit memang teruk. Aku dah bayar jadi aku nak detail apa yang aku dah bayar. Jangan bagi aku resit yang bertulis total semata. Aku nak detail.

5. Wujudkan standard harga ubat. Tolonglah. Dah la lepas ni ada ubat kena GST dan ada ubat tak kena GST, memang mengelirukan. Orang-orang sakit ni manalah nak tau mana satu ubat NEML mana satu bukan NEML. Wujudkan standard harga yang diberikan kepada semua pesakit melalui brochure ke, window display ke, LCD screening ke jadi pesakit tau klinik mana yang caj ubat mahal, mana yang markup dan mana yang reasonable harganya.

6. Tolong popularkan standard harga konsultansi. Aku tau memang dah ada standard harga tapi tak semua orang tau berapa. Prosedur ni berapa kena caj, prosedur ni kompleks, berapa kena caj. Aku baru aje gi jumpa specialist kat klinik, kena RM90. Takdehal. Tapi bila aku pegi klinik lain, jumpa specialist lain untuk followup sebab doktor asal aku gi oversea, kos untuk rawatan followup tu meningkat jadi RM190 padahal just nak cek ada lagi ke tak infection dalam telinga anak aku.

Prosedur lagi mudah, ubat tak bagi. Harga meningkat. Padahal dua-dua specialist. Macam mana tu?

7. Aku tak berapa gemar mendengar pharmacist kata kalau DS dilaksanakan, price war akan menurunkan harga ubat dan ini berfaedah kepada orang ramai. Apabila berlakunya price war, selalunya yang akan kalah adalah farmasi2 persendirian yang tak mampu beli ubat secara bulk yang banyak. Ini akan mewujudkan monopoli perniagaan farmasi dan hanya farmasi2 yang gergasi sahaja mampu kekal berniaga kerana mereka mampu menjual pada harga yang murah.

Ini tak bagus untuk ekonomi kerana ini akan membuatkan tidak ramai lagi ahli farmasi yang berminat nak buka farmasi brand sendiri. "Lebih baik ambil francais" adalah sesuatu yang sepatutnya kita elakkan. Jangan bagi ekonomi kita dipegang dalam tangan seorang atau dua orang....

Kenapalah kita suka benar bagi monopoli pada orang?
Entahlah.


.....................

Kesimpulannya;

Aku setuju jika medicine preparation dilakukan oleh Ahli Farmasi yang bertauliah. Tapi dia mesti duduk satu bangunan dengan Doktor. Macam yang berlaku dekat Klinik dan Hospital Awam sekarang, sistem DS ada tapi a more unified system. Ada apa2 isu, senang nak rujuk.

Wujudkan dan publicize dalam premis, standard harga prosedur dan kos ubat. Pastikan pengguna tak dapat surprise bila nak bayar bil.

Oleh kerana pihak Doktor sendiri dilarang dari membaca draf Rang Undang-Undang Farmasi yang telah dibincangkan dan dimasukkan bawah akta OSA, jadi aku lagilah tak tau apa sebenarnya yang cuba diproposekan oleh pihak farmasi pro DS ni. Aku takut bila dengar nanti ada yang cuba push supaya pharmacy kenakan dispensation charge dekat pesakit untuk ambik ubat. Dah la ada consultation charge dari doktor, dah top up lagi dengan dispensation charge dari pharmacy.

Tak ke gila pesakit nak bayar?

Atau memang itu yang cuba dikejar? Memang nak pesakit jadi gila nak bayar?  Kemudian bila dah give up nak bayar, perkenalkan akta yang memaksa tiap2 orang contribute duit gaji tiap2 bulan sebagai compulsory medical insurance?

Jika perjuangan memperkenalkan dispensary seperation ni dikatakan sebagai memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih, kenapa aku rasa endingnya nanti, pilihan tersebut bakal jadi pilihan yang wajib dipilih?

Dan berapa lama lagi sebelum frasa "orang miskin tak dibenarkan sakit" akan jadi kenyataan?


6 ulasan:

MatJebon berkata...

monopoli perniagaan farmasi = Vinxxx Txx. Ini hearsayyyyyy

Unknown berkata...

Software Untuk Membuat Website Sendiri
http://tinyurl.com/ld9bamw

Tanpa Nama berkata...

Situasi sekarang sebenarnya ktia tak tahu berapa sepatutnya caj doktor swasta. memang mahal terutama bg ibu mengandung dan nak beranak. Memang azab harga delivery charges.
Tapi kalau DS berlaku bererti orang di kawasan pendalaman memang azab nak dapatkan ubat yang murah sebab taka da pilihan. Bayangkan Kota Belud dan Kunak di Sabah dengan 4 kedai ubat??? Lainlah di Subang Jaya memang boleh bukak 15 kedai farmasi!!!
Perlu ada pertimbangan agar kos perubatan di Malaysia ini kekal murah.
Cukuplah penipuan melalui skim insuran kesihatan yang konon konon memberi perlindungan sampai RM100K!!! akhirnya bila dibandingkan ianya satu bentuk penipuan terancang, Anda dimasukkan dalam wad selama 1 minggu. Cegala macam caj dah hampir 90 ribu dalam satu minggu!!! Kemudian bila baki insuran coverage dah hampir kosong, pihak dr pakar atau hospital ini bagi macam2 alasan supaya pindahkan awak ke hospital kerajaan berhampiran. ALL BACK TO SQUARE ONE!!!
Nurse dan attendant hopsital kerajaan pun senyum sindir, hehehehe kata orang kaya nak dapat layanan istimewa dengan hopsital swasta, alih alih cari juga hospital kerajaan yang sesak dan lembap ni bila dah abis coverage insurance awak!!!
memang kesian dan dah banyak berlaku di depan mata saya...

Tanpa Nama berkata...

pharmacist.. ada yg ckp dorang yg akan make sure ubat tu sesuai atau tak dgn pesakit.. mcm mana dorang nak tau? History taking done by doctor.. nak monitor renal and liver function? Kena ambil darah. Darah sape amek? Pharmacist ke? Doktor jugak. Result pun nak doktor jugak interpret. Kesimpulannya tak payah nak gado2 ler dua2 puak ni.. aku setuju dgn mantot, nk wat ds, make sure pharmacy tu satu bangunan dgn doctor. Harga ubat kena standardise. Pemberian/pembelian ubat harus dipantau bagi mengelakkan penjualan ubat2 haram. Malu lah nak gaduh2 kata golongan professional.

Tanpa Nama berkata...

Diagnose n prescribe/tulis surat ubat wajib dr doktor tp dispense plus kaunseling ubat2an dr pharmacist..disamping memastikan ubat yg sesuai smp kpd pesakit..no drug-drug interaction..menyekat pengeluaran ubat2 berbahaya/ketagihan sbb perlu 2 komunikasi iaitu surat ubat dr doktor n ubat dr farmasi..menurunkan kadar penyelewengan serta memudahkan penguatkuasaan..just my opinion..bisnes dibelakangkan,kesihatan diutamakan..

Tanpa Nama berkata...

Artikel yg bagus. Pihak yang ingin farmasi asing ialah yg pegang francais Guardian dan Caring. Dua gergasi ini akan menentukan harga ubat.