Februari 02, 2015

Getah Penyendal Pintu Rumah Kami Yang Berwarna Merah

Hari Jumaat hari tu, bila aku nak hantar anak aku gi sekolah, aku cuba sendalkan pintu rumah aku dengan getah penyendal ni.

Pintu aku gagah mahu menutup kembali dirinya. Aku cuba tekan dan tekan dan tekan getah ni ke dalam lagi supaya sekurang-kurangnya dapat aku dukung anak aku keluar dan biarkan pintu tertutup kemudiannya. Pintu rumah aku pintu rintangan api jadi ada penolak pintu yang akan tarik pintu tutup balik. Gagal jugak.

"Ah, persetankan saja!" Aku sangkut beg baju dekat badan, angkat dia punya beg bekal dan dukung anak aku, kemudian tarik pintu pakai tangan dan tahan pintu pakai kaki sambil anak aku meronta-ronta nak turun. Budak-budak baru dapat kaki memang dia nak berjalan ke mana-mana saja. Aku rasa kalau aku biar aje dia berjalan, sampai Kedah pun dia boleh sampai.

Bila pintu dah tak boleh ditahan lagi dah dengan getah merah dalam gambar tu, barulah aku teringat beberapa hari sebelum tu isteri aku pesan suruh beli pendenal pintu lain sebab dia kata dah tak berfungsi. Aku seperti biasa masih lagi mengamalkan prinsip 3C dalam hidup iaitu "cheap, cheapskate dan cantik" jadi selagi aku tak betul2 pasti sesuatu tu dah tak boleh pakai, aku akan pakai. Bila nak carik ganti pun aku akan carik yang paling murah, yang paling berbaloi dan yang paling cantik.

Siapa kata barang murah tak ada yang cantik?
Ada. Cuma kau kena sabar mencari.

Hari Khamis haritu, lepas aku gi beli barang dekat Tupperware aku gi Aeon, gi Daiso beli penyendal pintu nak gantikan penyendal getah merah ni. Cantik jugak la design dia. Daiso punya barang semua RM5 jadi ok la, dapat dua penyendal pintu dengan harga RM5.

Aku nak buang penyendal pintu merah ni masa aku kemas rumah tadi. Tapi, kau tau apa yang terjadi dekat aku bila aku pegang penyendal pintu tu? Aku terkenang betapa berjasanya benda ni dekat aku sebab itulah penyendal pintu aku dari first time kami duduk rumah ni dan sehinggalah sekarang kami dah ada anak dua.

Aku teringat balik detik bila aku beli penyendal pintu tu dekat kedai hardware mana tah, sebab aku tengah carik drill waktu tu. Kemudian aku terimbau semula kenangan bila ada sekali penyendal pintu tu tergelincir dan aku punya jari terkepit dekat bawah pintu tu. Juga ada waktu bila dia tergelincir, anak aku cuba tahan pintu tu sedaya upaya sebab takut pintu tertutup.

Atau semua waktu di mana kami kelam kabut nak keluar rumah sebab bila kau ada anak seorang, apa-apa saja benda kau buat, kau tambah 10 minit kepada semua benda kau nak buat. Nak keluar rumah pun kena bergaduh dan bergusti dengan anak. Ada waktu di mana aku marah gila, sudah lah baru kena amaran jangan datang lambat kerja hujung 2 tahun lepas tapi anak aku boleh buat selamba nak pilih dulu permainan dia sambil aku berdiri dekat pintu.

Kalau penyendal pintu ni boleh bercakap, dia mesti kata kat aku "banyakkan bersabar."

Tiap-tiap hari kami sekeluarga keluar masuk dengan bantuan penyendal pintu ni. Apatah lagi bila balik dari membeli belah dan anak aku tak dapat apa yang dia nak, mengakibatkan dia tak nak masuk rumah, aku terpaksa biarkan pintu terbukak dan tahan dengan penyendal pintu tu untuk pastikan aku nampak dia duduk luar.

Itu adalah penyendal pintu pertama aku dengan isteri aku sebagai suami isteri.

Bila aku tengok balik ke belakang, dari kami berdua, jadi bertiga dan sekarang jadi berempat, penyendal pintu tu masih lagi setia kat situ, menahan pintu untuk kami setiap masa bila kami nak keluar masuk. Setakat yang aku ingat, ada sekali ajelah anak aku terkepit tangan kat pintu tapi itu pun nasib baik tak kuat.

Pergh.

Banyaknya jasa kau dekat keluarga aku ni bro.

Aku tak berapa suka simpan barang2 lama ni sebab pada aku tak praktikal. Mak aku, jenis suka menyimpan. Kalau kau pegi rumah aku kat Kedah, kau akan nampak macam2 benda yang mak aku kumpul terutamanya majalah dan keratan akhbar. Aku pun tak pasti kenapa mak aku suka benar simpan barang yang aku tak pernah pun tengok mak aku bukak balik. Especially keratan akhbar.

Banyak kali dah aku bagitau kat mak aku, buang aje lah barang2 tu. Pemain VCR lama? Ada dua bijik kat rumah aku. Pemain piring hitam? Aku rasa ada lagi siap ada vinyl Uji Rashid last sekali aku cek. Baju? Beberapa almari. Majalah? Adalah dalam 3 rak buku. Buku? Tak terkira. Ada jugak la terpaksa dibuang lepas Alor Setar banjir tahun 2010 hari tu.

Bila dah ada anak barulah aku paham kot kenapa, walaupun semak, walaupun serabut tengok, walaupun sakit hati aku tengok (aku jenis tak boleh tengok barang tak tersusun) mak aku tetap bertegas tak nak buang barang2 dia tu yang kini dah penuh satu bilik tidur yang dijadikan stor.

Aku dah nak kahwin masuk tahun ke 5.

Memori mak bapak generasi aku ni, kitorang boleh selamatkan dalam pelbagai medium. Gambar yang tak terkira banyaknya dan video yang kau boleh kronologikan dari anak kau lahir hinggalah anak kau besar.

Tapi untuk generasi mak bapak kita, rasanya memori diorang hidup dalam gambar yang statik, helaian negatif gambar yang tak terkira banyak jumlahnya dan...barang-barang yang pernah disentuh, diguna dan dipakai oleh orang-orang yang mereka sayang.

Kita mungkin boleh tengok video anak kita membesar dan rasa sedih dan sayu mengenangkan apa yang kita dah lalui tapi macam mana hebatnya teknologi sekalipun, memori yang paling hebat adalah memori yang bermain dalam bentuk video dalam kepala kau, tiap2 kali kau terpandang sesuatu, sentuh sesuatu, yang membuatkan kau teringat sesuatu.

Aku harap korang masih sedar, yang korang baru aje baca satu artikel panjang yang diinspirasikan dari sebijik penyendal pintu berwarna merah. Aku rasa nak simpan penyendal pintu ni dan jadikan barang warisan turun temurun ke anak cucu. Mungkin masa tu, diorang punya pintu pakai laser dan dijaga oleh robot.


16 ulasan:

berry berkata...

aku tak sangka aku baca sampai habis dan aku tak tau kenapa aku komen.

Mantot berkata...

sebab benda ni relate dgn kau

Tanpa Nama berkata...

kasi frame itu penyendal mantot..... jgn lupa frame post ni gak, hahahaha.. nnti blh masuk muzium..

Merry berkata...

Aku pun setuju dgn Berry.

mohd. hafidz berkata...

betul cakap engkau mantot, kita baca sampai habis sebab kita relate dgn cite tu....

Syabas mantot..... engkau memang pandai menulis.....

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak guna cangkuk pintu je? harga cukup 2x harga penyendal. lebih tahan lasak & praktikal.

todakfc

Mantot berkata...

cangkuk pintu camne aa?

Earkix berkata...

ala, cangkuk pintu yang orang pasang dekat bahagian atas, biasanya warna putih.. material besi rasanya, yang boleh bengkok masa pintu buka dan tutup..

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah p rumah orang yg byk sgt simpan barang2 dalam rumah dia. Maybe benda2 tu ada memori tersendiri tapi aku x tahan tgk rumah yg penuh dgn barang2, simpan habuk byk2. Aku tengok kotor gila umah tu..
Tapi mungkin tu rumah dia je kot..
Maybe aku komen sbb aku relate dgn post ko ni

-Tetamu yang komen rumah orang lain dalam diam.

cik maz berkata...

kadang2 sekecik2 barang kat dalam rumah tu menyimpan sebesar2 memori yang kita takkan dapat kat mane2..nice entry..

Tanpa Nama berkata...

sangat relate dengan aku punya memori....sedih jugak bila baca sampai abiss...nizam.

bipeds earthdweller berkata...

nostalgia.
bile difikirkan, umur penyendal pintu tu lagi tua drpd umur anak2 incek Mantot.

Anasyg berkata...

sbb penyendal pintu jadi modal buat entry, aku baca sampai habis plak. ol n ol nice entry

F Wong berkata...

Saya jenis yg menyimpan barang jugak. Sebab rasa sayang nak buang...

surihati berkata...

sungguh terbahak2 i ketawa.. tq penyendal merah, buat i gelak..

Teja berkata...

Sentimental sungguh..