Mac 05, 2015

Bab 01 : Kenapa Aku Sokong Dispensary Seperation (DS) Dalam Sistem Perubatan Negara Kita

Kepada yang belum tahu, 9hb nanti Parlimen akan bersidang untuk membincangkan keputusan sama ada mahu mengubah sistem perubatan kita sekarang ke arah yang digelarkan "Dispensari Seperation" atau DS. Sehingga sekarang, DS telahpun diamalkan di negara kita di Hospital dan Klinik Kerajaan tetapi di klinik2 swasta, doktor masih lagi bebas memberikan ubat kepada pesakit melalui preskripsi ubat.

Sebelum aku terangkan kenapa aku sokong DS ini, jom aku berikan satu situasi;

"Kau sakit, kau pergi jumpa doktor, kemudiannya doktor cek kau. Dia bagitau kau apa masalahnya dengan kau, kemudian dia bagi kau preskripsi ubat. Kau pun keluar. Farmasi klinik tu panggil kau ambik ubat, terangkan macam mana dan bila dia bagitau kau berapa harga semua....

Kau rasa nak pengsan. Dekat seratus untuk untuk ubat demam dan selsema."

Kejutan2 macam tu selalu berlaku kepada orang yang tak ada insurans atau medical card ni. Itu satu kelemahan yang diamalkan oleh General Practitioner ni atau GP dalam memberikan ubat. Masalah kedua yang aku sendiri selalu alami;

Bila kau cakap kau tak nak ubat yang dia bagi, dia tarik muka masam. Apatah lagi kalau kau kata kau dah ada ubat tu dekat rumah. Income GP ni banyak datang dari ubat tu sebenarnya.

Satu fakta yang banyak GP buat endah tak endah adalah pemberian ubat selesema kepada budak bawah 2 tahun. Kau kena tahu, WHO tidak membenarkan dan menasihati mana2 kanak-kanak bawah 2 tahun daripada mengambil ubat selsema jenis citirizine dan piriton ni sebab ia mampu memberikan komplikasi kepada budak-budak kecik ni.

Tapi masih lagi ramai GP yang membenarkan pengambilan ubat2 tersebut dengan alasan "tidak apa kalau sikit." Masalahnya, mengapa itu terjadi?

Aku menyokong sistem DS ni kerana

a. Tak semua doktor mampu prescribe ubat yang tepat
b. Tak semua doktor mampu prescribe dosage yang tepat

Dah berapa kali dalam kes aku sendiri, aku gi bawak anak aku gi jumpa doktor lain untuk second opinion, doktor tu akan komen kata aku overdose kan anak aku dengan sukatan yang doktor sebelum tu sarankan.

Adakah perkara tersebut boleh berlaku jika ahli farmasi sendiri yang prescribe ubat? Mungkin boleh dikurangkan sebab ahli farmasi lebih paham mengenai dosage ubat berbanding doktor (pada pemahaman aku la)

Ada beberapa kelemahan lain dalam sistem sekarang yang boleh diperbaikkan melalui pelaksanaan DS ni.

a. Dosage ubat akan disediakan oleh mereka yang memang dilatih untuk campur ubat. Aku dah tengok macam mana sesetengah klinik sediakan ubat mereka. Agak huru hara dan pekerja tak pakai latex glove.

b. Ahli farmasi boleh overwrite arahan doktor dalam prescription. Jika doktor tersalah bagi ubat atau dosage, ahli farmasi boleh overrule saranan doktor tersebut dan berikan ubat yang dirasakan lebih baik dalam dosage yang lebih tepat dan sesuai. Jika dalam keadaan sekarang, kita boleh nampak pekerja klinik hanya menurut arahan semata-mata.

Yang paling penting, faedah terbesar dalam pelaksanaan DS ni adalah risiko kesilapan akan dapat dikurangkan kerana berlakunya proses check and review dalam pendispensan ubat kerana ia melibatkan saranan doktor dan semakan semula ahli farmasi, yang mampu mengurangkan kes-kes tersilap bagi ubat....sebab doktor pun manusia, kadang2 bila dah letih, akan berlaku jugak kesilapan, kan?

Setakat ni berdasarkan pemahaman aku, itulah antara langkah2 yang boleh ditambah baikkan jika sistem DS ni dilaksanakan di negara kita. Dan seperti kata-kata seorang minah yang agak poyo tetapi benar, "kenapa budak2 lepasan SPM yang buat job tu sedangkan aku Diploma Farmasi tak dapat kerja dekat klinik? Apa kemahiran diorang berbanding aku yang memang belajar benda tu! Tak adil! Bitches!"

Aku masih lagi tak paham macam mana penurunan harga boleh berlaku jika DS dilaksanakan. Itu mungkin kita kena tanya mereka yang lebih arif.


39 ulasan:

bro kental berkata...

Di australia dia amalkan DS. Banyak kedai kedai farmasi. Jalan sikit jumpa kedai farmasi. Jalan sikit jumpa kedai farmasi. Dan ini mewujudkan price war.

Dekat malaysia DS belom ada dan kebanyakan kedai farmasi takde bisnes

Tanpa Nama berkata...

yg tentang pengasingan tu sapa?? byk kali ubat yang sama kat klinik lagi mahal drp farmasi, kdg2 lebih 10 ringgit......

Tanpa Nama berkata...

Di Australia, US, UK x ada klinik kerajaan atau swasta.. semua satu sistem, sebab tu boleh ada DS.
Di sana healthcare tax tinggi, dan boleh cecah sampai 40%.

Tanpa Nama berkata...

ntah la tapi aku tengok kalau g farmasi pon bukan selalu ada orang farmasi pon - dan mana kita nak tau yang bagi ubat tu pekerja dia ataupun orang farmasi.

Kalau time cuti pulak macam mana? Kalau sakit time malam2 pulak macam mana? Takkan la nak tungguk besok pagi baru dapat beli ubat.

Pada aku baik la kita kekal jek macam apa yang kita ada sekarang ni- sekurang-kurangnya kita leh ada option nak beli kat mana. Lagipun lecehla la nak pegi dua tiga tempat, lepas jumpa doktor nak kena carik farmasi pulak , tu pun belum tentu ubat yg di jual tu ada kat parmasi tu - udah la makin payah, risiko cukai akan naik lagi.
Takat2 buat silap bagi ubat - orang farmasi /doktor sama jek - dua2 manusia,dua2 leh wat silap

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tidak bole pakai 2 2?sapa yg nak farmasi dispense ubat ambik preskripsi ja sapa nak ambik ubat ambik terus

Tanpa Nama berkata...

Hujah2 di atas cuma valid jika pharmacist sendiri yang dispens ubat di kaunter. Klu pembantu kedai dia yg ade spm je yg buat (mcm yg selalu terjadi kt kebanyakan farmasi), segala hujah check/overrule/overwrite segala bagai xboleh pakai dah. Mantapkan dulu servis farmasi, baru bole bg hujah2 seperti di atas.

Walau bagaimanapun, DS ni memang patut diwujudkan kt Malaysia, sbb itu mmg hak pharmacist, untuk mendispens. Tp dgn syarat penguatkuasaan kene lebih,lebih,lebih lg, pastikan xde farmasi yg rasa diri dia mcm doktor, suka hati nk prescribe ubat sbb dia pndai bab ubat (bak kata artikel di atas), baru beberapa hari lepas jmpa pesakit beli pil subur kt farmasi tanpa preskripsi, pastu dapat side effect yg teruk (sbb pharmacist yg pndai ni terus bg high dose), last2 pesakit dtg jmpa doktor jgk. Kene faham pharmacist mmg pndai bab ubat, tapi tak dilatih untuk memberi diagnosa yg tepat, klu diagnosa pun xbetul, bagi ubat pun xguna. So harapnya semua orang buat kerja yg dia pandai, & jangan nk memandai-mandai.

Tanpa Nama berkata...

hang hengat kalau dah ada DS bil hang lagi murah ka? dah ada proposal lepas DS mininum consultation fee saja dah 135 hengget tak masuk harga ubat and also tak masuk pharmacist fee (ye bang, ingat pharmacist tu tak dapat gaji ke?)..jangan teriak la kalau end bill hang untuk batuk selsema je minimum 200 hengget..bila dah jadi lagu tu mmg 'cursing malay' la gamaknya

Tanpa Nama berkata...

Wahai saudara Cursing Malay..

Aku tersenyum simpul baca ayat kau yang ini " Kau rasa nak pengsan. Dekat seratus untuk untuk ubat demam dan selsema."

- agak agak la bro kalau nak up cerita..aku akui, mmg GP byk buat duti thru ubat, tapi bukan semua, in fact majority GP cas kos utk ubat demam batuk selsema sekitar RM 35- 55 aja..
Yang buat bil mencanak sebab add on antibiotic ( patient sendiri poyo, mintak antibiotic yg power kononnya, nak cepat sembuh, advise doktor tak mau dengar..last last bila bagi bill, mula la melenting sentap..hahah)

- satu lagi bro, kau tau tak selama ni kos jumpa GP kat malaysia ni paling cikai, paling muarh, walaupun doktor tu ambik berapa tahun belajar + servis kat spital? Kau bagitau aku berapa cas kalau kau panggil plumber datang rumah betulkan sink tersumbat? berapa pomen kereta cas kalau gear box kau kaput? berapa tukang potong rumput cas sekarang utk potong rumput kat halaman rumah? :)

INI POINT PALING PENTING BRO, kau kena tahu...ni bukan auta, bukan sembang kencang macam kau :P

- Once DS implemented, cost of consultation mmg mahal...kau ( dan rakyat Malaysia yg berkira nak membayar) sanggup ke bayar at least RM 50-70 , just for consultation? Sebab itu lah charging ( lebih kurang yg di amal kat US/ UK/ Australia...dan depa ada sistem healthcare yg mantap..bukan macam kat Bolehland ni..)

Lepas kau bayar consultation kat GP yg mahal ( yg buat kau terkejut beruk), kau kena jugak bayar kos jumpa ahli farmasi...kau jgn igt ahli farmasi tu buat kerja welfare aja, suka suki jumpa patient tau bro...kah kah kah

So, end up, kau bayar ( dgn harga yg tinggi) 2 kali, satu kat GP, satu kat farmasi...

Not to forget, masa yg dah kau buang nak bergerak dari klinik , cari farmasi..dengan jalan kat malaysia yg macet/ jem manjang, susah cari parking..kah kah kah...

Tapi takpa la, pilihan di tangan masing masing..kalau kau suka DS, kau ada hak utk suka...:P

Tanpa Nama berkata...

Ko ingat farmasi2 ni tau sangat ke pasal ubat? Dekat farmasi taman aku ni, yang uruskan jual beli ubat semua pembantu dia termasuk kawan aku yg kerja part time lepas SPM.. semua ubat boleh beli melalui dia, antibiotik ke, ubat darah tinggi ke.. tu belum siap check kan gula dalam badan.. kawan aku cakap lepas SPM pun boleh gaya macam doktor bagitau customer awak ada kencing manis.. bukan setakat jual ubat, siap buat MLM bro.. acai berry bagai semua ada.. farmasi ni sama celaka.. entah2 lagi setan nak kaut untung daripada doktor swasta tu

DrUmmi berkata...

like

Tanpa Nama berkata...

If ada pesakit bawa ubat beli dari farmasi tanpa preskripsi,dan pesakit bawa ubat ke klinik aku...selepas ini,aku nak advice,'cik simpan tak lagi resit pembelian,if ada cik boleh buat report polis ,hire lawyer n saman farmasi yg bg ubat tanpa preskripsi terutamanya ubat antibiotic dan ubat pesakit kronik.

Tanpa Nama berkata...

Ramai dokter sentap di sini. Takut anda hilang mata pencariankah? Hehe.. Jangan marah aa.. Nanti kena jual..

Sang Penjual Kubah berkata...

nice post gan... nambah info nih
====================================
Kubah Masjd Murah hanya ada di, Mahkota Kubah dot net

free backlink4u

Tanpa Nama berkata...

bagi saya pengasingan dispensi memang sangat baik dilaksanakan cumanya kerajaan kena fikirkan mekanisma supaya doktor2 gp tidak hilang sumber pendapatan... doktor2 banyak yang sentap sebab mungkin tidak dapat menanggung lagi gaya hidup mewah mereka selama ini... sebab tu banyak yang mengeluarkan auta walaupun mereka sendiri tahu mereka telah merampas hak pegawai2 farmasi selama ini...

Tanpa Nama berkata...

1) harga kemungkinan tidak akan meningkat sebaliknya mungkin semakin rendah kerana memang sudah orang tahu harga ubat dr doktor kebanyakannya sangat mahal mencekik darah. Sebagai contoh ubat piriton yang generik untuk selsema boleh di dapati dari farmasi pada harga serendah rm1.50 satu strip sebaliknya gp mengenakan caj melampau sampai mencecah 3-4 x ganda secara purata.

2) caj konsultasi juga mungkin tidak berubah kerana mengikut price competition law, customer akan lari dari perkhidmatan2 yang mengenakan caj yang tinggi. Hasilnya doktor2 tidak akan menaikkan hatga konsultasi dan akan meneruskan harga caj konsultasi sedia ada sekarang. Orang awam dimomokkan dengan kemungkinan harga caj doktor meningkat hanyalah satu strategi untuk menakutkan orang awam dan memburuk2kan sistem pengasingan dispensi. Hakikatnya, apa yang dikhuatiri duit poket doktor semakin menyusut.

3) bila pengasingan dispensi dijalankan, permintaan terhadap servis farmasi akan bertambah. dijangkakan lebih banyak premis farmasi akan dibuka, mungkin juga sebelah pintu shj farmasi. So ura2 mengatakan orang awam akan susah bila sistem ini dijalankan hanyalah satu lagi taktik keji doktor untuk memburuk2kan sistem baru ini. Sistem pengasingan dispensi ini akan dijalankan berperingkat dari kawasan bandar ke luar bandar.

Tanpa Nama berkata...

Sah2la doktor yang tentang... doktor banyak cekau duit dari ubat kowt...

Tanpa Nama berkata...

Sejak bila plak ada servis caj dari khidmat ahli farmasi. xpernah plak tahu selama beli ubat kat farmasi. Dapat free gift lagi adalah. Huhu.. bodo punya doktor, nak menfitnah pun agak2 la. Ni semua mesti bermotifkan dengki sebab duit dalam dompet doktor smkin tipis. Stupid!

Tanpa Nama berkata...

rocky the great brown unused dick says: ini sume kerja yahudi bugima; PM Malaysia dah kene picit tulur ekoran lambat sain TPPA (ini sebenarnya perangkap TPPA, antara lain)Najib dipanggil Obama maen golf (masa banjer ari tu) Obama sound dia "lu tan nak saen tak ape Jib tapi lu kene kasik bikin DS cepat2, Big 3 suda biseng woo.." jadik Obama cakap kat yahudi2 Big 3, "wa suda cakap sama dia loh, sikalang lu apa mao bikin sama dia lu punya suka laa.."
Belakang Big 3 suda liwat sama Najib kasik bukak cerita harta Najib satu2 guna New York Times & Sarawak Post mao kasik ajar sama Najib, Nampak?
Lu olang musti ingat ini DS sapa kasik bukak cirita di Parlimen?
wa cuma kasik buka lu olang punyai akai saja loh

Tanpa Nama berkata...

Orang nak g klinik sebab nak MC je. Tak faham2 doktor2 ni

Tanpa Nama berkata...

firstly jika DS dilaksanakan farmasi akan buka 24jam dan pharmacist akan kerja 24 jam.. sama macam kat hospital or klinik kerajaan. secondly klinik swasta ubat sangat terhad, jual ubat2 murah je tapi harga mahal.. kalau DS semua jenis ubat ada dijual di farmasi dan doktor bebas preskrib ubat yg diorang nak bagi patient

Tanpa Nama berkata...

Pharmacist fee? Petik dr mana ni ye? Setakat yg aku tau xdak lg pharmacist kat Malaysia ni kenakan fee. Nk sebar fitnah tu biar berpada2.

Tanpa Nama berkata...

sekrang consultation fee utk farmasis belum ada..tapi farmasis are profesional..kalau DS di laksanaan,,mereka akan perjuangkan farmasi consultation fee pulak..sebb itu pun hak mereka..se the bigger picture please..tanya En Amrahi Buang utk farmasi consultation fee...

Tanpa Nama berkata...

Mak aih. Awat la jahat2 yeee doktor2 kt malaysia niiiii

Tanpa Nama berkata...

Doktor mewah. Fuck your self!

Tanpa Nama berkata...

Ill charge u RM50 for your fucking mc. Ada berani?

Tanpa Nama berkata...

Tau takpe

Tanpa Nama berkata...

siapa ckp doktor x boleh naikkan charge konsultasi? Boleh saja. Kalau krg dtg nk mc merayu2 mcm pelacur kami charge RM100. Atau cuba la pergi time anak kau nk mati mintak pharmacy rawat anak kau dan bg ubat. Dont u ever ever ever mess up with us doctors. One day u ll cry like a baby when u need our help. Adios.

Tanpa Nama berkata...

Yes babes. Setuju..! U mess with me i ll make ur day like hell!

Tanpa Nama berkata...

Now we know the true colors of doctors in Malaysia. Korang kononnye 'professional' but act like stupid people. Sumpah seranah profession org lain. Ni la org malaysia, suka lebihkan mulut dr berfikir.

Ape yg sy boleh nampak, doktor2 semakin bongkak, semua korang boleh buat. Mcm ade sorang ni cakap, " ye la penat2 aku blaja 5 tahun mbbs ni" so what! Hanya la dgn sebab korang boleh diagnose penyakit, n prescribed ubat, does that make u superior than any other people? Does that make u god? Please la, korg pon manusia gak, human make mistakes kan? Same gak la dgn pharmacist ke, nurses ke, ape2 kerja yg manusia buat pon boleh ade salah. Sbb tu kte perlu org lain utk check kerja kte, to minimise those mistake.

Btw u want to charge rm 50 for MCs, thats so ridiculous man. Agak2 la.

N kenapa doc sgt2 marah sume nye sbb duit kan? Again, its all about the money. Mmg tak la nk fight utk patients healhcare....

Tanpa Nama berkata...

Err mcm mane pelacur merayu??? Penah dirayu oleh prostitute ke? Cite skit bang experience tu??? Priceless ni ........

Tanpa Nama berkata...

Doktor sentap sbb dah xboleh langgan pelacur ke sebab income hasil cekik darah rakyat semakin berkurang. huhu. Terima sajelah hakikat doktor. Blaja2la sesuaikan diri berada dibawah pulak. Asyik nak bermewah2 dgn pelacur je. Kikiki.

Tanpa Nama berkata...

Satu perkataan je aku bagi untuk kau: PEMALAS!

Tanpa Nama berkata...

Doctor pn kekadang malas nak cek pesakit.. masuk je bilik doctor.. tny awak sakit apa? Pastu dgr heartbeat.. then tulis2 sikit. Nanti ambik ubat demam selsema batuk.. tup tup dpt resit consultation fee rm15.. wth.. takat camtu pny consultation? Atuk sy pn boleh der..
dah la waktu rehat bukan main lama... ape mmg semua doctor rehat kul 1-4 ptg ke atau kawasan sy je?

Tanpa Nama berkata...

Rasanya x susah pun..dlm hospital n klinik kne la wujudkan farmasi sendiri..n then yg manage tu mestilah pharmacist..n sebetulnya dlm organisasi klinik or hospital mesti ada sorg dua pharmacist..kalau xmo beli dr hoapital n klinik..cari kat farmasi luar..ye betul sy sokong..kalau DS nak laksana kne bg farmasi operate 24hrs la..mcm kat negara luar..

Tanpa Nama berkata...

If ur a doctor, y such bad manners. Kata nak selamatkan nyawa. Are u a doctor for the lives u save or are you a doctor for money?

Tanpa Nama berkata...

to anon March 8, 2015 at 10:25:00 AM GMT+8

memang la doktor tu akan tanya sakit apa dulu..nak tau history and diagnosis..sebab dia bukan bomoh..kalau bomoh, dia cakap macam ni 'xpayah bagitau nak, atok tau dah nak sakit apa..ada bawak pengeras?'lol

anyway most of the doctors that do locum are for money only..that is why they did locum..lol..and most of the patients go to the private clinic are not sick and only want MC..they don't want medicine either..i can say only 2/10 are really sick..probably?!

yeah they need money too because they are human..they treat patients and not a MC seekers..

and last one, siapa cakap doktor kaya duit banyak hidup mewah? be a medical doctor first and you will know then..

Tanpa Nama berkata...

Maaf encik sila betulkan fakta... kat luar negara tak ada farmasi buka 24 jam. Even kat tesco 24hours pun farmasi tak bukak....

Tanpa Nama berkata...

cas panggil plumber mekanik mahal sbb one off..kau tgk la dekat clinic dalam sejam berapa patients dia blh dapat..kalau ada kad insuran lg la happy..sekali swipe 60 henggit.

so nak bandingkan mekanik dengan doktor mcm x kena bro,cuba lagi...saya bagi 2 bintang

x-man berkata...

Beli ubat kat farmasi lagi murah, kalau g klinik swasta mak oi mahal ,kenapa mahal ? Sebab da masuk sekali conslatation, ni semua strategi perniagaan -cekik darah je doktor2 ni, kalau aku aku setuju sistem pengasingan ni,sebab kita boleh beli ubat direct dari famasi.