Kuala Lumpur, 5 Feb - Berikutan daripada gesaan menteri yang menggesa pengguna dan rakyat memboikot barangan yang diletakkan harga tidak munasabah, beberapa pengusaha Melayu mula geleng kepala memikirkan keuntungan perniagaan yang semenjak dua hari ini telah merudum.
Fizi Umar dan isterinya, Melati yang mengusahakan tudung muslimah berjenama Farodah adalah antara ahli perniagaan Melayu yang mengalami kesan paling dahsyat.
"Jika sebelum ini saya boleh menjual tudung dengan harga minima RM140 dan orang masih lagi beratur untuk membelinya, tetapi selepas Datuk Ismail Sabri menyarankan kepada orang ramai supaya memboikot perniagaan yang tidak memberikan value for money, jualan kami dua hari ini telah merosot 78%," kata Fizi.
Kami berjaya mendapatkan reaksi salah seorang bekas pelanggan setia tudung Farodah, Puan Maimon.
"Walaupun harga jualan tudung Farodah kini diberi diskaun sebanyak 50%, saya akan terus memboikot mereka. Saya selama ini beratur dari pagi semata-mata hendak membeli tudung gaya baru pun nampaknya kenalah belajar membeli tudung jenama lain yang lebih meunasabah harganya. Saya baru tersedar yang harganya selama ini tidak masuk akal dan nasib baiklah Datuk Ismail Sabri mencelikkan mata saya dan masyarakat," kata Puan Maimon.
Lain pula ceritanya dengan pengusaha butik-butik perkahwinan yang selama ini mengenakan harga yang agak mahal untuk khidmat mereka yang kadangkala tak semenggah harga. Kebanyakan butik-butik perkahwinan kini telah mengalami kemerosotan selepas masyarakat sedar yang perkahwinan sebenarnya tidak perlu pun bermewah-mewah walaupun bergelar Raja Sehari.
Seorang pengusaha butik perkahwinan di ibu kota, Datin Rokiah memberitahu wartawan kami, "dalam tempoh dua hari ni hanya ada satu sahaja tempahan masuk. Seorang lelaki, datang nak sewa keris sahaja. KERIS SAHAJA! Berapa saya nak caj? Saya kenakanlah satu hari RM2, jumlah semua RM10 untuk 5 hari. Macam mana saya nak teruskan perniagaan kalau selepas ni makin ramai yang datang dan minta nak sewa tengkolok sahaja ke?"
Apabila diminta mengulas lebih lanjut kenapa perkara tersebut berlaku, Datin Rokiah memberitahu yang selepas keluarnya status di Facebook oleh Datuk Ismail Sabri, masyarakat Melayu telah mempunyai satu persepsi yang berbeza mengenai nilai yang berbaloi untuk dibayar.
"Saya diherdik. Saya dicaci. Ada pelanggan yang jumlah tempahannya RM15 ribu lebih, telefon saya batalkan tempahan. Dia kata buat apa dia bayar ribu-ribu hanya untuk sewa 2 hari peralatan. Saya tak tau nak jawab apa, kemudian dia kata dia nak majlis yang murah dan diberkati dan tak perlu bermewah-mewah, saya jawab lah balik, saya tak ada pakej yang tak bermewah-mewah, semuanya kenalah grand-grand, terus dia letak telefon," ujar beliau lagi.
Adakah fenomena boikot yang dicetuskan oleh Datuk Ismail Sabri ini akan berterusan dan mengakibatkan penurunan harga atau ia hanya akan menjadi sekadar hangat-hangat tahi ayam?
Kami ingin bertanyakan kepada anda satu soalan; jika anda memboikot peniaga Melayu yang anda rasa patut diboikot, adakah itu sebenarnya dibenarkan dalam masyarakat kita?
Sila berikan respon anda di forum kami dan kami sangat-sangat mengalu-alukan pendapat anda, untuk diperbincangkan. - Berita Huraian
Kau selalu kata Cina tipu Melayu guna nama Islam dekat produk.
Kau nampak gambar tu? Kau fikirlah sendiri.

.....................
Kau nampak gambar tu? Kau fikirlah sendiri.
5 ulasan:
Rakyat Marhaen
Pucuk pimpinan negara majmuk sepatutnya mesti pandai menjaga sensitiviti kaum dalam negara pentadbirannya supaya sentiasa hidup aman dan makmur. Bukan kerja malas tapi mulut cirit bercakap tak pandang kiri kanan.
Menteri nak bercakap macam tu dia apa peduli dia dah kaya raya tapi kita yang bisnes bawah payung yang tak berpayung nie la yang jadi mangsa ,konon nak tolong bangsa sekarang bangsa sapa yang jadi mangsa,pilih lagi menteri bengong macam nie dalam PRU14 nanti.
Ingat sikit pak mail oii!walupun peniaga orang melayu islam yang duk supply barang2 tu sapa agaknya?syed bukari ka?ikan bilis yang gambaq orang duk pijak2 tu sapa yang supply?,udang kering yang anjing duk bermain2 ataiah tu sapa punya pak mail punya ka?kopi susu sapa punya orang melayu ka?tepung minyak masak pak jid punya ka?semua barang2 keperluan orang CINA yang usahakan,orang MELAYU hang jadi kuli dan driver lori hantar barng ja.tak gebang la duk hasut orang MELAYU boikot.nanti ORANG MELAYU yang kebuluq.JANGAN JADI PENGHASUT LA.....hang beli barang2 pun ada yang orang CINA yang usahakan tu.
rocky the great brown unused dick says: aku dah fight konsumerism ni sejak taon 1988 lagi tapi kalu dah pemimpin Negara lebeh banyak sokong saudagar2 nak kate ape? Ismael Sabri pun wa rase macam geng2 sepolitik ida jugak laa.. depan maen wayang dengan rakyat kununya pejuang untuk Melayu (90% pengguna) tapi blakang2 kawtim dengan tokeh2 jugak.. hek eleehh mase jaga kementerian perdagangan dulu, cube cek berapa kali dia tulong saudagar2 barangan consumer cina! cube cek cube cek.. malah samapai satu peringkat wa rasa (mase tu) dia jadik tukang cakap untuk saudagr2 la pulak.. citt poooodah
Aku beli barang online. Satu tauke Melayu, satu tauke Cina. Bayar hari yang sama.
Tauke Cina hari tu jugak pos barang.
Tauke Melayu selepas sehari, dia msg kata dia out station,hujung minggu kena ingatkan dia untuk pos barang.
Catat Ulasan